Tuesday 20 January 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Kami



gambar baby Syifa' menyusul nanti

  • Nur Syifa’ Mawaddah binti Mohamad Safwan.
  • (Cahaya Penawar Kasih Sayang)
  • 7 Januari 2015
  • 8.36 pm
  • 2.88 kg


Pengalaman yang memang tak boleh dilupakan. Yelah, melahirkan anak sulung. Sebelum ni dengar orang cakap-cakap je, sakit macam senggugut la, sakit tak terkata la, macam-maam rasa sakit. Tapi pengalaman orang beza-beza kan?Haaa, kali ni Niera citer kronologi sakit nak bersalin berdasarkan pengalaman sendiri. Hehe :)

5 Januari 2015
Jam 11 malam camtu dah mula rasa sakit perut. Time ni ada kat asrama dengan kawan-kawan, mula-mula diorang tak perasan pun Niera dah lain macam, tapi sorang kawan tu tegur, “Mun, okay tak?” Niera pun senyum je, then cakap “Rasa sakit perut”, Dah kenapa semua kawan menggelabah ajak pergi hospital. Niera tak nak, tapi ajak diorang pergi klinik. Sebab Niera tak pasti ni sakit perut nak bersalin ke hape.. Mana tahu sekadar masuk angina. Haha. Kang buat malu je pergi hospital.

Wei, dah nak dekat jam 12 tengah malam, ni kang tak pasal-pasal bila keluar asrama nak gi klinik, then tak boleh dah masuk asrama. Asrama tutup pagar jam 12malam kot. Tapi kawan-kawan semangat cakap “takpe-takpe, pandailah deal dengan pakcik guard tu”. Ok fine.

Sampai kat klinik, klinik swasta okay! Haha. Redha je lah kena bayar berapa pun asalkan dapat cek yang ni sakit perut kategori apa kan.. Ceh, kat kaunter pendaftaran lagi dah kena perli. Amek kaw! Buat tak tahu je, then cakap nak cek jugak !! Suka hati orang la, orang sakit, nanti orang bayar la. Haishh!
Nur Amalina Munirah”, yeay, jom masuk bilik doctor. Ok fine, dapat doctor lelaki india, aduh! Rilex-rilex. Dengan muka serius campur kerek nya, dia tanya …
kenapa awak datang sini?
saya sakit perut
awak dah berapa minggu
saya dah 38minggu
awak tahu tak, yang awak tak boleh datang sini, sepatutnya awak ke hospital.kalau awak nak terberanak kat sini, awak nak beranak kat mana? Kat atas lantai klinik ni?”

Aku diam .. rasa nak nangis pun ada! Wei, itu ke etika ckp dengan pesakit? Sungguh! Aku sakit hati.

Keluar klinik, bayar rm12, balik asrama, tidur. Fine! Takde cek langsung,hanya dapat perli doctor! Sakit perut pun hilang.


6 Januari 2015
Jam 11 pg camtu, nak mandi, then masuk bilik air, tengok-tengok keluar lender bercampur darah sikit. Ahh sudah! Ni tanda nak bersalin ni, then tenangkan diri, keluar bilik air, bagi tahu kat kawan, “Timah, dah masanya. Keluar darah dengan lendir
ko dah mandi ke belum?
belum, aku berdebar.
dah, ko gi mandi dulu,lambat lagi tu nak bersalin

Masuk mandi, bersiap segala bagai then kita makan tengahhari dulu. Haha. Tapi time ni tak de la rasa sakit perut. Berdebar nya bila fikir, “wei, nak bersalin dah!

Telefon mak, mak cakap terus pergi hospital. Ok fine! Kawanku sedia membantu, nasib baik exam belum start, so masing-masing free, terima kasih sangat kat korang. Terharu! Jauh-jauh pun sanggup hantar. Bayangkan dari Nilai ke hospital Selayang, sejam jugak la. Ni semua gara-gara Niera demand x nak anak lahir kat negeri bukan Selangor. Nak anak Selangor jugak. Haha. Sempat la jugak call mak mertua bagi tahu yang dah turun tanda nak bersalin. Terkejut dia. Sebenarnya aku pun terkejut, due nak bersalin lambat lagi kot. 16 Jan 2015, hari ni baru 6 Jan 2015. Haha. Apa kes ni? Esok dah la hari first exam. Ahh, lantak. Tak nak fikir exam. Fikir baby. Mesej lah suamiku yang nun jauh di Mesir, bagi tahu yang dah turun tanda then minta dia doakan semuanya selamat. Sedih kot tak de suami disisi ketika kita sarat nak melahirkan.

