Sunday 29 June 2014

Selesai Final Exam, Genap Sudah 22 Tahun

Alhamdulillah, 27 Jun 2014, selesai sudah final exam for semester 6. Dan genap juga usia Niera 22 Tahun. Dan ini bermakna dah hampir 2 tahun bergelar isteri. Kemudian selepas ini bakal bergelar ibu. Banyak soalan, "Dah pregnant ke?'. Soalan tu buat Niera senyum je, insyaAllah niera share nanti ye jawapan tu :)
Terima kasih buat yang mendoakan/wish birthday di alam maya dan alam nyata. Suami pun wish sepanjang hari tu setiap minit je sebut "Selamat Hari Jadi Sayang". Sampai la kita tergelak, sebab dia kata, kalau orang lain wish sekali je, tak special tapi dia wish banyak kali, itu yang special. Macam-macam betul perangainya. hehe. 
Doakan Niera akan exam MUET pula pada 5 Julai ni. Semoga tercapai juga band yang diharapkan. Usaha tangga kejayaan. Yeay!! Usaha Usaha Usaha. Dah2, jom solat terawih! Selamat menyambut Ramadhan buat semua yang sudi berkunjung ke blog ni walaupun dah jarang update. :) Ampun salah silap. Assalamualaikum.

Tuesday 17 June 2014

Happy Anniversary, Mom and Dad

Sebenarnya anniversary mak ayah Niera dah lepas. Bertarikh 23/4/1991. Alhamdulillah, bulan April yang lalu. Adalah sempat menantu dia buat surprise bawak kek balik rumah. Hehe. Genaplah sudah 23 tahun mereka sebagai suami isteri dan anak sulung dia yang nakaii ni a.k.a Niera dah pun nak cecah 22 tahun hujung bulan Jun ni. Siap dapat menantu dikala mereka masih berusia 44 tahun. Ohh yaa, mak ayah Niera sebaya. Now dah 46 tahun. InsyaAllah, tahun depan bertambah la orang baru, status baru, dan semua serba baru dan harap itu semua dapat menambah kasih sayang sebuah keluarga.


  • Happy Anniversary, Mom and Dad. 
  • I'm the happiest daughter in the world because having you as my parent.
  • The whole world should know that you are the best parent ! I really love you. 
  • Dad, I owe you many things and I hope I will always in your du'a, same goes to me. 
  • I always proud as you as my father. 
  • You always support and help me in any difficult situation. I really love you.
  • Mom, you teach me a lot of things and of course you have teach me how to be a good wife to my husband and I really appreciated it. 
  • I hope, I can see your face everyday in my life.  
  • There is no special words that can I create for you to describe how are you to me. 
  • Mom and dad, I will make sure that you will be always in my du'a. I wish you can love each other until jannah. Saranghae!
p/s: Mak, Niera tahu mak baca blog Niera senyap-senyap kan? hehe. So, ini untuk mak dan ayah. Doakan Niera dan Abang Wan bahagia di dunia dan akhirat. Ameen.

Monday 16 June 2014

Surah Bacaan Ketika Mengandung

Sedikit perkongsian buat update kali ini. Jom amalkan surah-surah special ni terutama buat ibu hamil. Macam-macam keistimewaan!



Surah Bacaan Ketika Mengandung
  • Surah al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak cantik akhlak dan rupa
  • Surah al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati.
  • Surah Yasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah at-Tawbah : Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah al-Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Sangat disarankan agar si ibu khatamkan al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sepanjang 9 bulan mengandung. Buat bakal ibu-ibu di luar sana, tahniah atas kehamilan. Allah memberi banyak ganjaran buat kita sebagai bakal ibu. InsyaAllah. Bersyukurlah kerana kita adalah insan terpilih. Alhamdulillah

Ohh Final Exam!

Final Exam Semester 6
10/6 – Keusahawanan
23/6 – MUET/Teks-teks falsafah
24/6 – Teks-teks akidah
25/6 – Kerohanian dalam pelbagai agama/metodologi kajian pelbagai agama
27/6 – Religious worldview


Tu jadual final exam kali ini. Ohh, sungguh banyak gap. Study week dah jadi 2 minggu. Apa lagi, malas pun datang bertamu lah! Adoii.. apa nak jadi ni? Apa ni? Apa ni? Semester 6 yang mencabar, tinggal 1 je semester lagi then kita boleh enjoyyy berpraktikal okay! Pejam celik pejam celik kejap je dah nak habis belajar.. masih terasa muda. Ewahh ! Hmmm.. psstt, sempat lagi khatam 3 buah novel!
·         Dia.. isteri luar biasa [sangat best!]
·         Pabila romeo vs Juliet [karya e-man sufi yang terakhir kolaborasi novel yg sebelum2 ni, wehh, serius best!]
·         Aku bukan perampas [banyak sangat konflik, serabut otak bila baca, boring!]

Haaaa, tu dia aku punya kesimpulan. Subjek untuk exam next week, belum sehabuk pun baca lagi.. tu dia ragam si bakal ummi. Ni kalau suami, mak ayah den tahu ni, mahu x mengamuk. Haha. Bini dia buat onarrr..

Ehh, tapi bukan sengaja. Sebulan dua ni mmg x sedap badan. Rasa lesu je. Nak buat apa pun x semangat. Tapi mudahan ramadhan kali ni lebih bersemangat! Yeay! Ok, nak sambung merajinkan diri utk study. Sayonara!



Lots of love,
Puan Niera.