Thursday 31 January 2013

Segmen: 10 Jam Tambah Bloglist!

klik banner dan join sebelum jam 9 malam ini !

Rugi tak join segmen si gadis comel,cik lyeen ni. Jom support segmen kawan baik niera ni. Eh?


tag : http://saadah97.blogspot.com/



Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

klik banner untuk join bersama

1/2/2013 ----> 22/2/2013


Tazkirah Jumaat #3




12 SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI


12 SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI

  • Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.
  • Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

  • Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.

  • Menerima sekecil apapun pemberian suami. Dan tidak sekali-kali mengeluh.
  • Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum ia penuhi.
  • Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.


  • Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami asalkan bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.
  • Suka menemani suami di saat makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan kenikmatan dalam kebersamaan.
  • Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.
  • Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Karena rata-rata seorang suami tidak menyukainya.
  • Suka menghibur hati suami ketika ia dalam suasana bersedih.
  • Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.




Wednesday 30 January 2013

Bila Manusia Berkata Yang Tidak Baik Tentang Kita...


Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita...
Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.

Tapi bersabarlah..
Ingatlah..

Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita.
Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita.
Mereka tidak.

Dan
ALLAH SWT jauh lebih memahami diri kita..
Yakinlah denganNYA.


Review Novel #5 : Novel Setia Hujung Nyawa

Alhamdulillah, percaya atau tidak, novel ni dah dua minggu dibaca baru habis! Sibuk yang sebenanrnya. Tak smpat nak baca sangat. so sebelum tidur barulah baca sikit demi sedikit. Tengok cerita di tv3 pun jarang sangat. Maklumlah kita ni budak asrama. so macam tak best la tengok sangkut-sangkut, tapi setahu niera movie kat tv berbanding novel, ada lainnya kan? tak sama mana pun. hik3.



Sinopsis:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

mesti ramai dah lebih arif tentang novel the superb best ni kan? Niera je baru habis baca. haha. btw, tahniah Fatin Nabila atas usaha mencurahkan idea dan berjaya buat karya yang kreatif. Tahniah !




Sharnaaz-Shila Apa Kesudahannya?


Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.
“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.
Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.
ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.
“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.

sumber : [sini]

Apakah kesudahannya? Diharapkan kedua-dua belah pihak dapat berbincang secara baik. Setiap masalah pasti ada jalan keluar.




8 Pintu Murah Rezeki

"8 Pintu Murah Rezeki" ialah :
  • Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
  • Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
  • “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
  • Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
  • Jangan tidur selepas solat subuh.
  • Selalu baca doa Al-Waqiah.
  • Rezeki ada dalam perkahwinan.
  • Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya

sumber : FB


Review Novel #4 : Novel Sha & Shah

Kali ni Niera nak review sebuah novel dari Sha Ibrahim. Best jugak yang mana kisahnya tentang persahabatan yang kemudian bertukar menjadi perkahwinan. hihi. :)

Sinopsis
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…

Apakah akan jadi? Dapatkan novel ini ! Pasti tak rugi :)

Tuesday 29 January 2013

Wordless Wednesday #56




Dapat Header Free Dari Blogger Hebat!

Alhamdulillah, minggu ni mendadak naik bilangan follower. Hampir cecah 100 orang! Alhamdulillah, masih ada yang sudi. Terima kasih. Kepada yang dah berjaya direview, tahniah ! Lepas ni turn orang lain pulak. In syaa Allah. Eh, siapakah blogger hebat tu? Sape tak kenal dia kan? 
[terjah sini]
cantik kan?

Huda minta gambar untuk buatkan header free niera dan niera sangat2 terkejut! Terima kasih sangat-sangat. Niera akan gunakan header ni pada suatu hari nanti. Lagi sekali, terima kasih !

pergi pasar dengan kereta,

kereta dipandu si anak dara,
header comel penambah rasa,
Dari huda si gadis jelita.


Jom terjah blog beliau !


