Sunday 29 April 2012

Panduan bersolek bagi perempuan

Berikut niera kongsikan panduan bersolek bagi seorang muslimah :

Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan

Bersolek bukan untuk tujuan menggoda,mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka ,kecuali untuk tatapan suami sendiri

Penggunaan pelembab bibir , losyen muka ,bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit dari kering, merekah dan lain-lain

Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tubuh semula jadi (iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindik di lidah,bibir dan sebagainya



Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan mahram

Tidak mengenakan solekan yang tebal dan melampau

Tidak mendedahkan aurat 

Tidak membazir dengan membeli barang solek yang terlalu mahal walaupun berkemampuan

Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah atau syariat (pakai susuk atau jampi serapah)

sumber : majalah solusi isu 43

2 000 Budak Comel:

AinaFrhin AinaFrhin said...

wahhh..like this entryy :)

Noor Maizan Noor Maizan said...

wah harap lepas nie dapat berhias diri cara yg diredhai.

Awak , saya datang nak jemput awak , kalau sudi , joinlah bloglist mai , jom laa awak .Mai baru first time buat ,harap dapat sokongan :)