Sunday 30 September 2012

Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [part1]

Disebalik keriuhan dan kesibukan semua menghadiri majlis pernikahan, bertemulah dua insan yang lama terpisah iaitu sahabat baik. Mereka merupakan ayah kami. Perjumpaan tidak terduga menimbulkan satu harapan besar dua buah keluarga. Kami dikenalkan secara tidak sengaja di majlis itu tapi aku tidak melihat wajahnya kerana dia juga menjaga pandangan mata. Perkenalan singkat itu tidak menimbulkan rasa dihati kami sedikit pun kerana menyangka itu pertemuan biasa. 7 bulan kemudian, aku dijemput keluarga menghadiri satu kenduri kahwin di seremban pula tapi yang hairannya, aku diminta membawa sapasang baju persalinan.
Emak : Nanti niera bawak baju lebih tau.
Niera : Kenapa? Nak mandi sungai ke nanti?
Emak : Rahsia. Bawak je.
Niera : Okay. (tapi dalam hati terfikir nak bawa baju apa ni??)

Aku bawa terus t-shirt labuhku dan seluar track suit sebab fikir ntah-ntah family nak bawak pergi mandi sungai. Best3 :) Selesai di Seremban, ayah terus bergerak laju ke felda tembangau,pahang. Ahh,jangan cakap ayah nak bermalam dirumah kawannya. Bawa baju dah la baju santai, tak da dah bawak baju formal yang lain. Bila ditanya, macam biasa jawapannya adalah "rahsia". Sampai di rumah kawannya, aku masih seperti biasa. Tidak menganggap apa-apa. Sehingg lah pada malamnya, emak bertanya kepada ku adakah aku mempunyai seseorang. Jawapan jujurku semestinya tidak. Hai,emak dah lain macam dah ni. Seperti yang kuduga, mereka merancang menjodohkan aku dengan anak kawan mereka, Pakcik Abdul Wahab dan Cik Jah (yang kini ku panggil emak dan ayah). Anak mereka ketika itu berada di mesir dan namanya Mohamad Safwan (yang kini menjadi cinta hatiku hingga ke syurga). Pada mulanya aku tidak cam siapa yang dimaksudkan oleh mereka, tapi akhirnya dialah orang yang ditemukan dengan ku 7 bulan lalu. Sungguh tidak ku duga.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang". (Ar-Rum 21)

Aku mula mencari jawapan dengan istikharahku dan aku pasti dia juga mengetahui rancangan keluarga kami. Setelah lama menanti, aku temui jawapannya dan jawapan ku itu membuat hati keluarga mengungkap rasa syukur, alhamdulillah. Pada mulanya, rancangan keluarga kami adalah supaya kami berkenalan dahulu dan selepas habis belajar baru beri jawapan samada nikah atau tidak. Kami akui tapi kami berfikir sampai bilakah ini semua akan berakhir. Berkenalan terlalu lama dan melambatkan pernikahan? Tidak sampai setahun perkenalan tanpa bersua muka mendengar suara, kami menggunakan kesempatan dia pulang ke malaysia untuk ditemukan oleh keluarga sekali lagi untuk melihat calon pilihan mereka pada hari jumaat di bulan ramadhan yang lalu. Akhirnya, setelah melihatku, dia membuat keputusan nikah dan aku menyetujuinya kerana dialah calon istikharahku, alhamdulillah. ALLAH mudahkan urusan kami, keluarga kami setuju dan sepakat mencari tarikh nikah (29/9/2012).

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.


