Friday 31 May 2013

Tips Mengelakkan Mulut Berbau

Kadang-kadang kita malu untuk berbicara dek kerana mulut atau nafas kita berbau. Jangan risau lagi kerana Niera bakal kongsikan dengan anda tips yang Niera jumpa dalam diari incik google. 
Tips Mengelakkan Mulut Berbau
  • Mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari
Niera pun tak tahu lah ngupenya macam mana tapi mungkin cara ini ramai yang tak berani cuba, tetapi jika sudah tidak tahan dengan bau mulut sendiri, apa kata cuba untuk kesenangan orang sekeliling :)
  • Kumuh dengan air garam.
Seperti yang sedia maklum, di dalam mulut terdapat banyak kuman yang membiak, dengan menggosok gigi hari-hari masih tidak mampu menyah bakteria secara total yang ada di dalam mulut. Oleh itu, apakata anda cuba tips ini, selepas makan, anda berkumuh dengan air yang dicampur dengan sedikit garam. Ulang 3x dan laksanakan seminggu 3x :)
  • Kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan
Haaa, ni tips paling mudah. Tipulah kalau tak de beras kat rumah. Ni petua nenek moyang kita tau. Ambil beras yang telah dibasuh dan kunyah sehingga hancur didalam mulut. Kan senang? Selamat Mencuba ! :)





Thursday 30 May 2013

Kuat Demi CintaNYA


InsyaALLAH akan terus kuat demi cinta kami dan demi tanggungjawab sebagai pelajar.
Buat suamiku, teruskan perjuanganmu sayang.
Semoga perjuangan kita terus membara dengan rahmatNYA.
ALLAH ada bersama-sama kita :)



Gaji Kecil, Kerja Separuh Mati ?

Gaji kecil, Kerja separuh mati ?
-Allah akan balas 'balance' kerja kuatmu dengan rezeki anak yang soleh, berjaya dan kesihatan yang baik jauh ditimpa dari kemalangan dan penyakit. Apakah rezeki menurut tafsiranmu hanya berupa wang ringgit semata ??

Orang bergaji besar syukurlah dan infaqkan sebahagian hartamu untuk manfaat Islam.

Di akhirnya, duit boleh membeli katil, tapi tidak mampu membeli tidur yang lena. Duit boleh membeli makanan yg sedap dan mewah, tapi tidak mampu membeli selera makan. Duit boleh membeli pakaian rumah dan kelengkapannya, tapi tidak mampu mengisi kebahagiaan di dalam rumah tersebut.


Sama-sama kita renung-renungkan. Sama-sama bersyukur. Sama-sama redha dengan pemberianNYA. insyaALLAH, kita akan bahagia :')

Wednesday 29 May 2013

Jangan Mudah Merasa Kita Sudah Sempurna!

Andai kita muslimah yang berniqab..
Jangan pandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. ..

Andai kita memakai tudung labuh..
maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit..

Kerana sehingga kini,tiada siapa mengetahui bagaimana pandanganNya....

Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu...

Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam....
Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri...

gambar hiasan


Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:
Sebagian ulama salaf, di antaranya Sa’id bin Jubair berkata,

إنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْحَسَنَةَ فَيَدْخُلُ بِهَا النَّارَ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ السَّيِّئَةَ فَيَدْخُلُ بِهَا الْجَنَّةَ يَعْمَلُ الْحَسَنَةَ فَيُعْجَبُ بِهَا وَيَفْتَخِرُ بِهَا حَتَّى تُدْخِلَهُ النَّارَ وَيَعْمَلُ السَّيِّئَةَ فَلَا يَزَالُ خَوْفُهُ مِنْهَا وَتَوْبَتُهُ مِنْهَا حَتَّى تُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ

Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal kebaikan malah ia masuk neraka. Sebaliknya ada pula yang beramal kejelekan malah ia masuk surga. Yang beramal kebaikan tersebut, ia merasa ujub (bangga dengan amalnya), lantas ia pun berbangga diri, itulah yang mengakibatkan ia masuk neraka. Ada pula yang beramal kejelekan, namun ia senantiasa takut (akan adzab Allah) dan ia iringi dengan taubat, itulah yang membuatnya masuk surga.

