Friday 30 November 2012

MENDIDIK tidak sama dengan MENGAJAR

MENDIDIK tidak sama dengan MENGAJAR atau BERSYARAH dalam kelas atau bilik kuliah yang hanya memindahkan maklumat daripada mereka kepada pelajar kemudian dimuntahkan dalam peperiksaan konvensional. 


MENDIDIK lebih luas pengertiannya, merentasi sempadan masa, jawatan, gred dan sistem yang ada. Ia bukan sahaja memindahkan maklumat, bahkan turut memastikan maklumat itu difahami, dihayati, diamal sehi
ngga mengubah seseorang itu menjadi manusia yang hebat dengan IMAN dan TAKWA. 
 


MENDIDIK perlu adanya pantauan, wujudnya ikatan hati yang utuh antara pendidik dan orang yang didik sehingga akhir hayat. Itulah TARBIAH (DIDIKAN) Nabi SAW.

DIDIKAN Baginda telah melahirkan manusia yang hebat. Selepas Baginda wafat pun, usaha itu tidak terhenti, bahkan jasanya dalam mendidik manusia terus tersemat kuat dalam hati UMMATNYA.

MULIANYA pengorbanan Nabi untuk kita. Allahuakbar!

Thursday 29 November 2012

7 Keistimewaan Mati Syahid

 
Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Bagi orang yang mati syahid ada 7 keistimewaan iaitu:

1-diampunkan dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar.

2-melihat tempatnya di dalam syurga

3-dilindungi dari azab kubur

4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar

5-merasakan kemanisan iman,

6-dikahwinkan dengan bidadari,

7-dan diperkenankan utk memberi syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Tuesday 27 November 2012

Jodoh Pilihan Sendiri VS Jodoh Pilihan Ibu Ayah


Entry kahwin lagi dan lagi. Tak boring ke? Jawapan Niera tak boring ! Sebab Niera nak berkempen "SAY NO TO COUPLE!" selagi boleh ! heee. Sebab sekarang remaja makin liar, makin ligat, makin melampau! Ya, mungkin sekitar persekitaran kita, kita tak nampak tapi persekitaran luar? Sebab tu Niera sokong orang yang kahwin awal ni. Oppss ! Bukan sebab niera dah kahwin tapi sebab ini pendapat niera sendiri. Memang ya, umur macam niera ni selayaknya hanya fokus pada pelajaran. Tapi jika anak kita sudah pun "lain macam", apa salahnya bagi kahwin? Nak bagi makan apa? Pasir? Batu? Itu semua akan niera share di entry yang lain. Kali ni, dilema calon pilihan sendiri atau pilihan mak ayah yang menjadi terbaik buat kita. Kadang-kadang kita rasa pilihan sendiri tu lebih baik tapi mak ayah juga merasakan pilihan mereka adalah terbaik ! So, macam mana ni?

Kelebihan Pilihan Sendiri
  1. Dah kenal antara satu sama lain.
  2. Dah tahu kelebihan dan kelemahan si dia

Kelebihan Pilihan Ibu Ayah
  1. Restu keluarga terjamin
  2. Makin merapatkan dua buah family yang dah pun saling kenal
  3. Hubungan mesra sesama besan
  4. Family biasanya tahu yang terbaik buat kita dan pasti calon itu terbaik
  5. Kalau kita ada masalah, kedua-dua belah keluarga akan saling membantu menjernihkan keadaan.

Tapi ini pandangan niera. Ikut yang terbaik bagi korang. Kalau mak ayah pilih pun tapi tak serasi jiwa dengan si dia tak guna juga kita setuju. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan sendiri pun kadan-kadang tak berapa betul sangat sebab betul ke kita dah kenal hati budi si dia. Bila dah kahwin sebenarnya yang akan tunjukkan diri kita sebenar. Kat situ lah tahu yang dia ni tidur berdengkur ke tidak, pembersih ke tidak dan so on. Masing-masing bebas membuat pilihan. Istikharah mohon petunjuk ALLAH. Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Jodoh akan tetap jadi rahsia ALLAH selagi belum terlafaznya kalimah sakinah tersebut.

Kenapa Niera pilih untuk berkahwin awal dengan pilihan keluarga Niera ini?

Jawapan Niera hanya ini :
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Monday 26 November 2012

Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [Part3]

Lelaki Yang Betul2 Serius Dengan Perempuan, 
Dia Takkan Ajak Bercouple Atau SMS Kata2 Cinta, 
Tapi, 
Dia Meminang Wanita Itu Dan Terus Bernikah. :) 
Wanita, 
Jangan Mudah Tertipu !