Kini aku bergelar isteri kepada seorang imam hidupku. Inilah imam terbaik yang ALLAH beri. Alhamdulillah, tiada kata lain yang dapat ku gambarkan perasaan ini. Bahagia. Diberi zauj  dan semoga dia mampu memimpin aku ke syurgaMU, ya RABB. Ramai yang update di facebook bahawa bercinta lepas kahwin itu indah, Ya, aku akui. aku kini bahagia. Teramat bahagia. Berkenalan dan bercinta setelah nikah bersama cinta hatiku yang sah. ALLAH itu maha adil kerana dia telah berfirman yang bermaksud “Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1)






Tuesday 25 September 2012

Keputusan Pilihanraya Kampus (USIM)

Keputusan PRK USIM, Tahniah kepada mereka yang memenangi kerusi, pimpinlah dengan penuh tanggungjawab dan amanah
Tahniah buat Mahasiswa tahun 3 Pengajian Akidah & Agama saudara Razif Fuad dengan mendapat undian tertinggi :)

8 kerusi umum:

1. Razif Fuad: 6214
2. Nadrahtul Huda Misral: 6019
3. Nazmin Yusoff: 5748
4. Adam Fariz: 5672
5. Mohd Shukri Pui: 5360
6. Suhaimi: 4869
7. Sawari Mahamadi: 4725
8. Safwan Hamdy: 4294

FST:
Nor Wajihah Atiqullah: 889
Azizi Alias: 730

FPBU:
Fatimah Az-Zahra': 495
Afiah Ab Shukor: 426

FKP:
Mohd Ali Omar: 827
Nur Syuhadah Sudiro: 764

FSU:
Mohd Zuhdi: 785
Mohd Syakir: 795

FEM, FPQS, FPSK: Menang tanpa bertanding
 
sumber > page PERWADAH 


Monday 24 September 2012

25 September 2012 - Pilihan Raya Kampus !

Assalamualaikum.
Curi-curi masa update sekejap sebelum balik semula ke kampus.
Btw, tadi kelas sampai jam 10 pagi then balik asrama sekejap untuk curi-curi masa taip surat ketidakhadiran ke kampus sepanjang minggu ni bermula hari ni atas alasan sibuk nak balik rumah siapkan persiapan kawen. Hari ini, 25 September 2012 hari paling meriahhh di kampus kerana ramai yang tunaikan kewajipan untuk mengundi bagi calon pemilihan MPP USIM :') Mana boleh lepas kan peluang ni kan? walaupun dah nak gerak balik rumah tapi cuba untuk turun mengundi . Tadi dah nak gi undi then punya la ramai beratur ^^ so, kejap lagi baru kita beratur untuk mengundi :) siapa yang tak undi lagi tu, jangan lupa tunaikan kewajipan anda. boleh undi sampai jam 5 petang hari ini insyaALLAH. Pilih betoi2 jangan main pilih ikut rupa je. hehe :) 

SELAMAT MENGUNDI !

10 Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia

tiada cinta sebelum nikah !

Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia
1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang ia tahu dimatanya hanya ada kamu satu²nya.

2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,dimatanya kamu selalu yang tercantik/tertampan walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan.

3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, ia ingin tahu kegiatan kamu.

4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi""slmt mlm", walaupun kamu tidak membalas pesanannya.

5.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada didekatmu dan ingin menghabiskan hari2nya denganmu.

6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang ia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa setiap detailnya, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya.

7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati tiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
8.Kalau kamu melihat handphone nya maka namamu akan menghiasi sbhgn besar "INBOX"nya.Ya ia masih menyimpan pesan dari kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

9.Dan jika kamu menghindarinya atau memberi reaksi penolakan, ia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupanmu walaupun hal itu membunuh hatinya. Karena yang ia inginkan hanyalah kebahagiaanmu.

10.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan ia akan ada disana menunggumu karena ia tak pernah mencari orang lain. Ya…………ia selalu menunggumu.....
 
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

nak lagi?amek kat sini ^^
 

Sunday 23 September 2012

Berdebarkah Aku?

Assalamualaikum semua :D
Soalan yang menarik untuk sepanjang 2 minggu ni adalah ..

