Monday 16 March 2015

Berpantang Buat Kali Pertama

Lambatnya update! Ahh, asalkan berupdate. huhu.
Alhamdulillah. dah pun selesai tempoh berpantang 44 hari selepas melahirkan Syifa'. Lain sikit la daripada orang yang berpantang selepas melahirkan anak secara normal. Niera czer, so cara pantang banyak yang tak sama. Apa yang tak sama?
  • Tak boleh berurut.
  • Tak boleh sebarang makan dalam tempoh yang lamaaa
  • Tak boleh pakai bengkung.
  • Tak boleh makan jamu atau segala jenis ubat lepas pantang.
Sedih betul masa tu. tapi nak buat macam mana. Bila entah nak kurus. Hahaha. Sekarang baby bf (breast feeding), so berharap dari situ boleh la kurang kan sikit berat badan ni. Last berat masa sarat mengandungkan Syifa' 66kg. Haaa, amek kaw! Naik 10kg kot. Masa Syifa' umur sebulan hari tu, try timbang, alhamdulillah, dah turun 7kg. Sekarang tak tahu la.. Kalau boleh impian tu nak kurus sampai tak cecah 50kg. Hahaha. Boleh tak? Yelah, mesti nak nampak muda sweet2 je kan.. Nak jugak nampak yang Syifa' tu macam adik sendiri. Hahaha. Besar betul cita-cita.



Pagi
Pagi-pagi lagi dah mandikan Syifa' (hari ke 10), wangi-wangikan dia, wangi-wangikan diri jugak. Lepas tu mak akan buatkan sarapan penuh berkhasiat, then hantarkan ke bilik. 1 minggu lebih jugak lah tak boleh nak jalan. Nak duduk pun rasa ngilu kat perut tu tak yah nak cakaplah. Dan sebelum sarapan tu, niera amalkan menelan pati ikan haruan dan jugak jeli gamat.

Tengahhari
Biasanya mak akan masakkan apa yang boleh makan la, contohnya, ayam, ikan haruan, sawi dll. Pastu banyakkan makan bawang putih dan lada hitam. Minum pulak, hanya amalkan minum air masak, susu dan jugak milo JE. Yang lain tak boleh. Hahaha. Boring jugak lah tapi telan je lah. Nasib mak masak sedap. Berselera je makan. Terutama lauk sup ikan haruan tu. Even pertama kali makan, tapi rasa sedap sangat. Mak still hantar ke bilik. Tapi tak de lah sampai habis pantang. Mak tak manjakan jugak. Minggu ke 2 dah cuba berjalan sendiri ke dapur. Kang terus tak boleh jalan kang.

Petang
Biasanya akan makan biskut cicah milo lah time ni.Then mandikan Syifa' sekali lagi. Mak kata, nak bagi baby cepat besar dan sihat, bagi dia menyusu banyak, tidur banyak dan jugak selalu mandi. Pakej la sekali dengan makan malam. Mak kata kalau makan lambat, nanti badan cepat lah naik. Dah la kerja niera makan je. Hahaha.



Senarai kat atas tu jelas membuktikan yang Niera kerja makan makan dan makan je kan? Mak kata normal lah tu, sebab menyusu badan memang akan cepat lapar. Tapi kena pandailah manage masa untuk berdiet. Ibu-ibu yang melahirkan secara czer mungkin faham. Stress kot tak boleh makan ubat itu ini, tak boleh bengkung segala bagai. Doakan aku kurus cepat. Hahaha. Kawan sekolah yang datang melawat pun mengakui yang sememangnya aku dah lain. Hahaha.

Setelah hari ke 36 Syifa' dilahirkan, barulah walid dia balik Malaysia. Reaksi pertama si ayah jumpa anak, "Keciknya dia".. Huhuhu. Dia tak tgk masa baby mula-mula keluar dari perut, lagilah kecikk! Buat pengetahuan, ibu yang bersalin secara czer juga sebenarnya ada nifas, sebab dia tetap dalam kategori melahirkan anak.


4 000 Budak Comel:

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum niera, alhamdullilah. waktu berpantang paling best sebab dapat tengok baby sekecil itu. tengok perkembangan membesar dengan cemerlang. btw, keep bf syifa, inshaallah boleh kurus tau. akak habis pantang, turun 10kg. now berat badan lagi ringan dari sebelum mengandung. happy me. semoga dipermudahkan segala urusanmu niera...

mayangbakingmadness mayangbakingmadness said...

alhamdullilah dah abis pantang, masa lepas pantang ni mmg kurus tapi lepas ni mmg dugaan, makan macam nak balas dendam sbb x dpt makan masa pantang ritu.. (refer kat akak le)

Nadia Johari Nadia Johari said...

Wah..semoga baby syifa dan mummy baik2 je..bagi bf biar cepat kurus..ehhe

Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie said...

hrp baik2 saja ibu dan anak