Tuesday 31 July 2012

wordless wednesday #40


siapa yang pecinta kucing?sila komen..sebab niera tak suka kucing,itu yg jadikan gambar ni sebagai wordless..hik3

Monday 30 July 2012

Perempuan Kini Tidak Tahu Malukah?

Salam Ramadhan Semua :)
Harapkan kita semua semakin bersemangat dikala hari ke 11 berpuasa ni :)
Tapi sedarkah kita definisi sebenar puasa?Puasa ertinya menahan diri,bukan sahaja menahan makan malah kita kena menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang ALLAH..
Perempuan adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah isteri yang solehah..Tapi sedarkah kita,apa terjadi dengan perempuan kini?Gambar gadis-gadis dijaja merata-rata,bukan sahaja dijaja tanpa sedar malah diupload merata-rata dengan kerelaan diri sendiri..GADIS MELAYU..ALLAH..terasa diri ini..Gambar yang terlampau mendedahkan aurat sehingga menaikkan nafsu lelaki..Buah dada ditayang-tayang untuk apa?Badan sengaja dilentikkan untuk apa?Rambut diwarnakan untuk apa?Untuk apa semua itu?Islam itu indah,jangan rosakkan dengan perbuatan kita sendiri..Memang cantik ke buat aksi macam tu?jangan dilupakan bahawa fitnah tersebar adalah fitnah wanita..


 Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah sendiri menerapkan dalam diri kita supaya mempunyai sifat malu kerana malu itu sebahagian daripada iman.Tidak malukah kita?Apa lagi alasan yang kita nak bagi?Belum diberi hidayah oleh ALLAH SWT?Hidayah perlu dicari bukan dinanti!


Renung kembali sepanjang Ramadhan ini,apakah sempurna aurat kita ditutup?Benarkah dia ditutup atau dibalut?Solat adakah kita lakukan?Utamakan yang wajib sahabatku..Puasa tapi kalau tak tutup aurat pun tak de makna..Jangan kita seksa pandangan lelaki yang meratah ke tubuh kita..Jangan disebabkan kita,puasa mereka menjadi sia-sia..

Persoalannya,Perempuan Kini Tidak Tahu Malukah?Niera juga perempuan,tapi jika dengan berlembut tidak jalan juga,terpaksalah bertegas..Bukan Niera nak mengaibkan sesiapa tapi inilah realiti sekarang..Turunlah ke KL,mcm-mcm kita boleh nampak..Baju ketat,tudung jarang,seluar sendat,itu dah biasa..tapi biasakah itu di pandangan pencipta kita..Bayangkan jika Rasullullah ada bersama kita..ALLAH..

~renungan juga untuk diri ini yang hina lagi kerdil~

Sunday 29 July 2012

Kenakalan di Bulan Puasa Masa Kecik-Kecik

Semua pasti ada kenalakan tersendiri kan?Kalau Niera,Niera suka teringat kenangan nakal bila bulan puasa masa sekolah rendah..Dalam darjah 1 atau 2 mcm tu la..Bila pergi sekolah,mesti pergi bilik air lama sebab nak minum air paip..Bila time berbuka,tak lalu nak makan sebab perut terisi dengan air paip..Sungguh tak malu..hehe..Bila time sabtu ahad,kadang-kadang tu curi-curi jugak minum air paip time dalam bilik air..Bila dah time raya,konon puasa penuh je muka..Buat muka suci tak bersalah..ehh,tapi start darjah 3,dah puasa penuh tau!Tapi sebenarnya bila puasa ni tak best la kalau berbuka tapi sebenarnya tak puasa..

 jangan tergoda dengan gambar diatas!

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah"

Kini dah nak jadi isteri orang pun dah,mestilah tak buat kan?Dah besar-besar ni kalau tak puasa jugak,memang tak malu la tu kan?Puasa ni banyak hikmahnya..Kita dapat rasa apa yang orang susah dari kita yang tak dapat makan dan sebagainya..Puasa kali ni puasa yang terakhir la bagi niera sebagai "cik"..tahun depan dah jadi "puan" ..Ehh,lagi dua bulan la nak pegang title tu :)
salam ramadhan semua .. Jom kongsikan pengalaman nakal korang pulak ^_^

pssttt,ada orang buat post tentang niera dah nak kawen!terharuuu siyesslyy!

