Wednesday 29 August 2012

Salam Lebaran 1433H

SYAWAL menjelang lagi. Ia adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menyucikan jiwa daripada nafsu dunia dan kembali kepada fitrah yang suci.
Lantaran itu, Aidilfitri disambut dengan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran dengan iringan takbir, tahmid dan tasbih.
 
AllahuAllah ^^
Lambatnya update blog cik niera oiii..hehe..btw,terima kasih kepada yang sudi lagi singgah ke teratak blog niera yang comot ni :) walaupun traffic agak turun tapi tetap ada yang sudi datang .. Salam lebaran buat semua :D
walaupun entry raya ni agak dah nak basi tapi tetap nak ucap jugak..puasa sebulan dan mestilah raya pun sebulan kan.. :)
Raya korang macam mana?Hurmm,kalau raya niera,niera dengan ini mengatakan raya kali ni terakhir la sebagai seorang yang berstatus bujang..Bulan depan dah nak berdua :) huhuhu..Doakan kami tau ..


Raya kali ni hanya bersederhana..sangat bersederhana..duit raya pun dapat rm100 je lebih kurang..ehh,tapi still dapat lagi duit raya..cuma banyak rumah dah tak bagi la sebab masa beraya tu digunakan untuk menjemput ke majlis perkahwinan niera nanti..dah nak jadi isteri orang kan,takkan nak dapat duit raya..hehe :)
Punca tak update blog ni pun sebab line di kampung agak slow so memang terus hilang mood nak update apa2..so sorry kepada yang menunggu entry dari niera..ehh,ada ke?hik3 :)

Dalam sepotong hadis, Baginda bersabda maksudnya: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, tidaklah bertambah di sisi Allah s.w.t bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah s.w.t. (Riwayat Muslim) 

Jadi disini niera dan keluarga menyusun semua jari memohon maaf kepada semua andai penulisan di blog ada menyinggung mana-mana pihak..semoga syawal kali ni penuh makna buat semua,insyaALLAH..

Thursday 16 August 2012

6 Kategori Hati Menurut Imam at-Tirmizi


Assalamualaikum semua :) Apa khabar hati hari ini? Adakah lebih baik dari semalam? Hanya kita yang tahu jawapannya kan? Niera kongsikan sedikit mengenai 6 Kategori Hati Menurut Imam at-Tirmizi..

Imam al-Tirmizi membahagikan HATI kepada 6 kategori :

1.Hati yang HIDUP ialah hati yang penuh dengan IMAN.
2.Hati yang MATI ialah hati yang KUFUR kepada Allah.
3.Hati yang SIHAT ialah hati yang TAAT pada Allah.
4.Hati yang SAKIT ialah hati yang dipenuhi dengan MAKSIAT
5.Hati yang TERJAGA ialah hati yang INGAT Allah.
6.Hati yang TERTIDUR ialah hati yang LALAI.


Hati kita dimana agaknya ye......???

Berbuka Puasa di Kampung Halaman


Alhamdulillah,lebih kurang jam 6 petang tadi niera sekeluarga selamat sampai di kampung halaman . Perjalanan dari selangor ke perak cukup mengujakan.. Almaklumlah,sejak niera masuk universiti,ini la kali pertama nak balik kampung.. last kat kampung masa niera jadi guru kafa di perak ni.. bila masuk je rumah tadi,rasa macam blurr je .. sampaikan nak bukak lampu pun lupa suis kat mana.. hehehe :)

korang kat mana?adakah sama seperti niera?sudah tiba di kampung halaman?atau masih diibu kota?
PANDU KENDERAAN DENGAN HATI-HATI,INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG ^^

Wednesday 15 August 2012

Kita dan Taqwa


: Jika dirimu bertanya: apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepad
a dua bahagian:

1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)
2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).

Langkah Menuju ALLAH..

..mulailah dengan sabar sehingga dirimu mampu melangkah dengan redha..Akhirnya, dirimu akan memahami kehendak ALLAH kepadamu..

