Sunday 27 May 2012

Penyembelihan Haulah di Syria | Sangat Kejam!


Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka 'mengamuk' Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban. Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.

Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.

"Tentera Syria Bebas" berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.

_______________________________________________________________________
ALLAH..rasa sedih sangat dengan rakyat kita disana..umat islam senang-senang disembelih!Betapa kejamnya Rejim Basyar..YaALLAH,kuatkan mereka :(
Jika aku ditempat mereka,sudah pasti aku tak sanggup menghadapinya :(
Al-fatihah..ALLAH pasti melindungi para syahid yang pergi..
Apa peranan kita?

Ramai yang bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia terhadap kebangkitan umat Islam di Syria khususnya.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah :

1) Prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Syria atau isu ummah secara keseluruhannya.

2) Sebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria.

(Klik share setiap maklumat yang kami kongsikan dan share page ini kepada masyarakat yang lain)

3) Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Syria yang memerlukan.

4) Teruskan berdoa agar mereka dibebaskan daripada pemerintah yang zalim rejim Basyar dan semoga Allah sentiasa memelihara rakyat Syria.

5) Jangan tertipu dengan berita-berita daripada kebanyakan media yang begitu mengelirukan.

6) Kenali dan peka terhadap sebarang anasir Syiah dan Zionis agar umat Islam di Malaysia tidak tertipu dan menerima nasib sebagaimana di Syria.

7) Merasakan Syria adalah sebahagian daripada tanah Umat Islam yang perlu dipertahankan. Ini kerana terdapat banyak hadis nabi yang menceritakan berkenaan bumi Syam.

nak tahu maklumat lanjut?SEMUA ADA DISINI


5 000 Budak Comel:

ain'syaa ain'syaa said...

ain pon baru baca pasal ni . nauzubillah

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

MasyaAllah..manusia sekarang lebih kejam dari binatang... Kesiannya budak2 tu.. tak mengapalah, syurga tempatnya bg mereka ini... Marilah kita doa bersama2.... T^T

Unknown Unknown said...

inalilahhiwainalilahirojiun.......
Semoga mereke ditempatkan dlm kalangan org yg beriman..dan smoga ita smeua sntiasa beringat..amin..

Unknown Unknown said...

MasyaAllah.. Kenapa dorang kejam sangat..

Unknown Unknown said...

Semoga perang ,cepat berhenti