Si Tua Kaki Dangdut Tak Hirau Ramadhan

KUALA LUMPUR: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda.


Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa.

Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa ‘tidur’ jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.

baca lagi >> DISINI
 

Saturday 28 July 2012

Jodoh Bukan Di Tangan Kita

JODOH tu rahsia ALLAH..
ツ SEKUAT mana kita setia
ツ SEHEBAT mana kita merancang
ツ SELAMA mana kita menunggu
ツ SEKERAS mana kita bersabar
ツ SEJUJUR mana kita menerima
ツ Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. InsyaAllah :)


Lelaki yang baik akan melepaskan insan yang dia sayang jika insan itu bertemu jodohnya dengan yang lain kerana cukuplah insan  itu mendapat yang terbaik.. mengapa tak nak percaya dengan janji allah?allah pasti memberikan kita yang lebih baik..cubalah untuk berkorban kerana cinta itu tidak menjanjikan bersama..Allah lebih tahu yang terbaik buat kita..cinta kerana allah,kita akan redha tapi jika cinta kerana nafsu,kita akan buat apa sahaja untuk memilikinya..ALLAH...ketahuilah wahai insan bergelar lelaki,Allah itu maha tahu dan janji allah itu pasti..Kita ada agama,jangan disebabkan cinta,kita ketepikan agama..Allah itu ada untuk kita..malah sentiasa ADA :)

~semoga diriku sentiasa berada dalam redhaMU~


Terima Kasih Atas Doa Kalian


Waaaa..terharunyaa :'( rasa nak nangis guling-guling baca komen korang kat entry ni dan cbox niera yang bersungguh-sungguh doakan kebahagiaan untuk niera dan bakal suami..Lagi 2 bulan dan waktu yang singkat tu nak siapkan semua urusan untuk nikah..semoga dipermudahkan urusan kami olehNYA ♥
semoga kami sentiasa berada dalam rahmatNYA  dan redhaNYA..tarikh sebenar?biarlah rahsia lagi..cukuplah hint niera bagi tahu bulan 9 tahun 2012 :)
siapa yang dah kawen tu,meh la kongsi tips atau petua dikotak komen niera ni ea ♥

sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"(riwayat Al-Bukhari)

Friday 27 July 2012

Langkah Pertama Bermula

  ..Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara..tidak mengunkap janji, tidak bermadah cinta..cukuplah kata mengingati ALLAH, cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman..hati kita ALLAH yang punya, hati kita ALLAH yang jaga..berdoalah, kerana itu senjata kita..andai takdir hidup bersama, pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya.. Aku redha..

Alhamdulillah,terima kasih buat insan2 yg sudi komen di [entry ini] .. atas doa2 kalian,alhamdulillah kini segalanya sudah terjawab..bila tarikh kami nikah?biarlah rahsia dulu :) insyaALLAH tahun ni..buat pengetahuan korang,ini first time niera jumpa dia..keluarganya dah lama..sebab dia pun student lagi..jauhhh..kami insyaALLAH bercinta lepas nikah..dalam masa terdekat ni,niera kena isi borang,cek itu ini dan tak dilupakan kursus kahwin laa..umur muda ni bukan halangan sebab kalau nak berkat hidup,kena la buat apa yang ALLAH suka bukan ALLAH murka..jangan bercinta sebelum nikah apatah lagi couple..kira sama la tu kan :) ♥


♥ TIDAK SEMESTINYA mereka yang sudah berpunya sebelum berkahwin itu, mereka cantik atau kacak. Usah risau atau gundah gulana tatkala orang lain sudah pun berpunya sedangkan kita masih solo tapi sebaliknyaa kita kena bersyukur bahawa ALLAH itu sedang pelihara kita dari maksiat..Senyumlah kerana ALLAH memelihara kamu..Janji allah itu pasti,jika ada jodoh,tetap kita akan jumpa pasangan kita..sehebat mana pun kita rancang,jgn lupa bahawa ALLAH sebaik-baik perancang :)


"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)


Walaupun niera tak kenal siapa dia,tak kenal lama mana,bagi niera..niera yakin dengan pilihan keluarga niera..pilihan mak ayah pasti terbaik buat kita..walaupun umur kami muda tapi itu bukan alasan untuk kami tidak serius dalam perhubungan..biarlah kami masih belajar namun masing2 terpelihara..lepas nikah,kami terpisah jauh..Allah pasti bantu untuk kami jadi kuat :)

 Ya Allah, aku POHONKAN kepadaMu KEBAHAGIAAN di dunia dan di akhirat, serta PEMBEBASAN dari AZAB API NERAKA..jua aku pohonkan kepadaMu ya Allah, KASIHANILAH KEDUA IBU BAPAKU sebagaimana mereka telah mengasihani dan menyayangiku sewaktu aku kecil, Aamiin...

sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: "Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)


status bakal bertukar..beberapa bulan je lagi nak jadi bujang..hehe :) doakan kami ..