Kemesraan ALLAH..

"jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengannya"
(Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli )

Takutkan ALLAH..

Memetik kata-kata Al Hafiz Sakhnawi;
'...tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu, melainkan setelah aku persiapkan jawapanku di hadapan ALLAH SWT kelak..' :)

wordless wednesday #42


Gadis Tawau 19 Tahun Dirogol & Dibunuh Kejam

KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.



Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.

baca selanjutnya [DISINI]

**********************************************************************
ALFATIHAH buat arwah Sabturiah Faisal..



Tuesday 14 August 2012

Sembang Muslimah dan Minah Saleh Tentang Aurat

✿ Terbaca p'bualan antara seorang muslimah (yg sempurna menutup aurat) dgn seorang minah saleh dlm 1 laman web, minah saleh tu hairan melihat pemakaian muslimah lalu b'tanyakan soalan pd muslimah itu .. sy copy & paste: 

~ minah saleh: "how do you spend an hot summer? I have low pressure and I feel down"

~ muslimah: "Remarkably, when you cover yourself in a hot weather, you'll cool down more faster. :) you should try it."

~ minah saleh: "I know that in this hot and sunny summer, to feel better at home, I close all windows and tends to make it darker"

✿ see .. minah saleh tu pun faham .. menutup aurat dgn sempurna dianologikan sbg keadaan dlm umah yg bertutup utk mengelakkan cuaca panas dari luar masuk ..

✿ Sebenarnya bila memakai pakaian yang menutup sluruh tubuh ditengah panas lebih terasa nyaman dan selesa ... b'banding pakaian yg t'dedah sebenarnya lebih panas, kerana panahan cahaya matahari direct kekulit kita .. --<✿

Monday 13 August 2012

Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa



"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita.

Adore Me? Thank You !

Assalamualaikum :)
Semalam niera dapat msg di cbox yang berbunyi ..


then tertanya-tanya la dalam diri ni kan..siapa yang dia 'adore' ni kan?klik la ke link tersebut !
wah ! link blog niera yag pertama disenaraikan !! siyess rasa terharu ! di'list'kan bersama blogger-blogger hebat,rasa sangat rendah diri .. hik3.. btw,entry ni khusus untuk anda :)


terima kasih juta-juta niera ucapkan sebab sudi bagi niera doodle lagi .. hehe.. comel comel ! yang lain,jom kita terjah blog dia !


Saturday 11 August 2012

Pasangan Remaja Dibelit Ular ketika Berzina !

“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.


“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.

baca berita penuh di SINI :)

**************************************************************************

Allah itu Maha Mengetahui,soroklah dimana pun perbuatan kita,Allah tetap tahu..Teringat perbualan ayah yang menceritakan dia nampak pemuda tidak puasa sorok-sorok minum air sambil toleh kiri kanan..dia tak tahu ayah kat atas rumah boleh nampak,inikan pulak Allah..hatta dalam hati sekalipun Allah tahu.. :) semoga
kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua ..

Friday 10 August 2012

Kejutan Dapat Doodle Dari Silent Reader

Assalamualaikum :)
actually tadi niera bukak la shoutbox macam biasa kan..tup2 ada pesanan yang niera dapat doodle..tertanya2 jugak,rasanya tak de join mana2 segmen..bila bukak link tu,rupa-rupanya ada silent reader niera bagi niera hadiah doodle la ! saya suka..saya suka !

comel kan?

ada 5 bloggers je yang dapat tau ! jangan cemburu..tak mo tak mo..hehe..btw, awak baik sgt sebab sudi buat ni untuk kami..untung kan org kreatif ni?kalau niera,semua tak leh jadi..senang kata kurang kreatif la..haha..
ok,selamat berpuasa ! jom terjah sini untuk lihat siapa lagi yang dapat :)

Thursday 9 August 2012

Banner Kiut Dari Blogger Azzah Untuk Aisyah Humaira'

Hai hai hai !
Assalamualaikum :)
Hari ni niera dapat banner kiut miut dari blogger pemes milik Azzah..Bukan niera je yang dapat tau,tapi ramai ! jom kita serbu sini untuk lihat banner-banner kiut ! btw,terima kasih azzah !

kiut kan?

