Tuesday 10 April 2012

aku,dia dan kamu sebagai sahabat?


Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi niera,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita..Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut niera senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat ;

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.
 (Hadis riwayat al-Hakim)


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 
(Hadis riwayat Muslim)

Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” 
(Hadis riwayat Muslim)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.


Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” 
(Hadis riwayat Abu Daud).
 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.
 

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati.Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat >> Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

 

sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat 

ikhlas bersahabat kerana ALLAH

redha menerima kekurangan sahabat kita

tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi

sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah

sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri

sanggup berkorban demi kebaikan sahabat

bertolak ansur dalam sesuatu perkara

berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya


bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu..bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham,kita lah yang harus bijak menangani masalah itu..jangan sampai terputus silaturrahim ini..sahabat,maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu..memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?


boleh kita kenal?
awak kenal saya?
kalau kenal,niera nak minta maaf 
andai pernah lukakan hati awak.
maafkan niera juga ye :)
salam ukhuwah ♥♥


9 000 Budak Comel:

ezyra taharin ezyra taharin said...

ske entry nie :)

Nour Adieb Nour Adieb said...

Jagalah hati sahabat agar hubungan persahabatan kekal :D

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

Hidup ni klu tnpa shabat memng x ceria dan xbesh.. Namun berkawan bia btl dan cri kawan yg blh bwa kita ke syurga.. Amin

Unknown Unknown said...

sahabat mencerminkan peribadi sahabatnya yg lain..^^

Nora Karim Nora Karim said...

Nice entry... Jadilah sahabat yg baik, agar kita juga mendapat manfaat darinya...

Fadzmie Fadzmie said...

Semoga kita dikurniakan sahabat sebegini, dan saling menjaga antara satu sama lain. ;)

Shiema Sufian Shiema Sufian said...

sahabat ialah org yg mencerminkan sahabatnya, so jadilah sahabat yang baik (:

[wani_mn] [wani_mn] said...

org kata 10% dari sikap adalah dari sahabat kita sendiri. :)

insan_marhaen insan_marhaen said...

Indahnya ukhwah jika kerana Allah...