Saturday 31 March 2012

jom jelajah ke gua tempurung!

seharian perjalanan kami ke gua tempurung yang sangat menghiburkan ! :)
gua tempurung?kat mana?

Gua Tempurung is a cave in Gopeng, Perak, Malaysia. It is popular among spelunkers, or caving enthusiasts. More than 3 km long, it is one of the longest caves in Peninsula Malaysia. Part of it has been developed as a show cave with electric lighting and walkways and there are a range of tours of different lengths and difficulty. A fine river cave, the river passage runs about 1.6 km through the hill. There are three very large chambers and some spectacular stalactites and stalagmites.
(copy paste dari wikipedia)

semalam bersamaan 31 mac 2012 niera telah mengikuti program dibawah kolej kediaman 1,universiti sains islam malaysia.
program 'jom jelajah gua tempurung'
sebelum bertolak dari USIM,kami bersarapan bersama kemudian dalam jam 8.30pagi kami mula bertolak ke destinasi kami iaitu gopeng,perak seramai 80 orang.
perjalanan mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam.
kami selamat tiba di gua tempurung pada jam 12 tengahari dan terus melangkah masuk ke dalam gua diketuai renjer yang ditugaskan membawa kami menjelajah ke gua tersebut..
bermulalah jelajah kami dengan menaiki tangga yang beribu juga kiraannya sambil menghayati apa yang menarik di dalam gua tersebut.banyak keunikan dalam gua rupa-rupanya yang kita boleh tengok..seperti batu-batu kristal dan juga bentuk-bentuk seperti seseorang tengah baring.
dah penat mendaki,kami terpaksa menggelongsor kan diri untuk turun ke bawah,masa itu bermulalah macam wajah yang kita boleh lihat..ada yang muka takut-takut (niera la tu) dan tak kurang jugak yang buat muka tenang..
selesai menggelongsor kan diri utk turun ke bawah,kami mula meredah sungai yang ada di bahagian bawah dan subhanallah,air nya bersih dan sejuk..terasa ingin tidur disitu dan tak nak balik USIM dah..hi3..
kami dapat merasa air mineral yang turun dari dinding2 atau batu2 gua :)
sebenar-benar air mineral.
kami belajar untuk saling bantu-membantu,kerjasama dan sabar.
hasilnya,kami sama-sama gembira dan dapat merasakan nikmat kehidupan gua :)
kami pulang semula ke USIM dan tiba di USIM pada jam 10 malam.
tidak dinafikan sangat penat tetapi pengalaman ini sangat menyeronokkan !

pintu masuk gua tempurung

niera di depan pintu masuk gua tempurung.
time ni dah nak balik :)

sudut pandang gua tempurung

sedikit maklumat mengenai gua tempurung yang niera sendiri x sempat nak baca..heee~

tapak perkhemahan
gua tempurung juga sesuai utk ber'camping' :)


jom jelajah gua tempurung!




notakaki:
kita nak kemana sekali pun,pergilah..
tapi jaga hubungan kita dengan ALLAH 
dan hubungan kita sesama manusia :)


Wednesday 28 March 2012

jom jadi baik!

bismillahirrahmanirrahim..
kawan-kawan tahu tak siapa kita pada masa akan datang?ya!semua tidak tahu kerana yang mengatur kehidupan kita akan datang adalah ALLAH SWT.
tapi adakah kita hanya berserah begitu sahaja?
ya! pasti ada usaha yang kita kena lakukan untuk menjadi 'seseorang' pada masa akan datang.




pesan Dr Muhaya dalam Ikim.fm hari ini : "kita adalah apa yang kita fikirkan"

sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan.mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian?pasti ada hikmah!
tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia.dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah~

Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah,ayuh,beristighfarlah!ingatlah tujuan hidup ini.
kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA  :)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)

manusia sering lupa akan nikmat yang diberi olehNYA >BACA SINI
kita sebagai manusia kena sedar,bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT adalah sama dan yang membezakan kita hanyalah amal..jangan pandang kelemahan orang,jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka.ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya.

