Tuesday 25 June 2013

Istimewanya 27 Jun Tahun Ini

Alhamdulillah, masih diberi ruang nak update, hehe. padahal sebelum ni malas. Ehh, bukan malas, tapi sibuk baca buku katanya lah kan. heeee. Ok, back to topic, istimewa sungguh 27 jun tahun ini. sebab, 27 jun Niera akan habis exam ! Yeay ! Barang pun dah hampir siap packing untuk balik rumah gombak petang esok [27/6/2013]. Selain itu jugak, tempat duduk Niera dalam dewan periksa pada hari 27/6 adalah yang ke 276 ! Waaaa, macam tahu-tahu je tarikh tu special. Haaa, sekarang cuba toleh ke sidebar Niera tu, ada perasan tak tarikh 27/6 ? Yeay ! It is my birthday ! Tapi sedih jugak lah, hari ni trakhir sebagai sweet 20. Esok dah pun melangkah ke alam 21 tahun. 


Habis cerita 27/6, Niera nak inform, bahawasanya dengan ini, Niera akan terbang ke Mesir pada 29/6 [ulangtahun perkahwinan yang ke 9 bulan] . Lagi 3 hari. Dengan itu, Nira nak mohon maaf andai ada buat kesilapan sepanjang kenal dengan korang, even di alam maya ni. Doakan Niera selamat sampai dan selamat pulang bulan September ini. InsyaAllah, Niera akan update gambar-gambar di sana okay ! Dan actually Niera bercadang nak beli something dari Mesir untuk korang. Maybe untuk pembaca yang suka komen, atau buat segmen ataupun mungkin giveaway. Nantikan tau. 

Doakan juga untuk Niera semoga mudah jawab soalan esok. Last paper for this semester. Yeay ! 


Friday 21 June 2013

Tips Menjadi Isteri Solehah

Isteri solehah impian setiap lelaki. Kita sebagai wanita juga, turut mengimpikan gelaran isteri solehah bukan? Niera kongsikan sedikit, mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan sama-sama kita berdoa semoga kitalah isteri solehah. InsyaAllah.



Tips Menjadi Isteri Solehah

  • Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
  • Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
  • Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
  • Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
  • Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.
  • Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
  • Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
  • Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
  • Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
  • Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
  • Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
  • Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
  • Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
  • Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
  • Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
  • Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
  • Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
  • Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
  • Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
  • Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.

InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh Niera cuba kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.



Thursday 20 June 2013

Beberapa Hari Sahaja Lagi #MesirAkuDatang

Alhamdulillah, masanya akan tiba jua. Kurang 10 hari lagi, Niera akan terbang ke bumi Mesir dengan perasaan penuh teruja. Pertama kali naik kapal terbang, pertama kali sorang-sorang duduk dalam kapal terbang, pertama kali pergi luar negara ! Haaa, teruja, takut, gembira semuanya jadi satu. Macam mana nak cari tempat duduk? Macam mana nak cakap arab? Ok, try cakap english tapi bolehkah aku? Sorang-sorang pulak tu. Haaa, nampak tak macam-macam persoalan dalam fikiran Niera. Dah la diri ni tak sebesar diorang, siap kawan Niera cakap, nanti jangan nampak sangat kita tak tahu, sebab orang Arab akan dukung kita sebab dia ingat kita ni budak-budak. Yelah, tinggi Niera ni dah mcm budak sekolah je. Fuhh, sape cakap tak takut. Tapi itu semua nanti Niera update lagi lepas Niera selesai tiba di Mesir okay? :)


Kini, 4 paper final exam masih belum dijawab. Debaran makin berganda. Tapi selesai je exam, Niera balik rumah then boleh terbang selepas tu. yeay ! Niera akan berpuasa dan beraya disana. Dan semestinya bersama suami tercinta. Tiap-tiap hari pesan kat suami, "Abang, pastikan tunggu kat airport tau!" . Pesanan tiap-tiap hari sejak suami dah belikan tiket sampai suami pun dah boleh hafal pesanan tu. Nampak tak betapa nebes nya nak pergi negara orang Arab. hehe



Semalam, ada seorang ibu kepada anak murid suami datang Nilai semata-mata nak hantar kiriman utk anaknya di Mesir, punyalah melangit dia puji suami Niera yang tolong jagakan anak dia disana. Anak makcik ni lelaki berumur 14 tahun. Hebatkan? Muda-muda dah sekolah kat Mesir, so suami Niera tolong jaga dan jadi guru dia. Leka dengar cerita makcik tu, puji banyak sangat sampaikan dalam hati Niera cakap, "nasib baik Niera dah kawen dengan dia, kalau x, mesti jadi menantu makcik ni." hihi. Alhamdulillah, Allah bagi Niera suami soleh dan comel. 