Debaran Kian Terasa


ALLAH..
InsyaALLAH,pagi ni niera akan ditemukan..makin berdebar rasa..adakah ini permulaan cerita?saat aku ditemukan dengan si dia..berkati kami dan satukanlah hati kami keranaMU ya Allah..semua yang terjadi nanti pasti ada hikmahMU..

takutttt...semoga semuanya mudah nanti :) amin..doakan niera tau tau semoga ada jodoh dengan dia ^_^
tak pernah jumpa dan ini kali pertama! :) semoga pagi jumaat ini membawa berkat buat kami.. apa la akan jadi nanti? niera akan update! :) wassalam ..

dup dap dup dap...

Thursday 26 July 2012

Bila Dah Umur 20 Tahun Baru Merasa Ada Astro Kat Rumah

Assalamualaikum semua :D
Macam mana berbuka tadi?Alhamdulillah,ingat taw,bersederhanalah dalam berbuka..Nanti tak larat pulak nak terawih kan.. :)


Dengan lafaz bismillah,niera rasmikan yang niera baru ada astro kat rumah..Ohh,niera tahu semua dah ada kan?Niera je ketinggalan zaman ... Hahaha.. Dulu time sekolah rendah,teringin giler kot nak ada astro ni..tapi dulu kan mahal sikit dari sekarang..sekarang dah murah..betullah kata mak ayah,kalau ada astro tak belajarlah jawabnya..umur 20 ni pun jadi jakun jugak nak berebut dgn adik tgk cerita..hehe..tapi niera akui la,tak de nafsu sgt nak tgk tv dah sebab dah ada yang lagi best..apa lagi yang best selain dunia blogging! :)

Blog Aisyah Humaira' Kini Bertukar Kepada DotCom

Alhamdulillah..Walaupun entry ni sepatutnya entry basi tapi niera tetap nak update..paling terharu bila ada 3 blogger yang perasan akan hal ini..Niera dan ada domain sendiri pada 22 Julai 2012..
Daripada http://aisyahhumaira99.blogspot.com kini bertukar kepada http://www.aisyahhumaira.com :)
Terima kasih buat blogger meletopp, AmerCorner yang sudi layan kerenah niera nie..niera memang lemah bab2 ni..masa menang mula2 tu,niera blurr je nak buat apa..haha..nasib baik amer ni sabar je..niera menang dalam ENTRY NI alhamdulillah :) dapatlah domain ni for 1 year :) Kenapa niera buang nombor 99 tu?sebab niera teringat kata-kata amer yang dia ingatkan mula2 blog niera tu blog budak2 sebab link tu mcm budak2..haha..so sekarang dah hilang la 99 tu..owner blog ni pun bakal hilang gelaran bujang tak lama lagi..doakan niera tau tau :D

siapakah 3 blogger yang caring betul dengan blog comot niera ni?2 orang daripadanya mention dalam cbox niera..wah! tak tahu betapa terharuuunya time tu ^_^ pastu hari ni ada yang mesej pulak di facebook tanya juga..sorry,niera malas nak print screen semua tu .. hehe :) mereka adalah ..
jom lah kita jalan-jalan,ehh jangan lupa undi dgn klik gambar niera di sini tau tau :) terima kasih sebab selalu sokong niera :)

Wednesday 25 July 2012

Lipas pun Ada Cerita Ke?


1-Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
2-Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
4-Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8-Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
10-Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho

11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya
14-Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
15-Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
18-Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
19-Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

share from here :)

Blog Unik Dari Blogger Hebat !

