Wednesday 31 August 2011

selamat hari raya !

dah raya ke 3 baru ucap?

sibuk la..
hehehe..
ucapan ringkas ; 


"SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHR BATIN"


kepada ahli keluarga,sanak saudara,kawan2 di skdtho,srammbj,smadi,samtk,samtkkb,rakan2 fb,rakan2 blogger,dan semua yg mengenali "aisyah humaira'" :)
moga ukhuwah kita tetep berterusan hingga ke syurga..amin :)





Friday 26 August 2011

pisang dan kebencian !

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. 

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. 

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. 

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

 “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

share dari sini



my last day :')

today is my last day..first time berucap kat perhimpunan tadi..wah!hehehe..terharu bila dgr ucapan khas daripada plajar2..rasa nk nangis tp cool je..hik3..last day mengajar dan juga last day jd ustazah di srar tarbiatul islamiah..terima ksh semua yg bntu niera selama ini..ucapan2 utk guru2 srar tarbiatul islamiah ;



ustazah salmah ~ terima kasih sbb jd guru besar yg sporting ! niera akn selalu ingat ustazah :) hadiah yg ustazah bg pon niera akn jaga :) syg ustazah !

ustazah hayati ~ hai kak yati yg baik hati..kak yati ni lemah lembut je orangnya..suara pun lembut..terima kasih ye sbb selalu tolong niera :) syg kak yati !

ustazah asyikeen ~ kak syikeen ni gler2 orgnya..semua students tkt kat dye..hehehe..tp klu kami dah dpt gelak mmg x ingt dunia..hehe..akak suka marah budak bila diorg buat niera nangis..tenx tw akak..niera syg akak!

ustazah zahara ~ hai akak cantik?ank kak zah ni dua2 cute gler ! nk jugak..hehehe..niera dah anggap kak zah mcm akak niera sendiri..semua masalah luah kat kak zah..mesti rindu nnt.. :)

ustazah dhuha ~ akak ni baru ngaja jgk sama niera tp pengalaman dye byk..dye ada sft keibuan..niera x kn lupa akak..:)


kepada semua ank2 murid ustazah yg bg hadiah,terima kasih byk2 sebab ingt jgk kt ustazah..hadiah perpisahan nmpknya lbh byk dari hadiah time hari guru..hehehe :) ustazah syg semua!jgn lupa ustazah tw !

byk x?

ikhlas dari thn 6..best jd guru kelas dorg walaupon dorg nakal :)

i love teddy bear..menambah koleksi teddy bear niera..huhu :)

ikhlas dari thn 4..sirah A tw ! hehehe..

ikhlas dari pihak sekolah dan guru besar..mmg rancang nk beli telekung baru..alhamdulillah dah dpt :)


solusi hadiah dari kak zahara :)



kad2 raya dapat byk jgk dlm 10 keping..byk la dari x dpt lgsg :))





Thursday 25 August 2011

pengakuan lelaki terhadap wanita..



Ya Allah,,kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, apalagi jika kalian telah diamanahkan oleh Allah dengan kecantikan dan postur tubuh badan yang ideal. ya, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan jilbab yang membentang.

Ya Allah Ya tuhanku,,,kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian telah diamanahkan oleh Allah dengan suara yang merdu dengan irama yang mendayu, kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di hadapan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja.



Ya Allah Ya Rahman,,,kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.


Ya Allah Ya Rahim,,,kami tahu kami insan yang lemah apabila berhadapan dengan kalian kerana kekerasan hati kami  akan mudah luluh hanya dengan senyum kalian, hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah amanah itu dan jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.



Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini,hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,kalian akan menjadi halal bagi kami.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..Ya Rabb, ampunilah daku. Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,


Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap saat,kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami, Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...AMIN



terima kasih syg !

terima kasih syg !
i love u all very much !
actually semalam niera ada cter pasal umah niera banjir kan?pg tadi mmg pening bila tgk rumah yg kotor + bau hanyir..sedih sgt2..x de sape sudi tolong niera utk bersihkan ruang yg kena banjir..semua sekali yg kena ada 4 ruang..surau,bilik my parents,ruang tgh dan bhg luar..laratkah niera utk membersihkan rumah niera yg seluas tu seorang diri??mula2 niera gagahkan jgk diri ni bersihkan bhg tgh..tp separuh je berjaya..x larat sgt..ruang dah la luas..then niera msg rakan sekerja niera mohon bantuan idea..kak syikeen pon mencadangkan agar minta bantuan pelajar2 sekolah niera..alhamdulillah ALLAH permudahkan..guru besar memberi keizinan...
dah sampai rumah,kami mulakan operasi..sampai malam!mereka berbuka di rumah niera dan itu menjadi kenangan terakhir niera bersama mereka sbb esok hari last niera mengajar..tapi niera belanja makan pe yg ada kat bazar je r..x sempat nk masak(padahal mmg x pernah msk)..hihi..










antara aksi mereka semangat tolong bersihkan rumah niera yg dilanda banjir :)

selamat berbuka :)


kenangan terindah :)




Wednesday 24 August 2011

rumah banjir !

*gambar hiasan*

subhanallah !

rumah banjir !
mmg niera x kn lepas peluang ceritakan pengalaman ni dgn my lovely blog !actually kejadian selepas niera.selesai solat isyak..jiran sebelah dah jerit..



"munirah,air dah naik!"

"haah?x phm la.."(x tw npe time tu jadi blur)



bila niera tgk bawah,air dah masuk umah laju je x sabar2 air tu nk cium kaki niera..
ya ALLAH,time tu baru kelam kabut angkat karpet dan segala benda yg ada..
pastu semua daun2 ranting2 kayu masuk dalam umah..air dye sejuk!best klu mandi.hee~
then,rasa dah nk nanges dah sbb tkt air akn masuk lg byk..surau(ruang khas dlm rumah) ditingkat bawah dah sampai lutut dah air..masuk plak ruang tgh n bilik mak ayah..nasib baik tingkat atas n dapur x masuk..macam2 aksi..masuk kuar umah je niera dgn jiran2..tgk2 umah org lain yg kena banjir jugak..ok,mesti nk tw punca kan?actually rumah niera dkt dgn surau dan sungai..sungai tu x blh menampung air yg byk sbb hari2 hujan lebat kemudian air tu tumpah dan mengalir ke rumah2 yg dekat..tambah2 rumah niera sebelah paya..lagi la..nk tw?ada 2 ekor ikan keli masuk umah..hehe..bila tgkp dah blh goreng..blm lagi ikan yg kecik2 tu & siput!..main tangkap2 ikan plak kami..riuh kawasan kampung umah niera..blm lagi yg terjerit2 sbb ada lintah!termasuk niera la..lintah dah kat sebelah kaki..hehehe...esok?pening nk bersihkan semua kawasan umah ni..dah la sorang2..mak ayh blk kampung hari sabtu..mmg niera kena bersihkan sebelum mereka balik la..doakan niera berjaya esok ! heee~
nilah pengalaman pertama..subhanallah..


Tuesday 23 August 2011

kesalahan dalam bertaubat..




mahu bertaubat tetapi MENUNDA TAUBAT
seharusnya x dilewatkan bertaubat kpd ALLAH kerana itu merupakan kewajipan setiap muslim yg berdosa.Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi "pembungkus" hati sehingga dosa sukar dihapus.



lalai dan terlupa UTK BERTAUBAT
ramai antara kita x pernah terlintas sama sekali telah berdosa kpd ALLAH,lantas lalai utk bertaubat kpd ALLAH.

enggan bertaubat kerana KHUATIR AKN MELAKUKANNYA LAGI
seseorang tlh berbuat dosa kpd ALLAH & kemudian ingin bertaubat,malangnya x meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula.persoalannya,adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?




malu HENDAK BERTAUBAT
Antara ujian bg org yg ingin bertaubat ialah pandangan & celaan daripada mereka yg x memahami islam.jika benar2 kita jujur dgn tindakan serta berbekalkan sifat sabar,lama kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.



