Thursday, 24 January 2013

Terima Email Daripada Ana Raffali!


Alhamdulillah, kali ini berpeluang main-main email dengan Kak Ana Raffali. Pernah jumpa Kak Ana masa Kak Ana ada buat konsert Pancaindera di USIM. Sweet je bila tengok Kak Ana dengan pengurus dia. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Haa, kan dah kata, asal kawen je sweet. Asal sweet je kawen. Hihihi. 


Macam mana pulak boleh terima email dari Kak Ana ni? Actually hari tu Kak Ana ada minta hantarkan email kepada blog dia, dan dia ada nak bagi sesuatu. So, cepat2 la Niera hantar link kat sini :) Semalam dapat tahu yang dia dah reply kat email. Niera bagi link gmail. Punyalah lembab line internet ni. Saba je la. Then minta tolong junior masa sekolah dulu tolong bukakan. Menyusahkan orang je kan? Dia pun lama jugak amek masa sampailah berjaya bukak. Err, Niera tak print screen tau sebabnya bukan Niera yang bukak. Junior tu yang bukakkan. hihi. Takkan la nak suruh dia print screen pulak. Banyak cantik nak susahkan dia lagi :P

Email daripada Ana Raffali ;
ANA RAFFALI :: NEWS
Salam Sejahtera & Salam Bahagia aisyahhumaira999@gmail.com,

Terima kasih sebab sudi mengikuti perkembangan muzik saya. Saya sangat-sangat hargai sokongan awak selama ini. Saya harap awak akan terus terhibur dengan lagu-lagu yang saya tulis, disamping mendapat sesuatu makna yang mendalam melaluinya dalam kehidupan hari-harian kelak.

'Jauh ke Syurga' merupakan lagu pertama yang saya sajikan kepada khalayak selaku penyanyi, penulis lagu & lirik dan julung kalinya diterbitkan oleh saya selaku produser di bawah label saya sendiri, about the letter A.

Lagu ini adalah sebuah doa, doa untuk kebahagiaan dalam sebuah lagu. Saya doakan moga Tuhan jalinkan jodoh awak dan tersayang 'Jauh ke Syurga' kelak.

Sila ke laman Youtube saya untuk melihat lirik muzik video 'Jauh ke Syurga'.
Sebagai penghargaan, lagu 'Jauh ke Syurga' boleh dimuat turun di sini* (dalam tempoh yang terhad).
Terima kasih. 

Ana
* 'Jauh Ke Syurga' by Ana Raffali is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License

Dah pernah dengar lagu Kak Ana yang berjudul 'Jauh ke Syurga' ? Sebuah lagu dalam doa dan doa dalam lagu. Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Kak Ana Raffali.  Cubalah dengar ! Best :) Klik sini . Untuk mengetahui perkembangan Kak Ana pergi ke fanpage beliau. :)

#Terima kasih Kak Ana kerana mendoakan kebahagiaan kami suami isteri jauh ke syurga. Semoga akak dan suami juga bahagia jauh ke syurga :')


22 000 Budak Comel:

careno careno said...

waa.. untung laa... kann... hehee...

Faiz Saaid Faiz Saaid said...

wah, kawan dengan artis

Unknown Unknown said...

wah3.. :D

Unknown Unknown said...

kak ana raffali dgn suami dia sama sweet la macam kak niera dgn suami :)
*suka lagu dia xD

Mimie Mimie said...

untungnye

Unknown Unknown said...

she's so adorable kan.. :)

haney haney said...

untung laaaaaa :D

hazwan hairy hazwan hairy said...

wah3....

Unknown Unknown said...

untunglah niera..amin..kmi smua pun doakan niera..:)

p/s: asal sweet je kawen...asal kawen je sweet....nk kaweeenn!!!

mayangbakingmadness mayangbakingmadness said...

bestnya aisyah.. akak pun minat dia lagi2 bila dah bertudung lagi le akak minat..

Nik Ainaa Nik Ainaa said...
This comment has been removed by the author.
Nik Ainaa Nik Ainaa said...

wah, bestnya >_<

Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan said...

Wah ! Untunglaa :'D

Miss NR Miss NR said...

Wah..bestnya Kak Niera. Semoga 'doa dalam lagu' tu dimakbulkan. Amin...:)

CikMunBlogger CikMunBlogger said...

wah ! best nye dpt email drpd ana raffali :D

kusyi kusyi said...

sy pun mnt dkt kak ana ni! best!!

Firdausy CiLiKku Firdausy CiLiKku said...

so.. sweet.. best nyer.. rajin ana rafali balas e-mailkan..

Unknown Unknown said...

in shaa Allah..doa untuk masing-masing..=)

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

wah bff ka? bestnya hehe..cm iras2 ayu @ cherita hearty pula hehe

Cik Fie Cik Fie said...

untung la :)

Nadia Johari Nadia Johari said...

bgusla..ana rafali x sombong..=)..x kecewakn peminat..=)

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

seriusly?