Assalamualaikum semua..Niera jumpa blog unik karya seorang blogger hebat !! 
She is :
Graduated from Universiti Sains Malaysia
Majoring in Human Resource
Minoring in Psychology
(hebatkan?) 


firstly,alkisah macam mana niera boleh jumpa blog dia ni adalah sebab dia dtg singgah blog niera yang comot ni.then excited la nak tgk siapakan yg dtg..hehe..blog dia superb best,superb awesome,dan superbbbbb macam-macam lah ! buat pengetahuan korang,niera dah like fanpage dia dan jadi follower dia yang ke 1475 :) jom terjah blog dia,gerenti korang suka !

tekan [SINI]

wordless wednesday #39

Monday 23 July 2012

Jarak Bukan Halangan untuk Bercinta

MENYAYANGI itu tidak semestinya perlu berada dalam JARAK yang DEKAT.. BELAJAR menyayangi seperti MENTARI dan REMBULAN, MENYAYANGI BUMI dengan JARAKNYA tersendiri..

♥JARAK itu BUKAN ALASAN untuk TIDAK BERKASIH SAYANG, adalah LEBIH BAIK kita MENDEKATKAN DIRI dengan Allah, Hanya ALLAH yang mampu MERAPATKAN KASIH SAYANG sesama MANUSIA..♥

JARAK yang JAUH adalah itu UJIAN CINTA, manakala JARAK yang DEKAT itu adalah UJIAN IMAN..
CINTA itu banyak kategori tapi letaklah ALLAH itu CINTA TERAGUNG DALAM HATI KITA

Pesanan Ramadhan #2

Rezeki Topup RM5 Dihari Ketiga Ramadhan

Alhamdulillah,setelah Niera join giveaway dari blogger serba boleh, Dini Hsn, alhamdulilah,berpeluang lagi menang sebagai top referral..Habuannya? 
Topup rm5 :) 


Alhamdulillah,jimat duit nak beli topup kan.. Dini, akak dah terima topup dari awak..terima kasih :')  tahniah juga kepada pemenang yang lain dan anda diminta [tekan sini] untuk lihat siapakah yang menang :)

Sunday 22 July 2012

Pesanan Ramadhan #1

Saturday 21 July 2012

Puasa Hanya Pada Nama?

BERPUASA tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat tiang agama. Ada juga kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.
 
Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.


Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.”

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.

Friday 20 July 2012

Pelajar 14 Tahun Dirogol Setelah Dipaksa Teguk Arak

KANGAR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol jirannya, seorang pelajar tingkatan empat, di sini, awal bulan lalu.

Sebelum kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu, mangsa yang berjiran dengan suspek berusia 16 tahun di Flet Seri Sena, di sini, dibawa bersiar-siar ke satu lokasi rahsia pada petang 4 Julai lalu, sebelum gadis terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, dirogol.

Selepas dipaksa, mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan arahan suspek kerana diugut untuk dicederakan, sebelum dirogol remaja lelaki itu ketika berada dalam keadaan khayal.

Baca seterusnya di --->  http://www.harian-metro-online.com/jiran-paksa-teguk-arak-sebelum-noda


P/S:
Adik-adik jangan mudah bersosial tanpa ada batasan..Kawal adik-adik atau anak-anak kita daripada bergaul atau terpengaruh dengan dunia luar..

Thursday 19 July 2012

Checklist Azam Ramadhan Kita


Apakah azam Ramadhan saudara dan saudari ???
Jadikan list dibawah antara azam anda dibulan bahagia penuh barakah ini !

Terawih setiap malam
  Baca al-Quran 30 juzuk
Sedekah setiap minggu
  Qiamullail
  Iktikaf 10 hari akhir Ramadhan
  Fahami tafsir dan hadis.
Jauhi berkata-kata kosong

Pastikan Ramadhan kali ini yang terbaik. insya-Allah 'taqwa' dikecapi apabila Ramadhan berakhir.


 perlukan bantuan anda !!!
jom ramai2 klik "LIKE" header niera..boleh kan? klik sini :)

Ayuh Lakukan Perubahan di Bulan Ramadhan


| Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar..|

Moga Ramadhan yang bakal tiba ini ruang untukku lakukan perubahan..Amin.

 perlukan bantuan anda !!!
jom ramai2 klik "LIKE" header niera..boleh kan? klik sini :)

Wednesday 18 July 2012

Banyaknya Ganjaran di Bulan Ramadhan !

