
Thursday, 27 February 2014
Kemalangan Kedua di Hujung 2013
Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014
Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)
Monday, 24 February 2014
Hati Terluka
Hati terluka itu biasa.
Ini dunia bukannya syurga.
Tak mungkin semuanya indah belaka.
Jangan melarat menanggung hiba.
Kita manusia bukannya pokok.
Kita bergerak cari yang elok.
Kita tinggalkan untuk yang baik.
Kita pergi tak mungkin berbalik.
Yang sudah itu biarlah sudah.
Walaupun rindu bercampur marah.
Walaupun luka masih berdarah.
Kepada-Nya kita berserah.
Ini dunia bukannya syurga.
Tak mungkin semuanya indah belaka.
Jangan melarat menanggung hiba.
Kita manusia bukannya pokok.
Kita bergerak cari yang elok.
Kita tinggalkan untuk yang baik.
Kita pergi tak mungkin berbalik.
Yang sudah itu biarlah sudah.
Walaupun rindu bercampur marah.
Walaupun luka masih berdarah.
Kepada-Nya kita berserah.
"Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah). Nescaya Allah memberikan balasan kepadamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Ali-Imran:31]
Monday, 17 February 2014
Semoga Sahabat USIM Selamat Pulang Ke Tanah Air
Mereka terpaksa meredah perjalanan yang lama itu untuk ditempatkan di Dewan Malaysia Jakarta (MHJ) dua hari lalu, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Kesemua pelajar berkenaan yang turut diiringi tiga pegawai dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) itu, sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dari lapangan terbang berkenaan pada 15 Februari.
Pengarah Education Malaysia di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh, berkata pihaknya mengambil inisiatif memindahkan kesemua peserta rombongan itu bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.
Mengikut jadual asal, katanya rombongan itu sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang itu sebaik selesai menjayakan Program Pengembaraan USIM GISO 2014: Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yogyakarta selama enam hari.
Bagaimanapun, beliau berkata, berikutan debu akibat letusan Gunung Berapi Kelud menutupi ruang udara Yogyakarta, lapangan terbang itu ditutup dan semua penerbangan dibatalkan sehingga kini.
Katanya, semua anggota rombongan akan berlepas pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini, dalam tempoh terdekat.
"Mereka akan berlepas pulang dari Jakarta memandangkan (syarikat penerbangan) AirAsia memberi kelonggaran untuk menaiki pesawat dari mana-mana lapangan terbang di Indonesia.
"Kesemua pelajar dalam keadaan sihat dan sebahagian kecil yang masih keletihan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh," katanya. - BERNAMA
Harian Metro 18/2/2014
Kosmo 18/2/2014
Sinar Harian 18/2/2014
Sebahagian mereka, sahabatku. Dengar khabarnya sudah boleh pulang ke Malaysia. Alhamdulillah. Moga semuanya selamat dalam perjalanan. Ameen.
Tempoh 3 Bulan Ruang Iklan Percuma !
Berita baik buat sesiapa yang tempah ruang iklan di blog aisyahhumaira.com pada tahun lepas yang banner nya masih di dalam blog. Tempoh sewa anda di'free'kan dari hari ini (17/2/2014) sehingga 17/5/2014 (3 Bulan). Kenapa free? Sebab dalam tempoh 3 bulan tersebut blog ini akan kembali diaktifkan, dan ini sekaligus sebagai permohonan maaf kerana sebelum ini, blog semakin menyepi dan banner anda semakin terabai.
Kini masih ada 2 ruang iklan yang masih kosong, bagi yang berminat boleh email ke blogaisyahhumaira@yahoo.com siapa cepat dia dapat ! Anda juga berhak untuk iklan percuma sehingga 17/5/2014. Ruang iklan cuma RM3 sebulan !
Sunday, 16 February 2014
Semangat Kembali Ke Dunia Nilai Untuk Semester 6
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille