
Sunday, 28 December 2014
Debaran Januari 2015
Monday, 22 December 2014
Study Week Bermula, Berakhir Sudah Pengajian Semester 7
Monday, 8 December 2014
Genap Sebulan Si Dia Tiada Disisi
YaAllah, pelihara suamiku dimana sahaja dia berada. Murahkan rezekinya. Permudahkan urusannya. Jauhkan dia dari bahaya. Jauhkan dia dari fitnah dunia. Aku rindu padanya. Hanya Kau yang tahu betapa dalamnya rasa ini. Kuatkan jiwa dan semangat kami. Jadikanlah ujian ini satu kebahagiaan buat kami. Ameen.
Sunday, 30 November 2014
Genap 26 Bulan Usia Perkahwinan Kami
Baginda SAW bersabda; أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا “Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”.
Saturday, 29 November 2014
Cara-cara Untuk Sujud Syukur
Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)
- Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.
- 1) Mengadap kiblat
- 2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
- 3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
- 1) Berniat untuk sujud syukur
- 2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
- 3) Satu kali sujud
- 4) Memberi salam sesudah sujud
Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
Saturday, 22 November 2014
Rindu, Satu Ujian Buatku
Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar). [3:173]
Semoga dengan ujian ini, aku terus menjadi lebih kuat sebelumnya. Menjadi makin dekat dengan Ilahi. Makin bersyukur atas segala nikmatnya. Menjadi insan yang tak lupa diri. Bukan sahaja buat aku. Tapi buat kami. Aku, dia, dan bayi dalam kandunganku.
No one makes a lock without a key. That's why Allah won't give you problems without solutions.
Wednesday, 19 November 2014
Harga Sarung Lengan Mesir Jatuh Sangat Murah!
Gambar Contoh Corak Sarung Lengan Mesir
Friday, 14 November 2014
Muslimah, Auratmu Maruahmu!
- Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
- Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
- Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Firman Allah SWT:
{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}
Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” [An-Nur: 31].
- Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
- 1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
- 2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
- 3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
- 4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
- 5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
- 6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
- 7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
“{Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}.” [Al-Ahzab: 59].
Wednesday, 12 November 2014
Suamiku 'Terbang' Jua Akhirnya
Ya, Rabb. Pelihara dan mudahkan urusan suamiku disana. Aku rindu. Dekatkan hati kami biarpun jasad kami jauh. Jauhkan kami dari fitnah dunia. Peliharalah zuriat kami dari sebarang kejahatan manusia.
Sunday, 2 November 2014
Check Up Baby Dengan Suami Buat Yang Terakhir Kali
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
"Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga."
Tips Mengatasi Sembelit Ketika Hamil
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
- Minum air yang cukup (6-8 gelas sehari)
- Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
- Lakukan senaman ringan yang teratur seperti berjalan dan berjoging
Stokin Sandy Mesir Murah !
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)
HADIR DENGAN 3 WARNA ;
HITAM
COKLAT GELAP
Promosi Tudung Mesir !!!
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)
Friday, 31 October 2014
Laptop Kembali Sihat Setelah Berbulan 'Sakit'
And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed." [Ibrahim;7]
Menjalani hari dengan penuh syukur, adalah pekerjaan yang paling menguntungkan. Kerana syukur inilah yang akan mengundang segala nikmat yang ada.
Friday, 17 October 2014
Khasiat Kurma untuk Ibu Hamil
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” [Maryam : 25-26]
- Mengelakkan dari penyakit kencing manis semasa mengandung.
- Menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandung serabut-serabut yang bertugas mengawal laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.
- Mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya.
- Memudahkan bersalin dan membantu keselamatan ibu dan bayinya.
- Melancarkan saluran kencing.
- Mencegah strok.
- Mengandungi vitamin A yang baik dimana ia dapat menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kesihatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf.
Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. “
Thursday, 16 October 2014
Result MUET Julai Lalu
Alhamdulillah, mengambil Muet kali ke 3 membuahkan hasil yang membahagiakan. Rezeki anak kot. Kenapa beria sangat nak ambil MUET? Ohh, ni semua kehendak USIM tercinta yang mahukan pelajar mencapai sekurang-kuirangnya band 3 dalam MUET untuk bergraduasi. Sangat mencabar lah bagi orang-orang yang bukan terror BI macam Niera ni.
Ambil MUET kali ni di SMK Wangsa Melawati, soalan agak mencabar jugak terutama bahagian reading dan listening. Alhamdulillah boleh skor banyak markah di writing.. Sangat puas hati walaupun usaha last minit sebab tarikh ambil exam speaking hari tu bertindih dengan final exam falsafah di USIM. Ambil 3 paper MUET yang lain dalam bulan ramadhan. Okay jugak, takde fikir makan langsung. Fikir nak balik then terus tidur je time tu. Hahaha.
Hasil MUET kali ni? Alhamdulillah, senang citer, boleh datang konvo nanti dengan senyum-senyum comel je kan. Opss, konvo kita nanti siap bawak suami dengan anak la! Huhu. Alhamdulillah. Ada mak, ayah, adik-beradik, mertua, suami, anak yang datang mengiringi. Cewah! Ummi nak konvo lah tahun depan! Sukanya! Tak sabar!
Tips buat pelajar USIM yang mahukan sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET:
- Tetapkan niat yang diri sendiri tu dah tak nak amek MUET lagi lepas ni. Tekadkan hati yang ini adalah MUET terakhir.
- Bernazar. "Kalau aku dapat band 3, aku nak blablabla..." Ini sebagai bukti yang kita bersungguh-sungguh nak band 3.
- Reading. Paper MUET yang paling banyak markah boleh skor tapi payah nak bagi jawapan betul. Sebab salah pilih je, terus automatik salah. Baca petikan tu sampai habis dulu, baru baca soalan dulu. Walaupun menangis air mata ngantuk jugalah bila baca petikan tu. Faham tak faham letak nombor dua. Yang utama adalah, READING!
- Speaking. Cakap lah selagi ada masa, Jangan diam. Dia bagi markah ikut yang kita cakap jugak, jangan takut grammar salah ke apa ke. Yang penting try to talk! Kalau tiba-tiba blur, cuba curi idea kawan satu group tu.
- Ulangkaji. Jangan main datang dewan exam tanpa tahu apa-apa. Paling kurang, tahu format peperiksaan.
- Yakin. Yakinlah yang kita pasti boleh dapat band 3. Jangan takut sampai rasa yang "aku memang tak kan lepas" pastu buat muka sedih. Jangan macam tu okayy!
- Doa. Apa-apa, semua rezeki datang dari DIA. Bersyukur apa saja yang Dia beri. Berjaya itu ujian, gagal itu pun ujian. Yang penting mohon dariNYA.
Tips ni untuk semua umumnya tapi biasanya student USIM la yang Niera tahu sangat sukar rasanya nak lepas. Kadang-kadang tu ada je ambil exam sampai 5 6 kali tapi tak lepas-lepas. Kan kesian. Melabur untuk MUET bukan sikit. RM100 jugak lah yang akan melayang. So, sayangilah duit anda. Usaha dari sekarang terutama buat pelajar tahun akhir. Good Luck!
Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.
Wednesday, 15 October 2014
Hamil, Satu Anugerah Terindah
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Sunday, 29 June 2014
Selesai Final Exam, Genap Sudah 22 Tahun
Tuesday, 17 June 2014
Happy Anniversary, Mom and Dad
- Happy Anniversary, Mom and Dad.
- I'm the happiest daughter in the world because having you as my parent.
- The whole world should know that you are the best parent ! I really love you.
- Dad, I owe you many things and I hope I will always in your du'a, same goes to me.
- I always proud as you as my father.
- You always support and help me in any difficult situation. I really love you.