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)
hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain.apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah bersaudara :)

Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain;ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

untuk menjadi orang yang berjaya,kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita.dimana kekuatan kita.dimana minat kita.dimana kekurangan kita.cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain.jangan sekali-kali.dalam diari kita,jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada ilahi.dan kelemahan yang terjadi pada hari itu,kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan.ingatlah,jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun.bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu.jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya ALLAH yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta.tidak ada selain DIA!jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)

kawan-kawan,jika kita dah pakai tudung labuh,kita dah merasa kita hebat,itu salah.jika kita selalu bercakap mengenai agama,kita dah rasa kita hebat,itu juga salah.jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek,kita dah rasa hebat,itu juga salah.kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya.ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji.letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan,percakapan mahupun tingkah laku kita.usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! :)



p/s:niera juga sedang belajar untuk memperbaiki diri.masih perlukan kawan-kawan untuk terus menulis.tegurlah jika ada terlepas pandang.sama-sama kita belajar.jauhkanlah kita semua dari penyakit hati.kawan-kawan blogger,teruskan menulis karya-karya yang dapat dimanfaatkan bersama :) 
islam itu indah kerana ukhuwah menjadikan kita sahabat dan seorang sahabat yang baik,dia menegur bukan meremahkan kita :)

terima kasih sudi membaca :)


Tuesday 27 March 2012

hikmah perkahwinan :)




bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh ALLAH kepada untuk menulis di laman blog AISYAH HUMAIRA' :)
siapa belum like fanpage?like kalau suka :)
okay,tak nak merepek lebih-lebih.
niera nak kongsi sikit mengenai title post kali ni "HIKMAH PERKAHWINAN"


kalau bercakap mengenai kahwin,semua suka kan?tambah-tambah remaja :)
macam kita-kita ni...banyak sebenarnya hikmah jika kita berkahwin :)
islam itukan indah,mudah dan terbaik :)

HIKMAH PERKAHWINAN
apabila sudah berkahwin,kesihatan kita dapat dipelihara dan dijaga dengan baik.hidup kita lebih tenteram dan tenang.sekali gus dapat menyihatkan rohani kita.kalau selama ini kita hidup bujang,setelah berkahwin pasangan kita akan automatik menjaga kita.makan pakai insyaALLAH terbaik :)

apabila seseorang telah berkahwin dan niatnya kerana ALLAH,jangan lah risau mengenai masalah ekonomi kerana ALLAH akan melimpahkan rezeki kepada setiap hamba-hambaNYA.kalau nak tunggu kaya baru kahwin,sampai bila?yakinlah dengan janji ALLAH.kalau dahulu,kita hidup seorang ALLAH beri rezeki,bila sudah berkahwin,insyaALLAH akan digandakan rezeki untuk kita dan pasangan begitu juga setelah mendapat zuriat kerana anak itukan anugerah ALLAH :)

Dari segi sosial,perkahwinan memberikan hikmah yang sangat besar yang mana kita boleh lihat,perkahwinan menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.ia melindungi kita dari melakukan apa-apa yang haram disisiNYA.maka tidak ada lahirnya anak luar nikah,zina dan sebagainya.setelah berkahwin,maruah dapat dipelihara kerana kita dah ada suami atau isteri :)

perkahwinan juga mencantum paling kurang dua keluarga.ini dapat memupuk persaudaraan.tambahan pula,Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita mencari 'orang jauh'.contohnya apabila kita orang utara berkahwin dengan orang selatan,maka banyak lah kita akan belajar seperti cara masakan,cara bercakap dialek mereka dan macam-macam.ini dapat menceriakan suasana alam rumah tangga dan memupuk rasa kasih yang lebih mendalam.apatah lagi islam menyuruh kita menghormati dan menyayangi keluarga mertua seperti keluarga kita sendiri :)

berkahwin juga merupakan ibadah.Nabi Muhammad SAW menyebut "Siapa yang tidak mahu berkahwin,maka dia tidak mengikut sunnahku"Banyak contoh yang kita boleh ambil dari baginda SAW sebagai ibrah dalam kehidupan kita.Sikap baginda yang lemah-lembut dengan isteri-isteri baginda boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal suami di luar sana.ia adalah ibadah dan menjadi sunnah baginda SAWdan berkahwin itu indah jika berlandaskan islam :)

perkahwinan juga beerti kita menjaga maruah dan kehoramatan diri.buat pasangan muda yang berkahwin,ketahuilah anda bahawa syaitan menangis tersedu sedan dek kerana tidak dapat lagi mencemarkan jiwa-jiwa remaja untuk melakukan maksiat.setelah kita sah diijabkabulkan,semuanya halal disisi islam.bukan sahaja dapat memelihara maruah diri,malah dapat menjaga nama islam itu sendiri :)