Tuesday 28 May 2013

8 Adab Menuntut Ilmu Menurut Ustaz Azhar Idrus


1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
 8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Jangan Bagi Alasan Untuk Berdakwah!

Apa makna dakwah?Dakwah adalah menyampaikan sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama dan juga menjadi tugas kita untuk saling nasihat-menasihati..Ye ke?Buat makna sendiri pulak niera ni..Eh,asalkan faham kan?hik3..Tadi jalan2 di facebook dan ternampak la gambar comel kat bawah ni,jom baca!

klik untuk lebih besar!

amacam?tak de alasan lagi kan untuk kita tidak berdakwah?dalam dunia blog atau facebook sendiri kita boleh berdakwah..asalkan kata-kata yang baik..itu dah dikira dakwah..bukan maki hamun orang..jaga peribadi,jaga bahasa..insyaALLAH semua suka. :)

5 Perkara Yang Sedang Menunggu Kita.

Assalamualaikum semua .. Harap semua masih bergumbira dengan dunia blog ni .. Hehe.. Apa niera merepek ni..Straight to the apa yang niera dah mention kat tajuk atas tu kan..Korang rasa apa yang menunggu korang sebenarnya dalam diam?Ada ke yang sudi menunggu kita ni?hik3..Ehh,jawapannya pastilah ada!Nak tahu?
5 Perkara Yang Sedang Menunggu Kita.

1. Malaikat Maut nak ambil nyawa kita
2. Tukang mandi nak mandi dan kafankan kita
3. Malaikat Munkar Nakir nak soal kita
4. Kubur nak kepit kita
5. Waris nak bahagikan harta kita
Adakah kita sudah bersedia?Niera sendiri banyak lagi ni kena munasabah..Dah la nakal..Suka mengusik orang..Suka buat orang mcm-mcm la..So,lepas ni nak bergumbira tu boleh tapi kita kena sentiasa ingat 5 perkara kat atas tu suka dan setia menunggu kita..Niera hanya share apa yang niera baca..Harap kita sama-sama muhasabah kembali :)
 
sumber:fanpage sham kamikaze :)

Friday 24 May 2013

Mengapa ALLAH Ciptakan Syurga dan Neraka?

Adakah ALLAH itu adil?kalau adil,mengapa ALLAH ciptakan syurga dan neraka?Kenapa ALLAH tidak menciptakan syurga sahaja?Kenapa semua tidak masuk kedalam syurga?


InsyaALLAH,persoalan-persoalan yang niera cuba kongsikan kepada semua..Sahabat-sahabat sekalian,ALLAH maha bijaksana dan DIA menjadikan syurga dan neraka hanyalah ujian semata-mata.Ia merupakan satu tempat yang hanya benar-benar layak boleh masuk kedalamnya.Kenapa ALLAH beri kita akal yang sempurna?Kerana akal kita dapat berfungsi dengan baik dan tahu menilai mana satu yang betul dan salah.Kita sebagai manusia,mustahil kan kalau kita tak dapat bezakan?melainkan kalau orang tu gila.Islam itu kan mudah.Sesiapa yang melakukan kebaikan,maka baiklah balasan untuknya yakni syurga dan begitulah sebaliknya,jika dia memilih jalan kesesatan maka neraka lah yang layak untuknya.


ALLAH itu maha adil pada semua makhluknya.Dia menilai setiap tindak tanduk kita.Kita lah yang menentukan jalan yang kita pilih dan ingat ! musuh kita adalah SYAITAN yang sentiasa tidak serik untuk menghasut kita dan melontarkan kita ke lembah sesat jika kita lemah.

  "Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (ibrahim:22)


ALLAH pasti memberi kita setiap pahala disetiap amalan kita..Hanya yakin padaNYA..Niatkan setiap perbuatan kita adalah kerana ALLAH dan ia telah menjadi ibadah kepadaNYA..mudah kan?ya!memang ISLAM itu mudah :)


   "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar"(nisa:40)


 Cuba kita bayangkan sekejap analogi kehidupan kita sebagai pelajar..suka tak kalau tak de wujudnya peperiksaan?wah,muka mesti bahagia giler kan?kita rasa tak best kalau nak exam sebab rasa kena baca buku la,apa la kan..kenapa kita tak belajar je?Dulu niera pun kalau tak de exam atau exam tunda,akan rasa "wow" ! best ! tapi cuba kita fikir,kalau tak de exam,tak de lah keputusan exam,maka kita tak kan tahu sape yang layak masuk universiti atau masuk kerja sebab kita tak tahu kelayakan dia.bila wujudnya exam,kita boleh menilai dari situ, "ohh,dia ni pakar matematik.." atau "tudung labuh budak ni,tapi hebat dalam sains rupanya.."  kita boleh nampak kan? begitu juga hal syurga dan neraka.Hanya yang layak dan terbaik sahaja yang mampu masuk kedalamnya..Dimanakah kita nanti?Ayuh!berusaha bersama mencapai redhaNYA :)

Saturday 18 May 2013

Semua Kekurangan Ada Kelebihan

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah, daripada membersihkan halaman,memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. 

Isterinya pula mengemas rumah dan kerja-kerja didapur. Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan menyandang dua buah tempayan. Malangnya salah sebuah tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurangan kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja. Demikianlah berterusan selama satu tahun lebih.Satu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu.
 


"Maafkan saya kerana selama satu tahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik.Saya rasa sedih sangat" kata tempayan penuh kesal.

"Kenapa kamu cakap macam tu?Kenapa kamu sedih?" tanya lelaki itu.


"Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini".
 

"Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan."

Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya.
Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.


"Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?" soal lelaki tersebut.


"Ya aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih dihatiku." jawab tempayan yang retak itu.


"Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit aku mula menanam
pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?
"
 

"Tentulah kamu."

"Tidak, kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga
itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias
dirumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan.
"
 

Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak.

Pengajaran : Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah
tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang
lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan caranya tersendiri.


Wednesday 15 May 2013

Bangga Jadi Guru :)

 dari kiri;kak syikeen,ustazah salmah(GB),niera,kak zahara,kak hayati



 

hanya kami berenam guru di srar tarbiatul islamiah :)

 masing2 memegang jawatan guru kelas kepada satu darjah..
dari blkg:ustazah munirah(thn 6),ustazah asyikeen(thn 4),ustazah zahara(thn 5),ustazah dhuha(thn 2)
dari depan kiri:ustazah hayati(thn 3),ustazah salmah(thn 1)



warga SRAR TARBIATUL ISLAMIAH yg dtg pada hari ini :)



inilah kenangan terakhir bersama mereka :'(

Walaupun cuma 8 bulan aku bergelar seorang guru, namun itulah yang terindah. Macam-macam ragam. Teringat lagi bila murid-murid tahun 1 rasa macam ragu-ragu yang aku ni guru diorang. Hari pertama lagi aku dah dipanggil kakak. Bukan ustazah. Haha. Terasa lucu. Mungkin sebab tinggi aku yang tak cukup tu kot. Masing-masing mudah mesra dengan aku, ye lah, dah kakak diorang pun lagi tinggi dari aku.. Dah diorang anggap aku pun macam kakak diorang. Dah lah aku je satu-satunya guru yang tak kahwin lagi. Single and available pulak tu. Haishhh, mulalah ada yang nak kenen kan aku dengan abang-abang diorang. Macam-macam. Paling tak tahan , kalau diorang ni buat nakal dalam kelas. Aku mengajar subjek sirah. Kira macam aku ni pemegang subjek tu lah sebab masing-masing nak pass kat aku subjek ni, katanya susah. Padahal dulu, aku lah yang paling suka ngelat subjek sirah yang bagi aku boring giler ni. Haishhh, padahal Sirah ni sangat lah bestt ! Boleh kenal Nabi tercinta. Biasalah, masa tu zaman budak-budak. Nampa tak hikmahNYA? Allah tetapkan pula aku sebagai guru Sirah :)

SELAMAT HARI GURU ^_^

best pulak dapat hadiah banyak-banyak time hari guru.. hihi..

Saturday 11 May 2013

SEGMEN PANTAS : saya nak vector free !

klik banner dan join !

gambar yang ingin divectorkan ;



Review Pemenang Segmen Jom Blogwalking

Blogger yang meningkat naik, seorang yang tak sombong, periang dan mesra alam. Ni yang kita mahu kan? Tak menyombong ! Blog lawa awak sangat simple tapi serius kiut giler ! Pink semestinya cute. Sidebar tersusun kemas, Tulisan mudah baca dan faham. Header unik dan menarik. Semuanya perfect !


