Thursday 26 September 2013

Jom Sertai Kursus Pra Perkahwinan !

Kursus Pra Perkahwinan 'Selangkah Menuju ke Gerbang Perkahwinan'. Penyertaan terbuka kepada semua Mahasiswa USIM dan orang awam. Akan diadakan pada 26-27 Oktober 2013 bertempat di DKF 1.2. Yuran penyertaan sebanyak RM80 termasuk makan 2 hari serta bahan2 modul kursus dan sijil yang disahkan JAKIM. Bayaran diposit hendaklah dibuat sebanyak RM50(Hubungi no tertera). Pendaftaran dibuka sehingga 21 Oktober 2013. Ayuh CEPAT mendaftar! Tempat adalah TERHAD!


Wednesday 25 September 2013

Kembali Semula Ke Dunia USIM Setelah Beransur Sihat

Alhamdulillah, selamat merempit ke USIM petang tadi dengan jayanya. Alhamdulillah. Biasanya suami yang hantar sejak dia ada di Malaysia tapi hari ni dia pula yang sakit. Tak larat. Sama-sama doakan supaya encik Safwan yang saya sayang kembali sihat. Ameen. 



Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. lepas ni kena pantang makan. Tak boleh makan sayur, tak boleh makan makanan yang bersusu/santan, makanan pedas, buah-buah yang berangin dan macam-macam la pantangnya. Demi kesihatan dan supaya perut tak meragam lagi. 



Maaf buat pembeli barangan mesir yang lambat dapat barang. Yang belum dipos, akan dipos esok. Terima kasih bagi yang memahami kondisi kesihatan Niera yang tak berapa nak baik minggu lepas sehingga hari ini. Kini kembali aktif dan bertenaga untuk belajar. Dah janji dengan suami, tak mo nakal-nakal dan nak belajar sungguh-sungguh. Yeay !

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut ; 69]


Saturday 21 September 2013

Semoga Cepat Sembuh



Lama tak menaip di sini. Alhamdulillah, baru larat nak taip sikit. 3 hari mengerang sakit, sampai nak tergelak bila adik-adik semua ingat mengandung. Ohh, sangat nak tergelak. Sakit perut tanda mengandung?? Haha. Konfirm kelakar. Baby insyaAllah lambat lagi. Jumpa doktor, doktor check salah makan. Sampai habis ubat yang doktor tu bagi, tetap masih terasa sakit, cuma masuk hari ke empat ni kurang sikit sakit. Asal makan je buang balik. Seolah-olah perut tak boleh terima. Ini lagi teruk dari senggugut. Tapi Allah nak uji. Alhamdulillah. Terima kasih pada kawan-kawan dan suami yang tolong. Balik rumah, mak ayah pun tolong belikan ubat yang katanya lebih bagus. Tu yang kurang sikit. Sakit-sakit cenggini pun ramai yang still order barang. Alhamdulillah. 

Aduhh, sakit lagi..

Hanya mampu bersabar dan berdoa. Kaffarah dosa. Moga amalan masih diterimaNYA. Syukur, masih ada suami dan family disisi. Terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan. Harap akan sihat sepenuhnya. 

Saturday 14 September 2013

Barangan Dari Mesir Yang Sememangnya Sangat Murah !!!

Mencari Bedak Arab, Tudung Mesir, Sarung Lengan Mesir, Stokin Sandy Mesir?
Alhamdulillah, selamat terbang dari Mesir ke Malaysia. Kini Niera menawarkan harga yang hebat buat warga Malaysia yang berminat dengan produk barangan Mesir.
Bedak Arab : RM45
Tudung Mesir [tanpa jahit tepi + 1 meter setengah] : RM25
Sarung Lengan Mesir : RM5
Stokin Sandy Mesir : RM5

*Harga tak termasuk postage. Buat warga USIM, boleh dapatkan langsung dari tangan. Klik link-link barangan tersebut untuk tahu lebih lanjut. :)
Contact :
FB Munirah Zahari
Fanpage Aisyah Humaira
Email : blogaisyahhumaira@yahoo.com
017-2414713 [Call/SMS/Wassup]
Tempahan hanya diterima pada hari Sabtu/Ahad SHJ [disebabkan sibuk dengan urusan kuliah pada hari bukan cuti] dan pembeli yang serius sahaja yang akan dilayan. Tempahan pada hari lain juga dibolehkan tapi kemungkinan besar saya akan respond sabtu/ahad. Buat warga USIM, boleh terus call/ sms je bila2 masa.

Thursday 12 September 2013

Blog Berubah Wajah !



Salam buat semua. Blog bertukar wajah lagi ! Terima kasih Nabila Medan sebab buat kan blog yang serba cantik ni. Kurangkan warna pink dan gabungkan kelabu dan biru. Warna kesukaan si suami juga si isteri. Maaf, jarang update blog dengan idea-idea atau cerita-cerita baru. Sibuk dengan tugas seharian sebagai isteri juga pelajar. Kuliah pun dah mula. Minggu depan lagi sibuk sesibuknya. Online pun jarang, insyaAllah cuba juga update mengenai perniagaan online kami. Nantikan entry seterusnya. :)