
Friday, 8 November 2013
Thursday, 7 November 2013
Merancang Zuriat Yang Soleh
- Melazimkan ibadah dan menjauhi maksiat
- Memilih pasangan yang soleh
- Melakukan akad nikah yang menepati sunnah
- Meminta perlindungan Allah ketika jimak
- Istighfar
- Sedekah
- Doa
Berkata Mujahid bin Jabr ; "Sesungguhnya Allah menjadikan anak dan cucu yang soleh daripada ibu bapa yang soleh"
Wednesday, 6 November 2013
Thursday, 10 October 2013
AidilAdha Di Pahang
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Wednesday, 9 October 2013
Bakal Berjauhan Kembali
Ya Allah, andai ini ujian dariMu, tabahkan aku. Sungguh, aku sangat berat melepaskan dia namun aku tahu dia milikMu dan Engkau berhak memberikan dia pilihan terbaik. Jika inilah yang terbaik, dan berpisah itu jalan kebahagiaan kami buat masa akan datang, aku redha.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah:153]
Wednesday, 2 October 2013
Happy 1st Anniversary
ALLAH berfirman :وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَyang membawa maksud :“Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.
Thursday, 26 September 2013
Jom Sertai Kursus Pra Perkahwinan !
Kursus Pra Perkahwinan 'Selangkah Menuju ke Gerbang Perkahwinan'. Penyertaan terbuka kepada semua Mahasiswa USIM dan orang awam. Akan diadakan pada 26-27 Oktober 2013 bertempat di DKF 1.2. Yuran penyertaan sebanyak RM80 termasuk makan 2 hari serta bahan2 modul kursus dan sijil yang disahkan JAKIM. Bayaran diposit hendaklah dibuat sebanyak RM50(Hubungi no tertera). Pendaftaran dibuka sehingga 21 Oktober 2013. Ayuh CEPAT mendaftar! Tempat adalah TERHAD!
Wednesday, 25 September 2013
Kembali Semula Ke Dunia USIM Setelah Beransur Sihat
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut ; 69]
Saturday, 21 September 2013
Semoga Cepat Sembuh
Saturday, 14 September 2013
Barangan Dari Mesir Yang Sememangnya Sangat Murah !!!
Thursday, 12 September 2013
Blog Berubah Wajah !
Wednesday, 28 August 2013
Selamat Tiba Di Malaysia
Pengumuman:
- Sibuk sikit nak urus itu ini. Nantikan perniagaan online barangan Mesir dari kami suami isteri. Update paling lewat minggu depan ! :)
- Urusan perniagaan juga mungkin paling lewat 2 minggu lagi. Bagi 5 terawal boleh dapat diskaun ! Lihat di page Aisyah Humaira ye. Ada di sidebar.
- Bulan September juga menawarkan pakej hebat untuk sesiapa yang nak sewa tapak iklan di blog Aisyah Humaira ni. Harga RM3 untuk sebulan dan RM5 untuk 2 bulan. Siapa cepat dia dapat. PM di page Aisyah Humaira bagi sesiapa yang berminat. Ruang iklan juga mungkin akan ditambah mengikut permintaan !
Saturday, 24 August 2013
11 Ciri-ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
11 CIRI2 ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.
Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.
(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)
Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu...AMIN..
Wednesday, 14 August 2013
Mesir Isytihar Darurat Sebulan [tertakluk kepada perubahan]
InsyaAllah, setakat ini, kawasan penginapan kami masih terkawal. Sama-sama doakan agar kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA. Hanya doa senjata kita. Yakin dengan doa. Share kan di wall-wall facebook kita agar masing-masing berkongsi info dan saling mendoakan umat islam di Mesir. Pengalaman pertama di bumi Mesir dengan kejadian sebegini. Allah. Tak tahu nak ungkap perasaan macam mana. Moga Allah sentiasa pelihara kami semua di sini. Amin.
