Sunday, 25 March 2012

8 tanda ALLAH menerima taubat seseorang

Rasulullah SAW bersabda:"Dua titisan yang paling ALLAH suka,(yang pertama) titisan air mata yang mengalir kerana takutkan ALLAH, (yang kedua) titisan darah yang mengalir ke bumi kerana berjuang berjihad pada jalan ALLAH."
(Hadith riwayat At-Tarmizi)




TANDA-TANDA PENERIMAAN ALLAH KEPADA TAUBAT SESEORANG
ia akan merasa bimbang mengenai lidahnya.Ia akan mengawal lidahnya dari berdusta,mengumpat,dan perbualan2 kosong.sebaliknya ia menggunakan lidah untuk berzikir dan membaca quran.

ia bimbang mengenai perutnya.ia tidak akan memasukkan kedalamnya melainkan yang halal-halal belaka walaupun sedikit.

ia bimbang mengenai matanya.dia tidak akan melihat kepada benda-benda yang haram.dan tidak juga kepada dunia dengan pandangan terlalu suka(hingga tidak menghiraukan halal dan haram).Tetapi sebaliknya melihat kepada dunia dengan pandangan pengajaran.

Tangan tidak mengambil benda-benda yang haram.

kakinya tidak berjalan menuju ke tempat yang dilarang dan haram.

ia merasa bimbang dengan hatinya.jauhkan dari perasaan hasad dengki.sebaliknya masukkan ke dalam hati perasaan menasihati,bertimbang rasa dan ikhlas.

telinganya hanya mendengar perkara yang benar dan yang hak.

ia merasa bimbang terhadap ibadahnya.justeru itu jadikan ibadat itu semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH dan jauhkan dari sifat riyak dan nifaq(pura-pura)

sumber : kitab tanwirul qulub


popular post for this week :
>5 faktor murtad
>9 faktor ibubapa diabaikan
>wanita berfesyen?