Dalam masa beberapa hari je lagi ni, selalu tanya suami nak kena bawak apa, apa lagi yang tak cukup, dan segalanya tentang persediaan ke Mesir. tapi bagi Niera paling sweet bila suami cakap macam ni, "Abang malu la nak jumpa sayang." Laaa, kenapa pulak suami Niera ni nak malu? "Sebab Abang dah lama sangat tak jumpa sayang." Masa tu terus tergelak, ye lah kami bukan seperti orang lain, sebulan berkahwin dah berpisah, sorang belajar sini, sorang belajar sana. Sebelum kahwin, tak bercinta pulak, so tak sempat nak bercinta lama2 lepas kahwin, hanya banyak di alam maya. Sepanjang tak jumpa, hanya bercinta melalui facebook, skype dan telefon sahaja. tapi kan Niera rasa bahagia sebab hubungan tu dah halal. Alhamdulillah. Berkahwin dan bercinta pula dengan suami yang sweet macam ni, lagi la terasa bahagia. Alhamdulillah.



Doakan Niera berjaya habiskan menjawab final exam sehingga 27/6/2013 ni dan selamat terbang ke mesir pada 29/6/2013 ni. Semoga kalian yang sudi membaca coretan kali ini juga dibawah rahmatNYA. Ameen. 



Sunday 16 June 2013

Review Pemenang Contest Headerku Owsem

Maaf lambat review korang semua yang telah menang dalam contest anjuran blogger Sharina. Tahniah ! Sorang je yang hantar details kat Niera tapi takpelah, Niera review semua yang menang. Tahniah dan korang-korang yg datang jenguk ni, boleh terus terjah diorang okay !
http://ayinzpunyablog.blogspot.com/
Serius comel sangat blog dia. Kata-kata di header yang sangat memikat hati. Simple but nice. Kemas dan ringan. Ehh, suka sangat lah dengan blog dia. Maklumat yang penting je dia letak. Keep it up! 
http://farahanidzaharis.blogspot.com/
wahwahwah. Nasib baik url blog nama melayu, ingatkan dah masuk dunia korea. hihi. Blog yang tenang, santai dan superb best! Niera x tahu apa maksud kat header awak tapi yang pasti ianya comel ! Yang penting, blog awak sangat kemas. Tak de benda2 mengarut dan pelik2. Keep blogging !
http://smileandsmile123bye.blogspot.com/
Alahaiii, comelnya awak dok kat header tu, kata-kata di header sangat menyentuh, akak doakan awak dapat apa yang awak doakan. Blog cantik sangat. Akak pun teringin blog cenggitu. mudah2an awak terus berblog. Suka dengan design dan kekemasan di blog. Best!
http://dramaticyang.blogspot.com/
Blog yang sangat sempoi. Simple but nice. Peminat korea jugak ni. Siap ada lagu. Maybe penggunaan warna background better pilih yang soft sikit. Nampak lebih lembut san akan menonjolkan tulisan di header awak. Tulisan di post title juga mungkin boleh kecilkan bagi memudahkan orang membaca post title awak. btw, semuanya okay ! Keep it up !
http://arenaeye4.blogspot.com/
Header sangat comel dengan kehadiran diri awak. Blog okay, tapi lebih baik kurangkan gambar di sidebar sebab bila gambar2 tu tak sama size, dia nampak sedikit tidak kemas, cuba masukkan ke dalam scroll. Pemilihan gadget utk sidebar juga harus bijak. Pilih yang penting dan buang yang tak penting. Banyakkan lagi belajar, insyaALLAH berjaya. 
Ya Allah, give me the knowledge and wisdom to talk to people about your beautiful Islam. Ameen.
Maaf andai terkasar bahasa, Niera juga bukan sempurna untuk menjadikan blog sempurna di mata semua orang. Selamat berblogging. Doakan Niera selamat terbang ke bumi Mesir kurang 2 minggu lagi dan semoga Niera berjaya jawab 4 lagi paper final exam yang akan berakhir 27 Jun ini. Niera sudah follow 5 blog diatas, anda bila lagi?

80% Persiapan ke Mesir Telah Siap

Alhamdulillah, persiapan ke Mesir dah hampir 80% selesai. Excited sangat bila nak lawat tempat orang terutama tempat impian sejak dulu lagi. Allah tak bagi belajar kat sana tapi Allah bagi kahwin dengan orang yang belajar kat sana. Indah kan aturan Allah? Tak sabar nak solat dalam Masjid Azhar, lawat Pyramid yang sangat unik penciptaannya, dan macam-macam lagi ! Nak naik unta bersama suami. yeay ! 

