Sunday 29 March 2015

Apakah Rasa Ini?

 
Ujian demi mematangkan. 
Entah kenapa munculnya rasa ini. 
Rasa kesal, kecewa, sedih bercampur jadi satu. 
Aku bukan tak cuba nak menjadi lebih baik daripada hari ini, tapi apakan daya, tetap terjadinya kesilapan. 
Tak semua yang kita harapkan akan jadi sempurna mahupun baik. 
Entahlah. Aku buntu meluahkan rasa. 
Seperti ada sesuatu dalam diriku yang tak dapat aku luahkan. 
Terkubu begitu saja. 
Menangislah. 
Menangislah. 
Dan terus menangis.
Itu yang aku mampu. 

Beban ini ku tanggung sendiri. 
Siapakah yang sudi memahami?

Allahuakbar,
Jika inilah ujianMu,
aku redha.

Kerana selama ini banyak sungguh nikmat yang telah Engkau berikan.
Tak terucap syukur dibibir. 
Apalah sangat dengan ujian sekecil ini?
Cuma aku mohon agar Engkau terus kuatkan aku.


Monday 16 March 2015

Berpantang Buat Kali Pertama

Lambatnya update! Ahh, asalkan berupdate. huhu.
Alhamdulillah. dah pun selesai tempoh berpantang 44 hari selepas melahirkan Syifa'. Lain sikit la daripada orang yang berpantang selepas melahirkan anak secara normal. Niera czer, so cara pantang banyak yang tak sama. Apa yang tak sama?
  • Tak boleh berurut.
  • Tak boleh sebarang makan dalam tempoh yang lamaaa
  • Tak boleh pakai bengkung.
  • Tak boleh makan jamu atau segala jenis ubat lepas pantang.
Sedih betul masa tu. tapi nak buat macam mana. Bila entah nak kurus. Hahaha. Sekarang baby bf (breast feeding), so berharap dari situ boleh la kurang kan sikit berat badan ni. Last berat masa sarat mengandungkan Syifa' 66kg. Haaa, amek kaw! Naik 10kg kot. Masa Syifa' umur sebulan hari tu, try timbang, alhamdulillah, dah turun 7kg. Sekarang tak tahu la.. Kalau boleh impian tu nak kurus sampai tak cecah 50kg. Hahaha. Boleh tak? Yelah, mesti nak nampak muda sweet2 je kan.. Nak jugak nampak yang Syifa' tu macam adik sendiri. Hahaha. Besar betul cita-cita.



Pagi
Pagi-pagi lagi dah mandikan Syifa' (hari ke 10), wangi-wangikan dia, wangi-wangikan diri jugak. Lepas tu mak akan buatkan sarapan penuh berkhasiat, then hantarkan ke bilik. 1 minggu lebih jugak lah tak boleh nak jalan. Nak duduk pun rasa ngilu kat perut tu tak yah nak cakaplah. Dan sebelum sarapan tu, niera amalkan menelan pati ikan haruan dan jugak jeli gamat.

Tengahhari
Biasanya mak akan masakkan apa yang boleh makan la, contohnya, ayam, ikan haruan, sawi dll. Pastu banyakkan makan bawang putih dan lada hitam. Minum pulak, hanya amalkan minum air masak, susu dan jugak milo JE. Yang lain tak boleh. Hahaha. Boring jugak lah tapi telan je lah. Nasib mak masak sedap. Berselera je makan. Terutama lauk sup ikan haruan tu. Even pertama kali makan, tapi rasa sedap sangat. Mak still hantar ke bilik. Tapi tak de lah sampai habis pantang. Mak tak manjakan jugak. Minggu ke 2 dah cuba berjalan sendiri ke dapur. Kang terus tak boleh jalan kang.

Petang
Biasanya akan makan biskut cicah milo lah time ni.Then mandikan Syifa' sekali lagi. Mak kata, nak bagi baby cepat besar dan sihat, bagi dia menyusu banyak, tidur banyak dan jugak selalu mandi. Pakej la sekali dengan makan malam. Mak kata kalau makan lambat, nanti badan cepat lah naik. Dah la kerja niera makan je. Hahaha.



Senarai kat atas tu jelas membuktikan yang Niera kerja makan makan dan makan je kan? Mak kata normal lah tu, sebab menyusu badan memang akan cepat lapar. Tapi kena pandailah manage masa untuk berdiet. Ibu-ibu yang melahirkan secara czer mungkin faham. Stress kot tak boleh makan ubat itu ini, tak boleh bengkung segala bagai. Doakan aku kurus cepat. Hahaha. Kawan sekolah yang datang melawat pun mengakui yang sememangnya aku dah lain. Hahaha.

Setelah hari ke 36 Syifa' dilahirkan, barulah walid dia balik Malaysia. Reaksi pertama si ayah jumpa anak, "Keciknya dia".. Huhuhu. Dia tak tgk masa baby mula-mula keluar dari perut, lagilah kecikk! Buat pengetahuan, ibu yang bersalin secara czer juga sebenarnya ada nifas, sebab dia tetap dalam kategori melahirkan anak.


Tuesday 10 March 2015

Start Praktikal Bila Habis Pantang

Lamanya tak update-update blog. Bercuti bersalin la katanya. Dunia sebagai ummi memang mencabar. Tambah tanggungjawab baru, jadi agak kelam-kabut jugak lah sebenarnya. Nasib baik sepanjang pantang, Syifa' sangat behave. Diam je. Hanya nangis bila nak susu. Senang jaga. Alhamdulillah. Tapi sekarang, fuyyoo.. sengaja je tau buat ummi dengan walid dia tak duduk diam. Dengan opah-opah dia sekali terheret. Sekarang opah Syifa' (ibu Niera) la yang tolong jagakan Syifa' sepanjang Niera start praktikal ni. Lagi 3 bulan je lagi nak habis praktikal. Lepas tu dah boleh start cari kerja. Yang penting dunia study dah habis. Yeay! Bulan 11 konvo insyaALLAH.



Dunia Praktikal
Alhamdulillah, aku dah mulakan dunia praktikal selepas hari ke 46 Syifa' dilahirkan. Baru je habis pantang, terus aku aktif berpraktikal. Hahaha. Cukuplah aku nyatakan yang kini aku sedang praktikal di sebuah agensi. Kerja pejabat la senang cerita. Tapi tetap ada kaitan lah dengan bidang aku. Pengajian Akidah dan Agama. Ada la kaitan dengan dunia akidah tu. Sekarang ni merasa la dunia pagi-pagi tempuh jammed. Minggu pertama tahan lah nak drive kereta, pastu sekarang ni dah masuk minggu ketiga praktikal, aku merempit la pulak. Lagi senang, takde lah lambat nak punch card. Pastu dok pejabat, mengadap komputer, buat data tu data ni, then tolong lah apa-apa yang patut. Best! Habis kerja jam 5, then hooray! Boleh jumpa Syifa'. 
 
  اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
 Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah