Thursday 31 May 2012

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Di Hari Jumaat


Soal : Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumat ?
Jawab : Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :

قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر

ِErtinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)


قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.
SUMBER

marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.jom baca,harinikan hari JUMAAT..
Eh,jangan lupa sebarkan okay :D

Seminar Perbandingan Agama di Putrajaya


SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA SIRI 2/2012
31 MEI 2012
AUDITORIUM IBNU SINA MASJID PUTRA,PUTRAJAYA
ANJURAN MASJID PUTRA & JAKIM DENGAN KERJASAMA ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION (11S)

*********************************************************

alhamdulillah,selamat mengikuti seminar berilmu ini..
sesuai dengan kos niera di usim,seminar ini amat penting untuk dikaji dan dipelajari..
Kami dihidangkan dengan slot yang pertama "Kenali Bible" yang disampaikan oleh Engku Ahmad Fauzi Bin Engku Muhsein dari IIS..
Pengisiannya insyaALLAH niera share di post seterusnya..
Kemudian slot "Dunia dari Kacamata Kristian"
Bunyi menarik dan memang menarik yang mana kita boleh tahu mengenai kristian..
Kemudian slot "Usaha Kristianisasi"
dan akhir sekali slot soal jawab..
Sepatutnya kami mempunyai 2 penceramah iaitu Engku Ahmad Fauzi Bin Engku Muhsein dan Shah Kirit bin Kakulal Govindji tapi saudara Shah Kirit tidak sihat dan kini berada di hospital dan marilah sama-sama kita doakan beliau,insyaALLAH boleh meneruskan dakwah beliau..

mengenai kristian dan bible,insyaALLAH niera cuba share sikit di post akan datang :)
 

Bloggers Cakap Tak Serupa Bikin??

assalamuaikum..

waalaikumussalam :)

(niera tanya,niera jawab sebab kadang-kadang 
korang tak jwb rasanya..he3)

Niera tahu ramai yang hadapi kes ni..inilah masalah blogger..kenapa korang buat macam tu?sebab nak jaga hati?sebab nak orang jeeee follow korang?sebab malas nak blogwalking?atau apa je alasan korang,ia tetap melukakan hati mereka-mereka yang telah engkau sakiti..(ceh,ayat!)

Actually,roomamate niera, Iela Lala pun dah banyak kali geram dengan bloggers macam ni..Kata "done follow" , "hit me back" , "saya dah follow awak,follow saya balik" .. tapi sebenarnya itu hanya tulisan semata-mata..Cakap tak serupa bikin la bro !

Niera cadangkan kalau tak nak atau tak sudi nak follow orang lain,cakap blogwalking pun tak pe la..sejuk sikit hati ni..Niera memang tak kisah orang tak follow niera,asalkan niera tak pernah menipu cakap dah follow tapi sebenarnya tidak..yaALLAH,rasa serba salah kalau nak tipu dia..

Semalam baca post ni di Kelab Blogger ..



see?ramai tak puas hati dengan tindakan korang..so,lepas ni jangan buat ea..Buktikan bloggers ada budi bahasa yang tinggi :)

Actually,follow tu memang kadang-kadang tak penting tapi jangan la amalkan budaya orang menipu secara halus..kita kan negara berintegriti..FOLLOW TAK PENTING TAPI SIKAP TU PENTING !

[ini pendapat peribadi,sekian]

Suami Aku Ustaz


Alhamdulillah..
"YA ALLAH sesungguhnya aku bermohon kepadaMU cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU dan aku memohon kepadaMU  perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMU.
YA ALLAH,jadikanlah cintaMU lebih kucintai daripadadiriku dan keluargaku serta air dingin"
(petikan dari novel SUAMI AKU USTAZ)




Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


***********************************************************

nak macam ni jugak boleh tak??
ustaz yang sangat sweet walaupun si isteri seorang yang nakal :)

eh,buku pun tak bukak lagi nak final exam,
ada hati nak fikir bab-bab ni,Niera!
ok bye ^^


Wednesday 30 May 2012

Hati & Tapak Kaki



Tuesday 29 May 2012

Assignment Perlukan Kerjasama!

