Wednesday 29 February 2012

pemenang contest warna hidupku :)

tahniah kpd anda !
sila pm ke facebook niera no telefon anda secepatnya sebelum 2 mac 2012..
kalau x topup anda di'burn' :)



tempat pertama(rm50)



tempat kedua(rm30)


 tempat ketiga(rm10)


 tempat keempat(rm5)


tempat kelima(rm5) 

jom terjah blogger bertuah!

this is sticky post !
nak jenguk post seterusnya?
go to next page ^^




siapakah mereka?
sebelum tu,terima kasih banyak-banyak kepada semua follower yang sudi follow blog niera yang tidak lah secantik blog korang semua :)
sebagai penghargaan,niera nak perkenalkan blogger-blogger bertuah merangkap followers bertuah niera..
ada 5 blogger yang niera anggap sebagai antara follower bertuah blog niera..
siapakah mereka??
jom terjah !

^
^
^
^
^


^
^
^
^
^


terjah + follow blog diorang okayy !
blog-blog ini akan di review dan dipromote selama SEMINGGU !
23 februari 2012 ---> 29 februari 2012
ops!lupa pulak..
mereka ini follower ke 1412,1413,1414,1415,1416, :)
terima kasih semua :)
stay keep in touch with this simple blog :)
happy blogging !



isi blog yang penting sebenarnya,
bukan hanya blog yang cantik pada luaran :)

birthday 29 februari :)

tahun ini tahun lompat kan?
29 februari 2012
ada sahabat seperjuangan niera ada yang menyambut ulangtahun kelahiran hari ni :)
siti najwa mohd lothfi :)
sanah helwah sahabat :)
semoga berjaya dunia dan bahagia di akhirat insyaALLAH :)
niera sayang najwa kerana ALLAH..
najwa asal kedah,seorang anak sulung yang sangat aktif !
hehehe :)

kejutan sambutan birthday
after kelas semalam jam 10 pagi,kami dah takde kelas,
then niera decide dgn fatimah untuk ke giant sekaligus nak pergi repair printer niera..
and tiba di giant kami perah la kepala ni nak buat macammana surprise untuk najwa..
dalam diam,niera forward mesej kepada semua orang yang rapat dengan kami untuk join surprise ni and of course la bila tanya,semua setuju just because we all love her very much ! :)
futhermore,for us,she is very special person because of what?
because she was born on 29 february 1992 :)
special date !
then,kami tempah kek mango :)
sodappp!
malam pulak,niera dengan fatimah keluar amek kek..
then,kami buat air kunyit untuk simbah kat najwa..
kami buat surprise ni awal..sebelum jam 12 mlm sbb esok paginya kami ada kelas dakwah yang sangat2 penting untuk fokus :)
niera happy bila semua happy :')
terima kasih semua atas komitmen :)

pada yang lahir hari ini jugak,happy birthday ! :)


Sunday 26 February 2012

nikmat yang sering dilupakan?

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum :)

apakah nikmat yang sering kita lupakan?
YA,nikmat kesihatan dan masa lapang sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

"Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh  kebanyakan manusia,iaitu kesihatan dan masa lapang"
(riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

nikmat kesihatan 
nikmat ini sering kita lupakan dimana kita sering enjoy diluar sana sampai lupa padaNYA..
ketika sakit,mula lah kita nak ingat pada ALLAH..ketika inilah mulut kita mengeluh 

"ALLAH,sakitnya"
"ALLAH,pedihnya"
"ALLAH,ALLAH,ALLAH"

ketika inilah lidah kita ringan dalam mengingatnya tapi dimana kita diwaktu sihat?
nikmat sihat yang diberikan seharusnya kita bersyukur yang mana kita boleh beribadah kepadaNYA dalam keadaan selesa dan gembira..ibadah disini bukan bermakna hanya solat,puasa atau menunaikan zakat..apa2 yang kita niat kerana ALLAH ia menjadi ibadah..seperti pergi sekolah,baca buku hatta tidur sekalipun,ia dianggap ibadah !jangan tunggu sakit baru kita rajin menyebut kalimah ALLAH ! Ada juga yang menggunakan nikmat sihat ini dengan mencari rezeki dari sumber yang haram,membuat maksiat dan lain2 yang haram disisiNYA..astaghfirullah..muhasabah balik apa yang telah kita lakukan semasa ALLAH masih memberi nikmat sihat kepada kita..

nikmat masa lapang
apakah yang kita lakukan semasa masa lapang?adakah kita menggunakannya dengan baik?berfacebook selama 24 jam sehingga solat dilupakan?itukah kita?atau adakah masa kita lebih banyak digunakan untuk tidur sepanjang hari ketika cuti hujung minggu?tanya balik diri kita.muhasabah bersama.bak kata sahabat niera "banyak tidur merugikan umur".
Ramai yang terlupa sebenarnya banyak masa kita berlalu dengan begitu sia2 bilamana masa 24 jam sehari kita tidak guna dengan sebijak2nya.Contohnya sebagai seorang pelajar,tidak salah kita gunakan masa untuk mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti.Masa cuti bukan masa untuk kita enjoy atau melekat dengan bantal dan tilam tapi adalah masa untuk diri sendiri yang kita luangkan.Bagi niera,walaupun kita tengok hindustan,cuba kita ambil 'ibrah atau pengajaran dalam cerita tersebut..banyak nilai kasih sayang dan kekeluargaan yang diterapkan dalam sesetengah cerita tersebut..Asalkan kita pandai manage sendiri ibrah yang kita mahu ambil..sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat,insyaALLAH..