Wednesday 8 August 2012

Berpeluang Berlakon Bersama Mia Sara


Alhamdulillah :')
Niera berpeluang menjadi pelakon utama setelah menjalani ujibakat di KL Sentral tempoh hari..Berlakon bersama Mia Sara pulak tu..Serius dia comel ! Nak tahu ceritanya?
 
Sinopsis "Kerana Seekor Gajah"
Mengisahkan Niera seorang yang suka berimaginasi dan sering berkawan dengan kanak-kanak walaupun umurnya sudah mencecah 25 tahun.Mia,seorang kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun merupakan kawan baik kepada Niera.Satu hari Niera berimaginasi lagi.Ada seekor gajah yang suka menari-nari di dalam hutan dan kemudian dia telah menghalang zirafah peliharaan niera dan mia..Berlakulah konflik dimana gajah tersebut menyerang zirafah dan kemudian zirafah tersebut telah bertukar menjadi tong demi menyelamatkan diri.Apakah kesudahannya?

Ahh,aku terjaga dari mimpi ! Kenapa ia mimpi semata-mata?hak3..adehh..dah eksaited tengok mia walaupun cuma dalam mimpi..selamat berpuasa !

Tuesday 7 August 2012

wordless wednesday #41


blurr nak update apa..hehe :')

Monday 6 August 2012

Best Jadi Anak Tunggal?

Alkisahnya kenapa Niera tetiba buat post ni adalah sebabnya ada yang tanya niera adakah niera anak tunggal..Sangat-sangat berterima kasih kepada beliau sebab sudi juga tanya hal keluarga niera..Follower yang setia ni nampaknya,jadi kenalah hargai dengan terhasilnya entry ini :)


hmm,nampaknya dia memang ambil berat soal niera..hik3..perasan sekejap .. niera ada gaya anak tunggal erk? Bestnya kalau itu betul tapi sayang..itu tidak sama sekali..hehe :)

Jom ke blog si dia yang begitu prihatin dengan niera..hehe..terima kasih awak :') klik [sicomel] untuk ke blog dia okay :D
ehh,nak tanya,best tak kalau jadi anak tunggal?

Sunday 5 August 2012

Khasiat Buah Belimbing

Selamat malam semua..Selamat sudah bertarawih kan semua?Tadi Niera ada makan buah belimbing,so tiba-tiba terfikir,apa khasiat buah yang aku makan ni kan?So kita terus la contact encik gugel untuk tahu maka terhasillah entry copypaste tentang khasiat buah belimbing :) jom baca untuk tahu !



Dikenali dengan nama botaninya sebagai Averrhoa Carambola L, belimbing mengandungi banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia.

# Mengandungi 90% air, 0.75% protein, 3.5 – 11% gula dan 0.7% serat.

# Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.

# Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.

# Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.

# Selain itu, ia membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.

Bonus : Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.

# Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.

# Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam.

# Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.

# Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.

# Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.

# Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.

sumber dari [sini]

Saturday 4 August 2012

Entry Ucapan Tahniah Dari Blogger


Alhamdulillah..Hari ni niera tak berapa nak update sebab baru je balik ni dari menghadiri kursus perkahwinan..Alhamdulillah,akan kongsi pengalaman bersama anda jika ada kesempatan :) Tapi kali ni niera nak review sikit la mengenai dua blogger yang sudi mengucapkan tahniah siap buat post lagi..Terharuu kot :')
Terima kasih buat semua followers niera yang sentiasa menyokong niera..Jom baca entry mereka !