[WARNING!!INI ENTRY BEREMOSI]


Assalamualaikum..setelah lama tak update entry yang beremosi,hari ni nak share sikit supaya menjadi pengajaran buat adik-adik,kakak-kakak dan juga abang-abang di luar sana..Mood sekarang memang tengah marah..Marah dengan sikap manusia..sikap sebagai seorang pelajar..Adik-adik yang baru masuk universiti atau baru nak masuk akan datang,tolong jangan buat okay..Buat apa?

Actually hari ini niera dah target nak siapkan 1 assignment  bersama Dayang,kawan Niera..kerja berlima dah jadi kerja berdua..itu satu hal..tapi boleh dimaafkan sebab yang lain tu pergi ke kem..dan part soalan diorang pun dah buat,alhamdulillah..terima kasih banyak-banyak..tapi yang tak best nya bila ada yang buat jawapan copy paste..itu yang tak tahan tu..jenuh nak edit..kerja jadi berganda-ganda..


copy paste tu memang sinonim dengan dunia budak u tapi tolong jadi matang sikit..jangan susahkan orang lain sampai yang nak mengedit nya ni jadi blurrr pastu hilang mood nak siapkan assignment..kan dah parah?tolongggg..kami dah terkontang-kanting dah ni..rasa nak campak laptop ni pun ada..haa,kan dah terlebih emosi..Apa yang penting?Kerjasama!

Okay,niera mengaku bahawasanya entry diatas entry yang beremosi tapi ini pesanan keras untuk anda semua ya..jangan jadi macam tu..nak copy tu boleh tapi agak-agaklah ea..jangan sampai memberatkan fikiran orang lain..cuba kita berada di tempat dia..tak best la kalau hantar assignment,kita sendiri tak faham apa yang kita tulis kan?Peace No War ^_^

wordless wednesday #30

Bayi Mati Dalam Periuk | Seorang Ibu 42 Tahun Ditahan

BATU PAHAT: Polis menahan ibu bayi yang mati dalam periuk bertutup disimpan pada kabinet dapur di Rengit pada 11 Mei lalu, selepas memperoleh maklumat baru.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Din Ahmad, berkata kematian bayi lelaki berusia 64 hari yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, kini disiasat semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan tangkapan suri rumah berusia 42 tahun itu.
“Ibu bayi itu kini disoal siasat mengenai kematian anaknya, Asyraful Iskandar Mohd Salleh, yang sebelum ini ditemui mati dalam periuk secara misteri.
“Malah, polis turut menyiasat semula kematian anak kedua wanita itu, Nor Alia, yang meninggal dunia pada 2003 ketika berusia tiga bulan yang dilaporkan sebelum ini akibat tersedak susu.

“Walaupun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ia bergantung kepada laporan pakar psikiatri yang akan diperoleh dalam tempoh terdekat mengenai tahap kesihatan mental terkini wanita itu yang dikesan mempunyai sejarah masalah mental,” katanya selepas Himpunan Bulanan Polis Daerah Batu Pahat, di Dataran Penggaram, di sini, semalam.

Kematian Asyaraful Iskandar minggu lalu, menimbulkan misteri kerana mangsa didakwa hilang ketika tidur dalam buaian di ruang tamu, sebelum ditemui dalam keadaan kaku dan lengkap berpakaian dalam periuk yang ditemui polis di dapur kediaman itu.

Namun, kejadian pada 11 Mei lalu bukan kali pertama menimpa ibu bapa mangsa yang sebelum ini pernah kematian dua anak mereka pada usia kurang tiga bulan.
Anak kedua pasangan itu, Nor Alia, meninggal dunia pada 2003 ketika berusia tiga bulan kerana tersedak susu, manakala anak ketiga, Siti Salmah, meninggal dunia pada 2010 pada usia 44 hari selepas dilahirkan tidak cukup umur.