"Munirah,berdebar-debar tak bila dah nak kawen ni?"
"Rasa berdebar tak?"
"Apa perasaan bila dah semakin hampir ni?"

tapi paling banyak orang tanya soalan yang first tu la . so, terasa nak update pulak mengenai "BERDEBARKAH AKU?"


korang rasa? Actually niera masih belum rasa debaran cuma kepala ni selalu la fikir macam-macam. Ye la, nak tukar status kan. Dulu hidup bujang, jaga hati mak ayah je tapi bila berdua nanti, dah kena jaga hati suami, jaga hati mak ayah mertua termasuk jangan lupa mak ayah sendiri. Situasi akan berubah bila status dah berubah. Dengan kawan-kawan pun tak boleh nak "hu ha hu ha" dah . Kena sentiasa mintak izin suami bila nak keluar rumah . Kena utamakan suami dari utamakan kawan-kawan. Semua tu akan jadi suatu yang baru dalam hidup kan? Bohong la kalau Niera kata tak de langsung perasaan berdebar tapi buat masa ni, bila berada di kampus memang tak terasa lagi sebab di kampus pun banyak juga hal yang perlu settle kan cuma mungkin minggu ni niera akan pulang ke rumah bagi persiapan perkahwinan, so mesti dan pasti akan rasa berdebar dan sangat teruja ^^
kalian doakan yang terbaik untuk niera dan bakal suami niera nanti ye :') insyaALLAH,niera akan update mengenai kisah kami untuk keseluruhan dari mula kenal hingga la sampai decide nak nikah sebab ramai kawan-kawan pun dah bertanya. penat jugak nak cerita kat sorang-sorang kan? hehe :) buat pengetahuan kalian,nanti dengan rasminya sang suami akan jadi penulis di laman blog ni bersama-sama niera :)

Saturday 22 September 2012

Sibuk Di Kampus Menjelang Hari Perkahwinan !

Amboi amboi amboi ..
Lamanya diri ini tak update kan blog yang semakin suram kusam dan layu ni :')
Terima kasih kepada semua follower yang masih setia melawat blog ni tapi mesti boring kan, sebab blog ni tak de cerita dah .. hik3.. sory sorry :')
Actually sebelum 22 September 2012 memang sibuk uruskan itu ini itu ini then semalam (22 September 2012) ada 1 program besar peringkat kebangsaan yang mana niera pun terlibat sebagai ajk protokol dalam program tersebut.. Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama II (SIGMA II) ^^ Fuhhh, pengalaman pertama yang takkan dilupakan.. Pengalaman ni mana ada jual kat mana-mana, sebab ia berharga .. Hanya orang-orang tertentu je yang dipilih ALLAH untuk menghadapinya.. Ehh, ini tak bermaksud niera nak bangga diri dapat melibatkan diri dalam program besar tapi maksud niera umum.. contoh jual ayam, hanya insan-insan tertentu yang berpengalaman dapat menjual ayam sampai habis dalam masa yang singkat.. Yang penting kita mahu belajar dan timba pengalaman itu.. Kalau sepanjang mencari pengalaman tu , tiada apa kesilapan yang dilakukan, itu bukanlah pengalaman kerana kesilapan itu mengajar kita untuk lebih baik sebenarnya :)
Terima kasih kepada semua yang terlibat ^^ yang terlebih terkurang mohon maafkan :')



Dr Muhaya berkata " Lupakan segala peristiwa negatif dalan hidup dan mulakan hari seolah ini hari pertama dan terakhir kita hidup "

Counting days to my wedding ! 
ramai yang bertanya macam-macam tentang kawen ni, 
insyaALLAH nanti ada la yang terupdate tu @_@



Wednesday 19 September 2012

wordless wednesday #44

berdebar-debar !
nak petua boleh?

Tuesday 18 September 2012

Blog Aisyah Humaira' Kini Dah Ada Banner!