- Mom, you teach me a lot of things and of course you have teach me how to be a good wife to my husband and I really appreciated it.
- I hope, I can see your face everyday in my life.
- There is no special words that can I create for you to describe how are you to me.
- Mom and dad, I will make sure that you will be always in my du'a. I wish you can love each other until jannah. Saranghae!
p/s: Mak, Niera tahu mak baca blog Niera senyap-senyap kan? hehe. So, ini untuk mak dan ayah. Doakan Niera dan Abang Wan bahagia di dunia dan akhirat. Ameen.
Monday, 16 June 2014
Surah Bacaan Ketika Mengandung
- Surah al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
- Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
- Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
- Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak cantik akhlak dan rupa
- Surah al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati.
- Surah Yasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
- Surah at-Tawbah : Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
- Surah al-Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Sangat disarankan agar si ibu khatamkan al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sepanjang 9 bulan mengandung. Buat bakal ibu-ibu di luar sana, tahniah atas kehamilan. Allah memberi banyak ganjaran buat kita sebagai bakal ibu. InsyaAllah. Bersyukurlah kerana kita adalah insan terpilih. Alhamdulillah
Ohh Final Exam!
Final
Exam Semester 6
10/6 –
Keusahawanan
23/6 –
MUET/Teks-teks falsafah
24/6 –
Teks-teks akidah
25/6 – Kerohanian
dalam pelbagai agama/metodologi kajian pelbagai agama
27/6 –
Religious worldview
Tu jadual final exam kali ini. Ohh, sungguh
banyak gap. Study week dah jadi 2 minggu. Apa lagi, malas pun datang bertamu
lah! Adoii.. apa nak jadi ni? Apa ni? Apa ni? Semester 6 yang mencabar, tinggal
1 je semester lagi then kita boleh enjoyyy berpraktikal okay! Pejam celik pejam
celik kejap je dah nak habis belajar.. masih terasa muda. Ewahh ! Hmmm.. psstt,
sempat lagi khatam 3 buah novel!
·
Dia.. isteri luar biasa [sangat best!]
·
Pabila romeo vs Juliet [karya e-man sufi yang
terakhir kolaborasi novel yg sebelum2 ni, wehh, serius best!]
·
Aku bukan perampas [banyak sangat konflik,
serabut otak bila baca, boring!]
Haaaa, tu dia aku punya kesimpulan. Subjek
untuk exam next week, belum sehabuk pun baca lagi.. tu dia ragam si bakal ummi.
Ni kalau suami, mak ayah den tahu ni, mahu x mengamuk. Haha. Bini dia buat
onarrr..
Ehh, tapi bukan sengaja. Sebulan dua ni mmg x
sedap badan. Rasa lesu je. Nak buat apa pun x semangat. Tapi mudahan ramadhan
kali ni lebih bersemangat! Yeay! Ok, nak sambung merajinkan diri utk study.
Sayonara!
Lots of
love,
Puan Niera.
Saturday, 1 March 2014
Bertubuh Besar Dan Tinggi Pakej Keselamatan Di Mesin ATM
Thursday, 27 February 2014
Kemalangan Kedua di Hujung 2013
Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014
Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)
Monday, 24 February 2014
Hati Terluka
Hati terluka itu biasa.
Ini dunia bukannya syurga.
Tak mungkin semuanya indah belaka.
Jangan melarat menanggung hiba.
Kita manusia bukannya pokok.
Kita bergerak cari yang elok.
Kita tinggalkan untuk yang baik.
Kita pergi tak mungkin berbalik.
Yang sudah itu biarlah sudah.
Walaupun rindu bercampur marah.
Walaupun luka masih berdarah.
Kepada-Nya kita berserah.
Ini dunia bukannya syurga.
Tak mungkin semuanya indah belaka.
Jangan melarat menanggung hiba.
Kita manusia bukannya pokok.
Kita bergerak cari yang elok.