----------------------------------------------------------------------------------

Berita mengenai rombongan merisik bakal kunjung tiba dan saat itulah aku tahu bahawa buat pertama kalinya aku akan berhadapan dengan seorang lelaki yang ketika itu mungkin menjadi suamiku. Debaran mula terasa. Sebenarnya dari mula datang merisik Niera ada ceritakan dalam blog ini cuma antara sedar mahupun tak je. Siapa yang pembaca setia pasti tahu. Langkah pertama bermula dimana setelah berbincang kedua-dua belah pihak, alhamdulillah kami setuju dinikahkan. Kami redha dengan segala kekurangan. Biarlah perkenalan lebih lanjut setelah nikah. Sebenarnya sebelum kami ditemukan, Niera dan dia istikharah sebaik mungkin kerana ini adalah masa depan kami berdua juga dan lagi beberapa jam sebelum mereka sekeluarga tiba untuk merisik Niera, Niera berdoa dan berkata dengan diri Niera sendiri, jika dia datang dan mengatakan untuk nikah walaupun belum kenal, Niera akan terima. Jika dia mengatakan berkawan dulu atau bertunang, Niera akan tolak. Kerana apa? Kerana jika dia lelaki yang baik, dia takkan mahu melambatkan perkahwinan. Dan Niera akan anggap tiada jodoh antara kami. Ini memang perancangan keluarga kami tapi Niera masih mempunyai hak untuk memilih. Masa nak tahu keputusan dia tu rasa macam berdebar jugak lah sebab Niera dah ada azam Niera sendiri. Sama ada terima atau tolak. Dah stand by jawapan tolak kalau dia ckp selain NIKAH. Heee. Maklumlah umur kan masih muda. Belajar pun tak habis lagi. :)

Bapa Mertua : Safwan, hang punya keputusan apa?
Safwan : InsyaAllah, nikah.
Bapa Mertua : Pendapat Munirah?
Niera : (Dah tak tahu nak jawab,angguk je la. hee)
Bapa Mertua : Alhamdulillah.

Ayah dengan ayah mertua pun ligat la pilih tarikh untuk kami. Alhamdulillah, sinar bahagia menyelubungi dua insan yang bersahabat baik ini, ayah kami. Haaa, bila dia dah bagi tahu keputusan dia adalah NIKAH, apa lagi? Niera pun terus sujud syukur, alhamdulillah. tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana. Allah permudahkan segala urusan kami. Di hari jumaat, 27 Julai 2012 di bulan ramadhan yang penuh berkah, aku di temukan dengan jodohku yang kini amat aku cintai. Niera takkan boleh hilang insan seistimewa suami Niera. Niera akui Niera teramat bahagia bersama dia. Dia sumber kekuatan Niera. Dia imam, Niera makmum. Niera merajuk, dia tukang pujuk. Niera sedih, ada dia sebagai penenang. Dia segalanya! Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian :)


Wanita jangan mudah tertipu. Lelaki mudah bermain kata-kata. Jangan jadikan diri kita hamba mainan mereka. Jangan mudah diperdaya ! Utamakan apa yang utama. Please, Niera menyeru, say NO to couple! Buat habis duit, habis air mata, habis masa je semua tu. Niera ceritakan semua ini supaya ianya menjadi iktibar untuk semua. Boleh nak sweet-sweet, pegang-pegang tangan, bergambar berdua, tapi semua tu lepas nikah la. Tak de sape nak marah. Kan best bila kita sweet-sweet, manja-manja dengan yang halal buat kita. :)

p/s: Semua tulisan warna pink yang kat atas dan bawah ni adalah link yang ada cerita tersendiri.Jemput terjah. hee :)
Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [Part1]
Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [Part2]
Sekitar Majlis Perkahwinan [Entry Bergambar]

Assalamualaikum.
Pray4Gaza!


