Rugi tak join segmen si gadis comel,cik lyeen ni. Jom support segmen kawan baik niera ni. Eh?

Thursday, 31 January 2013
Segmen: 10 Jam Tambah Bloglist!
12 SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI
12 SIKAP ISTERI YANG
MENENTERAMKAN HATI SUAMI
- Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.
- Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.
- Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.
- Menerima sekecil apapun pemberian suami. Dan tidak sekali-kali mengeluh.
- Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum ia penuhi.
- Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.
- Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami asalkan bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.
- Suka menemani suami di saat makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan kenikmatan dalam kebersamaan.
- Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.
- Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Karena rata-rata seorang suami tidak menyukainya.
- Suka menghibur hati suami ketika ia dalam suasana bersedih.
- Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.
Wednesday, 30 January 2013
Bila Manusia Berkata Yang Tidak Baik Tentang Kita...
Bila manusia berkata yang tidak baik
tentang kita...
Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.
Tapi bersabarlah..
Ingatlah..
Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita.
Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita.
Mereka tidak.
Dan
ALLAH SWT jauh lebih memahami diri kita..
Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.
Tapi bersabarlah..
Ingatlah..
Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita.
Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita.
Mereka tidak.
Dan
ALLAH SWT jauh lebih memahami diri kita..
Yakinlah denganNYA.
Review Novel #5 : Novel Setia Hujung Nyawa
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
mesti ramai dah lebih arif tentang novel the superb best ni kan? Niera je baru habis baca. haha. btw, tahniah Fatin Nabila atas usaha mencurahkan idea dan berjaya buat karya yang kreatif. Tahniah !
Sharnaaz-Shila Apa Kesudahannya?
Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.
“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.
Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.
ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.
“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.
Apakah kesudahannya? Diharapkan kedua-dua belah pihak dapat berbincang secara baik. Setiap masalah pasti ada jalan keluar.
8 Pintu Murah Rezeki
"8 Pintu Murah Rezeki" ialah :
- Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
- Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
- “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
- Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
- Jangan tidur selepas solat subuh.
- Selalu baca doa Al-Waqiah.
- Rezeki ada dalam perkahwinan.
- Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya
Review Novel #4 : Novel Sha & Shah
Sinopsis
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling
sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan
Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa
kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan
pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di
dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan
pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah
terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara
yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah
yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu,
mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan
Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis
yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat
perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah
ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat.
Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat
tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh
diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha
akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati
Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan
mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda
sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya
dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya
yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah
tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin?
Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan
gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri
yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam
PERKAHWINAN…
Apakah akan jadi? Dapatkan novel ini ! Pasti tak rugi :)
Tuesday, 29 January 2013
Dapat Header Free Dari Blogger Hebat!
cantik kan?
Huda minta gambar untuk buatkan header free niera dan niera sangat2 terkejut! Terima kasih sangat-sangat. Niera akan gunakan header ni pada suatu hari nanti. Lagi sekali, terima kasih !
pergi pasar dengan kereta,
kereta dipandu si anak dara,header comel penambah rasa,Dari huda si gadis jelita.
Jom terjah blog beliau !
Monday, 28 January 2013
Mereka Blogger Superb #2
SUPERB 1 Blogger ni semua orang kenal sebab dia femes woo ! Niera ada juga review dia sebelum ni. Tahniah buat si dia. Mengenai blog, semua okay ! Kalau tak ok, konfirm tak cecah hampir 4k follower kan? :)
SUPERB 2 Dah lama dia ni rajin join/support segmen niera tapi niera rasa macam sebelum ni dah follow dia, sekali klik, la belum follow dia lagi ke? hehe. Sorry awak. Blog dia ok, Nampak matang. Ringan je :)
SUPERB 3 Blogger ni pun rajin komen entry Niera. Peramah je orangnya. Blog dia okay je. Tak de nak komen sangat sebab semuanya cun melecun dah :)
SUPERB 4 Blog dia simple tapi Niera suka sangat-sangat. Cantik kemas tersusun semua ada pada blog dia. Rugi tau tak terjah ! Happy blogging dik. Dia mula berblog 6/6/12. Salam perkenalan ^_^
SUPERB 5 Yang ni blogger pandai buat lawak dengan Niera. Rasa macam dah lama kot kenal dia sebab kami mesra tau! Dia paling rajinlah join tempat komen niera ni. Nak tgk peramah tak peramahnya dia ni, terjah la blog dia. Psssttt, orang nya cantik tau!
