Alhamdulillah, happy bornday my dear! May Allah bless us,insyaAllah. I love you. Officially 24!
Suami niera bukan jenis perasan kalau orang nak buat surprise ke hape.. Kadang-kadang birthday pun tak ingat dah. Nak kata tua, baru 24. Hihi.. Bukan apa sebenarnya, suami busy kan. Jadi bagi orang lelaki, hal birthday2 ni hal remeh-temeh. Haha
Actually, dah rancang nak belikan kek blueberry cheese homemade punya. Ramai kata sedap. Yakinlah sikit daripada nak beli kat kedai kan.. Nak buat sendiri, entah bila rajin nak belajar. Haha. Then plan nak ambil kek tu masa dia pergi solat jumaat la kan. Tapi apalah nasib, semua tak jadi selepas tiba2 khamis tu dia decide nak balik kampung dia kat pahang.
Cakap jugak kat dia, sabtu (hari birthday) ada hal.. Nak jumpa orang.. Dia suruh cerita jugak kenapa kena jumpa orang tu. Haha. Malas nak panjang cerita, niera cerita jelah perkara sebenar. Haha. Dia kata takpelah lain kali. Dia mmg kebetulan ada hal penting di Pahang. Ok fine, surrender! (Merajuk!)
Subuh bangun 19hb tu, niera pun tunjuk kat almari tu ada something, dia pun ambil, cakap "apa ni". Straight terus cakap "hadiah birthday, happy birthday!" Tu nada orang merajuk la.hihi then masa nak makan tengahhari, adik ipar balik bawak kek! Haha. Surprise la untuk dia. Dia pun terkejut. Dengan syifa' pun terkejut. Haha. Yang paling penting dan best, dia suka hadiah niera tu. Minyak wangi firdausi. Memang wangi baq hang! 25jam kot tahan baunya.. Hihi
Takpelah, mungkin akan datang boleh buat surprise pulak untuk dia. Hihi. Actually suami niera romantik cara yang tersendiri. Tu yang sayang dia tu. Ehhh?