"dan antara tanda-tanda kekuasaanNYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNYA cinta kasih sayang antara kamu.Sungguh,dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran."
(Surah ar-Rum,ayat 21)


kesimpulannya,perkahwinan itu sesuatu yang mudah sebenarnya kalau kita berlandaskan islam dan meletakkan ALLAH itu yang utama.jangan kerana tidak ada ekonomi yang kukuh atau sebarang alasan,kita menjadi lemah dalam membuat keputusan.buat bakal pengantin,istikharah la tanpa henti semoga itu pilihan yang terbaik dan pilihan itu dapat membimbing kita hingga ke syurga.ketahuilah,bahawa syaitan tidak suka pada sesuatu yang baik dan sentiasa menghasut hati kita.jauhklan diri kita dari maksiat yang dimurkai olehNYA :)

basuh baju guna mesin?first time!



bismillahirrahmanirrahim wa assalamualaikum :)
haa,hari ini niera nak share 1 cerita..
tajuk bukan main kan?
ye ke first time basuh baju guna mesin basuh?
actually hari ni first time niera guna mesin basuh kat USIM laaa..
heee~
tapi catat jugak la result x pernah guna mesin basuh time semester 1 dulu..
ni dah semester 2,agak nakal sikit,so x salahkan kalau kita gunakan kemudahan yang ada? :)

mula-mula nak start basuh baju tu,berapa kali tanya roomate nak guna macam mana..
seolah-olah kat rumah tak pernah guna mesin..kalau ya,nampak sangat menipu..
niera ni 'memang' rajin lah nak guna tangan kalau kat rumah =.=
kat kolej kediaman kami ni,niera baru first time la basuh guna mesin hari ni..
tambah-tambah bila kami ni tingkat 4,mesin tu kat tingkat 1..
lagilah tak pernah tengok orang basuh guna mesin tu..
rupanya ada arahan yang tertera atas mesin tu =.=
kepada roomate niera,thanks a lot sebab bagi tahu ye..hik3 
 

pengajaran
jangan malu bertanya kalau tidak faham atau tidak tahu
berani mencuba sesuatu yang baru
jangan malas untuk melakukan sesuatu yang kita mahu


basuh guna mesin boleh tapi
jangan selalu sebab nanti lama-lama
boleh jadi pemalas..hik3

Monday 26 March 2012

mereka blogger USIM !

syazana boimen - muamalat tahun 1
zaty dalian - fiqh fatwa tahun 1
zainor faiz - quran multimedia tahun 1
iela lala - akaun tahun 1
 hamiza jaafar - quran multimedia tahun 1
khairul kamila - pemasaran tahun 1
hanna fauzana - pemasaran tahun 1
rumaiso' zakaria - muamalat tahun 1
asma nawi - akaun tahun 1
nazirah kamaruzaman - quran multimedia tahun 1
amalina nadri - fiqh fatwa tahun 1
shahirah ridwan - fiqh fatwa tahun 1
hakimi saleh - akidah tahun 1
razif fuad - akidah tahun 2
rafezza fatheri - akidah tahun 2
husma husin - akidah tahun 3
adila shahida - quran multimedia tahun 1



TERJAH MEREKA!

~kuatkan kami~

yaALLAH,
aku tahu ini ujian dari MU
peliharalah kami dari kemurkaanMU
permudahkanlah urusan kami
satukanlah hati-hati kami..
kuatkanlah jiwa-jiwa kami..

buat kasihku,
aku tahu ini ujian untuk kita
ini kenangan kita
sebelum menempuh ujian yang lebih berat
kita tidak bersendirian
ALLAH ada bersama kita.
kita hanya perlu sabar dan tenang
pasti ada jalan keluarnya.

buat kasihku,
percayalah bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahNYA
ALLAH itu maha mengetahui..
apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNYA
kita hanya mampu berharap padanya dengan penuh pengharapan dan ikhlas..
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak doa hambanya yang mengharap dengan sepenuh2 pengharapan..

"berdoalah kepada tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan.Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang yang melampaui batas.Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudh ALLAH menyediakan kebaikan padanya,dan berdoalah kepadaNYA dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan.Sesungguhnya rahmat ALLAH itu dekat kepada orang yang berbuat baik"
(surah al-A'raaf:55-56)

 
ikhlas dari
hati niera,