                                                                                                                                                                 

Monday 28 January 2013

Mereka Blogger Superb #2

Kini kembali review blogger superb part 2. Yang belum kenal blogger super part 1 [klik sini] ! Rugi tau tak terjah diorang. Jom kita terjah dorang ramai bagi surprise sikit. hik3 :)
Macam mana dorang terpilih? Sebenarnya mereka ni pemenang segmen niera hari tu dan mereka tergolong dalam penerjah blog lain yang terbanyak! Tahniah kepada mereka ! Yang part 1 hari tu sebab dorang jadi pengomen tegar blog niera tahun lepas. Lepas ni kembali dengan part 3 pulak tapi belum ada idea sebab apa. heee :D


SUPERB 1
Blogger ni semua orang kenal sebab dia femes woo ! Niera ada juga review dia sebelum ni. Tahniah buat si dia. Mengenai blog, semua okay ! Kalau tak ok, konfirm tak cecah hampir 4k follower kan? :)

SUPERB 2
Dah lama dia ni rajin join/support segmen niera tapi niera rasa macam sebelum ni dah follow dia, sekali klik, la belum follow dia lagi ke? hehe. Sorry awak. Blog dia ok, Nampak matang. Ringan je :)

SUPERB 3
Blogger ni pun rajin komen entry Niera. Peramah je orangnya. Blog dia okay je. Tak de nak komen sangat sebab semuanya cun melecun dah :)

SUPERB 4
Blog dia simple tapi Niera suka sangat-sangat. Cantik kemas tersusun semua ada pada blog dia. Rugi tau tak terjah ! Happy blogging dik. Dia mula berblog 6/6/12. Salam perkenalan ^_^

SUPERB 5
Yang ni blogger pandai buat lawak dengan Niera. Rasa macam dah lama kot kenal dia sebab kami mesra tau! Dia paling rajinlah join tempat komen niera ni. Nak tgk peramah tak peramahnya dia ni, terjah la blog dia. Psssttt, orang nya cantik tau!

SUPERB 6
Blog dah okay, Cantik dan pemilihan warna yang baik cuma bagi Niera blog archieve letak dalam scroll box biar nampak lagi kemas. Salam perkenalan :)

SUPERB 7
Biasanya blog budak perempuan mesti pink kan? Tapi si gadis ini lain. Blog biru. cantik dan kemas. No komen setakat ini. hihi. Keep blogging ! :)

SUPERB 8
Blogger lelaki yang satu-satunya direview. Niera rasa dia blogger baru sbab sebelum ni tak pernah nampak nama ini. Blog kemas/smple/menarik. Keep blogging!

SUPERB 9
Blogger ni pun ramah dengan Niera. Rasanya ada lebih dari satu entry dia yang ada kaitan dengan Niera. Terima kasih banyak-banyak. Blog menarik/cantik/kemas. Suka3. Pssttt, blog dia penuh kehijauan !

SUPERB 10
Ini bukan blog siapa-siapa. Cuma nak promote my tweet ! haha. Orang lain dah ada lama dah tapi Niera? pssttt, nanti ada entry tentang twitter. hik3. Nantikan ea. :)




Segmen Jadikan Followers UNLIMITED by Aimi Rahim

klik banner dan join sebelum 15 feb 2013

JOM !


CONTEST : BLOG BERTUAH 2013

klik banner dan menang RM50 sebelum 31 jan 2013 jam 12 malam !!!

3 sebab kenapa blog ni kena menang?
  • Blog ini banyak berkongsi tips dan petua yang boleh diamalkan terutama mengenai cinta.
  • Banyak berkongsi pengalaman bercinta selepas nikah.
  • Penyokog setia setiap segmen/giveaway/contest dari blogger [walaupun hakikat susah nak menang. hehe]


