Saturday, 24 March 2012

4 jam di UIAM :)

alhamdulillah..
semalam selamat sampai di rumah tercinta.Ini kali terakhir niera balik rumah sebelum bulan puasa kerana niera akan kembali ke rumah adalah pada bulan julai..sangat sedih !

kenapa?kerana cuti mid sem pada bulan 4 selama seminggu,niera telah isikan dengan program dakwah orang asli di pekan,pahang daripada 7 april 2012 - 12 april 2012.insyaALLAH niatkan ikhlas kerana ALLAH.semoga ia menjadi sebahagian ibadah.

4 jam di universiti islam antarabangsa malaysia?alhamdulillah,masih diberi ALLAH kesempatan berjumpa rakan-rakan seperjuangan SPM suatu ketika 2 tahun lebih yang lalu di SAM tanjong karang.walaupun hanya jumpa 4 orang tapi terasa rindu itu dapat dilepaskan setelah menatap wajah masing-masing yang makin menjengah usia 20 tahun.hik3

nadzirah kelsom,zafirah norain,aisyah kapli dan nazirah idris.
kalian sahabat yang sentiasa ceria.terhibur rasa hati menatap wajah kalian.terubat rindu dihati.bila kita berjumpa tadi,masih sama.masih cerita hal masing2.masih berkongsi suka duka.ahhh,sungguh indah pertemuan tadi kerana ianya kerana ALLAH.demi mempertahankan erti ukhuwah.
sahabat,terima kasih kerana menjadikan aku sahabatmu,terima kasih kerana menasihatiku,terima kasih atas sokongan kalian.bersahabat itu indah jika kerana ALLAH.. 

Semakin jauh kita berjalan.. semakin dekat dengan kesabaran.. semakin yakin dengan keimanan.. semakin redha dengan kebesaran.. semakin hampir dengan tujuan.. semakin hampir dengan ketentuan. Asal niat suci dan ikhlas.. ALLAH pasti membalasnya ^_^



3 000 Budak Comel:

[wani_mn] [wani_mn] said...

tringin nak sambung bljr kat uia ;')

nurpiska nurpiska said...

betul. bersahabat itu indah.

Unknown Unknown said...

semoga ukhuwah yg dijalinkan berterusan..^^V