Wednesday 28 August 2013

Selamat Tiba Di Malaysia

Alhamdulillah, selamat sudah tiba di Malaysia pada 27/8/2013 jam 8pg. Menaiki pesawat khas Malaysia Airlines dari Mesir terus ke Malaysia. Alhamdulillah. Perjalanan lancar dengan cuaca yang baik. Segala memori di Mesir akan terus tersemat dalam hati. Terima asih buat pelajar dan pegawai di Mesir yang banyak bantu kami. 

Pengumuman:
  • Sibuk sikit nak urus itu ini. Nantikan perniagaan online barangan Mesir dari kami suami isteri. Update paling lewat minggu depan ! :)
  • Urusan perniagaan juga mungkin paling lewat 2 minggu lagi. Bagi 5 terawal boleh dapat diskaun ! Lihat di page Aisyah Humaira ye. Ada di sidebar.
  • Bulan September juga menawarkan pakej hebat untuk sesiapa yang nak sewa tapak iklan di blog Aisyah Humaira ni. Harga RM3 untuk sebulan dan RM5 untuk 2 bulan. Siapa cepat dia dapat. PM di page Aisyah Humaira bagi sesiapa yang berminat. Ruang iklan juga mungkin akan ditambah mengikut permintaan !


Saturday 24 August 2013

11 Ciri-ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga



“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

11 CIRI2 ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu...AMIN..




Wednesday 14 August 2013

Mesir Isytihar Darurat Sebulan [tertakluk kepada perubahan]

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Allah. 14 Ogos 2013 menyaksikan Mesir bermandikan darah. Umum mengetahui keadaan gawat di Mesir. Semua pelajar Malaysia dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM].


InsyaAllah, setakat ini, kawasan penginapan kami masih terkawal. Sama-sama doakan agar kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA. Hanya doa senjata kita. Yakin dengan doa. Share kan di wall-wall facebook kita agar masing-masing berkongsi info dan saling mendoakan umat islam di Mesir. Pengalaman pertama di bumi Mesir dengan kejadian sebegini. Allah. Tak tahu nak ungkap perasaan macam mana. Moga Allah sentiasa pelihara kami semua di sini. Amin.


Anda boleh dapatkan perkembangan terkini dari page-page facebook yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa update info dari masa ke semasa mengenai bumi Mesir. 
  1. Persatuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM]
  2. Abdul Malik
  3. Mesir Kini
  4. Pilihanraya Mesir
  5. Education Malaysia Egypt






Cinta Mana Pilihan Kita?




CINTA DARIPADA SYAITAN
Lelaki dan perempuan menyukai antara satu sama lain, dan berpegangan tangan dan kesudahannya mereka terjebak  kelembah  penzinaan..

- Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya”. 

Sesungguhnya SYAITAN itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (QS. 35:6)



CINTA DARIPADA JIN
Lelaki menyihir wanita agr mencintainya tanpa diketahui oleh wanita.



JODOH(CINTA) DARIPADA ALLAH S.W.T
Lelaki mencintai wanita dan meminangnya agar wanita itu halal baginya.

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)



Tuesday 13 August 2013

[15 Gambar] Sekitar Kaherah, Mesir #Part1

Salam Aidilfitri buat semua. Wah ! Mesti banyak dapat duit raya ye? Sambil berhari raya, jom kita cuci mata tengok apa yang ada di sekitar Kaherah,Mesir umumnya. Niera sempat juga tangkap beberapa gambar semasa berjalan-jalan sekitar sini. Majoriti gambar diambil ketika Niera dan suami dalam kenderaan awam. Sebelum tu, bagi sape-sape yang belum baca macam mana suasana mesir malam raya, klik [sini] okay. Tapi gambar kat entry tu x banyak la. hehe.

Pemandangan dari luar jendela rumah kami. Hari-hari boleh tengok padang pasir. 







Sebanyak 5x Ayat Al-Quran yg menceritakan perihal bumi Mesir diantaranya :  اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم








Gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan.

Kedai buku terkenal di Kaherah.

Seronok rupanya berada di bumi Mesir. Sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran pun boleh kat sini. Kos pengajian,pengankutan, makanan kat sini sangat murah. Baby-baby arab semuanyaa comel. Boleh cuci mata. Pengajian bersama ulama' juga meluas. Banyak kitab-kitab yang hasil tulisan ulama' boleh didapatkan kat sini. 

Ini gambar secara umum. Nanti bila Niera berkelapangan, akan diupload lagi gambar-gambar yg menarik. Keadaan Mesir yang tak berapa nak stabil, so tak berapa nak jalan sangat. Doakan-doakanlah keadaan kami kat sini.

p/s : Jom kongsi duit raya dengan 8share ! Klik [20sen] [20sen] [20sen]
Sape nak exchange, bagi iklan kat ruang komen okay. 


