Monday 30 April 2012

Doakan yang terbaik buat saya dan bakal suami ^^

Bernikahlah,

Sudah diciptakan dua insan yang hidup di dunia
Takdir ALLAH yang menyatukan jodoh manusia
Mengingatkan hati yang hidup ini hanya sementara
Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata

Berbahagialah manusia
Kepada yang sudah menemukan fitrahnya
Bagi membentuk keluarga yang sakinah
Bernikahlah engkau segera
Apabila saatnya sudah tiba
Jangan jadikan alasan menunda


Bernikahlah mengurangi dosa dan maksiat
Bernikahlah menyatukan bahagia dan nikmat
Rezeki manusia ALLAH yang mengaturnya
Jangan takut apabila kau berniat mahu bernikah

Jangan takut apabila miskin harta
Apabila hanya belum bekerja
Attaupun takutnya berumah tangga
Kau jadikan alasan takut bernikah
Jalan hidup tergantung niatmu
Apabila kau yakin kau mampu
Ingatlah ALLAH sentiasa menyertaimu.

Bernikah,
adalah...
sunnah Rasulullah :)

(Syair Nasyid ar-Royyan)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Nikah adalah sebahagian daripada sunnahku.Siapa yang tidak suka kepada sunnahku,dia tidak termasuk dalam golonganku." (riwayat al-Bukhari)

p/s:
awak semua,
tolong doakan yang terbaik buat niera dan bakal suami niera ye..semoga dipermudahkan urusan kami ^^
kawan-kawan yang kenal niera,oppps!jangan tanya apa-apa..hanya doa dipinta :) Biarlah rahsia dulu ye siapa orangnya (^_^)

Sunday 29 April 2012

Panduan bersolek bagi perempuan

Berikut niera kongsikan panduan bersolek bagi seorang muslimah :

Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan

Bersolek bukan untuk tujuan menggoda,mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka ,kecuali untuk tatapan suami sendiri

Penggunaan pelembab bibir , losyen muka ,bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit dari kering, merekah dan lain-lain

Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tubuh semula jadi (iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindik di lidah,bibir dan sebagainya



Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan mahram

Tidak mengenakan solekan yang tebal dan melampau

Tidak mendedahkan aurat 

Tidak membazir dengan membeli barang solek yang terlalu mahal walaupun berkemampuan

Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah atau syariat (pakai susuk atau jampi serapah)

sumber : majalah solusi isu 43

Friday 27 April 2012

~Renungan Bersama~

Adab Menuntut Ilmu

 SUMBER 

suka tengok doodle-doodle dalam blog beliau !
sangat-sangat comel :)
follow beliau okay !
klik sumber kat atas tu ye :)

Thursday 26 April 2012

Leadership vs Management

Leadership : A process whereby an individual influences a group of individuals to achieve a common goals.
Management : The act of getting people together to accomplish desired goals and objectives using available resources efficiently and effectively.

"Management is doing things right, Leadership is doing the right things"  
(Warren Bennis and Peter Drucker)

 


Wednesday 25 April 2012

assignment makin bertimbun


alhamdulillah,dah masuk minggu ke 9 dalam sem 2 ni..makin dekat menghampiri final exam,makin banyaklah assignment yang datang berlumba-lumba..kaki dah lebih kerap ke library mencari rujukan sana sini..kepala dah mula berdenyut-denyut..dah mula tidur paling lambat dalam bilik demi cuba menyiapkan assignment dalam tempoh masa yang ditetapkan..ahh,sangat sibuk ! maaf kalau niera tak dapat blogwalking dalam masa sebulan yang kritikal ni..sama-sama doakan niera berjaya masuk dean list sem ni..amin :) tahniah buat adik-adik yang berjaya masuk universiti pada bulan-bulan akan datang..jangan takut apa-apa..sesungguhnya berada di dunia universiti sangat seronok! :)

nak sambung baca nota untuk quiz esok!
doakan niera :)
salam sayang,niera

Sunday 22 April 2012

Jadikan Rasulullah SAW Role Model Kita



let try our bestEST to follow our beloved prophet's sunnah!!


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 




Friday 20 April 2012

Review Follower ke 2012 !



about her :
alynn nyzaa
20 years old
4 july 1992
UNIMAS's student

wish for her :
thanks follow my blog
keep blogging !
nice to know you ;)
all the best for your exam !

for all bloggers
follow her nice blog :)
just click here >> follower2012

entry lain (cepat terjah) :
segmen : saya bangga menjadi blogger
turn to allah before return to allah
berwaspada sebelum terlambat
mutiara nasihat al-Habib umar
budak kecik pun tahu tutup aurat

Turn to Allah Before Return to Allah



berwaspada sebelum terlambat!


Mutiara Nasihat al Habib Umar

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah. 

Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah nescaya akan semakin takut.

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.


Kedekatan seseorang dengan para Nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada 'ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.

Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.

Penyatuan seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)


Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.






Beliau r.a. berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi da'ei dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasihNya.

Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq.

Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

Tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

( Disusun oleh : Ust Ja’far Sodiq al-Munawwar )