Sampai je hospital Selayang, cek itu cek ini, bukaan baru 1cm. then pihak hospital suruh balik dulu. Kawan pun hantar la ke rumah di Gombak. Serius, memang aku tak datang exam esok ni… aduh! Sampai je rumah, ok sakit perut mula dah nak datang balik.. petang tu perut dah mula meragam dah, malam tu pulak sakit makin kerap.

7 Januari 2015
Akhirnya jam 2pagi camtu, decide utk ke hospital balik. Ayah hantarkan. Mak temankan.

Masuk je bilik cek itu cek ini, doctor cakap bukaan baru 2cm. tapi disebabkan Niera dah rasa sakit sangat, so diorang decide nak letak Niera dalam wad. Wad pulak penuh, tunggu la dulu, yang Niera ni dah menahan sakit macam apa je, bukaan cuma 2cm?? Sakitnya! Tahan sakit sampai ke petang kot! Cek-cek petang tu, bukaan baru 3cm. Lambatnya.. Doktor pun cakap memang biasanya anak sulung lambat nak terbukak. Sakit tak terkata dah time ni, siap jerit-jerit petang tu. Then dalam jam 7mlm camtu, mak dapat masuk tengok Niera, mak pun pesan selawat banyak-banyak. Sakitnya tak terperi dah time tu, doctor cek dia cakap bukaan dah 4cm tapi air ketuban dah lebih 10jam pecah, takut ada effect kat baby, so doctor decide untuk operate. Taknak!!!! Aku takut!!

Doktor, tak boleh ke tunggu lagi? Saya tak nak operate
Awak nak tunggu sampai bila, ni kita dah tunggu lama, tapi bukaan awak baru 4 cm, takut ada effect dekat baby awak

Aku pasrah…

Dalam jam 8 lebih camtu, aku dimasukkan dalam dewan bedah, disuntik ubat bius separuh badan, then aku di operate kan. Aku sedar masa tu Cuma tak rasa sakit langsung, masa tu rasa lega seleganya sebab sakit perut contaction tu hilang serta merta. Baring rilex-rilex, tetiba dengar suara baby nangis.

Anak aku ke tu?ehh, aku dah ada anak?” Masa tu tak tahu nak gambarkan perasaan aku macam mana. Aku dah ada anak! Allahuakbar!

wanginya anak ummi” bila pertama kali dapat cium anak sendiri, satu perasaan halus itu datang dengan sendirinya. Tak terungkap disini.

Alhamdulillah, selamat melahirkan anak perempuan secara czer. Sakitnya berbeza, orang lain bersalin dengan cara meneran, tapi aku tak rasa sakit itu, Cuma bila ubat bius hilang, bermulalah episode kesakitan. Berpantang pun kena lebih. Alhamdulillah, mak Niera sendiri dah 3x operate, jadi dia ada pengalaman untuk jaga Niera dan dia tahu rasa sakit itu. No wonder, why syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Redhaaa bila Allah tak izinkan jawab exam, tapi Allah izinkan untuk melahirkan seorang puteri. Exam, kita jumpa nanti ye. Allah sebaik-baik perancang. Yang penting kita syukur. Alhamdulillah.

Anakku, Syifa’,
Jadilah anak yang solehah.
Moga dirimu menjadi penawar hidup kami.


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Kita merancang, Allah juga merancang, namun  Allah adalah sebaik-baik perancang.


p/s:
Jutaan terima kasih buat sahabat yang sudi menjaga Niera dan ambil berat dengan keadaan baby sejak dalam perut lagi. Maaf banyak menyusahkan kalian. Terutama buat sahabat-sahabat yang ada disisi disaat-saat akhir sarat mengandung sampai rasa sakit ingin melahirkan. 
Cc: Fatimah, Kak Naziyah, Dayang, Kak Chik, Adzkiah, Musyaz, Najwa. Kalian antara sahabat terbaik yang pernah aku ada. Terima kasih. Akan aku ceritakan mengenai kalian kepada puteriku kelak.
 

Thursday 1 January 2015

Final Exam For Final Year Student

7 Januari 2015
9 Januari 2015
10 Januari 2015 
11 Januari 2015 
12 Januari 2015 
Sekitar tarikh penting untuk menempuh final exam. Dah jadi final year student dah pun. Harap dapat lepas jawab semua paper exam kali ni. Amin. Baby, please wait until your ummi selesai jawab semua paper. Good luck untuk semua yang bakal menduduki final exam sekitar awal tahun ni. InsyaAllah kejayaan milik kita. Usaha, doa, tawakal. 



16 Januari 2015 
InsyaAllah, bermula 'buku' baru. Semua atas izinNya. Apa yang terbaik, kita redha sahaja. Inilah tarikh due yang baby sepatutnya akan keluar. Hanya mampu berdoa. Tapi Dia pasti lebih tahu masa yang terbaik buat anakku melihat dunia.