Sunday 30 November 2014

Genap 26 Bulan Usia Perkahwinan Kami



Alhamdulillah.
Genap sudah 2 tahun 2 bulan.
29/9/2012 ---> 29/11/2014
Macam-macam dilalui bersama.
Suka. Duka. Tangis. Tawa
Gaduh. Baik. Gaduh. Baik
Alhamdulillah,
Moga kekal ke akhirnya.



Aku bersyukur.
Bukan sahaja diberi suami,
Namun aku diberi seorang kawan.
Kawan baik.
Yang mana boleh berkongsi.
Segala rasa.

Dialah peneman.
Penenang,
Penasihat,
Penghiburku.



Allahhu..
Tak terhitung nikmatMu padaku.
Memberi seorang suami yang begitu baik pada isteri.

Baginda SAW bersabda;
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”.

Ya Allah,
Berilah kebahagiaan kepada kehidupan kami
Sejak dari dunia hingga ke syurgaMu.
Aku bermohon,
Peliharalah kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Berilah kami zuriat yang soleh solehah,
Kuatkan jiwa kami menghadapi setiap ujianMu.
Kekalkan hati kami untuk terus sujud kepadaMu. 
Ameen.



Saturday 29 November 2014

Cara-cara Untuk Sujud Syukur

Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)


Syarat-syarat sujud syukur:
  • Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.
Cara-cara melakukan sujud syukur:
  • 1) Mengadap kiblat
  • 2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
  • 3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

Rukun Sujud Syukur:
  • 1) Berniat untuk sujud syukur
  • 2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
  • 3) Satu kali sujud
  • 4) Memberi salam sesudah sujud
Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Nota AisyahHumaira:
Cuba tanya diri sendiri...
Berapa kali kita sujud tanda bersyukur kepada Allah?
Nikmat Allah banyak dah pada kita, tapi pernah tak kita berterima kasih padaNYA?
Tanya diri sendiri, bukan orang lain.


Saturday 22 November 2014

Rindu, Satu Ujian Buatku

Hasbunallah wani'mal wakil 
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar). [3:173]

Entah kenapa, hati masih terasa 'hilang' 
Air mata bagaikan sesuatu yang amat murah tika ini 
Perasaan menggamit rindu.

Rindu.
Ungkapan yang takkan pernah jemu.
Selagi dua jasad tidak bertemu.

Aku rindu.
Rindu pada dia, penemanku.
Rindu pada semua tentang dirinya.
Ini ujianku.


Semoga dengan ujian ini, aku terus menjadi lebih kuat sebelumnya. Menjadi makin dekat dengan Ilahi. Makin bersyukur atas segala nikmatnya. Menjadi insan yang tak lupa diri. Bukan sahaja buat aku. Tapi buat kami. Aku, dia, dan bayi dalam kandunganku. 

No one makes a lock without a key. That's why Allah won't give you problems without solutions.

Tertarik pada kata-kata dalam satu blog;

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.  Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu? Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?

[sumber]


Wednesday 19 November 2014

Harga Sarung Lengan Mesir Jatuh Sangat Murah!

Harga Sarung Lengan Mesir Kini Jatuh Merudum! Jom Rebut Sekarang. Nak Habiskan semua stok yang ada. Stok insyaAllah akan di re new baru tahun hadapan selepas bersalin. hikhik. 

Gambar Contoh Corak Sarung Lengan Mesir


Sarung Lengan Kini ;
RM 4.50

Warna yang Ada ;
Hitam
Coklat Gelap
Pink Cair

Jika anda beli lebih dari 30 pasang, Harga akan lebih jatuh sehingga ;
RM 4.00

Jika anda beli lebih dari 50 pasang, Harga akan terus tenggelam sehingga ;
RM3.50

Rebut Sekarang !!!

Call/SMS Munirah : 0172414713

Friday 14 November 2014

Muslimah, Auratmu Maruahmu!


  • Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
  • Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
  • Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.



Firman Allah SWT:
{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}
Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” [An-Nur: 31].



  • Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya.



Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  • 1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
  • 2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  • 3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  • 4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  • 5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  • 6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  • 7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.

“{Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}.” [Al-Ahzab: 59].


Wednesday 12 November 2014

Suamiku 'Terbang' Jua Akhirnya

9 Nov 2014
3 pm

Bermulalah perjalanan suamiku ke bumi Mesir. Allahuu. Cuba kuatkan juga diri demi baby. Cuba positifkan diri. Cuba ingat pesan suami. Cuba simpan rasa rinduuu itu dalam lubuk hati yang paling dalam. Cuba tenangkan diri. Cuba cuba dan cuba. 



Dia pergi sekejap je. Kira-kira 3 bulan. Kena sabar sikit je lagi. Tolong, tolong jangan tanya atau sebut mengenai dia, sebab air mata sangat murah buat masa ni. Mengalir laju je. Tak boleh kawal-kawal dah. Kalau nampak senyum sekalipun, tak semestinya dalaman turut tersenyum. 