SUMBER

Rahsia Tahi Lalat

Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki




Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur




Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab




Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

eh,korang yang mana?? :D
sumber




Monday 28 May 2012

Adab Seorang Rakan


"Sebaik-baik sahabat disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."(Hadis Riwayat al-Hakim)

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya,maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat."(Riwayat Ahmad)

**************************************************************
Rakan yang baik adalah selalu bersama kita tak kira kita gembira atau dikala kita dalam keadaan sedih dan terbuka mindanya saat nasihat diberikan dan menerima kelebihan dan kekurangan kita..ada tak rakan macam tu?pasti ada tapi nak menjumpainya ibarat permata dalam lautan dalam..kan3 ? Sebagai seorang rakan pun kita patut ada adab tau..niera kongsikan sedikit :)

Memulakan dengan memberi salam ketika berjumpa..tak salah kalau kita nak kata "hai" tapi kan lagi best kalau kita mendoakan kesejahteraan dia jugak?

Bila dia perlukan bantuan kita,kita tolong secepat yang boleh..jangan biarkan dia meminta tolong kepada kita berkali-kali..bukankah penantian satu penyeksaan??he3 :)

Kita marah tak kalau rahsia kita bocor?mesti marah kan?sebab tu sebagai kawan,kita kena jaga rahsia kawan dengan sebaik-baiknya terutama membabitkan aib beliau..

kawan adalah cermin bagi kita..kita belajar menerima pandangan atau nasihat darinya sebab kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan..

maafkan rakan kita tanpa rakan kita dahulu yang memohon maaf..kadang-kadang kita tak sedar salah kita..memaafkan bukan bermakna kita lemah..

titipkan dalam doa untuk kawan kita..doakan kesejahteraan beliau..pasti hidup kita bahagia..

apabila dia tengah bersembang dengan kita atau bercakap,jangan mencelah sehingga menganggu moodnya untuk meneruskan percakapan..

Doodle Comel Untuk Niera dari Nurul

comel kan?
terima kasih nurul ^^
jom singgah blog comel beliau !

Pssstt,,bulan ni dapat 2 doodle free,nak tengok lagi 1,SINGGAH SINI :)


Sunday 27 May 2012

Penyembelihan Haulah di Syria | Sangat Kejam!


Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka 'mengamuk' Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban. Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.

Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.

"Tentera Syria Bebas" berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.

_______________________________________________________________________
ALLAH..rasa sedih sangat dengan rakyat kita disana..umat islam senang-senang disembelih!Betapa kejamnya Rejim Basyar..YaALLAH,kuatkan mereka :(
Jika aku ditempat mereka,sudah pasti aku tak sanggup menghadapinya :(
Al-fatihah..ALLAH pasti melindungi para syahid yang pergi..
Apa peranan kita?

Ramai yang bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia terhadap kebangkitan umat Islam di Syria khususnya.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah :

1) Prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Syria atau isu ummah secara keseluruhannya.

2) Sebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria.

(Klik share setiap maklumat yang kami kongsikan dan share page ini kepada masyarakat yang lain)

3) Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Syria yang memerlukan.

4) Teruskan berdoa agar mereka dibebaskan daripada pemerintah yang zalim rejim Basyar dan semoga Allah sentiasa memelihara rakyat Syria.

5) Jangan tertipu dengan berita-berita daripada kebanyakan media yang begitu mengelirukan.

6) Kenali dan peka terhadap sebarang anasir Syiah dan Zionis agar umat Islam di Malaysia tidak tertipu dan menerima nasib sebagaimana di Syria.

7) Merasakan Syria adalah sebahagian daripada tanah Umat Islam yang perlu dipertahankan. Ini kerana terdapat banyak hadis nabi yang menceritakan berkenaan bumi Syam.

nak tahu maklumat lanjut?SEMUA ADA DISINI


Ubat Hati Ada 5 Perkara


Teringat akan bait-bait lagu dari Opick..

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah Taala mencukupi
Moga-moga Allah Taala mencukupi

sama-sama muhasabah :)
ehem,exam tinggal seminggu je lagi,buku tak start bukak lagi ni..usaha kena mula dah ni sepatutnya!doakan niera okay :)
kejap je dah nak puasa,raya,..........,masuk tahun 2 di universiti...
eh,apa .......... tu?biarlah rahsia dulu ^^


Saturday 26 May 2012

Blog Aisyah Humaira' Superb Awesome?

alhamdulillah,pagi-pagi tengok shoutbox ada pesanan dari blogger dini :) tenx dear sebab pilih blog buruk niera ni blog superb awesome :) suka3 :D
so entry ni niera nak review pulak blog dini yang cun melecun tu dalam blog niera.suka tak?suka x?
actually niera pun tak tahu kenapa blog buruk ni terpilih..ditangga pertama pulak tu..tak percaya?TERJAH SINI..


terima kasih sebab pilih blog niera sebagai bloglist superb awesome di blog anda..terkejut niera..terharuuu~
kawan-kawan,terjah jom ke blog beliau..biru je pemandangan..tenang ikut tuan dia rasanya..he3 :)
nama beliau Dini Hassan dan baru je umur 19 tahun :)
still belajar di politeknik Sultan Idris Shah :)
berkenalan lah dengan beliau sendiri tapi follow lah blog awesome dia dulu okay :D


Perkara yang Membolehkan Kita Mengumpat

InsyaALLAH niera nak share sikit apa yang niera baca dari sini untuk tatapan kamu semua..mengumpat itu haram tapi sesetengah perkara kita boleh buat .. disini ada 6 tempat boleh mengumpat :
~Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya 
~Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
~Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk  
  
~Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat   
~Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya   
~Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu

Friday 25 May 2012

niera dapat doodle free ^^


comel tak?
comel kan3 :D
terima kasih nizam..
first time kot niera join segmen nak doodle free :)
dapat warna pink pulak tu sesuai dengan permintaan ^^
terjah beliau DI SINI :)

Remaja 16 Tahun Maut Digilis Treler | al-fatihah

TANJONG KARANG – Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler di KM63.5 Jalan Klang-Teluk Intan di hadapan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Inspektor Roslan Ismail berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa, Nurnawwarah Abd Wahab, 16, yang berasal Kampung Haji Razali menunggang motosikal seorang diri.

Menurutnya, mangsa dipercayai berhenti di tepi jalan di hadapan sekolah itu dan selepas bahagian depan lori treler terbabit melepasi motosikal, secara tiba-tiba mangsa keluar dari tepi jalan dan masuk ke laluan utama.

“Mangsa kemudiannya bergesel dengan treler terbabit sebelum terjatuh dan masuk ke laluan lori treler, kemudian digilis manakala motosikal menggelongsor ke tepi jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Roslan berkata, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Merujuk kenyataan pemandu lori, dia terkejut apabila berasakan melanggar sesuatu apabila lori dipandunya tidak stabil sebelum berhenti 100 meter dari kejadian kemalangan.

“Motosikal mangsa hanya mengalami kerosakan kecil dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan individu yang terlihat kejadian terbabit diminta tampil untuk membantu melancarkan siasatan polis,” katanya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nawwarah merupakan junior Niera di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang..Terkejut sangat dapat tahu berita ni..actually,dari semalam niera dah tengok ramai post kat facebook mengenai Warah tapi tak sangka pulak dia pergi depan tempat dia menuntut ilmu..Adikku,semoga kau tenang disana..Al-fatihah..

Wednesday 23 May 2012

M.Nasir Menangis Terpilih Sertai Imam Muda 3

KUALA LUMPUR: Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut.

“Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa.

M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.
Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini.

Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.


Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.

“Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.
Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).

Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya.
“Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru,” ujarnya.

Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.
Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).
Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.


21 Harapan Wanita untuk Jodohnya

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

 

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.” 

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


 
Originally by : Syabab Musafir Kasih

Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta?

Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.

Tuesday 22 May 2012

wordless wednesday #29

watermark dari miss z :)
comel kan? ^^

Monday 21 May 2012

Kenapa Wanita Perlu Menutup Auratnya?



Seorang Lelaki Barat Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki barat : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki barat "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

Lelaki barat: Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.



SUMBER : FACEBOOK

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
 
islam itu sempurna,jangan kita buat dia separuh..seperti pakai tudung tapi baju ketat..pakai baju labuh tapi jarang..pakai seluar tak ketat tapi stokin tinggal..jom sama-sama muhasabah..sesungguhnya ALLAH maha pemaaf dan pintu taubatNYA sentiasa terbuka untuk kita ^^
 

Bayi Lahir Bersama Al-Quran | ALLAHUAKBAR

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran | Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.



 Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

baca selanjutnya dari sumber asal >> KLIK SINI


Inginkan Bidadari?Tunggu di Syurga Nanti ^^

Ummi – Mat…,(berhenti sekejap).  Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)
Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Ahmad – Nampak ok orangnya  Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi
Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu
Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….
Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat         
Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..



Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim
Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya
Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni
Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju
Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi
Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak
Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…
Ummi – Abang 2x, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah – Calon yang macam mana dia nak?
Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.



Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….

By: Dr Zainur Rashid Zainuddin
 

Doa Bulan Rejab

jom puasa sunat 1 Rejab esok :)






Saturday 19 May 2012

satu hari tak online | siapa tak puas hati?

alhamdulillah..bulan mei ni banyak niera dapat something dari bloggers..pemenang top referral miss z dan top referral cik mai..menang giveaway cik lynn..dan banyak lagi..tak terbuat post untuk yang lain..terima kasih sangat-sangat buat semua..memang niera tak online dah sehari..niera dah sampai rumah..line pun agak sesak..jadi malas nak bukak laptop..dan alhamdulillah hari ni bukak blog dah ada 2400 followers..kali terakhir online sehari yang lepas masih 2380.naik 20 orang..alhamdulillah..niera cuba follow balik..tapi tak best la bila ada yang tak puas hati..kita kan sama-sama blogger..janganlah macam ni =,=

bukak je shoutbox,ada pesanan dari "x yah tau" .. bangang?gedik?hurmmm. :(


buat "x yah tau",niera minta maaf andai kehadiran niera dalam dunia blog menganggu anda..anda seharusnya matang..bagi link anda dan niera follow anda..nak tegur tak salah tapi biarlah secara dewasa..mungkin anda ni blogger kanak-kanak yang masih belum sekolah kot..niera gedik?ada nampak ke niera gedik dalam blog??niera tak faham..niera bangang??atau anda??maaf bahasa kasar tapi tolong ye..ini ke sikap blogger?tolong buktikan blogger tahu berbudi bahasa..ehh,lupa pulak,terima kasih sebab ambil tahu pasal niera.. :)

salam maaf,
niera


 eh,jangan lupa join segmen niera "SEGMEN : FOLLOWER PILIHAN AISYAH HUMAIRA"

Wednesday 16 May 2012

16 mei | selamat hari guru







bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah masih diberi peluang untuk meng'update' walaupun final exam makin menghimpit dan masih belum prepare apa pun untuk ke final ni..assignment dan presentation yang bertimbun menutup masa untuk study..ehhe,itulah kata-kata orang malas..doakan niera jadi rajin pleaseee..

 
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa derajat.” (Al-Mujaadilah:11)

sebenarnya tak ingat tau tarikh 16 mei ni sebab busy dengan dunia sendiri kan sekarang tapi bila dapat je mesej dari anak murid "SELAMAT HARI GURU" baru teringat..ohhh,aku guru rupanya..bagi niera walaupun kini niera tidak lagi bergelar "ustazah munirah" namun niera tetap seorang guru dan tetap ada anak murid..tak de istilah bekas guru atau bekas anak murid..setuju?

ALLAH,betapa rindunya kenangan menjadi guru..Niera la guru yang paling kecik,paling kuat nangis,paling macam bukan guru..bayangkan masa hari first niera mengajar lagi niera dah dipanggil "kakak" oleh pelajar tahun 1..muka tak matured lagi kot..ye lah,time tu muka 19 tahun :)

niera guru paling kuat nangis sebab niera guru kelas anak murid tahun 6 dan semuanya suka "buli" niera..lelaki nya dah la lebih tinggi..hehe..lepas tu pasti ada guru yang akan support niera untuk marah budak2 tu..bila dah hari akhir sebelum niera pindah,ketua kelas buat ucapan minta maaf..ALLAH,kenangan terindah semuanya..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Bila dah masuk dunia universiti ni,alhamdulillah,anak-anak murid still contact lagi..baru-baru ni,anak murid niera,Nabil telefon katakan rindu sangat pada ustazah comot dia ni..terharuuu =,=
dan dia maklumkan adiknya,Ilyani yang juga merupakan anak murid niera telah meninggal dunia akibat penyakit hati..innalillah..mari sedekahkan Al-fatihah untuk adik comel Ilyani dan semoga keluarganya tabah..

Buat anak-anak murid ustazah,
Belajar rajin-rajin,capai cita-cita dan jangan lalai dengan dunia.Berbakti kepada ibubapa dan hargai jerih perih usaha mereka mendidik kita.Semoga kejayaan milik kalian semua.insyaALLAH :)

Buat semua guru-guru di Malaysia umumnya dan khasnya guru-guru niera,
Terima kasih kerana telah mendidik anak bangsa hingga berjaya dan insyaALLAH jasa kalian tidak ternilai harganya.Niera sayang kalian dan semoga kalian bahagia didunia dan akhirat.Selamat Hari Guru :)

ucapan di facebook oleh kak faridah yang juga merupakan guru dan kini belajar di USIM ^^
terima kasih kak :)



wordless wednesday #28

Monday 14 May 2012

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur


Hadith: Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” - (Bukhari)

 Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Saturday 12 May 2012

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.



  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2.  Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. 
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.





11.  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.  Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.  Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.  Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.  Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.  Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.  Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.  Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.  Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.  Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.  Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


23.  Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

PESANAN
awak semua!!jangan lupa letakkan CINTA ALLAH cinta tertinggi di hati kita..bercintalah dengan yang halal buat kita sebab itukan lebih indah ^^ Jauhi couple-couple ni..bukan best pun ! bazir kredit je kan? he3


Friday 11 May 2012

Al-Fatihah buat arwah ibunda Maya Khairuddin

AL-FATIHAH~

ALLAH berfirman dalam surah ali imran ayat 145 yang bermaksud:"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

buat sahabatku,Maya Khairuddin yang telah kehilangan ibu tercinta,niera harapkan semoga awak tabah.Ini ujian dariNYA yang kita tahu pasti ada hikmahNYA..niera hanya mampu doakan dari jauh..Tak sempat nak jenguk awak dan keluarga..atas jadual kuliah yang padat dan discussion yang penuh..Ahh,kehidupan di universiti tak terjangka kesibukannya..Rindu kat awak dan rasa nak peluk awak..Tapi masa tak mengizinkan niera untuk datang menziarah..InsyaALLAH ada masa niera pasti jenguk awak ^^

Maafkan segala kekhilafan diri ini dan niera doakan awak sentiasa berada dalam rahmatNYA .. aminn~