p/s: perasan pun perasan la, asalkan join, hihi

Review 24 Jam Pemenang Short Segmen Huda Dan Niera

TAHNIAH KEPADA PEMENANG SHORT SEGMEN HUDA AND NIERA ! KINI NIERA NAK REVIEW 24 JAM PEMENANG YANG BERTUAH ! SIAPAKAH? JOM BACA SETERUSNYA !
http://neynaproperty.blogspot.com/
Blog comel/kemas/ringan
Warna menarik.
Kalau boleh wujudkan widget follower
Perfect!
http://violetungupurple89.blogspot.com/
Blog cantik/ringan
Warna menarik
Kalau boleh 'blog archieve' dan bloglist buat dalam scroll bar.
Cute icon di sebelah tajuk post agak besar, kalau boleh cari yg lebih kecil dan sesuai.
Terima kasih kerana masukkan Niera dalam bloglist anda :D
http://yana-rainbow.blogspot.com/
Blog comel terutama background blog dan header.
Warna menarik.
Kalau boleh follower widget jangan terlalu di bawah.
Jika kurangkan sikit widget disidebar, mungkin akan lebih ringankan loading blog.
Amacam? Bestkan komen orang punya blog tapi blog sendiri gaya macam sempurna sangat je. Biasalah, salah orang kita nampak tapi salah sendiri? Sebab itulah kena wujud saling tegur menegur :) Nak tegur blog niera? Silakan. Kritik habis-habisan jika itu dapat membantu kita menjadi lebih baik. Kepada pemenang, Niera mohon maaf andai ada buat anda terasa dengan komen Niera tentang blog. Itu cuma pendapat, nak ambil, silakan. Nak buang, campak je kat mana-mana. hihi. Salam Perkenalan ^_^

HAPPY BLOGGING!

Review Novel #3 : Novel The Wedding Breaker

Actually Niera jumpa mengenai novel ni di facebook then pada minggu exam hari tu Niera terus dapatkan novel The Wedding Breaker.Best sangat ! So Niera nak kongsikan disini sikit cerita mengenainya. Jangan lupa dapatkannya. Btw, Novel ni ditulis oleh orang yang berpendidikan tinggi tau. Orang kelantan belajar kat overseas dan hanya mahu dikenali sebagai Eve. 



Sinopsis :
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Kekuatan Novel:
  • Mampu buat kita tertawa dan menangis
  • Jalan cerita yang tak terlampau berat sampai nak pecah kepala pikirkan ia.
  • Banyak pengajaran yang dikongsi.


Sunday 27 January 2013

Tips Mengelakkan Malu Bila Terjatuh !

   Kalau jatuh sbb tersepak batu: 
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun. 

Kalau terjatuh basikal: 
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu bru blaja naik basikal 

Kalau terjatuh tangga: 
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus. 

Kalau terjatuh dalam longkang: 
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. 

Kalau jatuh ketika naik bas: 
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?" walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu. 

Kalau terjatuh di depan perhentian bas: 
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu. Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu. Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula. 

Kalau tergelincir di lantai licin: 
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu seorang sahaja yang dapat malu.


"Renung-renungkan dan selamat termenung"



Pemenang Segmen Terjah Tahun Baru AisyahHumaira

Kini masa yang dinanti telah tiba. Kepada pemenang, sila send kan alamat anda [pemenang hadiah misteri] dan juga nombor fon kepada inbox fanpage Niera. Hantarkan apa yang berkaitan anda menang. Ayat pun dah tunggang langgang. hehe :)

Pemenang Bertuah:

Top Refferal [Topup RM30]
http://aderakukeysah.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html

Penerjah Paling Banyak [Review Blog + Bloglist Setahun] 
http://www.cikfie.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://dhiaadawiyah.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyah-humaira.html
http://nurulnajihahadam.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyah-humaira.html
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://menujusyurgamu.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://kekapasberceloteh.blogspot.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://ubaidullahjaafar.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://dairihatiyana.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html

Peserta Bertuah [Bloglist Setahun]
http://cikzaniff.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html

Hadiah Misteri [Peserta Awal/Tengah/Akhir]
http://babyblueheartpink.blogspot.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://nurulizzahmfs.blogspot.com/2013/01/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html
http://dearbudakjahat.blogspot.com/2013/01/terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html

Pemilihan Peserta Bertuah  menggunakan random.org. Tahniah kepada peserta ! Lepas ni jangan malu-malu kucing pulak nak join segmen Niera lagi. hihihi. Sape nak sponsor atau nak mintak Niera jadi partner, infom je kat fanpage okay ! ;)



