Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan. Hanya yang pernah mengalamani atau sedang mengalami sahaja tahu bagaimanakah indahnya dan terseksanya apabila jatuh cinta.
Namun, kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh cinta!
- Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.
- Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.
- Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.
- Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.
- Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.
- Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!
- Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.
- Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.
- Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.
- Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
- Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
nak tahu lebih lanjut?jom baca kat
post sebenar di sini .. niera cuma kopypess je..hik3..sebab tu niera letak link dia :)
7 000 Budak Comel:
OHNO !!! NO1 !! X(
maluuu XX
dulu pernah rasa perasaan nih, tapi sekarang dah xda. hhaha :D
Semua betul la >.< tapi tak boleh cinta2 lagi ... :D hehehe
thanks share ! :D
byk kebetulan tp tak semestinya..
haha , ohsemm :) kebanyakkannya ada tapi tak terlintas pun nak bercinta kecik-2 cam ni
kena kawal hati dengan sebaiknya :)
Post a Comment