Alhamdulillah,lagi beberapa hari je lagi kita semua akan menempuh bulan barakah,bulan ramadhan..semua pasti tak sabar kan? Seperti yang sedia maklum,niera ada buat segmen bloglist ramadhan bersama aisyah humaira' yang telah pun berakhir semalam..seramai 60 orang telah join dan sudi berkongsi sikit mengenai kelebihan ramadhan dan entry kali ni , niera cuba tambah sikit sebab kebetulan niera jumpa gambar diatas dari facebook..hehe :)
selamat membaca semua dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya :D

jom ramai2 klik "LIKE" header niera..boleh kan? klik sini :)

Tuesday 17 July 2012

wordless wednesday #38

tolong niera klik LIKE jika anda rasa tagline niera terbaik !
"mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

pssstt,niera masuk contest hazwan hairy 
jadi niera perlukan anda 
untuk like gambar tu di fb milik hazwan hairy..
boleh kan? klik sini :)
nak join jugak?klik sini pulak :)

Monday 16 July 2012

wordless wednesday #37




hadiah bermakna dari ayuz !

Kita Muslim Hebat Andai...

jom amalkan jika kita benar2 mahu jadi muslim terhebat !

share

Tahniah Ayuz !


Siapakah Ayuz?Junior Niera dari Sekolah dulu laa dan kini merupakan seorang blogger muslimah yang semakin hebat ! Actually post kali ini khas untuk beliau kerana berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ! Ehh,kita sama u la nanti.. Tapi insyaALLAH,Niera tetap akan doakan semoga ayuz terpilih ke Al-Azhar Mesir.. Niera baca dari entry ini dan teruja bila dapat tahu walaupun nanti kita tak sama kos..Kalau ayuz masuk USIM,boleh jadi junior Niera lagi..hik3..

psssttt,jom like header niera disini jika anda rasa header niera terbaik !

Sunday 15 July 2012

"Warning-up" Ramadhan


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

jom join segmen bloglist ramadhan bersama Aisyah Humaira' untuk tahu lebih banyak kelebihan ramadhan ! Eh,sebelum tu,join sebelum 17 julai 2012 tau !



Saturday 14 July 2012

Calon Awek vs Calon Isteri

“ Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH / SOLEHAH’ tapi sayang, niat bukan kerana ALLAH, tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH / SOLEHAH’. Rugilah kita...

kerana dunia, kita berubah,
kerana dunia, kita usaha,
kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala.

Alangkah ruginya kerana kita tidak usaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH. Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan.
Rugi, serugi, ruginya..!!”

*InsyaAllah, betulkan niat hanya kerana ALLAH :)
share from facebook untuk kebaikan bersama :) jom share ! 
iklan penting !
header anda comel?
nak menang hadiah hampir rm220?
syarat mudah!

Friday 13 July 2012

Kedudukan Kita Nanti di Dalam Kubur

sedarkah kita?kematian itu makin menghampiri..adakah cukup amalan kita untuk menghadapNYA?terlampau sikit amalan kita sebenarnya..sahabat,maafkan aku jika pernah melukaimu..Beginilah kedudukan kita nanti..Niera share dari faceebook untuk kebaikan bersama :)
~salam muhasabah~

iklan penting !
header anda comel?
nak menang hadiah hampir rm220?
syarat mudah!
klik http://aisyahhumaira99.blogspot.com/2012/07/contest-mega-2012-hazwan-hairy.html

Bila Jumpa....


iklan penting !
header anda comel?
nak menang hadiah hampir rm220?
syarat mudah!

Thursday 12 July 2012

11 Tabiat Lelaki Malas

share dari facebook..
wahai lelaki,betul ke ni?

iklan penting !
header anda comel?
nak menang hadiah hampir rm220?
syarat mudah!

Blogger Kembar Menarik Perhatian !

Assalamualaikum.. 
Actually hari tu ada jalan-jalan ke blog orang lain la kan then terjumpa la 1 blog ni yang katanya dia ada kembar?what??kembar??oh no ! sangat jeles okayy ! Niera memang suka orang kembar then try la baca-baca post dia kan..Rupanya,kembar dia pun ada blog :) soooo swweeeett ! 

niera pun pening yang mana kakak yang mana adik..hik3

yang si kakak namanya > Ain Dania
yang si adik namanya > Ika Dania
comel nya nama !

