Friday, 11 May 2012

Al-Fatihah buat arwah ibunda Maya Khairuddin

AL-FATIHAH~

ALLAH berfirman dalam surah ali imran ayat 145 yang bermaksud:"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

buat sahabatku,Maya Khairuddin yang telah kehilangan ibu tercinta,niera harapkan semoga awak tabah.Ini ujian dariNYA yang kita tahu pasti ada hikmahNYA..niera hanya mampu doakan dari jauh..Tak sempat nak jenguk awak dan keluarga..atas jadual kuliah yang padat dan discussion yang penuh..Ahh,kehidupan di universiti tak terjangka kesibukannya..Rindu kat awak dan rasa nak peluk awak..Tapi masa tak mengizinkan niera untuk datang menziarah..InsyaALLAH ada masa niera pasti jenguk awak ^^

Maafkan segala kekhilafan diri ini dan niera doakan awak sentiasa berada dalam rahmatNYA .. aminn~

Thursday, 10 May 2012

solat lambang disiplin ISLAM



“…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.”
[surah Thahaa:14]

Sahabat2 sekalian yang dirahmati ALLAH,
niera nak berkongsi sikit pembelajaran yang lepas yang mana dikatakan umat islam itu adalah seorang yang berdisiplin.Bagaimana dikatakan disiplin?Ya!dalam solat kita.Jika kita masih belum puas dengan solat kita maka itu tandanya kita berangan dalam solat.Tak berangan?Bukankah dalam solat baru kita nak ingat semuanya.Misalnya : "Eh,mana aku letak kunci motor tadi?" dan soalan tu dibiarkan tergantung dan kita solat,terbukti dalam solat baru kita teringat "oh,kunci motor aku dekat atas meja makan tadi".Kejadian ini pasti kita asing dengan kita kan?Adakah kita puas jika dapat solat dalam keadaan begitu?

“…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
[Surah An-Nisa’}

Sebab itu niera katakan solat ini mengajar kita erti disiplin.Kita perlu patuhi masa sebab itu wujudnya 5 waktu solat dan ada masa-masanya.Solat mengajar kita untuk lebih fokus terhadap sesuatu.Khusyuk ketika solat dan kita akan mendapat sesuatu kepuasan yang luar biasa..

“…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”
[Surah Al-Baqarah:44-46]

Kosongkan minda kita ketika hendak mula menunaikan solat.Jangan dilupa,dosa orang yang menunaikan solat juga jatuh ibarat daun yang gugur dari pohonnya sesuai dengan hadis ini :

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).

Betapa islam menekankan disiplin.Jika sempurna solat kita maka akan okay lah akhlak kita.Tanya diri dimana kita.Sama-sama kita mencari mardatillah~
ALLAHUA'LAM~



jangan lupa terjah ENTRY NI dan ENTRY INI :)