Wednesday 7 August 2013

Suasana Malam Raya Di Mesir

Selamat Hari Raya Warga Malaysia. Saat Niera taip entry ni, di mesir baru jam 12 tgh malam. Baru balik jalan-jalan sekitar Kaherah,Mesir. Banyak juga kenderaan yang dah berkurang sebab diorang pun balik kampong juga. Kat sini jugak terkenal dengan bunyi hon kereta. Sikit2 hon. Bawak kereta pun laju sangat. Best jugak rasa drift kat sini even naik kenderaan awam. Tapi kat sini, raya tak meriah sangat berbanding raya haji. Raya Haji sangat meriah tapi x berkesempatan la nak sambut sebab Niera dah mula kuliah di Malaysia. Hihi.



Jalan-jalan waktu malam di Kaherah ni best. Sejuk je angin malam dia. Tapi siang panas la. Musim panas kan. Kami pusing-pusing semua naik pengangkutan awam. Murah je, kalau duit Malaysia, kira macam lebih kurang 50 sen je. Kat sini semua barang murah-murah. Malam raya kat sini meriah la jugak sebab bila kita pergi pasar dia, ramai family yang turun untuk beli macam-macam persiapan raya diorang. Comel betul baby-baby arab kat sini. Rasa nak cubit je. Ada tu budak-budak yang tengok je kami suami isteri time beli barang. Maybe pelik kot dengar bahasa kitorang. Hehe. Malam raya jugak, penjual mula lah lelong brang dengan harga murah. Macam Malaysia jugak.



Mungkin esok, lepas kami solat raya, akan terus ke majlis yang biasanya orang Malaysia pergi untuk makan-makan. Kata suami, kat situ kita akan rasa suasana raya macam kat Malaysia. Semoga semuanya Allah jaga. insyaAllah. Doakan kami suami isteri agar sentiasa dibawah redhaNYA.



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami suami isteri. Terima kasih buat semua yang tak putus2 mendoakan kami. Barakallahu fikum.


p/s : Gambar tak dapat tangkap banyak gara-gara kenderaan yang kami naik laju sangat. hehe.


Pantun Riang-Ria di Hari Raya



Ramainya anak bersuka ria,
Menanti lebaran kian menjelang;
Kunjung mengunjung amalan mulia,
Perkasa ummah islam dijulang.

Bermain mercun di tepi rumah,
Suasana malam diterangi bulan,
Ramadhan pergi penuh sejarah,
Moga Umur sentiasa dirahmati Tuhan,



Berbaju melayu tampak anggun,
Duduk bersimpuh si anak dara;
Tersalah kata mohon diampun,
Itulah adat manusia biasa

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.



Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,



bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Friday 2 August 2013

Pengarang Jantung Pujaan Hati


Cewahh ayat! Sejak ada dekat dengan cik abang ni, bukan main bahagia je rasa. Macam pengantin baru je. Alhamdulillah usia perkahwinan dah pun menjangkau 10 bulan. Sekejap je kan? Biasa hidup jauh, bila dah dekat ni, kemain. Jauh sikit dah rindu. Isteri kat bilik, suami kat ruang tamu, tu pun dah rindu. Haiii..

Niera update entry ni waktu sahur kat Mesir. Sekarang lebih kurang jam 3 pagi. 3.30 pagi camtu azan subuh dah. Suami tengah tidur, penat katanya. Sebab isteri comot dia buli dia masak hari ni. Tak teman kite sahur pun. Sahur pun lauk bujang, nasi + telur + kicap. Sempoi je.

Actually, minggu ni perut asyik meragam je, tak larat nak buat apa dah, kadang tu sampai menangis tahan sakit. Tak pe lah, cuci perut kata orang bila kuar masuk bilik air. Tu yang buat janji dengan suami biar dia masak pulak hari ini. Walaupun Alhamdulillah, hari ni dah ok dah perut kita ni. Kesian pulak buli dia. Hehe. Terima kasih ye cik abang.



Itula sebab kita sayang sangat kat pengarang jantung pujaan hati kita ni. Sentiasa memahami. Baru tahu yang dia pakar urut, lega sikit bila time2 tak sihat dia jaga penuh perhatian. Siap bacakan ayat quran hembus2 kat kita. Terharuu je bila ingat balik. Bestnyaa kawen ! Dia rajin pulak tolong kita kat dapur, senang kata rajin tolong isteri dia. Memang indah ingat kenangan2 ni tapiii sedihhh bila sebulan lebih je lagi kita kat sini. Lepas ni balik Malaysia dah.. Sape nak jaga kita macam mana dia jaga kita time kita tak sihat. Huwaaaa :’(
Takpe, redha redha redha. Yakin dengan hikmah yang akan Allah bagi. Sabar sabar sabar. Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak pikul. Yang penting, ikatan kami sentiasa kuat dengan adanya kekuatan doa. InsyaAllah.



p/s : Eh, dah baca entry pertama suami Niera? Excited dia bila ada yang sudi baca dan komen.Kalau belum baca, klik sini. Jangan lupa komen sekali. Bagi kata2 semangat sikit kat dia. Hihi. Alahaiii, comel betul! Suami sapa nihh..

Aku bukan siapa-siapa, Hanya insan biasa yang memerlukan kasih sayangmu dalam membimbing aku ke jalan syurga. Moga ikatan ini kekal dan utuh buat selamanya. Ameen.


Thursday 1 August 2013

Akal VS Nafsu dalam Mencari LailatulQadar



Akal : Alhamdulillah,byk betul Nikmat kurniaan Allah kpd kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.Pahala sunat dilipatgandakan oleh Allah spt pahala mengerjakan Amalan Wajib. Dalam setahun Cuma sebulan yg Allah Anugerahkan kepada Umat Islam dalam menambah bekalan kita utk menuju Alam Akhirat..Bulan Apa?sudah tentulah BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..kalau ditempat kerja,setahun sekali dapat BONUS,bukan main seronok anak bini beli itu ini.Di bulan ini juga kte turut diberikan Allah BONUS yg tak terhitung oleh jari ditambah pula dgn Keistimewaan LAILATULQADAR..malam yg lebih baik dari seribu bulan..Wahh!! umur kita pendek sekitar 63 tahun tapi boleh dpt ganjaran pahala spt mrka yg hidup selama 83 tahun..(setahun = 12 bulan,1000  bulan = 83,33 tahun)..kalau difikirkan logik,mana nak ada org zaman sekarang dpt umur pnjng 83 tahun malah hdup dlm sentiasa beribadah plak kan?

Nafsu : Haah,betul cakap awak tue..saya suka sgt bila banyak Kedai2 jualan makanan yg murah muncul spt cendawan tumbuh selepas hujan..macam2 ada...Ayam panggang,Ayam percik,sate,cendol DLL.apa lagi,selagi boleh ku beli,ku beli walaupun dah tak cukup tangan utk dibawa pulang..bila time berbuka,berbagai jenis menu beraneka hidangan disediakan.perghh!! mulalah perutku dipenuhi dgn makanan yg sungguh menyelerakan..

Akal : Eh,Awak ni,kesitu plak..

Nafsu : Tak salah kan..selagi boleh makan,apa salahnya kte manfaatkannya waktu muda2 ni.tubuh pun masih kuat..penyakit pun kurang..so,tak kan nak tunggu waktu tua2 plak baru nak makan sedap2..



Akal : Salah tu,memang tak salah..yg salah,kte berlebihan dari kadar keperluan..makanan yg tak habis nanti ke mana perginya?bukan ke TONG SAMPAH tempatnya..Jadi,jangan terlalu Membazir di bulan ini sbb ia adalah amalan Syaitan.org yg membazir adalah saudara rapat Syaitan..Apa salahnya jika kita berbelanja sekadarnya malah wang selebihnya disalurkan kpd Saudara2 seislam kte di SYRIA dan PALESTIN..terpikirkah kita akan apa yg mereka makan di waktu kita makan?ingat!! kita sesame saudara seislam,ada hak yg akan ditanya Oleh Allah di Akhirat nanti..Haa!! sekarang dah sampai fatrah ke-tiga di bulan Ramadhan..macam mana dgn solat terawih,bacaan Al-quran,zikir2 yg pernah kita amalkan di permulaan puasa dulu?masih berterusan or terputus-putus?harap2 kita dapat Mencontohi para salafussoleh dalam merebut ganjaran diakhir2 bulan Ramadhan (LailatulQadar)..

Nafsu : Ooppss!! Buat tu,buat la jugak Cuma sekarang busy sgt2..Yelaa,,EidulFitri kian menjelang tiba tak lama lagi…byk benda yg perlu dibuat..nak buat kuih raya,nak beli baju raya,buat itu dan ini..macam2 lagi laaahh



Akal : erm,berbeza dgn kami yg menyambut Ramadhan di perantauan..berjauhan dgn family tapi berdekatan pula dgn pasangan hati..berada di mesir tapi Malaysia tetap di carta hati..hee,,yg penting,selagi masih di bulan Ramadhan ni,dimana jua pun kita berada,kita masih punya peluang utk meraih Ganjaran pahala..Ingat Tuuu!!

Nafsu : Ermm,,Baiklah..Tapii,,tengoklah macam mne nanti…

Akal : Disebabkan saya sayang awaklah,sya beri Nasihat..Agama itu kan Nasihat..Moge2 bulan RAMADHAN kali ini adalah bulan perubahan bagi kita semua kearah yg lebih baik..Hingga berjumpa lagi..

Nafsu : (Terdiaamm!!)



p/s : Karya penulisan pertama si suami. ^_^

Fitnah Akhir Zaman : Remaja Kini Sudah Hilang Malu !


Manusia, jangan lalai. Jangan leka dengan dunia. Sedih dengan dunia hari ini. Sedih dengan remaja kita kini. Muhasabah sendiri. Jangan menoleh pada orang lain. Moga video ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita. Teruskan berdakwah dalam segi apa pun jua :)