Kita tinggalkan untuk yang baik.
Kita pergi tak mungkin berbalik.
Yang sudah itu biarlah sudah.
Walaupun rindu bercampur marah.
Walaupun luka masih berdarah.
Kepada-Nya kita berserah.
"Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah). Nescaya Allah memberikan balasan kepadamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Ali-Imran:31]
Monday, 17 February 2014
Semoga Sahabat USIM Selamat Pulang Ke Tanah Air
Mereka terpaksa meredah perjalanan yang lama itu untuk ditempatkan di Dewan Malaysia Jakarta (MHJ) dua hari lalu, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Kesemua pelajar berkenaan yang turut diiringi tiga pegawai dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) itu, sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dari lapangan terbang berkenaan pada 15 Februari.
Pengarah Education Malaysia di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh, berkata pihaknya mengambil inisiatif memindahkan kesemua peserta rombongan itu bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.
Mengikut jadual asal, katanya rombongan itu sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang itu sebaik selesai menjayakan Program Pengembaraan USIM GISO 2014: Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yogyakarta selama enam hari.
Bagaimanapun, beliau berkata, berikutan debu akibat letusan Gunung Berapi Kelud menutupi ruang udara Yogyakarta, lapangan terbang itu ditutup dan semua penerbangan dibatalkan sehingga kini.
Katanya, semua anggota rombongan akan berlepas pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini, dalam tempoh terdekat.
"Mereka akan berlepas pulang dari Jakarta memandangkan (syarikat penerbangan) AirAsia memberi kelonggaran untuk menaiki pesawat dari mana-mana lapangan terbang di Indonesia.
"Kesemua pelajar dalam keadaan sihat dan sebahagian kecil yang masih keletihan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh," katanya. - BERNAMA
Harian Metro 18/2/2014
Kosmo 18/2/2014
Sinar Harian 18/2/2014
Sebahagian mereka, sahabatku. Dengar khabarnya sudah boleh pulang ke Malaysia. Alhamdulillah. Moga semuanya selamat dalam perjalanan. Ameen.
Tempoh 3 Bulan Ruang Iklan Percuma !
Berita baik buat sesiapa yang tempah ruang iklan di blog aisyahhumaira.com pada tahun lepas yang banner nya masih di dalam blog. Tempoh sewa anda di'free'kan dari hari ini (17/2/2014) sehingga 17/5/2014 (3 Bulan). Kenapa free? Sebab dalam tempoh 3 bulan tersebut blog ini akan kembali diaktifkan, dan ini sekaligus sebagai permohonan maaf kerana sebelum ini, blog semakin menyepi dan banner anda semakin terabai.
Kini masih ada 2 ruang iklan yang masih kosong, bagi yang berminat boleh email ke blogaisyahhumaira@yahoo.com siapa cepat dia dapat ! Anda juga berhak untuk iklan percuma sehingga 17/5/2014. Ruang iklan cuma RM3 sebulan !
Sunday, 16 February 2014
Semangat Kembali Ke Dunia Nilai Untuk Semester 6
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille
Sunday, 19 January 2014
Review Lavender Shawl Satin Labuh
Lavender Shawl Satin Labuh yang diperbuat daripada kain satin gred A. Kenapa
anda mesti memilih Shawl kami ? Kerana shawl kami :
- Labuh dan dijamin tidak jarang menepati dengan kehendak syariat.
- Selesa dipakai.
- Mudah dibentuk.
- Tidak panas.
- Sesuai untuk pertunangan, pernikahan,persandingan dan sebagai pemakaian seharian.
"Islam itu mudah dan indah. Berfesyen tak salah yang salah bila kita berfesyen yangtidak menutup aurat"
- RM35 pcs exclude postage
- untuk maklumat lanjut boleh layari page ni https://www.facebook.com/pages/Lavender-Shawl/558278780922552
- atau whatsapp yaya : 016-3348239
Siapa cepat, dia dapat !