Taktik seorang lelaki yang cuba mengaburi mata polis dengan membungkus dadah menyerupai burger dan nasi kandar terbongkar ketika dia ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok, di sini, Rabu lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 1.10 tengah hari yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di rumah lelaki berusia 27 itu berjaya menemui heroin seberat 1.47 kilogram.
Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM75,000.
Menurutnya, pada mulanya lelaki berkenaan ditahan di hadapan rumahnya dan polis menemui dua peket dadah padanya sebelum membawanya untuk membuat pemeriksaan di kediamannya.
Katanya, dalam pemeriksaan itu polis menemui beberapa bungkusan mencurigakan termasuk menggunakan kertas pembungkus burger di sebuah di bilik di rumah terbabit.
“Hasil pemeriksaan lanjut taktik lelaki terbabit menggunakan kertas bungkusan berkenaan terbongkar apabila didapati mengandungi dadah.
“Kami percaya dadah itu dibungkus dengan pembalut burger supaya ia mudah dibawa dan orang tidak mengesyakinya,” katanya.
[sumber]
Macam-macam dunia sekarang. Dadah pun boleh dijadikan burger. Sungguh licik !
22 000 Budak Comel:
nak seludup barang, mcm2 cara sekarang nie.. ><"
burger pom boley.. terkejut jugak baca tjuk td
huh , ingatkan burger king tadi . pdhal dadah rupanya . zaman skrang ni otak penjenayah pun mcam org thap PHD ja . hahaha :)
penyeludup zaman moden~
kejam kan dorang tu . erm :(
Macam-macm cara mereka gunakan untuk bawa masuk dan jual benda ni di negara ini....PokCik risau dengan keadaaan ini...terima Kasih kepada pihak berkuasa negara kita yang sentiasa cekap dalam memastikan pekara ini sentiasa ditangani...
ingat Senang jadi cikgu ke?
Orang skrg makin kreatif kan
Macam2 ada orang sekarang ni..
Macam2 cara peneludup dadah nie nak menyeludup dadah2 tu bah...
isk.. dadah tu jugak yang dihadap nye.. merosakkan anak bangsa betul
eh2, ade lg ke mcm ni..ct igt dulu2 je jnis seludup guna burger...huhuhu
ada pulak macam tuu.. huhu >.<
aihh, xpenah terfkir pulak..dasat owg zaman skng..mkin pandai, mkin byk pulak kes x elok..
tu la.. bahaya dunia skarang ni...n thanks 4 da info..
tu la.. bahaya dunia skarang ni...n thanks 4 da info..
amboi cerdik betul....
tag niera http://dairihatiyana.blogspot.com/2013/02/segmen-santai-blogger-bersama.html
hishh3, konon pandai laa tu buat taktik macam 2..kan skrg burger bakar dok popular sbb tu dia ambil kesempatan buh dadah kt burger kot kan...naseb baek polis lg pandai :) hee
macam-macam taktik diorang guna sekarang. Kekadang sounds kreatif jugak.
Kan bagus kalau kreativiti itu disalurkan ke bebenda lain yang lebih kreatif... hmm...
Eh ingatkan ada burger yang best.. baru nak terjah. hahaha
baru nak tau kat negara mana la tu..hehe..dadah upernyer
'burger' yang membunuh remaja hari ini..!ish..apalah...duia skrg semakin licik..disebabkan dadah ni..
Post a Comment