Review Blog / Header Baru

Alhamdulillah. Perasan tak header baru Niera kali ni? Comel tak? Comel tak? Heee. Jangan lah cemburu taw taw. Header comel tu terang-terang la bukan Niera yang tangan unik ni nak buat kan. Ada blogger yang buatkan. Murah je harganya. Terima kasih taw adik :) Nak tahu siapa dia? Blog dia simple je tapi lawwoo kot. Tapi dia juga ambil tempahan edit blog. Follow jomm adik comel kita ni. Pelik betul adik kita sorang ni sebabnya dia takut sangat nak tolong Niera buat header. Tak tahu apa yang ditakutnya. Tapi yang penting dia kata Niera and suami sweet ! Wah, berbunga-bunga rasa hati bila ada orang cakap macam tu. Ehh, tapi Niera tahu bukan adik ni sorang je ckp, ramai yang cakap. Heee, perasan kejapp :P

Apa pendapat kalian tentang header baru ni?Komen pleasee~

Actually Niera terkejut sangat tengok header tu sebab ada teddy bear tu. Apa kaitan? Sebab suami Niera ada bagi teddy bear yang Niera namakan dia Cik Bear sebagai peneman Niera di asrama.

Suami : Kalau rindu abang, peluklah Cik Bear.
Niera : Kalau marah kat abang, nanti sayang tumbuk-tumbuk Cik Bear taw !
Suami : Ala, janganlah marah dekat abang :(
Niera : Tak de lah. Mana boleh marah dengan orang yang kita cinta ni :)

So, bila tengok header ni, macam ada kaitan je tentang kami. Suami, isteri, dan juga Cik Bear. Terima kasih adik sebab buat header yang lawa + sweet ni untuk blog Aisyah Humaira' ni. Kini tagline blog sudah bertukar. Maklumlah status pun dah bertukar ! :)

---------------------------------------------------------------------------------

Jom kita lihat siapa punya blog yang buat header Niera super sweet ni !



Calon Suami yang Baik

Alhamdulillah, sejak menjadi isteri, kehidupan ini makin tenang rasanya. Tiada lagi masalah hati atau sebagainya. Hati? Amat susah dijaga andai tidak dibasahkan. Hati yang kering memang mudah ditawan musuh kita. Mula lah rasa nak ada pakwe makwe la, nak dapat sms cintan la. Ya, itu fitrah. Tak dinafikan. Tapi adik-adik harus bijak menanganinya. Ingat ! Utamakan apa yang lebih utama. Tak salah kahwin muda andai sebelumnya kita sudah siapkan fizikal dan mental kita untuk berdepan dengan situasi apa sahaja yang akan kita tempuh bila dah kahwin ni. Errr, matang pulak rasanya. Faham ke bebel banyak-banyak ni? =,='

Niera bukanlah orang yang hebat dalam menyusun kata, atau bermadah pujangga tapi Niera cuba kongsikan kali ini 10 sifat calon suami yang baik. Kepada calon suami, tak lupa juga calon isteri, semuanya menginginkan kehidupan rumah tangga yang bahagia bukan?

Suamiku yang comel bersama anak buah kami, Dhia :)

10 sifat calon suami yang baik:

#Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

#Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

#Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

#Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

#Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

#Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

#Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

#Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

#Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

#Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

 [Share]

Saturday 24 November 2012

Tahniah Buat Rakan Seusia Yang Telah bergelar Mama

Seusia 20 Tahun, ramai remaja yang masih 'enjoy' bersama teman-teman tapi buat diriku dan yang lain yang sudah pun bergelar isteri tidak lagi begitu. Dalam minggu ni, Niera dapat tahu banyak berita terkini tentang kawan-kawan yang seusia dengan Niera. Ada yang dah bertunang dan nak kahwin bulan 12 ni, Ada yang dah nikah, Ada yang putus cinta, Ada yang mengandung, dan ada juga yang telah bergelar MAMA ! Bestnyaaaa :D
Nak jugak ! Nak jugak ! Heehee. Niera bila lagi nak jadi mama? In shaa ALLAH, lambat lagi. Kami merancang Allah menentukan. Lagipun kami masih lagi belajar. Sabak nohh. :)

AFAZRIN EKLIMA
Ini sahabat niera semasa kami sekolah rendah lagi. Dah lama sangat tak jumpa dia. Nak dekat 8 tahun jugak la. Bila dah jumpa kat facebook, tup2 tahu dia nak kahwin dah. Wah ! Excited je bila tengok member kahwin tapi Niera tak datang majlis dia. Sibuk sikit masa tu. Dan yang terbaru, dia upload gambar baby comel. Alhamdulillah dia baru je selamat melahirkan seorang putera sulung yang diberi nama Muhamad Asfan Arish pada 20/10/12 . Tahniah !


ROHANZAMZAFAMIZIN
Unik kan nama dia? Ini sahabat Niera dari sekolah menengah. Habis je SPM, Niera dah tak jumpa dia dah. Lebih kurang 3 tahun la. Dapat tahu perkembangan dia pun dari facebook jugak. Bila dia buat event jemput kami datang majlis kahwin dia, memang agak terkejut la sebab macam tiba2 je dia nak kahwin. hehe. Dalam diam-diam rupanya dia ni. Awal perkahwinan dia, alhamdulillah dia disahkan mengandung. Dan kini dia dah pun selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Mariam al Muqaddisah. Nama unik macam mama dia la kan? hihi.

Buat korang berdua, Niera doakan korang sentiasa sihat dan bahagia dengan suami dan baby ! :) Seronok tengok bila kawan-kawan bahagia. Alhamdulillah. Tak lupa juga buat blogger yang telah disahkan hamil yang juga seusia dengan Niera , IRINE NADIA dan juga DENA BAHRIN. Semoga korang boleh study dengan baik disamping boleh jaga baby dalam kandungan. Moga-moga baby pun boleh curi ilmu yang korang dengar dan belajar. :)

TAHNIAH !



Thursday 22 November 2012

Jom Puasa Sunat 9 dan 10 Muharam

Selamat berpuasa esok sahabat semua :-) 
Daripada Abu Qatadah al-Ansari Radhiallaahu `anhu,beliau berkata bahawa Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam telah ditanya tentang puasa 'Asyura` dan Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam menjawab :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Autor, 4/323]
Esok = 9 Muharam 1434h / 23 November 2012
Lusa = 10 Muharam 1434h / 24 November 2012
 

Tuesday 20 November 2012

Wordless Wednesday #47

Kepada yang berada di sekitar USM Pulau Pinang, dipersilakan hadir tanda sokongan anda kepada rakyat Gaza. Inilah masanya anda buktikan solidariti kita bersama mereka di sana.


Sekitar Majlis Perkahwinan Blogger Aisyah Humaira'

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah lebih kurang hampir 2 bulan bergelar isteri. Walaupun agak lambat, tapi Niera nak jugak letak gambar di hari bahagia kami. Ramai juga yang bertanya. Kini Niera tunaikan harapan kalian. Seperti ramai yang dah baca [PART 1] dan [PART 2] dan [PART 3] Niera adalah antara yang bercinta selepas nikah. Kami berkenalan dalam dunia kami yang halal. Alhamdulillah, sangat bahagia. Rindu pada yang halal. Kasih pada yang halal. Segalanya berpahala. In Shaa Allah. Lets the pictures talk !

Menunggu ketibaan putera hati 


 kini bergelar Mrs Safwan


 Debaran akad nikah


Ayah Niera sebagai jurunikah 


 Alhamdulillah. Syukur ya ALLAH kerana telah engkau berikan imam yang terbaik buatku :')


Semoga hubungan indah ini hingga ke syurgaMU


 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.



 Masa nak sarung cincin ni tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Yang penting bahagia. :)


 Semoga kasih kita sentiasa berpanjangan hingga ke syurga


Kini Niera dah ada dua orang ayah yang sporting! 


 Bersama sebahagian keluarga kami


 Bersama kawan-kawan USIM yang rapat. Terima kasih sebab kalian ada dari pagi hingga petang :')


 Hantaran dari pihak lelaki


Comel suami Niera :D


Dia antara sahabat. Sentiasa ada susah senang Niera. Terima kasih Fatimah :')


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


 3 sahabat baik yang kini bergelar besan. Alhamdulillah.

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)


 I love You!

Sayang akan sentiasa merindui Abang


Dia imam yang hebat. Dia insan terbaik. Dia suami romantik !


 Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".


Monday 19 November 2012

Palestin Kini Dalam Doa Kita

 
Isu Palestin:

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat kemanusiaan dalam hati.

Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?
 
Mereka Kejam. Mereka Zalim ! Jangan jadikan sifat itu juga ada dalam diri kita. Teruskan Berdoa untuk mereka. Allah pasti bersama kita :'(
 
 

Saturday 17 November 2012

JANGAN !

JANGAN !


  •   JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  •  JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

Monday 12 November 2012

Jika Kita Dekat Dengan ALLAH

"Jangan lupa baca Al-Quran walau sesibuk mana pun kamu..." - Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Yahya Othman.
 Selepas maghrib, seorang ayah dan anak lelakinya yang berumur 7 tahun duduk di tangga surau. Tiada ustaz yg mengajar pada malam itu. Surau pun sepi.

Anak: "Ayah, boleh tak nak tanya?"


Ayah: "Silakan..jangan tanya soalan English..ayah tak pandai..huhu"


Anak: "Soleh itu apa? Kenapa cikgu di sekolah kata, adik kena jadi lelaki soleh."


