Friday, 20 April 2012

budak kecik pon tahu tutup aurat ^^

bismillahirrahmanirrahim..
hari ni bukak facebook dan bila tengok dekat home tu dah tergelak-gelak dah tengok gambar kat bawah ni..ramai yang share gambar ni..mana taknya,gambar budak tu lucu tapi lucu-lucu pun sebenarnya ada mesej yang tersirat yang cuba disampaikan..dunia facebook makin menggila dengan pendedahan aurat daripada perempuan-perempuan islam diluar sana..upload gambar tunjuk rambut baru,kasut baru(tunjuk kaki tak pakai stokin),bilik baru,kawan-kawan baru malah boyfriend baru..bukan itu sahaja,berpakaian ketat dan jarang itu seolah-olah sudah biasa..niera juga perempuan..Ya Allah,tak tahu nak kata malu tu macam mana.

niera bukan seorang yang terlampau syadid..tidak sama sekali..tetapi percayalah,setiap perintahNYA pasti mengandungi hikmah..niera doakan anda dari jauh,insyaALLAH apa-apa soalan niera cuba jawab di fanpage niera..sekarang dah ada juga dua tiga orang yang bertanya soalan tentang agama di kotak mesej fanpage niera di sini..







seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,


Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 


hal ini jelas menunjukkan hanya muka dan tapak tangan sahaja yang boleh didedahkan kepada umum dan sekaligus yang lain tidak termasuklah kaki dan bentuk tubuh yang lain..wahai wanita,tubuhmu bukan sebagai tatapan umum yang mana semua orang boleh melihatnya..niera percaya bahawa semua dah belajar tentang aurat sejak kecil lagi dan paling kurang disekolah rendah lagi kita sudah didedahkan mengenai pengertian aurat dan bahagian-bahagiannya..tapi apabila syaitan berjaya menguasai kita,maka keluarlah berbagai-bagai alasan..nauzubillah..moga kita dijauhkan..


firman ALLAH SWT dalam surah an-nuur ayat 31 yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


islam itu mudah..percayalah..teringat niera pada suatu kejadian di pasar malam yang mana berlaku dalam minggu ni juga..masa tu niera berhenti sekejap depan kedai yang jual-jual perhiasan wanita macam sikat,gelang dan seangkatan dengannya la kan..owner kedai tu perempuan india tau..niera berhenti bukan untuk beli tapi tunggu kawan niera beli air kat kedai sebelah..sambil tunggu depan kedai aunty tu niera tengok-tengok la orang yang lalu lalang tu kan..biasalah suasana pasar malam kan? then,tiba-tiba lalu la perempuan melayu yang pakai dress pendek sampai atas lutut dan bajunya hanya bertali nipis..dengan badannya yang bukan kurus berjalan bersama seorang lelaki..baju dah ala-ala orang puteh dah niera tengok..niera perhati je "kegebuan" kaki dia yang sangat terdedah tu sambil niera berdoa moga dia diberi hidayah olehNYA..lepastu tak sangka pulak aunty indian tadi pun tengok apa yang niera tengok sambil dia memandang niera(yang senyum kepadanya) dengan gelengan..fahamlah niera akan maksud gelengan tersebut..

sahabat-sahabat,orang bukan islam pun malu bila tengok orang melayu tak menjaga aurat mereka..kerana itu adalah beza kita dengan mereka..hidayah perlu dicari bukan dinanti..sama-sama kita doakan kebaikan semua orang..I'm not a perfect person but I'll try to be a good person and of course as a good khalifatullah..

1 000 Budak Comel:

FN FN said...

comel jah :)