Cinta Ramadhan : Ada Bahagia pada Akhirnya dari blogger Nurliyana Zulkifli

TERIMA KASIH KALIAN :')
 

Friday 3 August 2012

Biasanya Kita Menyukai Seseorang Kerana......

| Biasanya kita menyukai seseorang kerana salah satu dari 3 perkara; wajahnya cantik, perangainya mulia, dan jasanya kepada kita.
Kata Imam Nawawi ketiga-tiga perkara tersebut ada pada Rasulullah s.a.w |

Sudah berselawat keatas Rasulullah?

Syirik Cinta

Ramai yang tahu kan syirik tu apa?Syirik?Ertinya Menduakan ALLAH dalam apa cara sekalipun..Allah melarang tegas tentang hal ini..Salah satu rukun iman juga adalah beriman dengan qada' dan qadar..Segala ketentuan dan ketetapan yang telah ditentukan olehNYA , seharusnya kita redha kerana ALLAH adalah sebaik-baik penentu keputusan..Tapi niera nak kaitkan antara cinta dan syirik..Cinta boleh buat orang buta menilai yang mana baik dan yang mana buruk..


Firman Allah, "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar". (Luqman : 13)

Jangan kita bertindak sehingga menzalimi diri sendiri semata-mata untuk tunjukkan betapa kita kecewa..Ramai orang sekarang bila kecewa dengan cinta terutamanya mengambil jalan pintas iaitu dengan membunuh diri..ALLAH..

Firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang sangat besar. " (An-Nisa: 48)

Orang kata cinta itu buta,tapi sebenarnya kita yang buta..kita tak meletakkan ALLAH dalam cinta kita..Cinta teragung kita adalah ALLAH..

Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah akan mengharamkan baginya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. " (Al-Maidah: 72 )


Tolonglah! Jangan disebabkan cinta,kita sanggup menduakan ALLAH dengan tindakan santau atau apa sahaja yang boleh membunuh orang yang kononnya kita cinta..Cinta itu luas..kembalilah pada allah..pasti dia memberikan yang terbaik buat kita..janji allah itu pasti..

Dari Abdullah bin Mas'ud r. a. Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa mati dalam keadaan dia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, dia akan masuk neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday 2 August 2012

Punca Nak Tutup Blog?

Firstly terima kasih kepada semua yang sudi respon dalam [entry ni]..Mesti ada yang tertanya-tanya,kenapa dgn niera ni sebenarnya,kenapa dan kenapa?Semua kata-kata semangat dari anda,akan niera simpan sebaik-baiknya..

Sebenarnya,Ada seorang yang ugut dia nak bunuh diri sebab dapat tahu niera nak nikah..Macam-macam la dia ugut tapi dia bagi tahu kawan niera bukan niera .. so,niera rasa niera kena tutup blog ni atau dia akan tetap tahu kegiatan niera..niera rasa tak selamat..dalam fb niera dah lama block dia tapi bila berblog ni,niera tak tahu nak block orang mcm mana daripada baca blog niera..dalam blog dia pun,dia update something yang niera rasa takut..so,apa perlu niera buat?Ada tak yang tahu caranya nak block orang macam ni dari baca blog kita??

Perlu ke Niera Tutup Blog Ini?

 Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Allah..Terasa berat dengan ujianMu ini..Jauhkanlah aku daripada orang-orang yang berniat jahat kepada kami..Niera rasa niera dah tak tahu nak buat apa.."Kenapa kau masih nak ganggu aku?Apa salah aku sampai nak ugut macam tu?Luar dipanggil ustaz,tapi ada niat nak bunuh diri?Update blog macam-macam nasihat kau bagi,tapi ini sikap kau?Tak boleh terima langsung ketentuan ALLAH?ALLAH itu maha mengetahui,tolong lah yakin denganNya!


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".  


Perlu ke Niera tutup blog ini?Please bagi pandangan korang :'( 
Seriously,rasa nak tutup blog ni,tapi sayang sgt dah dekat blog ni..buntu :'(
 

Wednesday 1 August 2012

Result Sem 2 Selamat Keluar!


