Thursday 22 March 2012

9 faktor ibubapa diabaikan masa kini

seperti yang kita tahu,dunia hari ini semakin kejam..
semakin teruk,semakin aneh..
begitu tidak berperasaannya manusia kini yang bergelar anak...
isu semasa sekarang tidak lekang juga dengan isu2 "mak dibuang anak" dan juga "bapa dicampak ke pusat jagaan orang tua"..
astaghfirullahalazim..




Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:

 رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة 
Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibu-bapa dan besarnya pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara ini (berbuat baik kepada ibu-bapa), dia terlepas dari dapat memasuki syurga dan Allah menghinakannya.”


Di dalam surah Luqman Allah berfirman:

  وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا 
Maksudnya:  “Dan jika kedua ibu-bapamu, memaksa-mu untuk mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang tidak ada pengetahuan-mu tentangnya, maka jangan kamu mengikut keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik…” (Luqman: 15)
 



punca ibubapa diperlakukan sedemikian
kurang pendidikan agama
malu dengan keadaan ibubapa (miskin atau kurang upaya)
terasa ibubapa sebagai beban
dipengaruhi orang (seperti isteri atau suami)
pentingkan diri sendiri
malas memikul tanggungjawab
tekanan hidup
sombong dan merasa diri hebat
pengaruh sekeliling


Dalam hal ini,niera hendak selitkan juga sebuah hadis yang menyatakan : Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". (HR muslim) 
hamba disini menunjukkan seorang ibu..seorang ibu yang melahirkan anaknya(tuannya)..Ini bermakna salah satu tanda hampir kiamat adalah apabila seorang ibu menjadi hamba kepada anaknya..nauzubillah~


pesanan kepada yang bergelar anak
syurgamu terletak dibawah kaki ibu
ibubapa adalah inspirasi kita
jagalah mereka selagi mereka hidup
berilah mereka kehidupan yang terbaik
hormat dan sayangilah anugerah ALLAH kepada kita
ibu bapa tiada penggantinya
doa mereka untuk kita sentiasa ada
hargai dan balas jasa mereka yang terlampau banyak untuk kita
doakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat


sayang mak ayah sepenuh hati ! :)



5 000 Budak Comel:

budakijaupendek budakijaupendek said...

taching.. -.-
tak patut betol si anak..
moga saya tak ke arah tu. amin

Unknown Unknown said...

betul..bagi pendapat husna plak sikap segelintir yg xnak berbaik-baik dgn parents..menjurus kasih sayang jugak..cthnya; bila sedih or gembira jdikan parents tmpat brgantung..serius! akan ada effect dan diri rasa lebih disayangi..^^V

heart my parents jugak..<3

Sakura Aihana Sakura Aihana said...

hana hrp hana hana tdk mengabaikn mak ayh hana...hana syg mak ayh hana

IeLa tU sAya.. IeLa tU sAya.. said...

sayang ibu ngan ayah aq mun!!
tmpang jerit kat sni yer..haha ;D

Kumbang Jingga Kumbang Jingga said...

sedeh biler dengaq berita mcm nie.. :-( kalau kurang didikan agama memang jadi mcm nie lah..blog ni comel lah hihihi