berani buat maksiat lagi KERANA RAHMAT ALLAH LUAS
Rahmat & kasih sayang ALLAH bersama dgn org yg baik,bkn dgn mereka yg lalai dan suka melakukan kemaksiatan kpd ALLAH




tertipu DGN AHLI MAKSIAT
jgnlah berasa hairan melihat mereka yg terus-menerus malakukan maksiat tanpa ada balasan drpd ALLAH,bahkan mereka diberi nikmat didunia.mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka diazab pada hari akhirat nanti.



berputus asa DRPD RAHMAT ALLAH
ada pelaku maksiat yg bertaubat dan kemudian kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang kali.Akhirnya membawa kepada berputus asa drpd rahmat ALLAH kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu.sikap berputus asa drpd rahmat ALLAH seharusnya dielakkan,malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang muslim.

sumber:majalah solusi isu 35

Monday 22 August 2011

minggu last *ustazah munirah*

sape ustazah munirah??
niera la tu..
malas nk taip,tgk gmbr je k..
hehehe~

hari ni 4 org pelajar je thn 6 yg dtg..actually pelajar thn 6 hanya 15 org..


nampak niera dikelilingi puteri2 pink dan mereka semua thn 4..


yeay ! kamilah guru2 di srar tarbiatul islamiah..ada sorg lg tp dia gi kursus..xpe2,nnt sebelum pindah amek pic lg :)


amboi,sukanya mereka ! thn 6 mmg best walaupon suka buat ustzh munirah nanges..hehehe~



mesti korang akan jd  murid yg selalu ustazah rindu :)




p/s:byk lg gambar kat fb tp hnya org 
berkaitan gmbr je blh tgk..
sorry :)




Sunday 21 August 2011

buzy~

bismillahirrahmanirrahim..

minggu ni minggu plg sibuk..
minggu ni jugak minggu terakhir menjadi guru kafa..


*pic ni,niera dgn kak syikeen..sama2 guru kafa(abaikan gaya kebudak2an niera)*


so,mmg jarang akan berblogging..
maaf ye kawan2 blogger..
and utk makluman awal,pas raya,niera akan smbung study..
alhamdulillah dlm bidang ijazah akidah & agama di usim..
time tu pon akan tinggalkan dunia blog sementara..
sure time tu rindu kat buah hati niera ni..
tp niera akan pastikan blog niera x de sawang!
hehehee~
doakan niera ea.
bubye!
assalamualaikum~




Tuesday 16 August 2011

wordless wednesday #1

keluhan si pasu..

Sebuah pasu berharga sdg menunggu masa utk dilelong.Harganya dianggarkan mencecah puluhan ribu.Kagum dgn pencapaian tersebut.sebuah seterika antik yg juga dilelong bertemu pasu tersebut & mereka berbual2.




seterika antik : Assalamualaikum
pasu : Waalaikumussalam.oh,seterika antik!apa khabar?
seterika antik : Alhamdulillah aku sihat walaupun sdg meniti usia emas.Aku kagum dgn kamu.Kamu bakal mendapat perhatian luar biasa hari ni.Aku terdengar org berbual2 mengatakan bahawa kamu bakal menjadi rebutan org berada.
pasu : Ya?Semua ini bukan mudah dicapai.bermacam2 cabaran yg aku terpaksa tempuhi.
seterika antik  : Emm..kedengarannya seolah2 kamu tlh menempuhi masa silam yg cukup perit.
pasu : Betul tu..

(pasu termenung seketika sebelum mula menceritakan kisah silamnya)

1)tanah liat dicampur dgn air dan kemudian diuli2.Aku berasa x selesa dilenyek2 dgn kasar oleh si pembuat pasu

2)kemudian aku diletakkan diatas sebuah tapak yg sentiasa berpusing utk dibentuk.Waktu itu aku rasa pening.

