Wednesday 25 January 2012

wordless wednesday #15

Tuesday 24 January 2012

bumi usim :D



alhamdulillah,selamat berada kembali ke bumi usim setelah menghabiskan masa seminggu berada di rumah tercinta..hehe..makkk ! tak puas belajar masak ! heee~
sepatutnya cuti ni sebulan tapi program "arabic learning skill language" & "english learning skill language" mencelah la pulak..
4 feb baru balik rumah sambung bercuti sampai 19 feb 2012 dan bermulalah perjuangan untuk sem 2 pulak..
doakan niera taw..
btw,follower niera dah makin ramai..terima kasih byk2 sebab ramai yang puji blog simple niera ni..
maaf kalau ada yang niera terlepas pandang nak follow blog korang balik..
lepas ni mungkin buzy tapi niera tetap takkan lupa untuk update blog :)
happy blogging *_*

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali  
(Shahih Tirmidzi)


Sunday 22 January 2012

terima kasih kepada kalian !

alhamdulillah,semalam dah genap follower niera 1000 orang dan semasa niera menaip entry kali ni,follower niera dah mencecah 1010 orang..cute number right?hehe~


oklah,niera memang dah berniat bila follower dah ramai,niera kenalah hargai orang2 yang dibelakang niera selama ini..
tanpa mereka,x wujud belog yang simple ni..betul x?orang berbudi kita berbahasalah pulak.. hihi :)
niera harap korang yang baca entry ni boleh terjah blog dorang pulak dan follow k..

belog dorang lagi best dan cute taw..
x percaya?terjah sendiri :)
firstly,niera nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada 
AQILAH AZRON a.k.a CIKQIL..
dia kawan sekolah niera,dulu kat sekolah time niera f5 selalu dengar dia cakap pasal blog dengan NURUL HAFIZAH.
dari situ niera teruja lah jugak nak tahu dunia blog..hihi..terima kasih korang sebab korang pencetus idea untuk wujudkan blog yang simple ni :)
nak ke blog dorang?
^
^
^
^
^
^
^
^
(cikQil)

(fiza)



ok,itu baru pencetus..ada lagi taw belog yang berjasa..
terima kasih juga kepada SITI NURLIANA ..
bermula dengan rumah sewa lah niera belajar macam mana nak edit-edit blog..
terjah taw blog beliau ni..banyak input ilmu agama yang boleh korang dapat..
sekarang beliau di mesir,sama-sama kita doakan beliau berjaya ea..
rindu yana :')
terjah !
^
^
^
^
^
^
^

dengan adanya blog ni,kami satu rumah sewa majoriti dah ada blog taw..hehe~
nak terjah jugak?
jom !
^
^
^
^
^
^
^
^
^
(zana hamdan)
^
^
^
(khairul kamila)
^
^
^
(rumaiso' zakaria)
^
^
^
(hafizah nooh)


terjah + follow taw ! :)

terima kasih kalian :)

Saturday 21 January 2012

follower ke 1000 !



terima kasih kepada yang sudi follow blog simple niera :)
hari ni genap sudah follower niera 1000 orang !
setelah blog aisyah humaira ni berumur 9 bulan 2 minggu 4 hari :D
belog yang bertuah tu?
mestilah blog..

^
^
^
^
^
^


terjah dia ramai2 nak?
mesti nanti dia follow korang balik..
niera dah follow dia dah..
dah jadi follower ke 85 :)


pemilik blog?
namanya kalau berdasarkan apa yang ditulis : shahirah ridwan
seorang penuntut IPTA di nilai,negeri sembilan..
cop2,awk USIM ke?
sebab niera pun USIM jugak..hehe :)
beliau mula berblog sejak 2011.
belog dia cute je cam tuannya ^_^


“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. “[al-Hujurat:13].


apa tunggu lagi?
terjah !

maksud bacaan dalam solat :D

 Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).


kawan-kawan mesti kena tahu makna apa yang kita baca dalam solat taw ! sebab dari situ kita faham apa yang kita baca dan itu juga salah satu tanda kita berusaha untuk khusyuk kan ? insyaALLAH,hari ni niera update untuk berkongsi dengan semua :D

 
 Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


 
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.




Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

sama-sama kita berusaha 
untuk ingat makna ni ea..
baru best bila kita solat sebab 
kita faham apa yang kita baca :D
kan3? :)

Friday 20 January 2012

tahniah anak2 muridku :D

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

seperti yang sedia maklum..ops ! ada yang x tahu lagi ye?
tahun lepas niera pernah jadi guru kafa di perak..
x tahu?



hurm,tahun lepas niera jadi guru la..
sementara tunggu keputusan STAM dan UPU~
niera ajar subjek sirah,arab dan juga al-quran :)
niera guru kelas tahun 6 :)
haaa..jgn pandang sebelah mata taw !
walaupun hanya ketinggian 144cm niera boleh jadi guru kelas tahun 6 yang majoriti lelaki..
tinggi pulak tuuu~



ok,disebabkan tadi ada anak murid niera yang bernama mahfuz dah mesej niera,niera jadi terkejut jugakk..
mesej berbunyi ;



ustazah saya dapat upkk 8A daripada mahfuz



mahunya x terkejut?
then dari situ kami berbalas2 mesej..




niera : tahniah ! usaha untuk srai pula ye nanti :)
mahfuz : 6 orang dapat 8A. saya,fakhri,amin,huda,zahirah,amy
niera : wah,tahniah3..7A ramai?
mahfuz : 7A1B 2 orang..aireen dan nazatul..rindulah kat ustazah..
niera : nanti kalau ustazah free,ustazah dtg sana ye :)


wah ! terharunya ada murid cakap rindu kat kita..huhu..bila nak jumpa korang ye?
lepas bermesej dengan anak murid,apa lagi,niera terus tanya kak zahara dgn kak hayati..
x lupa jugak nak ucapkan tahniah kat dorang..
kejayaan murid ada kena mengena jugak dengan guru kan?
of course la ! hehe :)


jawapan dari kak zahara dan kak hayati pun sama macam anak murid niera bg tahu..
alhamdulillah.. 10 orang dapat sirah A dan 5 orang dapat B..
buat pengetahuan semua murid tahun 5 semuanya 23 orang kalau tak silap..
satu pencapaian yang menggembirakan..


ingat lagi awal tahun kerja,semua tolak subjek sirah kat niera..
hehe..alhamdulillah,niera tolong mengajar apa yang termampu..
lagi terharu bila kak zahara dengan kak hayati ucap tahniah kat niera..
masih ramai yang ingat apa yang niera ajar..
alhamdulillah..
rindu nak mengajar lagi !



sekalung tahniah utk kalian :)
mahfuz zamri
amy sofea aina
fakhri zaim pauzi
huda ariff
amin 
nur zahirah



Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia dikalangan kamu ialah yang belajar Al-quran dan mengajarkannya

gambar anak murid x de semua..
ada tu ada tapi bukan semua..
akan datang ea ? :)


Thursday 19 January 2012

masakan dipuji :D

lalalalaala~
wah sukanya hari ni !
alhamdulillah,dah lama tak masak..
tup2,hari ini mood nak masak la pulak..
hari ni niera masak sayur sawi + ayam masak merah + sambal belacan :)
sound simple right?
hehe..

 ops ! gambar pinjam pakcik google.. 
(masakan sebenar dah habis,baru letak atas meja dah kena sapu..hihi)



eh3,asalkan ada berita gembira nak cerita kat blog,xpe kan?
walaupun simple,tapi yang bestnya niera kena puji !
mak ayah biasanya akan complain itu x kena,ini x kena..
tup3,hari ini..ayah ckp ok & sedap !
wah ! satu peningkatan ni..
pas ni boleh la try yang lain2..
hihihi..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”



p/s:kesimpulannya,
kita akan rasa gembira 
bila orang gembira dengan kita 
terutama mak dan ayah kita..kan3 :)

hati-hati dengan facebook !



hai bloggers :)
sekarang dah semakin bahaya kan dunia facebook ?
kita boleh senang-senang add dan approve kawan yang kita x kenal..
kadang-kadang kita tengok yang hensem sikit.cun terlebih sikit,dah mula gatai tangan klik add atau approve.
kat sini niera nak pesan sikit a.k.a membebel sikit pasal dunia facebook ni.

buat muslimah-muslimah di luar sana
*jangan senang-senang upload gambar.
*jangan senang-senang klik approve pada request yang datang daripada LELAKI yang kita x kenal.
*jangan mudah bermanja-manja !

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

semua ini hanya mengundang bahaya..gambar kita boleh mengundang berbagai fitnah.
nauzubillah min zalik.
kadang-kadang lelaki ni hanya nak test je sebab itu dia add.
jangan mudah percaya kata-kata lelaki..
kan macam-macam kes sudah terjadi hanya gara-gara berkawan dalam facebook?
bukan maksud niera semua lelaki,tapi kan elok kalau kita berjaga-jaga?

p/s:niera takkan terima request daripada mana-mana yang bernama lelaki yang niera tidak kenal..maaf..biarlah niera digelar sombong daripada niera terdedah kepada fitnah atau pujian..
fitnah atau pujian itu bahaya..
kerana fitnah lagi bahaya daripada membunuh dan pujian mudah menjerumus kita ke lembah riyak..
nauzubillah~



kita pun kena hormat
privasi orang kan? :)



