Saturday 1 March 2014

Bertubuh Besar Dan Tinggi Pakej Keselamatan Di Mesin ATM

Baru je balik dari maybank tadi, ada datang idea baru untuk post kali ini. Ternyata ada satu fakta yang melingkari dunia otak Niera masa kat maybank tadi. Fuhh, maybank Nilai memang penuh dengan orang hari ini. Masa beratur di mesin ATM, ada sorang uncle ni beratur depan Niera, bila turn dia, tak habis-habis dok pandang Niera, bertubuh besar dan tinggi adalah pakej yang lengkap sebenarnya bila beradaa di mesin ATM. Dia berjaya mengawal mesin ATM dengan hanya tutup dengan kebesaran tubuhnya. Bagi Niera itu dah salah satu ciri keselamatan yang bukan semua orang dapat buat, tambah-tambah Niera yang memang dah sah-sah tak cukup tinggi. Tapi musykil jugak, kenapalah uncle ni dok pandang-pandang belakang. Ohh, mungkin dia lebih berhati-hati sebab banyak kemungkinan bila berada di mesin ATM ni.  
  

Dinasihatkan juga kepada seluruh warga Malaysia agar berhati-hati semasa berada di Mesin ATM, macam-macam taktik laa nii untuk perangkap kita terutama buat kaum wanita, adik-adik, dan insan yang lemah. Yang tak cukup tinggi pun mesti hati-hati, sebab senang je dia nak tengok baki wang kita dalam mesin tu kalau kita tak berjaga-jaga. Kalau Niera, amalkan baca ayat qursi dan masa nak masukkan kad ATM tu, baca bismillah. Jangan excited sangat kalau nak keluarkan duit, ingat bahawasanya ujian Allah itu dimana-mana. Banyakkan berzikir :)