SUPERB 6 Blog dah okay, Cantik dan pemilihan warna yang baik cuma bagi Niera blog archieve letak dalam scroll box biar nampak lagi kemas. Salam perkenalan :)
SUPERB 7 Biasanya blog budak perempuan mesti pink kan? Tapi si gadis ini lain. Blog biru. cantik dan kemas. No komen setakat ini. hihi. Keep blogging ! :)
SUPERB 8 Blogger lelaki yang satu-satunya direview. Niera rasa dia blogger baru sbab sebelum ni tak pernah nampak nama ini. Blog kemas/smple/menarik. Keep blogging!
SUPERB 9 Blogger ni pun ramah dengan Niera. Rasanya ada lebih dari satu entry dia yang ada kaitan dengan Niera. Terima kasih banyak-banyak. Blog menarik/cantik/kemas. Suka3. Pssttt, blog dia penuh kehijauan !
SUPERB 10 Ini bukan blog siapa-siapa. Cuma nak promote my tweet ! haha. Orang lain dah ada lama dah tapi Niera? pssttt, nanti ada entry tentang twitter. hik3. Nantikan ea. :) Follow @aisyahhumaira99
CONTEST : BLOG BERTUAH 2013
klik banner dan menang RM50 sebelum 31 jan 2013 jam 12 malam !!!
3 sebab kenapa blog ni kena menang?
- Blog ini banyak berkongsi tips dan petua yang boleh diamalkan terutama mengenai cinta.
- Banyak berkongsi pengalaman bercinta selepas nikah.
- Penyokog setia setiap segmen/giveaway/contest dari blogger [walaupun hakikat susah nak menang. hehe]
Review 24 Jam Pemenang Short Segmen Huda Dan Niera
http://neynaproperty.blogspot.com/ Blog comel/kemas/ringan Warna menarik. Kalau boleh wujudkan widget follower Perfect! http://violetungupurple89.blogspot.com/ Blog cantik/ringan Warna menarik Kalau boleh 'blog archieve' dan bloglist buat dalam scroll bar. Cute icon di sebelah tajuk post agak besar, kalau boleh cari yg lebih kecil dan sesuai. Terima kasih kerana masukkan Niera dalam bloglist anda :D http://yana-rainbow.blogspot.com/ Blog comel terutama background blog dan header. Warna menarik. Kalau boleh follower widget jangan terlalu di bawah. Jika kurangkan sikit widget disidebar, mungkin akan lebih ringankan loading blog.
Review Novel #3 : Novel The Wedding Breaker
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
- Mampu buat kita tertawa dan menangis
- Jalan cerita yang tak terlampau berat sampai nak pecah kepala pikirkan ia.
- Banyak pengajaran yang dikongsi.
Sunday, 27 January 2013
Tips Mengelakkan Malu Bila Terjatuh !
Kalau jatuh sbb tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan
terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian
ramai. Bila sudah tiada
yang nampak, barulah bangun.
Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat
jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu bru blaja naik basikal
Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang
berlawan dengan makhluk halus.
Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap
kebersihan.
Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak
orang?" walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.
Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang
membantu kamu. Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai
malam sehingga tiada seorang pun yang tinggal di
perhentian bas itu. Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun
semula.
Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di
sebelah kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu seorang sahaja yang dapat malu.
"Renung-renungkan dan selamat termenung"
Pemenang Segmen Terjah Tahun Baru AisyahHumaira
Pemenang Bertuah: Top Refferal [Topup RM30] http://aderakukeysah.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html Penerjah Paling Banyak [Review Blog + Bloglist Setahun] http://www.cikfie.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://dhiaadawiyah.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyah-humaira.html http://nurulnajihahadam.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyah-humaira.html http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://menujusyurgamu.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://kekapasberceloteh.blogspot.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://ubaidullahjaafar.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://dairihatiyana.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html Peserta Bertuah [Bloglist Setahun] http://cikzaniff.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html Hadiah Misteri [Peserta Awal/Tengah/Akhir] http://babyblueheartpink.blogspot.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://nurulizzahmfs.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html http://dearbudakjahat.blogspot.com/2013/01/terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
Kenangan Bersama Keluarga Dalam Dunia I-CITY
Family tanpa kakak sulung dia yang comot, Niera
Syafiqah * Aleesya
Aleesya * Alief
Lengkap satu family :)
Arif * Syafiqah
Arina * Aleesya
Tanpa suami disisi :'(
Alief * Amierah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Review Follower 4343 !