Anda boleh dapatkan perkembangan terkini dari page-page facebook yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa update info dari masa ke semasa mengenai bumi Mesir.
- Persatuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM]
- Abdul Malik
- Mesir Kini
- Pilihanraya Mesir
- Education Malaysia Egypt
Cinta Mana Pilihan Kita?
CINTA DARIPADA SYAITAN
Lelaki dan perempuan menyukai antara satu sama lain, dan berpegangan tangan dan kesudahannya mereka terjebak kelembah penzinaan..
Sesungguhnya SYAITAN itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (QS. 35:6)
CINTA DARIPADA JIN
Lelaki menyihir wanita agr mencintainya tanpa diketahui oleh wanita.
JODOH(CINTA) DARIPADA ALLAH S.W.T
Lelaki mencintai wanita dan meminangnya agar wanita itu halal baginya.
Lelaki mencintai wanita dan meminangnya agar wanita itu halal baginya.
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Tuesday, 13 August 2013
[15 Gambar] Sekitar Kaherah, Mesir #Part1
Pemandangan dari luar jendela rumah kami. Hari-hari boleh tengok padang pasir.
Sebanyak 5x Ayat Al-Quran yg menceritakan perihal bumi Mesir diantaranya : اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم
Gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan.
Kedai buku terkenal di Kaherah.
Wednesday, 7 August 2013
Suasana Malam Raya Di Mesir
Selamat Hari Raya Warga Malaysia. Saat Niera taip entry ni, di mesir
baru jam 12 tgh malam. Baru balik jalan-jalan sekitar Kaherah,Mesir. Banyak
juga kenderaan yang dah berkurang sebab diorang pun balik kampong juga. Kat sini
jugak terkenal dengan bunyi hon kereta. Sikit2 hon. Bawak kereta pun laju
sangat. Best jugak rasa drift kat sini even naik kenderaan awam. Tapi kat sini,
raya tak meriah sangat berbanding raya haji. Raya Haji sangat meriah tapi x
berkesempatan la nak sambut sebab Niera dah mula kuliah di Malaysia. Hihi.
Jalan-jalan waktu malam di Kaherah ni best. Sejuk je angin malam dia. Tapi
siang panas la. Musim panas kan. Kami pusing-pusing semua naik pengangkutan
awam. Murah je, kalau duit Malaysia, kira macam lebih kurang 50 sen je. Kat
sini semua barang murah-murah. Malam raya kat sini meriah la jugak sebab bila
kita pergi pasar dia, ramai family yang turun untuk beli macam-macam persiapan
raya diorang. Comel betul baby-baby arab kat sini. Rasa nak cubit je. Ada tu
budak-budak yang tengok je kami suami isteri time beli barang. Maybe pelik kot
dengar bahasa kitorang. Hehe. Malam raya jugak, penjual mula lah lelong brang
dengan harga murah. Macam Malaysia jugak.
Mungkin esok, lepas kami solat raya, akan terus ke majlis yang biasanya
orang Malaysia pergi untuk makan-makan. Kata suami, kat situ kita akan rasa
suasana raya macam kat Malaysia. Semoga semuanya Allah jaga. insyaAllah. Doakan
kami suami isteri agar sentiasa dibawah redhaNYA.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami suami isteri. Terima kasih
buat semua yang tak putus2 mendoakan kami. Barakallahu fikum.
Pantun Riang-Ria di Hari Raya
Ramainya anak bersuka ria,
Menanti lebaran kian menjelang;
Kunjung mengunjung amalan mulia,
Perkasa ummah islam dijulang.
Bermain mercun di tepi rumah,
Suasana malam diterangi bulan,
Ramadhan pergi penuh sejarah,
Moga Umur sentiasa dirahmati Tuhan,
Berbaju melayu tampak anggun,
Duduk bersimpuh si anak dara;
Tersalah kata mohon diampun,
Itulah adat manusia biasa
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Kian
Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Pelita
indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
bulan
ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.
Memukul
gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN