Monday 26 September 2011

fadhilat surah al-waqiah :)

Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
 jom amalkan !

library UKM ♥

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,dapat update blog lagi..suka3 :) hehe~
actually nk share yg hari tu niera dan 13 org kawan2 di usim pergi meninjau ke library ukm..ayat x blh bla~kitorg cari rujukan utk subjek TITAS..kami naik ktm nilai terus ke ktm ukm..x mahal pon,hanya rm2.10..hehe~niera share gambar je k..malas nk cter pnjg2 :)




pas dah jenguk library ukm..
nk try jenguk library kuis plak..
dgr cter byk buku..btl ke?




roommate niera :)


 bismillahirrahmanirrahim..
post yg dulu,niera pernah mention kan pasal roommate niera..now,niera nk bg taw yg time cuti hari malysia tu,kitorg sama2 gi tesco,nilai utk jalan2..hehe~klu tgk pic kat bawah tu,niera la plg besar dan pendek ! hehe..alhamdulillah~


 dari kiri;iela,hudaya,niera,kak ika yg semua nya tinggi2 kecuali niera :)


kami berlima..yg tudung putih tu,kak ikin yg sgt2 cute..klu dok sebelah dye,mmg keje kitorg akan gelak..akak ni hebat taw..hehe :)

actually byk je gambar,
tp ni je la kot niera share..
masa kat tesco,
ada jumpa best frenz niera,NIEZA..
dye dah kurus skrg!
xpe2,niera pun akan kurus jgk..
amiiin :)








Thursday 15 September 2011

mahasiswi USIM~

bismillahirrahmanirrahim..
wajib rasanya cter kat blog aisyah humaira ni pengalaman pertama niera jejak kaki kat dalam bumi usim ni..byk halangan nk taip kat blog ni..asyik x de masa je..mula2 beselah..klu x de kelas,niera gi maktabah..ronda2 kawasan..niera cter dari mula erk??sape yg sudi baca,bacala..hehe..jgn lupa komen klu dah baca ;)



minggu taaruf (7 september-9 september 2011)

hari first akan jejak bumi u.malam tu asyik x leh tdo je..pk akan dpt kwn yg macam mana,roommate yg mcm mana..macam2 la..
then kol 6pg dah siap2kan brg semua nk gi..daftar kol 8.30pg..mana ada x jem..hehe..sampai lmbt gak dlm kol 9.30 pg camtu..tgk dah ramai org sampai nk cari parking pon ssh..pastu time nk gi daftar,ingat kan ayah blh la tlg teman..haha..rupa2nya kena gi daftar sendiri..first time kot..haha..nmpk btl anak ayah..dah settle daftar,jumpa ayah,ayah dah tlg belikan buku dah..huhu...mmg syg la kat ayah..
then,dah dpt kunci bilik kat kolej kediaman 1(KK1) terus la masuk kete,nk gi asrama plak..yaALLAH,jem ! sbb byk sgt kete yg menuju ke arah yg sama..dalam hati asyik doa je semoga aku dapat katil bawah!ye r,selama ni dari f1 sampai f6 asyik dapat katil atas je..mentang2 ketinggian niera ni ***..hehe..then,dah sampai asrama,niera dapat tingkat 4!bilik paling hujung..sob3..mmg blh kurus la lepas ni..dah bukak pintu bilik,tgk2,dah ada org dah kat katil bawah..rasa cam nk nangis je..sekali lagi niera tercampak kat katil atas..hurm,,xpela..cuba utk redha :)

sepanjang minggu taaruf,x de pe yg nk diceritakan kot..hehe..lbh kepada cerita di KK1 dan kuliah..ehh,lupa nk kenalkan roommate niera..dorg mmg best ! gler2..2 org budak akaun fakulti muamalat dan ekonomi(FEM),niera dan sorg lg budak akidah agama fakulti kepimpinan dan pengurusan (FKP)..
iela dgn huda mmg sempoi..dua2 dari melaka..kak ieka dari kelantan..kak ieka ni gler2..kadang2 jawapan yg dye bg mmg buat kitorg pon jd gler..haha..bilik kitorg plg hujung tp klu gelak,sampai bilik air blh dgr..kpd yg knl niera,akan phm..haha..









minggu kuliah yg pertama (12 september-15 september 2011)

normal la klu jd budak baru ni,mmg kelam kabut sikit..nk cari jadual kat on9..nk cari kelas..haha..nsb baik x salah masuk kelas setakat ni..tp niera sendiri pon blh detect yg mana student baru..haha..tp serius,muka dowg semua matured2 dah..haha..tp best la dapat kenal budak2 kelantan,kedah,pahang terutama sabah..hehe..kat sabah cuma ada 2 / 3 je sekolah yg ada STAM..alhamdulillah,setakat ni,kos yg niera amik ni,utk semester 1 hanya 6 subjek..klu kos muamalat 7 subjek,,klu quran sunnah 9 subjek termasuk hafaz 3 juzuk quran..kos niera plg skt subjek..2 dalam bhs arab,2 dlm bhs inggeris,2 dlm bhs melayu..doakan niera berjaya k..
hari first kuliah dah dpt assignment..subjek tamadun islam dan tamadun asia(TITAS)..subjek bm..semua thn 1 semester 1 wajib amek kos ni..hehe..

niera byk dapat kelas mlm la..pg cuma ada hari jumaat je..so,pg tu gunakan masa utk ke maktabah usim yg sgt2 besar tu..hehe..jelajah je mampu sbb minggu depan baru blh pinjam buku utk sem 1..best ke dunia u?bg niera,kat u mmg kena depends on ourself..bukan mcm zaman sekolah..nk jalan dgn kawan,nk mkn dgn kwn,nk gi mana2 dgn kawan..no ! klu rasa nk gi maktabah,gi je sendiri..klu kwn nk ikut,itu satu bonus..tp byk la niera tgk senior2 yg jrg dgn kawan dowg..kadang2 je..kita kena pandai bwk diri..peka dgn mklumat2 sekeliling kita..jgn sampai tertinggal..

14 september 2011
hari ni kena daftar kokurikulum..guess what?niera masuk kompang ! waaaa..nk nangis lg ! actually ramai budak FKP x leh amek sukan tw sbb x tw la nk cter camne..limit utk bdk sem 1 cuma 900 org je daripada hampir 2000 students..so,sape cepat la yg dpt..mula2,nk memanah..xdpt..pastu badminton,boling padang,tenis,teater,nasyid, semua try x blh..akhirnya kompang baru blh..camne tu??aduhh..hurm..rezeki dapat kompang nk wat camne?t niera kompang la klu nk kawen t..haha..sila jemput niera ye klu perlukan pasukan kompang..haha..padahal,x tw lngsung..

15 september 2011
hari ni cerita sesat..haha..sesat bersama syafiqah amalina..kitorg salah naik bas..haha..asal nmpk bas usim je kitorg naik..padahal bas tu nk keluar dari usim..sampai tesco nilai tu kitorg sampai..haha..nayaaa je..tunggu je la bas mini..tp x dtg2..naik la teksi,kena cas RM6..melayang je duit..hurmm..tp pengalaman tu mematangkan diri..haha..nsb baik berdua,klu x mmg x tw nk pk pe..dah la x knl dunia nilai ni..haha..


mengenai kos niera

kos niera rasanya plg sikit..hanya 92 org yg mendaftar sbg bakal pemegang ijazah sarjana muda pengajian akidah dan agama dengan kepujian..yg lain majoriti 100 lebih..kos niera cuma amek 6 subjek dan 12 jam kredit..macam bese.perempuan lbh ramai dari lelaki..majoriti dari negeri cik wan kembang..kelantan..hehe..kadang2 niera pon x phm dowg cakap pe..haha..


p/s:dah,nk rest,ptg ni kelas kol 5 sampai 10 mlm..
fuhh..doakan niera :)
akhirnya berjaya update blog !




Tuesday 6 September 2011

SPM ----> STAM ----> USIM ♥

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah akan melangkah ke alam baru iaitu u.
x sama macam time amek spm & stam..pengalaman pertama ni buat rasa berdebar-debar,takut,happy..campur campur jd satu..hehe~
syukur lillah,dalam bulan syawal ni,sy akan sambung belajar dalam pengajian ijazah sarjana muda akidah dan agama di universiti sains islam malaysia di nilai,negeri sembilan..7 september 2011 menjadi kenangan pertama sy dalam dunia universiti..yg plg ketara sy akan berdepan dgn satu benda yg sinonim dgn dunia budak u iaitu "ASSIGNMENT"..
yaALLAH,permudahkanlah segalanya..
sesungguhnya ALLAH telah berfirman dalam surah insyirah ayat 5 & 6 ; 


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”


mood:malas nk taip panjang2 sbb esok dah daftar u..hehe..
(erk,ada kena mengena ke?)




Sunday 4 September 2011

hadis mengenai wanita :)




Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.
-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.
->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami..





1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka be...ristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”



‎"Sebaik-baik wanita ialah apabila engkau memberinya sesuatu, dia berterima kasih kepadamu, apabila engkau tidak memberinya apa-apa (kerana engkau tidak mampu) dia bersabar, yang dapat mengembirakan hatimu apabila engkau melihat kepadanya dan patuh kepadamu apabila engkau menyuruhnya." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)






Thursday 1 September 2011

riang ria raya 2011 :)

kami sekeluarga :)

5 puteri ; amalina,arina,aisyah,amiera,aleesya

2 putera ; ariff & alief

mak ayah tersayang :)

pemimpin kami :)

adik paling garang..hehe :)



selamat hari raya semua !