Friday, 15 April 2011

ingat dua perkara,lupa dua perkara..



    

Pesanan lukmanul hakim kpd anaknya,ingatla dua perkara dan lupakan dua perkara..pertama,ingat segala perbuatan baik org terhadap kamu dan lupakan semua kebaikan kamu kpd org..kedua,lupakan kejahatan org pada kamu tetapi ingatlah segala perbuatan buruk kamu pada org..

Kalau difikirkan kembali mmg sukar utk dilaksanakan kerana mmg sifat manusia suka membanggakan apa kebaikan yg dibuatnya..dan seboleh mungkin segala perkara buruk pula akn cuba disorokkan..sebab itu timbul peribahasa berlindung di sebalik lalang sehelai atau menutup bangkai gajah dgn nyiru..


Sebenarnya ada hikmah yg besar menuruti nasihat lukmanul hakim tersebut..ia mengelakkan kita daripada berasa riyak dgn segala kebaikanyg dilaksanakan ..malah ia mengurangkan harapan kita mnjdi tinggi bila berbuat baik..sifat manusia biasanya akn mengharapkan kebaikannya diingati apatah lg oleh yg menerima kebaikan itu..paling tidakpun,cukup sekadar menyebutnya..ditakdirkan org tersebut terlupa,maka ringan shj mulut utk mengungkit..justeru,hikmah menuruti nasihat lukman ini ialah agar kita tidak mengungkit kebaikan tersebut..

Begitu juga kita digalakkan melupakan keburukan org kpd kita sebaliknya mengingat keburukan kita pd org..dgn ini akn dpt mengelakkan kita drpd berasa dendam dan sakit hati terhadap org lain..sebaliknya dgn mengingati keburukan kita pd org,kita akn berusaha memohon kemaafan dan berbuat baik serta menjalinkan silaturrahim..

Namun ia x mudah utk dilaksanakan,kecuali dgn bermujahadah bersunggguh2..sbg iktibar,mungkin kita blh mengambil iktibar dari kisah ini..

Ada dua shbt berjln bersama2,entah bgaimana tiba2 mereka bergaduh..lalu shbt A ini menumbuk shbt B tp B x membalasnya..B lalu menulis di atas pasir,”sahabat A tlh menumbuk sy”..kemudian mereka berbaik semula dan menyambung perjalanan..mereka berdua tiba berhampiran sebuah tasik,lalu kedua2nya mengambil keputusan utk mandi..tiba2,B lemas..lalu si A berusaha menyelamatkannya..sebaik shj diselamatkan,si B lalu memahat pada batu,”sahabat A tlh menyelamatkan sy”..

Kesimpulannya,mmg x mudah melupakan sesuatu yg menyakitkan hati tp itu x bermakna kita x blh mencuba..dan seharusnya perkara yg membuatkan kita rasa terluka itu ditutup dgn mengingati kebaikan yg pernah dicurahkan kpd kita..takkanlah kerana satu dua perkara buruk yg dilakukan maka kita melupakn Sembilan kebaikan yg pernah dihulurkan kpd kita!!renung2kan…



2 000 Budak Comel:

Anonymous said...

Lupakan kejahatan orang tu memang kadang2 susah sangat nak buat.

Thanks for sharing!

http://thehehslady.blogspot.com/2012/01/kahwin-awal.html

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@A'ishah Kamaludin
sama2 kita berusaha utk lupakan ea :)