Ayah: "Allah dah jawab soalan ni dah lama dah."
Anak: "Wah! Apa jawapan Allah?"

Ayah: "Lelaki itu;


1. Beriman kepada Allah dan hari akhirat,


2. Menyuruh berbuat segala perkara yang baik,


3. Melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),


4. Mereka segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan.


Mereka yang demikian sifatnya, adalah dari orang-orang yang soleh. Surah ali-Imraan, juzuk ketiga ayat ke-114. Sodaqallahuladzim."


Anak: "Wah! ( mata bersinar-sinar dengan harapan dan azam )


Ayah cuma tersenyum melihat telatah anak kecilnya. Dalam hati kecilnya dipanjatkan doa moga-moga anak lelakinya menjadi anak yang soleh. Aamiiin Ya Rabbal 'Alamiiin.
 
 Jika Kita Dekat Dengan ALLAH,ALLAH Akan Dekat Dengan Kita ^_^
 

Sunday 11 November 2012

Pencarian Yang Sebenar-benarnya

Dalam perjalanan hidup ini, kita mencari pelbagai perkara.

Jodoh, teman, guru, masyaikh, murabbi, mursyid, kekasih, sahabat, pekerja, majikan dan sebagainya.

Namun pencarian terbesar orang beriman ialah mencari TUHANNYA.

Maka, biarlah pencarian kita yang lainnya itu membawa kita kepada pengenalan kita dengan ALLAH..

Kerana itu, doa Sayyidi Al ArifBillah Sheikh Abdul Qadir Isa Al Halabi rahimahullah ketika mencari murabbi mursyid sangat sesuai untuk diamalkan bagi mencari sesuatu yang dapat menyampaikan kita kepada ALLAH..


Munajatnya Sheikh rahimahullah,

اللهم دلني على من يدلني عليك وأوصلني الى من يوصلوني إليك

""Wahai Tuhanku, tunjukkanlah daku kepada orang yang mampu menunjukkanku kepadaMu dan pertemukanlah aku dengan orang yang mampu menyampaikanku kepadaMU..""

Biarlah berjodoh,dengan jodoh itu kita kenal Allah..Biarlah bersahabat,dengan sahabat itu kita jumpa Allah..

Buatlah apapun,asal ianya mengenalkan kita kepada siapa Tuhan kita.
Allahurabbi ^_^

p/s: Syukur Alhamdulillah, kerana ENGKAU telah beri aku jodoh yang terbaik. Seorang imam yang hebat. Seorang suami yang sering mengingatkan ku akanMU. Alhamdulillah. :)


Review Peserta Bertuah Dalam Segmen Sabtu AH

Assalamualaikum.
Siapakah?Siapakah?
Sebenarnya memang Niera tak inform apa-apa pun tentang review ni tapi tetiba rasa macam nak buat, kira terus jadi je la kan?hik3.
Yang pertama-pertama nya Niera nak ucapa terima kasih banyak-banyak kepada semua yang masih sudi menyokong segmen Niera. Bagi yang terlepas tu, Niera minta maaf. InsyaALLAH akan ada lagi segmen cenggitu okay :)
Sekarang pun tengah busy giler dengan assignment , almaklumlah dah masuk minggu ke 10. Makin banyak yang menghuni otak . Tapi Niera tetap tak nak lupa dunia blogger :)



Jom kita lihat siapa yang kena review!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Beliau seorang blogger wanita . Niera kenal beliau sebab Niera pernah join segmen beliau yang best ! So memang ingat sangat lah kan. Namanya pun lembut je. Follower dia pun dah 1000++ . Tahniah awak! Niera tak tahu umur awak, so tak tahu awak ni kakak atau adik. heee. Blog awak ringan dan kemas. Niera suka ! :) Terima kasih sebab jadi peserta bertuah dalam segmen sabtu Niera. Teruskan menyokong Niera tau ! Satu lagi, Terima kasih sebab mentioned yang Niera ni Blogger Ohsemmm . heeee.. Ye ke? tQ :)
klik [SINI] untuk ke blog beliau ^^




Saturday 10 November 2012

Syafaat Anak Kecil yang Meninggal Dunia di Akhirat Kelak



Rasulullah akan memberi syafaat kepada umatnya tetapi ada juga syafaat lain iaitu syafaat anak yang meninggal semasa kecil sebagaimana kisah di bawah ini;

Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak yg masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang telah bertanya kepadanya "Apakah yg telah berlaku yg membuat tuan bertaubat dr kehidupan yg terdahulu?" Beliau menjawab, "Ketika dahulu saya seorang askar. Terlalu ketagih dengan arak. Sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah membeli seorang wanita hamba yg amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sgt syg kpd saya. Apb telah mula berjalan sedikit-sedikit, maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah. Sentiasa dia bersama saya.

Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yg mana apb saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tgn saya dan membuangnya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak dapat membuat apa-apa. Ketika berusia 2 tahun, maka dia meninggal dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya. Sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban saya telah byk minum arak. Solat isya' pun belum ditunaikan. Dalam keadaan mabuk terus tidur.



Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia mengibas2 tanah dr kepala mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan ke padang Mahsyar. Ketika berjalan ke padang mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yg terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dgn laju. Dikuasai oleh perasaan takut yg amat sgt saya pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya berjumpa dgn seorang tua yg berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia pun menjawab salam saya. Saya meminta , "tolonglah tuan, ular itu telah mengejar saya!" Dia menjawab "Aku sgt lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju lagi. Mungkin di hdpn nnt kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan diri kamu dr ular itu".

Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat merbahaya lagi. Walaupun api neraka itu sgt dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pd ular itu saya hampir terjatuh ke dalam parit api neraka itu. Ketika itu saya mendengar satu suara yg agak kuat. "Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)". Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya, "Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap mengejar saya!. Mendengar kata-kata saya itu, org tua itu menangis sambil berkata, "Apakah yg aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sgt lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, hadapan sedikit ada lagi satu bukit dimana ada amanah orang2 islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yg akn menjadi asbab keselamatan kamu dr ular itu".

Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular pun mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu byk tingkap yang terbuka. Tirai dr sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua daun tingkap dr emas, dihiasi dgn permata yaqut & mutiara. Apb saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu suara malaikat, "Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu sekalian! Mungkn di kalangan kamu ada sesiapa yg merupakan amanah orang bermusibah ini dan ia boleh menolongnya". Dgn serta merta tingkap itu dibuka dan ramai kanak-kanak spt bulan purnama keluar dr dlm bukit itu. Tetapi saya dlm keadaan gelisah krn ular itu semakin menghampiri saya. Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, "Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib malang itu!". Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari bukit itu. Kebetulan pandangan saya terjatuh pada anak perempuan saya yg telah meninggal dunia pada umur dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil berkata, "Demi Allah! Itu adalah ayahku!" Dengan serta merta dia terjun pantas seperti anak panah dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya pun lekas-lekas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada ular itu yg terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri duduk di atas pangkuan saya. Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya sambil berkata, "Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AL-QURAN)yg diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yg telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang fasik--derhaka.[Hadeed: 16]'

Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, "Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?" dia menjawab, "Kami lebih pandai membaca Al-Quran daripada kamu sekalian". Saya bertanya, "Anakku, apakah musibah ular itu?" dia menjawab, "Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah telah membekalkan kekuatan yg banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya membawa ayah ke dalam neraka!". Saya bertanya lagi, "Siapakah orang tua yang warak itu?" Dia menjawab, "Dia itu amalan baik yang dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan keselamatan." Saya bertanya, "Anakku, apakah yang kamu buat di dalam bukit itu?" Dia menjawab, "Kami semua anak-anak orang islam. Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu".

Semoga dapat disampaikan. InsyaAllah.

Rujukan : Fadhilat Sedekah karangan Staikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya R.A.

hasil copy paste dari blog [INI]

Thursday 8 November 2012

Bersederhanalah Dalam Berpakaian

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu berhias diri (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. (33:33)

“Tabarruj adalah perbuatan wanita menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang sewajibnya ditutup dan disembunyikan kerana bo
leh membangkitkan syahwat klelaki. Dengan itu, maksud asal perintah menutup aurat adalah supaya kaum wanita menutup perhiasaannya (yang memiliki daya tarikan). Atas sebab itulah, maka tidak masuk akal sekiranya jilbab yang bertujuan menutup tubuh (aurat/perhiasan) itu pula menjadi pakaian untuk berhias/melawa sebagaimaan yang sering kita temui zaman ini.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 133)

p/s : Fesyen sekarang banyak pelik-pelik. Berhati-hati dalam berfesyen. Kerana ia juga boleh menjadi fitnah. Termasuk purdah sekalipun. Jom bersederhana dalam berfesyen :)