Kepada yang tidak tersenarai, Anda tidak kalah sebenarnya, bukankah peluang kita dapat mengenali blogger itu lebih baik? :)



Kenangan Bersama Keluarga Dalam Dunia I-CITY

Alhamdulillah, pada Sabtu 26/1/13 Niera sepat meluangkan masa bersama keluarga ke i-city , Shah Alam. Kebetulan adik-adik yang diasrama pun semua baik, so lengkap dah satu family. Rasanya jarang Niera kongsikan mengenai keluarga, sampai ada yang tanya, Niera ni anak tunggal ke? heee :D
Family tanpa kakak sulung dia yang comot, Niera


Syafiqah * Aleesya

Aleesya * Alief

Lengkap satu family :)

Arif * Syafiqah




Arina * Aleesya

Tanpa suami disisi :'( 

Alief * Amierah





Kami kat dalam dunia i-city tu hampir 3 jam dan semata-mata di Snowalk. Bape kali keluar pastu masuk balik. hee. Cuma Niera tak berapa seronok sebab suami tiada disisi. Sebenarnya, kami berdua pernah datang kesini. Berdating berdua. Aipp ! Tapi mestilah dating halal. Tapi masa tu tak bawak kamera, so tiada kenangan yang tertangkap namun ia bukan bermakna terus dilupakan. Itu juga kenangan terindah buat kami. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari



Review Follower 4343 !

Baru sebentar tadi Niera mereview follower ke 4334 dan kini kembali mereview follower ke 4343 ! Siapakah? 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
http://lissa-lissalalissa.blogspot.com/
Pendapat Niera?
  • Blog cun/kemas/menarik
  • Pemilihan warna juga terbaik.
  • Susunan sidebar juga comel.
  • Suka header awak ;)

Salam perkenalan dan semoga terus berblogging. Jadikan ia medan dakwah disamping cuba memahami keadaan semasa. Dakwah mempunyai makna yang meluas. Sama-sama teroka, sama-sama bahagia. :)


Saturday 26 January 2013

Review Follower 4334!

Hai ! Dah lama rasanya tak review follower nombor cantik ni ! Dari semalam tunggu agka 4334 ni tapi takde sape layan. sob3 :'( Tapi hari ni ada jugak yg sudi follow blog comot ni. Blog comot tak bermakna tuan blog pun comot ok ! Dia adalah ...


-
-
-
-
-
-
-
-
-
http://mymymushie.blogspot.com/

Pendapat Niera?
  • Blog simple/kemas/cute.
  • Pemilihan warna blog yg cun
  • Kalau boleh wujudkan follower widget.
  • Awak cantik bila bertudung :)

Salam perkenalan dari Niera. Mari kita sama-sama berubah menjadi lebih baik. Tak mudah jadi terbaik namun kita mesti selalu berusaha kearah itu. Bila mana kita melakukan sesuatu dan kita terasa sesuatu, re-check balik perbuatan kita. Sama-sama berusaha meraih redhaNYA. In shaa ALLAH. :)


Beginilah Yang Sepatutnya


sumber : FB



Friday 25 January 2013

Dena Bahrin Selamat Melahirkan Baby Boy!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dena Bahrin dah selamat lahirkan baby boy dengan berat 3.3kg pada 2.11 petang tadi ! Eh, Niera pulak yang terlebih happy ! Mana tak hepy, dia sebaya Niera kot. Dan dah ada baby ! Waaaaaaa. Eksited nih ! Ni pun tahu lepas kawan Niera Iela Lala yang share gambar dari sini. Sape tak kenal Dena Bahrin kan? Seorang pelajar UIAM yang kahwin muda dan orangnya sangat-sangat comel ! [BLOG DENA BAHRIN

#Semoga Dena terus bahagia bersama suami dan anak tercomel dan anak anak anak anak seterusnya.
#Semoga Dena juga menjadi ibu yang terpelajar dan dapat mendidik anak dengan baik.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” Rasulullah bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w  bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani) 

Thursday 24 January 2013

Review Novel #2 : Novel Kampung Girl

Review Novel Kampung Girl pula ! Niera sebenarnya tak pernah beli/ baca tapi tertarik dengan novel ni. Dan kalau nak tahu, akan datang [mungkin september 2013] akan wujud dalam bentuk drama. Tu yang nak baca sangat tu !