Alhamdulillah,walaupun jatuh sikit tapi itu bermakna pengakhiran cerita kan?subjek sem 3 agak mencabar..Semua dalam bahasa Arab!Fuhhh,memang terbaikk la..

WU- AAA1012 Akidah Islam
WF- QAA1012 Ulum Al-Quran
WF- QAA1022 Ulum Al-Hadith
WP- ADA2013 Ilahiyat wa Nubuwwat
WP- ADA3063 Mantiq
WP- ADA2113 Pengantar Tasawuf Islam
WP-ADA2083 Falsafah Umum
 
Semua subjek diatas dalam bahasa Arab! Tak pe,sem 3 ni semangat sikit sebab nanti insyaALLAH ada orang sudi nak tolong belajar sama-sama..Okay la tu kan,ada orang yang pandai arab sudi tolong..hik3 :) Doakan kami :)
 

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan


 ENTRY BERKAITAN LANGKAH SETERUSNYA (Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan) SELEPAS UPDATE LANGKAH PERTAMA BERMULA :) 


Okay,Assalamualaikum semua makcik-makcik,pakcik-pakcik yang sudi jugak jenguk blog comot milik si comel ni..Tajuk pun rasanya korang memang dah faham kan kan?Pengalaman pertama kott,itu yang eksaitedd nak bagi tau korang semua..Mungkin hasil apa yang Niera share ni,korang boleh praktikkan bila korang pulak nak kawen nanti kan..Sebab niera tak tahu langsung tau pasal benda alah ni..Semalam dah pergi ke klinik kat Dato' keramat,kuala lumpur then rupanya kena buat temujanji,nasib baik ada hari ini kosong untuk sorang,so memang rezeki niera la..dah datang jam 2 petang tadi,kena la isi borang-borang apa yang patut kan..First time nak tulis nama pengantin lelaki tu,rasa macam..."Ehh,betul ke aku dah nak kawen ni??" Hehehe,boleh pulak terketar-ketar amek fon sebab nak tgk alamat yang dia dah sms kan dekat niera..



Dah selesai isi borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan,Niera diberi taklimat mengenai HIV bersama 4 lagi bakal pengantin perempuan yang lain..Hehehe,masa tu kan , niera rasa macam niera lah paling muda + sempoi sebab yang lain nampak macam dah 25 tahun keatas pastu siap berhandbag bagai..niera?sempoi kot dengan t-shirt siap dengan track suit yang memang comel tu..Pen apa pun tak bawak..Maklumlah datang dengan ayah naik motor sehelai sepinggang..Lama kot kalau yang menunggu,ayah niera dah tertidur dah tunggu..Dalam taklimat tu,dia bagi tahu la yang segala bagai pasal HIV plus dia cakap bakal pengantin digalakkan amek ujian darah thalassemia.."Haaa??Ambik darah?" Kemudian kami dipanggil sorang-sorang untuk ujian saringan..Niera yang keempat,ikut urutan la sape dtg awal,siapa suruh datang lambat..Tapi syukur,tak jadi amek darah sebab urat niera nurse2 tu tak jumpa,habis dua-dua tangan kena enjek,,sob3 :') Result ujian HIV?alhamdulillah,Non-Reaktif..


ucapan dari blogger ayuz 


Dah selesai,kena la tunggu nak dapatkan borang keputusan untuk hantar kat JAIS kan?Sementara tunggu tu,ada la sorang pakcik nurse tegur, "Ehh,nak kawen dah?Bila ni nak makan nasi minyak?" Dengan penuh sopan santun tersenyum simpul,Niera pun jawab lah "InsyaALLAH,bulan 9 pakcik"..

Korang semua tolong doakan semua berjalan lancar ea..Makin dekat ni makin banyak ujian datang..Siapa yang nak tahu kisah niera,boleh klik sini :) Buat bakal-bakal yang nak kawen tu,ingat tau,datang nanti bawak pen..Pesanan penting tu..jangan lupa bawak fail jugak untuk isi borang tu,tak de la macam niera,dok pegang je atas motor..Hehe :)