Pendapat Niera?
- Blog cun/kemas/menarik
- Pemilihan warna juga terbaik.
- Susunan sidebar juga comel.
- Suka header awak ;)
Salam perkenalan dan semoga terus berblogging. Jadikan ia medan dakwah disamping cuba memahami keadaan semasa. Dakwah mempunyai makna yang meluas. Sama-sama teroka, sama-sama bahagia. :)
Saturday, 26 January 2013
Review Follower 4334!
Pendapat Niera?
- Blog simple/kemas/cute.
- Pemilihan warna blog yg cun
- Kalau boleh wujudkan follower widget.
- Awak cantik bila bertudung :)
Salam perkenalan dari Niera. Mari kita sama-sama berubah menjadi lebih baik. Tak mudah jadi terbaik namun kita mesti selalu berusaha kearah itu. Bila mana kita melakukan sesuatu dan kita terasa sesuatu, re-check balik perbuatan kita. Sama-sama berusaha meraih redhaNYA. In shaa ALLAH. :)
Friday, 25 January 2013
Dena Bahrin Selamat Melahirkan Baby Boy!
#Semoga Dena terus bahagia bersama suami dan anak tercomel dan anak anak anak anak seterusnya.#Semoga Dena juga menjadi ibu yang terpelajar dan dapat mendidik anak dengan baik.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” Rasulullah bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani)
Thursday, 24 January 2013
Review Novel #2 : Novel Kampung Girl
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Rasa macam nak baca online je sebab jimat pun jimat ! heee :D
Terima Email Daripada Ana Raffali!
ANA RAFFALI :: NEWS
Salam Sejahtera & Salam Bahagia aisyahhumaira999@gmail.com,
Terima kasih sebab sudi mengikuti perkembangan muzik saya. Saya sangat-sangat hargai sokongan awak selama ini. Saya harap awak akan terus terhibur dengan lagu-lagu yang saya tulis, disamping mendapat sesuatu makna yang mendalam melaluinya dalam kehidupan hari-harian kelak.
'Jauh ke Syurga' merupakan lagu pertama yang saya sajikan kepada khalayak selaku penyanyi, penulis lagu & lirik dan julung kalinya diterbitkan oleh saya selaku produser di bawah label saya sendiri, about the letter A.
Lagu ini adalah sebuah doa, doa untuk kebahagiaan dalam sebuah lagu. Saya doakan moga Tuhan jalinkan jodoh awak dan tersayang 'Jauh ke Syurga' kelak.
Sila ke laman Youtube saya untuk melihat lirik muzik video 'Jauh ke Syurga'.
Terima kasih sebab sudi mengikuti perkembangan muzik saya. Saya sangat-sangat hargai sokongan awak selama ini. Saya harap awak akan terus terhibur dengan lagu-lagu yang saya tulis, disamping mendapat sesuatu makna yang mendalam melaluinya dalam kehidupan hari-harian kelak.
'Jauh ke Syurga' merupakan lagu pertama yang saya sajikan kepada khalayak selaku penyanyi, penulis lagu & lirik dan julung kalinya diterbitkan oleh saya selaku produser di bawah label saya sendiri, about the letter A.
Lagu ini adalah sebuah doa, doa untuk kebahagiaan dalam sebuah lagu. Saya doakan moga Tuhan jalinkan jodoh awak dan tersayang 'Jauh ke Syurga' kelak.
Sila ke laman Youtube saya untuk melihat lirik muzik video 'Jauh ke Syurga'.
Sebagai penghargaan, lagu 'Jauh ke Syurga' boleh dimuat turun di sini* (dalam tempoh yang terhad).
Terima kasih.
Ana
Ana
* 'Jauh Ke Syurga' by Ana Raffali is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License
#Terima kasih Kak Ana kerana mendoakan kebahagiaan kami suami isteri jauh ke syurga. Semoga akak dan suami juga bahagia jauh ke syurga :')