Sinopsis:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!”Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!”Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…”Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Rasa macam nak baca online je sebab jimat pun jimat ! heee :D



Terima Email Daripada Ana Raffali!


Alhamdulillah, kali ini berpeluang main-main email dengan Kak Ana Raffali. Pernah jumpa Kak Ana masa Kak Ana ada buat konsert Pancaindera di USIM. Sweet je bila tengok Kak Ana dengan pengurus dia. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Haa, kan dah kata, asal kawen je sweet. Asal sweet je kawen. Hihihi. 


Macam mana pulak boleh terima email dari Kak Ana ni? Actually hari tu Kak Ana ada minta hantarkan email kepada blog dia, dan dia ada nak bagi sesuatu. So, cepat2 la Niera hantar link kat sini :) Semalam dapat tahu yang dia dah reply kat email. Niera bagi link gmail. Punyalah lembab line internet ni. Saba je la. Then minta tolong junior masa sekolah dulu tolong bukakan. Menyusahkan orang je kan? Dia pun lama jugak amek masa sampailah berjaya bukak. Err, Niera tak print screen tau sebabnya bukan Niera yang bukak. Junior tu yang bukakkan. hihi. Takkan la nak suruh dia print screen pulak. Banyak cantik nak susahkan dia lagi :P

Email daripada Ana Raffali ;
ANA RAFFALI :: NEWS
Salam Sejahtera & Salam Bahagia aisyahhumaira999@gmail.com,

Terima kasih sebab sudi mengikuti perkembangan muzik saya. Saya sangat-sangat hargai sokongan awak selama ini. Saya harap awak akan terus terhibur dengan lagu-lagu yang saya tulis, disamping mendapat sesuatu makna yang mendalam melaluinya dalam kehidupan hari-harian kelak.

'Jauh ke Syurga' merupakan lagu pertama yang saya sajikan kepada khalayak selaku penyanyi, penulis lagu & lirik dan julung kalinya diterbitkan oleh saya selaku produser di bawah label saya sendiri, about the letter A.

Lagu ini adalah sebuah doa, doa untuk kebahagiaan dalam sebuah lagu. Saya doakan moga Tuhan jalinkan jodoh awak dan tersayang 'Jauh ke Syurga' kelak.

Sila ke laman Youtube saya untuk melihat lirik muzik video 'Jauh ke Syurga'.
Sebagai penghargaan, lagu 'Jauh ke Syurga' boleh dimuat turun di sini* (dalam tempoh yang terhad).
Terima kasih. 

Ana
* 'Jauh Ke Syurga' by Ana Raffali is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License

Dah pernah dengar lagu Kak Ana yang berjudul 'Jauh ke Syurga' ? Sebuah lagu dalam doa dan doa dalam lagu. Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Kak Ana Raffali.  Cubalah dengar ! Best :) Klik sini . Untuk mengetahui perkembangan Kak Ana pergi ke fanpage beliau. :)

#Terima kasih Kak Ana kerana mendoakan kebahagiaan kami suami isteri jauh ke syurga. Semoga akak dan suami juga bahagia jauh ke syurga :')


Tazkirah Jumaat #2




Wednesday 23 January 2013

Kisah Seorang Lelaki Yang Tidak Pernah Berselawat

Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

[ Imam al-Ghazali ]

[sumber: kawan di Jordan]

Sunnah Rasulullah SAW

Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat keatas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Kerana ganjarannya tidak terhingga nilainya. Niera cuba kongsikan sikit tentang sunnah Rasulullah. 
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

#sekadar perkongsian sebagai tanda kasih dan peringatan untuk diri sendiri :')