Assalamualaikum semua :D
hai hai hai ~
bahagianya rasaaa :D
Niera dah dapat banner baru !!!
Tempah dengan blogger superb awesome > Nabila Medan :)


cantik bagi pendapat niera,korang rasa?


Monday 17 September 2012

wordless wednesday #43

pendapat anda?
 

Sunday 16 September 2012

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
“Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman…”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.




Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

“Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta…adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya…Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan…”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

“Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar…


Wassalam saudaraku Muhd Izhar…
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku…Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku…janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba…

share dari sini :)

Thursday 13 September 2012

Review Follower ke 3434 !

Alhamdulillah,ada juga masa untuk update + review sikit dekat follower bertuah kali ni..ahhh,lamanyaaa tak update ! nak dekat 8 hari tak update..sibuk dengan kuliah dah sekarang..campur dengan persiapan nak kawen nya lagi kan?hehe..ada yang dah dapat kad kawen?terima kasih sebab selalu sokong niera :) tengah menghitung hari la katakan..hik3..
okay lah,post kali ni tujuannya nak review sikit la blogger yang bertuah ni kan sebab dia sudi jadi follower kita yang ke 3434..tak sempat nak print skrin .. nasib baik cik fie kita ni sempat komen..boleh la print skrin komen dia tu sebagai bukti..hehe :)

jom terjah blogger super duper hot ni !

Wednesday 5 September 2012

Berkahwin Ketika Belajar Menjadi Masalah?

Kalau dulu,hari-hari update blog,
tapi kini nak dekat seminggu baru nak update.
tapi niera tahu mesti ada yang masih ingat kerana apa puncanya kan?
ya! masih sibuk menguruskan persiapan perkahwinan yang hanya tinggal beberapa hari lagi..
senang kata lagi kurang sebulan untuk bertukar status isteri kepada sang suami :)
kini niera menghitung hari untuk kembali ke dunia Universiti Sains Islam Malaysia [USIM] sebagai pelajar tahun 2 Pengajian Akidah dan Agama ^^
"Jadilah kamu orang yang mengajar atau belajar atau pendengar(mendengarkan orang mengaji) atau pencinta(mencintai ilmu) dan (jangan) engkau jadi orang yang kelima(tidak mengajar, tidak belajar, tidak mendengarkan pengajian, dan tidak mencintai ilmu), maka engkau akan hancur" (H.R. Baihaqi)

Setting niat dan mulakan semangat baru.Itu yang penting ^^
Walaupun setelah bergelar isteri,namun kita tak boleh ketepikan pelajaran..
ramai ibu bapa hari ini yang risau anaknya berkahwin ketika belajar kerana atas alasan takut tak boleh tumpu..
tapi wajarkah dengan dunia hari ini,kita membiarkan anak-anak gadis diluar sana berpeleseran tak tentu hala?
Islam sangat menggalakkan perkahwinan malah mementingkan ilmu bukan?

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim" (H.R. Ibnu Majah)

Perkahwinan bukan sekadar kata-kata "I LOVE YOU" tapi ia mengajar kita erti tanggungjawab dan amanah..
Ia satu keputusan yang sangat besar dalam hidup kerana kita nak hidup dengan pasangan bukan sehari dua tapi untuk sampai ke syurga bersama..
Jika telah datang lelaki yang baik akhlaknya dan molek agamanya melamar puterimu,terimalah ia :)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah SAW :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi).


Jalan terbaik untuk mengelakkan maksiat dan mengekalkan kasih sayang adalah dengan nikah ^^
couple atau bertunang masih belum punya apa-apa tiket untuk melakukan apa-apa tapi jika nikah itu pilihan kita,buatlah apa pun,itu semua dikira pahala,insyaALLAH..
Sebenarnya,bila kita dan berkahwin,kita akan faham erti tanggungjawab dan dalam diam sebenarnya kita lebih bersemangat untuk menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian kerana si suami pasti akan sentiasa menyokong isteri yang dicintainya bukan? :)