Hai kawan lama ! Actually ni kawan masa niera spm dulu di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang. Dulu dia ni pendiam, sekarang tak sangka dah berblog ! Blogger baru bagi Niera. Paduan warna terang, Niera rasa lebih baik tukar background yang lebih lembut warnanya, Maybe, pink cair? Kalau blog archieve  dan kotak komen dimasukkan ke dalam scroll lebih molek rasanya sebab nampak kmas dan dia tidak panjang ke bawah :) Blog yang cantik ! 


Hai awak ! Jatuh hati pada blog awak. Design yang lebih matang berlatar belakangkan hitam dan putih. Smart ! Ringan dan sangat kemas. Saya suka ! Saya suka ! Kata-kata di Header melambangkan awak seorang yang berani, berwawasan dan juga bersemangat ! Fuyyoh ! Ayat melambung-lambung untuk awak saya bagi. Haha. Perfect !


Saya sangat minat dengan awak ! Doodle dan blog awak sangat comel ! Saya suka curi kan? Hehe. Blog awak tak comot, sweet je nampak. Nak macam tu jugak boleh? Hehe. Header awak sangat sweet macam awak sebab doodle tu buat mata saya terbeliak tak nak tutup sebab, wei ! Comel giler kot ! Dengan berbekalkan icon-icon comel tu menjadikan blog awak sangat awesome ! Cuma kalau awak letak kotak komen dalam scroll box lebih nampak mantap kot ! heeee ;) btw, blog awak best !


Haa, dia ni senior niera kat USIM. Hai kakak senior ! Adik senior nak review ni. Heee.. Shad adalah salah sorang yang rajin jugak komen entry2 di blog ni. Terima kasih. Maaf, banyak kali tak sempat tinggalkan komen kat awak sebab kita busy. Busy mmg tak boleh lepaslah kan? heee. Blog awak best, tapi kalau tukar background yang lebih lembut warnanya, pasti nampak lebih anggun. cewah ! Begitu juga dgn kotak komen. Letak dalam scroll box akan menjadikan dia lebih tersusun dan meringankan blog. Itu ju kot nak bebel. Sorry. btw, awak seorang yang awesome ! :)

TERJAH MEREKA SEMUA !!!

#Setiap pendapat Niera tak semestinya diterima kerana lain orang lain matanya, lain fikirannya, lain bebelnya. Maaf andai terasa, saya sayang anda semua. Semoga semuanya cepat kawen ! Macam saya :)



Friday 10 May 2013

Segmen Blogwalking Kita - Kita

klik banner dan join !



Thursday 9 May 2013

Jom Shopping Online Di Easy Boutique !


Pernah shopping online? Peminat tegar shopping online? Jom ke ke Easy Boutique kerana harganya sangat murah dan best ! Rugi bagi siapa yang tak menghabiskan bacaan hingga ke tulisan terakhir


Pelbagai jenis blouse, tudung bawal, shawl dan juga peplum dijual dengan harga yang murah dan mampu milik oleh semua wanita cantik yang gilakan fesyen terkini. Yang menariknya, setiap pembeli bertuah akan mendapat hadiah percuma seperti dress, jaket, tudung mahupun shawl ! Wow. Memang sangat wow ! Selain kualiti kain juga dijamin ! Mereka juga kini sedang mencari agent dropship tanpa sebarang yuran !


harga shawl: rm5-20
harga tudung bawal: rm8 (kangaroo)
harga blouse: semua bawah rm50


Nampak tak harga yang super duper murah tu?? Memang terbaik ! Mahu dapatkan ? Jom kita ke Album Easy Boutique untuk terjah semua jenis pakaian yang mampu kita miliki !


Contact :
fan page : http://www.facebook.com/easy.itu.mudah
cara order : sms 0199436549/PM fanpage/email ke jom.order@yahoo.com

Monday 6 May 2013

Mula Berhenti Libatkan Diri Dari Join Contest/Giveaway Blogger Lain

Bila dah kahwin ni, emosi jadi cepat betul tak stabil, tadi baru je marah seorang blogger yang marah dan persoalkan kemenangan Niera. Serius rasa marah bila dia pertikaikan yang hadiah niera tuntut tu, tarikh untuk claim dah tamat ! Weii, Niera claim lepas diumumkan keputusan. Awak yang LAMBAT RESPON sampai niera terpaksa bagi mesej balik tanya kenapa lambat respon? Boleh pulak dia marah-marah??? Ini dah lebih !! Kalau taknak bagi, cakap. Kalau nak bagi lambat, cakap. Saya boleh terima sebab Niera pun ada bagi hadiah kat pemenang LAMBAT ! 


