Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit
matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca
Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama
di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana
masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci
rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah
menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada
orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana
Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang
yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak
solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh
Allah.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang
berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan
mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan
termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai
datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
#sekadar perkongsian sebagai tanda kasih dan peringatan untuk diri sendiri :')
13 000 Budak Comel:
nice sharing niera :).. Kita tak pernah melihat Rasullah S.A.W.. Tetapi Rasullah tetap ingatkan kita dan memberi syafaat kepada kita kelak..
p/s : Salam Maulidurrasul niera :)
nice sharing.. rindu Rasulullah :'(
>salam maulidurrasul :) <
done following..jemputlah singgah :)
Salam. kak, kita copy ea? Terima kasih.
nice share
salam maulidur rasul aisyah humaira..=)
Morning & Slm Maulidur Rasul 1434H.
Alhamdulillah kita semua msh bpeluang berselawat,juga menghayati sejarah perjuangan baginda.Smga setiap yg kita lakukan,mencontohi akhlak terpuji Rasulullah SAW ^^
Ya Habiballah, Ya Rasulullah <3 Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad :’D semoga kita menjadi penyambung gerak kerja dakwah Rasulullah saw. Moga diberi syafaat di’sana’ kelak :’)
salam maulidur rasul niera..sama2 kita perbanyakkan selawat keatasnya..insyaallah..:D
salam maulidur rasul niera^^
salam maulidur rasul kak Aisyah.. :)
SALAM MAULIDUR RASUL kak niera :)
macam dah tukar jew layout.. haaaa
Post a Comment