genap sebulan sebagai pasangan kekasih dan suami isteri :)
Alhamdulillah, hari ini genaplah sebulan Niera bergelar seorang isteri kepada insan tercinta, Mohamad Safwan bin Abdul Wahab. Mestilah banyak kan cerita yang boleh di 'share' dengan semua. Ramai juga bertanya bila sambung part 2. Wah,ramai juga yang dah baca cerita kami di part 1 dan itu menjadi post yang tertinggi mendapat perhatian semua sepanjang Niera berblog. Alhamdulillah :)
Click [SINI] untuk baca cerita kami di part 1.
Click [SINI] untuk baca cerita kami di part 3.
Ada ramai yang bertanya,
"best ke kahwin?"
"tak susah ke kahwin time korang masih belajar?"
"tak cemburu ke bila suami nanti jauh?"
Macam-macam soalan yang ditanya kerana masing-masing suka untuk bertanya tentang pengalaman baru Niera ini. Alhamdulillah. Niera rasa lain bila dah bergelar isteri. Kini dah ada suami, dah ada mak ayah baru, dah ada keluarga baru, dan juga dah bergelar 'Mak Teh'. hehe :) Nak kata indahnya bercinta lepas kahwin ni adalah sebab kita dapat kenal terus sikap seseorang tersebut. Masa ini lah kita tahu yang si dia seorang yang bertanggungjawab atau bukan. Bila dah kahwin, setiap masalah kita adalah masalah bersama. Sama-sama senang, sama-sama susah. Niera rasa bahagia bila ada bahu untuk menangis, ada tangan untuk membantu, ada rasa yang boleh dikongsi. Itulah insan bergelar suami.
Cuma bila dah ada suami dan keluarga bertambah, kita sebagai isteri kena banyak belajar tentang kehidupan suami kita dari keluarganya. Kalau macam Niera, Niera jenis tak sarapan pagi, tapi suami sarapan pagi, jadi automatik Niera kena sediakan sarapan untuk sang suami. Itu antara contoh mudah. Corak sesebuah keluarga tak semua sama jadi kita kena banyakkan belajar dan sabar dalam mengenal suami. Cinta sebelum nikah tak seharum cinta setelah nikah. Kenapa? Kerana kebanyakannya tiada cinta sebelum nikah kerana makna cinta itu sendiri adalah buat yang halal bagi kita. Janji manis yang ditabur belum tentu sama dengan apa yang akan dilaksanakannya pada masa akan datang. Percayalah, cinta setelah nikah itu sangat indah walaupun dari situlah kita baru nak kenal pasangan kita.
Alhamdulillah,kedua2 belah keluarga makin rapat makin dekat. Kami bahagia melihat situasi ini. Kami bahagia melihat mereka juga bahagia. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke syurgaNYA. InsyaALLAH. "Couple bukan jaminan, tunang bukan menghalalkan segalanya, nikah itu lebih baik."
32 000 Budak Comel:
wah moga terus kekal bahagia:)
amin..huhu..:)
indahnyan bercinta lepas nikah:)
Mabrouk !!!
Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fi kheir. :)... kasih sayang sampai syurga..insyaallah. :)Bahagia rasanya melihat kalian bahagia...Asytaq ilaik..
indahnya bercinta selepas kahwin.. :)
Ya Allah , indah nyee :)
Teringin rase nye nak jadi mcm Niera .
eh lebih kurang la kira.. sy pon baru sebulan lebih kawin..
moga bahagia ke akhir hayat.. singgah la blog sy di
http://afasz.blogspot.com
alhamdullilah..semoga jodoh berpanjnagn..:) aamiin...lyeen pun nk khwin ..tp mak tak bagi..T_T
ya Allah ! subhanallah kak ! mabruk ! inshaAllah berkekalan hingga ke syurga mudah mudahan :)
hehe .
betul2 . bercinta lepas kawen sgtlah manis :)
Dah lama tunggu part 2, baru ada..So sweet..semoga berkekalan hingga akhir hayat. ^__^
smg sy pun jd cam awklah...shgga skrg msh menunggu kedatangan 'dia' yg tlh diaturkan Ilahi utk menyunting diri ini...Tahniah ye...smg berkekalan hendaknya~
saya memang dari skolah menengah dah set bercita-cita utk bercinta lps kawen...
harap bleh jadi mcm ukhti..
smoga bahagia.. :)
Alhamdulillah, sejuk mata memandang :)
semoga bahagia adn berjaya dunia akhirat :)
dtg baca entry,follow sini.Wah,kita seusia tapi awk da kahwin..! tahniah,semoga kekal hingga ke akhir hayat dan happy till jannah..=)
Nurul pegang kata-kata akak nie ..
Couple bukan jaminan .. Semoga terus kekal bahagia XD
Gembira baca perkongsian Niera.. Semoga berbahagia selalu Niera! ^^,
assalam tahniah..smoga kekal abadi..
niera..sha perlukan blogger yg femes untuk review 2 pemenang (jd sponsor) dlm GA sha yg akan dtg..jika niera berminat infom sha ASAP :)
Barakallahulakuma....
smoga sntiasa dalam rahmat Allah.. doakan juga..
Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan...
Mesti best kan bercinta selepas kahwin :-)
INsyaAllah niera. Indahnya hub niera.~ :)
tahniah dik...alhmdllh..happy u have a great life..
wish to have one like u too=)
wah , seronok nya . semoga berkekalan hingga ke syurga nya . in sha Allah :)
alhamdulilah , tahniahh akak :) semoga kekal sampai syurga , In Shaa Allah ..
salam.
saya terkejut baca..bila aisyah humaira kahwin ni..(dah lama tak baca blog..)
apapun,selamat pengantin baru,semoga bahagia dunia dan akhirat.
sekarang ni pun saya tengah dengar kompang dipalu..hehe
moga kehidupan niera bertambah bahagia hndaknya.. :)
alhamdulillah..
insyaAllah berkekalan.
tumpang gembira
bila dengar cerita niera...negetive thought pasal kawen muda terus hilang...hope plan famili utk ain bt weddng tahun nie berjalan dgn lancar :)
bila dengar cerita niera...negetive thought pasal kawen muda terus hilang...hope plan famili utk ain bt weddng tahun nie berjalan dgn lancar :)
saya setuju! cinta boleh dipupuk. klau sy memng tak setuju dgn kata2 "macam mana nak kahwin kalau tak ada rasa cinta?". padahal cinta selepas kahwin itu lebih indah. lebih manis. banyak pahalanya :)
niera..
nak share story nie kat fb boleh x?
:)
moga jadi tauladan buat diri ini & kwn2 yg lain..
sweet nya niera.. moga bahagia hingga ke syurga.. in shaa Allah ^____^
Assalamualaikum dik. kita utamakan yang wajib lebih baik. alhamdullilah :)
@kinara kinatara
Assalamualaikum ..alhamdulillah khir..semoga kekal hingga ke syurga yang kekal abadi..=)
Post a Comment