Mulai malam ini, Niera hentikan diri niera dari join segala contest/giveaway anjuran blogger. Maaf, saya dah serik dimarahi blogger. Macam tak de maruah. Seolah-olah saya ni terhegeh-hegeh. Cukuplah setakat ini. Saya taknak tuntut apa-apa dah. Kesian Nabila Medan, tiba2 saya inbox dia cakap saya tengah marah kat seseorang. erk, tak tahu knp mesej dia. Biasalah, emosi tak stabil. Sorry, dik Nabila. Terima kasih ea sebab banyak tolong akak. 


Saya tak minta dihormati, saya tak minta simpati. Tapi tolong jangan pijak maruah saya. Saya dah banyak kali kena. Saya banyak sabar. Dari terus ada rasa marah, biarlah saya berhenti setakat ini. Lepas ini mungkin saya cuma berblogwalking ke blog blogger lain atau sekadar berkongsi cerita. Maafkan saya. Jangan risau, saya akan terus menyokong blog blogger lain tapi bukan dengan cara begini lagi. :)

Sunday 5 May 2013

Keputusan Pemenang Segmen Jom Blogwalking Bersama Aisyah Humaira


Maaf atas kelewatan, fuhh, pening pilih pemenang. Tolong jangan pertikai, ini lah yang teradil Niera buat, harap faham :) Tahniah buat pemenang, yang kurang berjaya, maaf ye, cuba akan datang :)

Review Blog :
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html
http://sweetsour93.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html
http://aynasyafiqah.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html
http://zaliakitty.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira-klik.html
http://www.fatindiana.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html

Shiseido Mask :
http://www.cikfie.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html
http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html

Topup RM5 :
http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html
http://haruno-hana.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-aisyah-humaira.html

TAHNIAH ! REVIEW AKAN DIBUAT SELEWAT-LEWATNYA SABTU [11/5/2013] BUAT YANG MENANG TOPUP DAN SHISEIDO, TOLONG PM DI [FB NIERA], DALAM MASA SEMINGGU. TERIMA KASIH.


Wednesday 1 May 2013

1st BIGGEST GIEAWAY BY OSM

klik banner dan join !
TARIKH TAMAT : 31/05/13

HADIAH-II

TOP REFERRAL
1st : PATUNG ELMO (SEDERHANA BESAR) , PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL ,
TOPUP RM 10 , KOMIK , BUTTON I <3 BLOGGING

2nd : PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL , TOPUP RM 5 , BUTON I <3 BLOGGING

3rd : PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL , KOMIK , BUTTON I <3 BLOGGING

TAMBAHAN : KALAU NASIB ANDA BERTUAH ANDA MUNGKIN DAPAT HADIAH TAMBAHAN IAITU  T-SHIRT I <3 BLOGGING 

SAGUHATI *EHH , HAHA
TOPUP 10 x 3
TOPUP 5 x 3
KOMIK x 5
LE' MUSTACHE NECKLACE x 2
OTHERS NECKLACE x 2
SHAWL x 2
PASHMINA x 1

TAMBAHAN : JIKA BERTUAH ANDA JUGA MUNGKIN DAPAT BUTTON I <3 BLOGGING

MENGAPA PERLU SERTAI ?

1- NAMA PUN 1sT BIGGEST GIVEAWAY BY OSM . SO , TENGOKLAH HADIAH PERTAMA TU . WOW KALAU DITAMBAH SEMUANYA MENCECAH RM 150 HADIAH 1st TU .
2- KESELURUHAN HADIAH BERJUMLAH RM350 ++ OK
3- AKAN DILETAKKAN BANNER PEMENANG DI BLOG 
tag :
http://sweetsour93.blogspot.com/
http://opzzpinky.blogspot.com/
http://www.intanurulfateha.com/
http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/