Tak dapat kembar,tapi kalau dapat anak kembar pun jadilah..Hehehe :) salam perkenalan buat ain dan ika..sorry ambil gambar anda tanpa kebenaran..niera saja nak review korang..hik3 :) siapa lagi yang blogger kembar atau tahu mana2 blog yang ownernya kembar,sila infom di kotak komen niera..konfemm niera follow ! niera dah follow si kembar comel diatas,anda bila lagi?

iklan penting !
header anda comel?
nak menang hadiah hampir rm220?
syarat mudah!
klik http://aisyahhumaira99.blogspot.com/2012/07/contest-mega-2012-hazwan-hairy.html

Wednesday 11 July 2012

Secret Garden vs Flower Girls !

Assalamualaikum.
Pernah tengok cerita secret garden?Best kan?Yang orang jadi pengiring kat depan pengantin tu pulak comel je kan.Flower girls la katakan tapi kali ni niera bukan nak cerita mengenai Secret Garden apatah lagi Flower Girls tapi niera nak share sikit pasal petang hari ni yang kumpulan niera bergabung dengan kumpulan secret garden ! ELSP kali ini menerapkan unsur-unsur kehijauan dalam diri maknanya kita kena hargai alam sampai bila-bila..macam-macam nama la keluar,The amazon la,Green is my life, Beautiful Rainbow dan macam-macam lagi la then kami diberi tugasan supaya mencipta melody berdasarkan lirik yang disediakan..

inilah lirik yang kami kena buat melody then sing !

Dua kumpulan ni memang mengelak dari awal la sebab kami bukan jiwa seni..sampai sudah la tak tahu nak buat lagu apa..hehe..ada yang pergi tandas la semata-mata nak kurangkan ahli kumpulan supaya tak payah la presentation..amboi,ingat sampai situ je ke dah boleh berhasil?tup2,petang tu kena..ahh,sudah..semua tayang muka blurr..niera dah gelak-gelak dah..aduhh,malunya nak present tapi tak tahu nak nyanyi macam mana..haha..semua bedal je kat depan pentas tu,niera memang dah gelak2 dah sebab penonton semua pakat gelak tengok aksi kami..adoii..apa punya presentation ntah..sepatutnya kumpulan Secret Garden asing dengan kumpulan niera,Flower Girls tapi kami mintak gabung je la sebab dah tak cukup masa..Heheehe.. memang seriously banyak gelak..tambah mengantuk tu jgn ckp la.. :)

 
aksi atie dengan tim yang memerah idea cari melody

dah selesai menyanyi,kami diberi lagi tugasan baru :( buat benda yang boleh terhasil dari barang terbuang .. ahhhhhhhh ! niera tak kreatif ! tengok la update akan datang apa yang kumpulan Flower Firls buat ea :) okaylah,nak buat preparation untuk barangan terbuang tu pulak .. wassalam :)

eh,jangan lupa ! 
SAYANGILAH ALAM KITA YANG DIBERI ALLAH INI .. ALLAH SANGAT MENGHARGAI ALAM SEKITAR SEPERTI MANA YANG TELAH DISEBUTKAN DALAM ALQURAN MENGENAI FLORA MAHUPUN FAUNA..JOMMMM !!


Sampaikan Rinduku ke Bumi Sabah !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,kini pasti dirimu sudah tiba di Sabah.Ahh,yang pasti hati kini makin merindui.Bagaimana harus ku jalani hidup ini tanpa dirimu disisi. Dayang ! Rinduuu :)
Dayang dah balik Sabah,niera bila nak balik ni? :(
masih berhadapan dengan ELSP yang bakal berakhir esok dan kemudian terus ke ulu yam untuk kem pula..Ahh,hari ahad baru tiba dirumah dan pasti itu debaran terhebat ! Kenapa? Pasti niera kongsikan nanti :)

 dayang ! kamu comel !

bersama dayang sebelum berpisah sampai bulan 9 nanti :')

nampak tak keterujaan niera kat situ?

 Pesanan untuk dayang dari kami :
  • Dayang,kalau kawen jemput tau,insyaALLAH merasa jugak kitorang naik kapal terbang freeeee..
  • Kirim salam pada orang di Papar,Sabah
  • Jangan lupakan kami :')

Tuesday 10 July 2012

wordless wednesday #36

nak bilik pengantin macam ni boleh tak??heee~

Tips Kempiskan Perut yang Buncit !

Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
erkk,gambar sekadar hiasan..psssttt,knp mesti gmbr kawen? ;) hehe


Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

sumber