skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum.
Bermula tahun baru pada esok hari. Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat hidup islam dan iman insyaAllah. Dengan ini, Saya Nur Amalina Munirah ingin mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan. Yang buruk tentang saya, tolong tegur kerana manusia tak pernah lari dari kesilapan. Diri ini juga manusia, punya kesilapan dan masih berusaha menjadi lebih baik. Jika ada yang terasa hati, menyimpan marah atau saya ada hutang, tolong bagi tahu. Saya juga kadang-kadang terlupa ataupun terlepas pandang.
Hari ini terbaca komen dari blogger yang 'agak' menyentap hati. Tak tahu nak ulas macam mana tapi terima kasih banyak-banyak kerana menegur saya. Jika benar itu kesilapan saya, saya mohon maaf. Tapi buat pengetahuan saudara, istilah 'make up' untuk menarik perhatian tiada dalam kamus hidup saya. Tanyalah orang sekeliling, adakah saya orang yang sebegitu? Jika dikatakan saya mengejar pujian orang, dah lama saya publishkan gambar-gambar posing saya di facebook untuk di'like'. Jika gambar di blog saya dikatakan 'over', saya cuba untuk buang balik gambar-gambar tersebut. Saya 'bertabarruj'? Hmm, jika ditanya kepada rakan-rakan yang kenal dengan saya, mereka kenal saya. Mungkin orang diluar sana ataupun blogger belum lagi berjumpa saya, sebab itu mereka tak tahu siapa saya sebenar. [tapi cuma saudara yang menegur saya tentang isu tabarruj] Suami saya sentiasa mengawal pemakaian saya. Tak pernah dia katakan 'tabarruj'. Suami saya juga belajar agama seperti saudara tapi mungkin tahap pemahaman yang berbeza. Saya lebih yakin dengan suami saya. Aktiviti di blog juga dipantau oleh suami. Ingin saya tegaskan disini, dia suami yang soleh dan suami yang soleh takkan membiarkan isterinya ! Tahukah saudara makna 'tabarruj' itu sendiri? Klik [sini] untuk maklumat lanjut.
Setahu saya selaku tuan punya badan, belum dan takkan pernah saya publishkan gambar tidak menutup aurat atau bergaya ala-ala model untuk menarik perhatian mahupun menggoda. Saya berpakaian seperti wanita lain, tidak ber'make up' berlebihan, dan saya masih tahu batas aurat saya. Jika benarlah ini salah saya, saya mohon maaf.
Salam Imtihan.
26 000 Budak Comel:
cedih ea niera?..suami tahu x citer nie?..apa kata dia?
xpe kak niera mungkin setiap org pandangan berbeza.. think positive ya kak!!
saya tgk kak mun pki baju ok je . xde la berlebih - lebih . huhu . saba jela ye kak :)
:-) sabar..
sabar lahh kak....
dugaan buatmu...
Allah sayang pada hambanya yang sentiasa bersabar...
jangan sedih ya :)
@Afiqah Alias sedih. memang sedih. baju kawen pun baju kurung biasa je. suami mengawal pemakaian niera dan katanya hati orang tak boleh baca.
Suami niera di mesir. Niera di malaysia namun ia tak bermaksud suami tiada dengan niera. dia selalu menjadi guru niera :(
Mungkin saudara tersebut ada pendapat dia sendiri.
apasal nie akak ? sabar . be strong :)
aik?
saya tengok biasa ja. Macam mana orang tu boleh tengok macam tu? Sabar je laa Cik Niera.
be strong..
setiap orang ade pandangan berbeza..
dan setakat saya kenal niera through blog xde yang macam dikomen..
moga terus tabah^^
@aisyah humaira'
xpe.xnak cedih.baling sedih tu jauh2..sebenarnya sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang berfikiran negatif dan selalunya baran.
Oleh itu,
Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya masalah itu pasti senyum kembali kepada kita.In sya Allah.
@Afiqah Alias terima kasih. niera akan terima semua ni sebab yang berlaku pasti ada hikmah. Jika benar itu salah kita, Allah pasti tunjukkan jua.
Kembali senyum.
Yakin dengan Allah. :)
@aisyah humaira'
hihi..ok fokus balik utk exam nnt.. :)
Sedihnyer...erm,,saba ye kwn..mungkin ade hikmah disebaliknyer..gud luck for your exam.. :)
sabar yew kak niera . ini lah mengapa pentingnya bersangka baik antara kita .
kita juga harus bersangka baik kepada orang seperti dia . mungkin dia hanya ingin memberi sedikit teguran atau pun sebaliknya .
kita dengan hati terbuka harus menerimanya walau apa pun . mungkin kita dan Allah lebih mengenali diri kita .
namun dengan teguran itu juga kita boleh memperbaiki diri kita walaupun apa yang ditegur tuu kadang kadang bersanggah dengan diri kita . kan ?
maaf kak niera kalau mun tersalah cakap . hehe . tapi apa apa pun , bersabar lah yaa . mungkin ada hikmah nya .
bersangka baik lah dengan apa yang dikata . Allah sentiasa ada untuk kita dan Dia lebih mengenali siapa kita :)
@CikMunBlogger ye betul ! :) bersikap terbuka.
Allah Maha Mengetahui.
Kesedihan yang datang juga penting untuk ingatkan diri yang alpa.
stiap pandangan orang berbeza.
Terima kasih mun ;')
tak apa niera..sabar ye. Allah Maha Mengetahui niat kita.
sabar ye niera..niera ok je..jangan ambil pusing apa org nk kata..betul tu..suami lebih utama..ini ujian untuk niera..tabah ye sayang..Allah ada bersama2 org yg sabar..
ermm, mulut tempayan boleh ditutup. apa-apa pun sabar ye kak niera. Nurul yakin kak niera kuat untuk hadapi semua nie. selamat tahun baru 2013
Salam alaik..niera, bagi email boleh? akak nak sembang something..
banyakkan bersabar.. yang penting kita tahu apa yg kita buat betul dan x melakukan perkara yg dilarangNya.. lain org lain cara pemikiran..
kesian kak niera . sabar ya kak niera . diorang boleh cakap selagi mulut diorang tak boleh tutup . mulut orang kita x boleh tutup . sanggup dia kata macam tu kat kak niera . banyakkan sabar ya :)
sabar jelah niera...ble org da jeles mcm2 diorg ckp...lme2 nti mulut diorg akan trkunci sndirik...tp pape pom kuatkan semangat...pd sy blog awk ok dan awk tak lebih2 pom...sabar yew...^^
??? xpala niera jadikan ikhtibar..:)
salam..sabar je ape org nk ckp..mulut org kita xleh ttup cam mulut tempayan..yg penting niera tahu apa yg niera buat..dan xsalah dia nk bg pndangan dia..ade bgusnye gak agar kita tdk lalai..sabar ye..:)
assalamualaikum akak :)
Jauhnya suami akak study, takpe kak. kalau orang dah nak mengata kan. biar je dia, mungkin dia tak tahu sangat kot apa yg dimaksudkan dengan tabarruj. saya sebagai pelajar sekolah agama takde tgk pulak tgk akak nie mcm berlebihan dlm penampilan akak. masa kawin boleh lagi baju tue bawa solat kan ? ertinya, menutup aurat dgn sempurna lah tue.
Post a Comment