3)Selesai dibentuk,aku dijemur di bwh terik matahari.Aku x mmpu lakukan apa2 dan hanya mampu bersabar & berdiam diri.

4)Selepas itu aku dibakar dgn suhu yg sgt panas.

5)Aku sangkakan penderitaan aku tlh berakhir.Rupa2nya x.Ada pula tukang ukir menoreh badanku dgn pisau tajam.

6)Bagi sentuhan terakhir,seorang pelukis melukis motif yg cukup indah di atas badanku.Aku selesa diperlakukan dgn lembut oleh pelukis tersebut walaupon terasa sedikit geli.


seterika antik : la hawla wala quwwata illa billah.Kamu mmg tabah menghadapi semua itu.Kemudian apa terjadi?
pasu : Kemudian,aku diperagakan di sebuah kedai,aku terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin.Detik itu,baru aku tahubahawa aku sebuah pasu yg cukup indah.Kalau bukan kerana semua proses yg menuntut aku bersabar,aku pasti x mempunyai nilai seperti hari ini.Aku mungkin hnya akn menjadi pasu x bernilai,tersadai di satu sudut rumah & berlumut.
seterika antik : Subhanallah.ALLAH menguji kita,tetapi kemudian Dia menghujani rahmat disebalik setiap ujian tersebut.
pasu : Betul tu.ALLAH x pernah & x kn sekali2 menzalimi hamba-NYA.Aku redha dan bersabar sedikit,hasilnya kini aku dipamerkan megah dalam sebuah kedai dan mempunyai harga yg mencecah puluhan ribu.

kesimpulan : ALLAH berfirman dlm surah al-insyirah ayat 5&6 yg bermaksud : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Mana mungkin kejayaan dtg bergolek tanpa menuntut usaha dan sabar?

sumber:majalah GenQ dan kesimpulan idea niera :)

Monday 15 August 2011

kelam kabut !

actually malam tadi x leh nk tdo..

kol 5 pg baru tido..
amboi..
bila terawih,asyik menguap je tp dah sampai umah plus dok khusyuk dating dgn buah hati trus x leh tdo da !
buah hati?
yela ! 
niera syg gler kat buah hati niera "AISYAH HUMAIRA' " ni..
of course la my blog :)


pg tu pas solat subuh,apalagi..
bantai la tidor blk..
heee~
then,bgn trs peluk cium buah hati niera ni..
tgk2 jam dah kol 1..
siap x lagi..
iron bju + tudung mmg x sempat la..


then,decide amek bju mak then pakai je tudung yg dah sedia ada!
hahaha~
pemalas niera ni..
haishh~

sblm gi sekolah,singgah jap beli stokin baru..kui3..
pastu singgah kedai fon yg baiki fon niera..
u all want to know something??
my fon siap 2 bulan lagi !
aduhh~
guna la fon lama yg hadiah mak bg sempena keputusan SPM yg lalu..



btw,nk cter tu je..hahhaa,,hari ni gi ngaja x gosok baju dan tudung..amek yg sedia ada..


p/s:jgn berdating lama sgt,t semua kerja jd kelam kabut!

Sunday 14 August 2011

bahagia..


 drpd Shuhaib r.a,sabda Rasulullah SAW,bermaksud: "sungguh menakjubkan urusan org mukmin.Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan.Apabila mendapat nikmat,maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya.Dan apabila ditimpa ujian(kesempitan) . maka dia bersabar dan itu kebaikan bgnya." (Riwayat Muslim)

 Yahya bin Khalid al-Barmaky,seorang menteri yg masyhur pada zaman Bani Abbasiyah , dtanya:"Apakah yg dmaksudkan dgn bahagia wahai tuan?"

jawabnya:"sentosa perangai,kuat ingatan,bijaksana akal,tenang dan sabar menuju maksud"

 Seorang penyair bernama Hutai'ah berkata:"menurut pendapatku,bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpul harta benda tetapi takwa kpd ALLAH itulah bahagia"

 Ibn Khaldun berpendapat:"Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis2 yg ditentukan ALLAH dan berperikemanusiaan"