Wednesday 18 January 2012

wordless wednesday #14


already at home @_@

Sunday 15 January 2012

hati kecik @ hati besar?


hati? apa maksud hati? masing-masing tahu apa itu hati. 
malah pepatah orang lama pun ada menyebut 
"rambut sama hitam,hati lain-lain" 
ini bermakna segala yang ada dalam hati kita,hanya ALLAH yang tahu. :)

Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fathu : 4)



perasan atau tidak sebenarnya kita sering diuji dengan masalah hati?
perasaan iri hati,hasad,dengki,cemburu boleh terjadi jika kita tidak bijak mencegahnya.
nauzubillahi min zalik.
hati ini ada didalam yang zahirnya kita tidak nampak.
jadi berhati-hati dengan hati anda.
kadang-kadang benda simple,mudah,baik pun kita boleh ada masalah dengan hati.
contohnya jika seseorang itu mendapat markah lebih tinggi daripada kita.
kita akan mula mempersoalkan.
kawan-kawan,kadang-kadang manusia tidak lepas dari prasangka tapi kita kena bijak mendidik hati kita.
nak ubat untuk hati?



kawan-kawan,jom kita sama-sama menjaga hubungan dengan ALLAH dan juga manusia.
insyaALLAH,penyakit hati ini dapat dielakkan..

antara kaedah menjaga hubungan dengan ALLAH:
*sembahyang tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja
*basahi lidah dengan beristighfar dan berzikir kepadaNYA
*ringankan diri untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-quranul karim
*sembahyang sunat di malam hari

antara kaedah menjaga hubungan dengan MANUSIA:
*sebarkan salam
*sentiasa memohon maaf dan memaafkan
*berbaik sangka
*menerima dan memberi nasihat sesama sendiri dengan baik



kata ustaz zaharuddin ;
"Antara kaedah mengenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah, bicara Islam atau mendengar azan, orang itu akan merasa segera jemu, mengantuk, tiada perhatian & tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai & hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat . Apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya & berasa segar fizikal & jiwanya. Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu."


berikan hati kita kepada yang berhak iaitu kepada
.:: ALLAH ::.


Saturday 14 January 2012

selesai sudah semester 1 di usim :)

alhamdulillah..
i'm already at home !
that's mean i've already finish my final exam for semester 1 ;)


semalam niera balik dengan kamila.
berdua je.
hehe,terima kasih kawan :)
sekarang niera kena siapkan diri untuk menghadapi semester 2 pulak.
mesti bertambah subjek.
alhamdulillah,minggu depan semua mahasiswa2 usim akan dapat baucer rm200 drpd kerajaan untuk beli buku semester 2..kenapa x dapat tunai? =.=


kenangan2 akhir sebelum peperiksaan akhir semester 1 ;


persediaan debat bahasa arab dalam kuliah terakhir bersama ustaz faizul azham.
terima kasih kepada nurhamin sebab belanja kami sekelas roti canai ^_^

esoknya kami adakan jamuan terakhir dengan ustaz faizul azham selepas berdebat..
makan nasi ayam..terima kasih ustaz ! :)

lepas makan,bergambar tu wajib..huhu :)
insyaALLAH,semester akan datang dapat jumpa ustaz lagi :)

masuk minggu exam =.=
soalan memang boleh tahan.
ada yang x terjawab,ada yang buat niera mengalirkan air mata ngantuk pun ada ^^,
tapi keputusan tu nanti redha lah sama2 ye..
yang penting dah berusaha,berdoa,dan seterusnya bertawakal..
insyaALLAH..
5 subjek 5 paper exam.
alhamdulillah,berakhir sudah..



hati berbunga bahagia bila exam dah habis..huhu..
before exam habis pun,hati dah kat rumah !
heee~

muka bahagia roommate ku bila dah habis exam :D



untuk iela & huda ;
jaga diri korang baik2 taw.
jangan rindu2 kitorang yang dah balik ni.
study smart k
semoga korang dipermudahkan jawab soalan ekonomi nanti ^_^
jangan lupa makan taw.


Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

melangkah ke sem 2?
cepatnya masa berlalu =,=

Friday 13 January 2012

happy birthday fify ! :)



sweet 20 !
waahh..fify dah 20 tahun dah !
hehe..
awk,selamat hari lahir..

wish utk awk :
semoga panjang umur
semoga murah rezeki
semoga berjaya dunia akhirat
jangan lupa jemput saya makan nasi minyak
hihihi..
jangan lupa,saya sayang awk !
jeng3..
mesti awk terharu kan apa yang kami buat..
sorry,kami mandikan awk dengan tepung malam2 buta jam 12 mlm tu..
hehe..tapi awk happy kan?
wah ! tapi rasa macam x de periksa pulak pagi tu kan?
terlupa sekejap dekat HUBUNGAN ETNIK..
ini semua rancangan last minute..
hehehee..
cari motor pun last minute..
cari kek pun last minute..
idea pun last minute..
semua last minute..
yang x tahan tu bila kak ika siap pesan "jangan lupa masukkan dalam blog taw !"
hehe..akak,kita dah masukkan..heee~
actually niera nak terima kasih kat semua yang bg idea,kerjasama dan semua la..
kat kak ika,kak ikin,fatimah,roommate fify..
eh,mcm niera pulak perancang surprise ni..
fify,ni idea kami..hihi..
ingat sampai bila2 kenangan sem 1 ni ye..


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)



p/s:
muka awk cun la 
kena tepung..
hihihi..
lot of love,
munirah ♥ ♥ ♥

Wednesday 11 January 2012

wordless wednesday #13

hati-hati ketika bergurau :')



“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin niera tegaskan kat sini,kita semua manusia. punya hati dan perasaan. kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan bunya badan tidak sedih?

kepada yang gemuk
maaf niera kata kat sini, tapi anda jangan risau kerana niera juga seperti anda. bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama.

A: eh,ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: eh ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)

ya ! pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama.. tapi kalau dalam satu masa,semua berkata benda yang sama,tidakkah itu menjadi tekanan padanya..maaf, ahmad hanya nama samaran :')

kepada yang pendek
maaf juga dengan perkataan ini tapi anda tetap tidak perlu risau kerana niera juga pendek seperti anda malah lebih pendek. niera hanya mempunyai tinggi 144cm sahaja. ye,niera tahu niera PENDEK. buat pengetahuan umum,ye ketinggian niera dari darjah 6 sampai umur 20 sekarang ni, masih SAMA !
tolong jugak bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK :')

maaf, tapi jangan risau, niera lah orang itu :')

jangan salah faham dahulu, ya,mungkin ada yang mengagak niera mungkin tidak bersyukur. astaghfirullah, mana mungkin niera tidak bersyukur? niera bersyukur kerana ibubapa niera masih menggelar niera anak yang baik. niera bersyukur kerana adik-adik niera semua sayangkan niera malah begitu takut jika kehilangan seorang kakak seperti niera. niera bersyukur kerana niera masih berpeluang menikmati nikmat iman dan islam. niera bersyukur kerana ibubapa niera terus-terusan menyokong niera dari belakang. niera bersyukur kerana niera dapat membahagiakan ibubapa niera. niera bersyukur kerana niera dapat hidup dalam sebuah keluarga yang begitu sayangkan niera. niera masih bersyukur kerana niera masih mempunyai ibu dan bapa.
alhamdulillah :')



sahabat2 semua, niera bukan sebaik dan setabah yang disangka. kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. kerana niera juga manusia biasa. niera tahu niera banyak juga kelemahan daripada anda. mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu.kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. tapi sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. percayalah. mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat,itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.

kepada kawan-kawan yang mengenali niera, niera mohon maaf atas kelemahan ini.niera mengharapkan kawan-kawan yang ikhlas berkawan dengan niera. jangan malukan niera sebegitu :') ya,hari ini niera agak sedih dengan gurauan anda. tapi jangan risau,niera okay :') kawan-kawan,jika niera pernah melakukan kesilapan diatas, niera mohon jutaan maaf.




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


niera juga tidak sempurna, 
kawan-kawan,tolong maafkan niera :')


Tuesday 10 January 2012

lelaki yang menjadi pilihan wanita :)

Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda: ”Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari)
【ツ】 WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya' lagi 'ujub. Ya Allah selamatkan kami【ツ】
 
♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt... ♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH... ♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada... ♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan... ♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA... ♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ... ♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina... ♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia... ♥
 
UNTUKmu WANITA ...

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?
Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?
Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi IMAM..
insyaALLAH~
 
 
 

Saturday 7 January 2012

nak semua cepat !

FINAL EXAM : 3 SUBJEK LAGI !
9 JANUARI 2012 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
10 JANUARI 2012 : ICT
13 JANUARI 2012 : HUBUNGAN ETNIK

bila nak habis exam ni?? =.=



SAYA NAK HABIS EXAM CEPAT !
SAYA NAK BALIK RUMAH CEPAT !
SAYA NAK SEMUANYA CEPAT !
SAYA NAK PELUK MAK AYAH !
RINDU SANGAT DAH NI !

 

Allah swt berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku” (Hadis Qudsi)
DOAKAN NIERA DALAM FINAL EXAM KALI NI ^^,