Hari suami nak berangkat, diserang demam, batuk selsema. Ohh, perit rasanya. Dua-dua (lakibini) pulak tu yang kena. Alhamdulillah, dah 3 hari berlalu, alhamdulillah makin okay tahap kesihatan. "Ummi kena sihat, biar baby pun sihat!" Minggu depan, check up baby jumpa doktor, abi dah tak teman dah, tapi ummi yakin yang abi akan doakan kesihatan kita berdua dari jauh. Abi kan sayang kita ;)

Alhamdulillah, suami dah pun selamat sampai Mesir setelah 12 jam perjalanan dari Malaysia. Berhubung jarak jauh, tapi tetap rasa dekat. Alhamdulillah, emosi makin stabil. Cuba sibukkan diri, tambah pula dah jadi pelajar tahun akhir. Biar banyak fokus dunia belajar, nanti boleh dapat baby bijak. hihi. 

Ya, Rabb. Pelihara dan mudahkan urusan suamiku disana. Aku rindu. Dekatkan hati kami biarpun jasad kami jauh. Jauhkan kami dari fitnah dunia. Peliharalah zuriat kami dari sebarang kejahatan manusia. 


Sunday 2 November 2014

Check Up Baby Dengan Suami Buat Yang Terakhir Kali

Alhamdulillah, baru je balik check up baby dengan suami. Tapi yang terakhir kali la dia nak teman. Lepas ni check up baby sorang-sorang. Suami nak terbang balik Mesir dah. sobsob. Dugaan ujian masa mengandung. Now dah 30 weeks. Kejap je masa berlalu. Lagi 3 hari, mertua balik dari ibadah haji, then 3 hari lepas tu, suami pulak terbang ke Mesir sambung pengajian disana. InsyaAllah akan bersalin tanpa dia disisi. Inilah saat paling kita tak nak, tapi kena tempuh jugak. Suami kembali ke dunia Malaysia mungkin setelah 2 minggu bersalin. Allahuuu. Aku kena kuat jugak. Demi baby. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Hasil check up tadi, berat badan dengan bacaan gula dalam darah yang bermasalah sikit, yang lain ok je. Alhamdulillah. Berat badan turun kali ni, padahal rasa macam dah makan banyak. Biasalah, turun salah, naik terlebih pun tak boleh. Time mengandung ni sensitif sikit. Macam-macam hal. Alhamdulillah, dah terima dua suntikan sebelum ni. Minum air gula yang 'sedap' tu pun dah dua kali. Cuma hasil je belum dapat lagi, jadi harap sangat diri ini bukan dalam kalangan yang ada kencing manis. Muda lagi, tak nak ada masalah kesihatan apa-apa. Doakan kami. Ok, nak sambung gi kelas. Tata. Assalamualaikum.


"Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga."

Tips Mengatasi Sembelit Ketika Hamil

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)

Alhamdulillah, tahniah buat semua bakal ibu. Pengalaman ketika hamil memang selalu membuat kita rasa teruja kan? Alhamdulillah, syukur diberikan nikmat ni. Cuba berkongsi tips berguna buat bakal ibu hasil dari pembacaan beberapa bahan bacaan. Salah satu masalah yang sering dihadapi bakal ibu termasuk Niera ialah sembelit. 



Tips Mengatasi Sembelit Ketika Hamil
  • Minum air yang cukup (6-8 gelas sehari)
  • Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lakukan senaman ringan yang teratur seperti berjalan dan berjoging

Stokin Sandy Mesir Murah !

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

Mencari stokin yang selesa, tebal, panjang, tidak jarang dan murah? Jom dapatkan stokin sandy Mesir yang berkualiti dan ternyata sangat murah !! RM4.50 sahaja. Jom dapatkan ! Contact Niera. Selagi stok masih ada ! Belian 20 pasang keatas akan diberikan harga istimewa !
 


HADIR DENGAN 3 WARNA ;
HITAM
COKLAT CAIR
COKLAT GELAP


Contact :
017-2414713 @ 0136461928 [Munirah Zahari]
Pembeli yang serius sahaja yang akan dilayan.
Ingin dapatkan barangan Mesir yang lain yang sangat murah dan original? [KLIK SINI]


Promosi Tudung Mesir !!!

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

Promosi Penghabisan Stok !
RM 20 - [Sehelai]
RM18 - [10 - 40 Helai]
RM15 - [41 Helai Keatas]
p/s:
Warna mungkin berbeza dari gambar, Wassup saya di talian 0172414713 untuk gambar lebih jelas. Selagi stok masih ada. Tudung lembut, tidak jarang, bersaiz 1.5 meter, bidang 60 dan semestinya murah bila borong bersama saya ! Jangan lepaskan peluang!