Thursday 10 January 2013

Tips Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh


Assalamualaikum. Seperti yang sedia maklum, Niera juga salah seorang yang bercinta jarak jauh ni. So, bila buka 1 blog ni, dia ada kongsikan tips mengekalkan hubungan jarak jauh. Terasa ingin share kat blog, so apalagi, jom teruskan bacaan. 

  • Tetap Berhubung Setiap Saat
Gunakan kemudahan teknologi sekarang untuk tidak melepaskan peluang untuk berhubung seperti skype,facebook,telefon dan sebagainya. Tunjukkan rasa cinta yang tinggi kepada si dia dan buktikan cinta anda tetap ekar untuknya biarpun berjauhan.
  • Lakukan Aktiviti Kegemaran
Jangan sia-siakan hidup hanya kerana dia jauh dari anda. Lakukan aktiviti kegemaran seperti biasa. Gunakan masa sebaiknya tapi jangan pula sehingga mencemarkan nama baiknya.
  • Jangan Biarkan Perselisihan Berpanjangan
Perselisihan itu pasti ada. Kerana apa? Sebenarnya kerana dua-dua saling rindu. Sebab tu rasa ingin merajuk dan dipujuk cuba diwujudkan. Tapi awas ! jangan biarkan lama, nanti lain jadinya !
  • Tunjukkan Perhatian Kamu
Biarpun jauh, namun cuba wujudkan rasa dekat dengan pasangan. Tetap ambil peduli tentang si dia. Jangan membelakangkan si dia walau apa tujuan sekalipun.
  • Berdoa
Doa itu senjata orang mukmin. Sampaikan rindumu padaNYA setiap kali selepas solat mahupun pada bila-bila masa. Luahkan didalam setiap doamu. Dan pasti bila kita rindu pada si dia, si dia juga merasa benda yang sama. Yakin denganNYA, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik perpisahan sementara ini :)


#Amboi,sempat lagi update time-time final exam ni.
#Cinta yang HALAL sahaja dibenarkan untuk tips diatas!
#credit for [this blog], tQ :)



16 000 Budak Comel:

Unknown Unknown said...

semua tips tue mmg bgs. TQ share ... sweet gmbr kawen ^^

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

dats truee..utk yg halal je ea..yg blum halal cepat2 la mendirikan masjid(rumahtangga)..

Unknown Unknown said...

setuju dgn tip2 tu..~
done klik churp-churp..:)

CikMunBlogger CikMunBlogger said...

ewah ! nice tips . hehe . tapi kite tak halal lagi . boleh buat back up tok masa depan je laa . hehe

CikMunBlogger CikMunBlogger said...

ewah ! nice tips . hehe . tapi kite tak halal lagi . boleh buat back up tok masa depan je laa . hehe

Unknown Unknown said...

amboi , kaka niera :)

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

bestnya hehe insyallah :)

Unknown Unknown said...

untuk yg halal itu smuanya indah..:D
nk kwen..nk kwen...:P

TRAVELOG ATEH TRAVELOG ATEH said...

thank 4 the nice tips

http://sfadazzlinggirl.blogspot.com/

Cik Fie Cik Fie said...

nice tips kak :)

Miss Za Miss Za said...

memang follow semua step tu tapi cuma membuat rindu makin menebal...kena kahwin nie!!
http://meetmissza.blogspot.com

EkaTikah EkaTikah said...

betul semua tips tu.. hee.. amalkanlah bgi mereka yg relationshipnya jarak jauh :)

Nadia Johari Nadia Johari said...

sentiasa percaya dan mempercayai....=)

MalizaMah MalizaMah said...

entri ni bagus.. sbb leeza sedang berjauhan.

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

terima kasih tips ni niera.. =3

amanina nasuha amanina nasuha said...

terima kasih niera share this entry..belalang salah seorang yg bercinta jarak jauh..heheheh..