First thing yang mesti beli mestilah beg bagasi tu kan? Pilih yang paling besar la, senang nak bubuh banyak barang. Tak sabo nak naik flight orang arab. hikhik. Niera akan naik egyptair yang memang luas dan selesa. Siap boleh baring, bantal dan selimut disediakan. Okay, tu Niera cerita akan datang sebab tak naik lagi, so tak berapa nak tahu lagi. Ini pun cerita dari suami. 


Passport dah siap, tinggal visa je nak buat esok, mudah2an dipermudahkanNYA. Sibuk2 nak exam lagi berbaki 4 paper ni, sempat lagi curi masa buat visa dan beli barang-barang nak ke Mesir. Doakanlah moga semuanya mudah. Ohhh, sangat tak sabar ! Kurang 2 minggu sahaja lagi !

"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusan."


Friday 7 June 2013

Bahang Final Exam Makin Terasa !

Assalamualaikum. Wahh! Lama tak jenguk dah blog yang kian usang ini. Sekarang Niera sangat sibuk dengan pelajaran, almaklumlah, nak exam dah ni. Final exam for 4th semester. Dah hampir 2 tahun di USIM, kejap je masa berlalu. Tapi exam kali ni special sikit sebab lepas habis je exam, Niera akan fly ! Yeay yeay ! Tak sabar nak jumpa cik abang ! Mesir, tunggu aku datang ! Bila tiket, passport semua dah ada kat tangan , mulalah rasa malas ya ampun nak baca buku. Suami je yang banyak bagi kata semangat, ye lah, siapa tak excited nak pergi jumpa suami yang hampir 8 bulan tak jumpa ! Susah woo tahan rindu ! hekhekhek. Apa-apa pun kena semangat untuk exam kali ini. Pastikan pointer still maintain naik. Doakan tau :)



Jadual Final Exam Yang Sangat 'Best!' :
10/6 : Akhlak & Tasawwuf
11/6 : Fiqh Munakahat
12/6 : Creative Thingking
14/6 : Research Methodology
21/6 : Agama Samawi
25/6 : Falsafah Perbandingan Akhlak & Moral
25/6 : Falsafah & Isu Tasawuf
27/6 : Sam'iyyat Wal Imamah
29/6 : ...........

Moga semuanya dipermudahkan. Ameen..

Suami akan habis final exam di Mesir pada 16/6/2013. Semoga doa sentiasa ada untuk kami. Berjuang itu memang tidak mudah, namun bila ada hasilnya, ianya menjadi satu perjuangan yang indah. Terima kasih buat suami, keluarga, rakan dan semua guru-guru Niera yang sentiasa mendidik diri ini menjadi insan yang berguna. Buat sang suami yanag tercinta, Terima kasih kerana sentiasa ada disetiap saat bersamaku. Biar jasad terpisah, namun aku tahu, hati kita sentiasa bersatu. 


Thursday 6 June 2013

Sedikit Yang Berterusan Lebih Baik


Pepatah arab berbunyi :

قليل دائم خير من كثير منقطع
(Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus)

Kesimpulan :

1)Pepatah ini menyokong hadis Nabi s.a.w : أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قلّ(( Amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t adalah yang berterusan walaupun sedikit )) Riwayat Al-Bukhari 

2)Barangsiapa yang mencari rezeki haram, ia hanya sekejap dan tidak akan berterusan berbanding dengan rezeki halal kerana barakah hanya pada yang halal. Kaedah dalam syariah menyebut :من استعجل شيئا قبل أوانه عوقب بحرمانهBarangsiapa yang mencari sesuatu dengan segera sebelum tiba masanya, dia akan terhalang daripada mendapatkannya

3)Dapat mengerjakan amalan soleh, biar dapat solat witir setiap hari daripada solat tahajjud 20 rakaat hari ini tapi esok dan seterusnya tinggal terus. Ini disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w ketika Baginda s.a.w bersabda kepada Abdullah Bin 'Amr Bin Al-'Ash :يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل(( Wahai Abdullah, janganlah engkau jadi seperti seorang itu. Dulu dia bangun malam tetapi dia telah meninggalkan qiyamullail tersebut )) Riwayat Al-Bukhari

Wednesday 5 June 2013

suamiSteri (◕‿◕)

 
 
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

hehe... rileks jap..... :)