 Ibn Mas'ud r.a. apabila dtanya:"Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?"
Beliau menjawab :"Bukankah ALLAH tlh meninggalkan utkku yg sebelah lagi?"

benarkah bahagia itu adalah kepuasan pada hati?bukankah manusia x pernah puas?selagi ia berada didunia,selagi itulah dirinya penuh kekurangan dan ketidaksempurnaan..selamilah dasar hati,percayalah bhw sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yg mempunyai rasa takwa dan redha kpdNYA 


p/s:kejarlah bahagia itu :)

buat fanpage niera sendiri :)

jam menunjukkan 4 pg dan niera masih belum tidur2 lg..

knp?
yeay ! niera blaja sesuatu yg baru :)
heehehee~
teringin nk ada fanpage sendiri..
(bajet macam blog niera dah ada ramai follower je)
walaupon x tw la nnt ada yg like @ x..
sape syg niera dye mesti like en..
(ada yg syg ke?)
rasa nk dush2 je kan niera ni..

btw,niera terkejut tgk follower yg naik mendadak..
alhamdulillah..
walaupon blog niera simple kot~
kalau ada yg perasan,hari2 akan ada sesuatu yg bertambah @ berkurang dlm blog niera..
semua tu hasil blaja tutorial dlm blog2 rakan blogger yg lain :)
sape?
tgk kat list tutorial tu..
muahmuah la kat mereka :)

ok  ! 
now,klu korang rasa suka dgn blog niera blh tlg LIKE x kat fanpage AISYAH HUMAIRA tu?
LIKE korang niera sgt2 hargai..
syg la kat k0rang !
klu korang ada fanpage jgk,bg tw niera..t niera LIKE korang punya fanpage plak..


ini blog NIERA dan bukan blog artis apatah lagi sasterawan negara..haha~
NIERA gadis bese2 je..
selamat berblogging :)

Friday 12 August 2011

doa dipohon ada waktunya :)

hari ni rasa nk share something dgn semua..
hehehehee..
moga kita dpt manfaat bersama ^_^

nk tw x?
klu nk tw,teruskan bacaan korang ok !



waktu2 yg dianjurkan berdoa;


 waktu pg sblm terbit matahari & setelah menunaikan solat subuh..korang jgn tinggal solat subuh tw !

 selepas setiap kali korang solat fardu lima waktu..

 antara solat zohor,asar dan maghrib

 antara azan & iqamah @ selepasnya

 ketika korang bgn tidur..jgn lupa baca doa bgn tdo gak taw..

 slps korang membaca tasyahud akhir sebelum salam

 ketika korang hendak msk @ keluar masjid

 antara takbir solat hari raya

 dlm khutbah jumaat,khutbah hari raya dan khutbah nikah..terutama utk lelaki sbb blh ambil peluang ni..

 ktka menziarahi makam Rasulullah SAW  di masjid nabawi if korang gi sana..

 ketika korang melakukan sesuatu pekerjaan & urusan penting contoh meeting..

 ktka korang membaca Qunut bg solat subuh & lain2..

 tiap2 kali korang mengadakn majlis dan upacara yg x berbentuk kemaksiatan & kemungkaran

 ketika korang ditimpa kesusahan,kesulitan,gundah gulana & rasa gelisah..jangan mengeluh !

 ktka korang berjumpa dgn sanak saudara & shbt handai yg lama berpisah..blh guna time raya nnt jgk :)

 ktka nmpk hujan turun,korang trs doa ea..

 ktka mmulakn solat & sesudah mengerjaknnya :)

 sepanjang mlm,terutama sepertiga yg akhir & waktu mkn sahur..walaupon sahur ada yg pjm mata,doa je k :)

 ktka khatam ALQURAN 30 juzuk

 ktka sujud dlm solat khususnya pd sujud terakhir..


ALLAH SWT berfirman yg bermaksud :

"DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU,SESUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR ..AKU PERKENANKAN DOA ORG YG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA -KU"
(surah AL-BAQARAH 2:186)