JANGAN SIA-SIAKAN NIKMAT KESIHATAN DAN MASA LAPANG YANG DIBERI OLEH ALLAH SWT..GUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA ^_^

share untuk semua..
mudah-mudahan diri ini juga 
menjadi lebih baik daripada sebelumnya..
insyaALLAH :)

Saturday 25 February 2012

istimewanya kalimah LAILAHAILLALLAH (لا اله الا الله ) !

bismillahirrahmanirrahim wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
apa khabar kawan-kawan blogger?
post kali ini niera nak share sikit apa yang ilmu niera baru dapat kepada semua yang sudi datang blog simple niera ini.
niera mulakan dengan soalan.
adakah kawan-kawan cakna dengan kalimah lailahaillallah?
ketika menyebut kalimah ini,ada atau tidak kita merasakan sesuatu?
zikrullah menyebut lailahaillallah,adakah kita merasai keindahan kalimah tersebut?
jika jawapannya tidak atau merasa biasa sahaja ketika menyebutnya,kawan-kawan renung kembali..
apakah makna kalimah ini?
lailahaillallah ertinya tiada tuhan yang berhak disembah selain ALLAH !
kita mengakui tiada tuhan selain ALLAH,tapi mengapa kita masih tidak mengambil peduli isu "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"?
niera menulis berdasarkan apa yang niera lihat dan ini sebenarnya untuk kesedaran diri niera juga.
niera bukanlah seorang penulis yang hebat atau terkenal serata dunia tetapi tidak salah rasanya niera berkongsi luahan rasa ke dalam blog simple milik niera ini.
niera juga seperti anda,masih belajar untuk menjadi yang lebih baik di bumi ALLAH ini insyaALLAH.



apa yang istimewa dengan kalimah ini??

Nabi Musa a.s : "Ya Tuhanku,ajarilah daku suatu doa agar aku dapat berdoa dan bermunajat kepadaMU."

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:"Hai Musa,katakanlah lailahaillallah (tiada tuhan yang berhak disembah,selain ALLAH)."

Musa berkata: "Semua orang mengucapkan lailahaillallah."

ALLAH SWT berfirman lagi yang bermaksud:"Hai Musa,seandainya 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dalam satu sisi timbangan,sedang sebelah sisi yang lain terdapat kalimah lailahaillallah,nescaya sisi yang ada kalimah lailahaillallah akan lebih berat."

(Riwayat Abu Ya'la,al-Hakim,Ibn Hibban dan Abu Na'im)

subhanallah!dahsyatnya penangan kalimah agung lailahaillallah ini..Kalimah ini amat sesuai sebagai zikir kita yang kadang2 kita sebenarnya boleh lakukan dalam amalan seharian kita..kita mengangungkan keEsaan ALLAH SWT sebagai tuhan sekalian makhluk samada dibumi atau di laut mahupun di angkasa.

p/s:
kawan-kawan,hari ini hari khamis kan?
jom zikir lailahaillallah :)


diharapkan perkongsian ringkas ini 
dapat manfaat bersama..
insyaALLAH :)


Friday 24 February 2012

Ada apa dengan surah al-falaq?

ALLAH SWT telah memerintahkan supaya kita sentiasa memohon dan bergantung harap hanya kepadaNYA tidak kira ketika siang atau malam,susah atau senang,miskin atau kaya,muda atau tua mahupun ketika waktu sakit atau sihat.

Firman ALLAH swt yang bermaksud;
1)Katakanlah,"Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai subuh(fajar).
2)dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan,
3)dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
4)dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya),
5)dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki"
(Surah Al-Falaq,ayat 1-5)


kawan-kawan tahu cerita di sebalik surah ini?
Menurut Tafsir Ibn Kathir bahawa seorang yahudi bernama Labid bin al-'Asam daripada Bani Zuraiq,salah seorang munafik telah mengenakan ilmu hitam (sihir) keatas Nabi Muhammad SAW.Dia telah mengambil rambut Nabi Muhammad saw dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkannya di bawah sebuah batu berhampiran dengan telaga bernama Zarwan.Akibatnya, Nabi Muhammad saw telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang dilakukan atau yang belum dilakukan Baginda (walaupun perkara itu tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian beliau).Maka Jibril telah datang turun menghadap baginda dan memaklumkan kepadanya perkara sebenar dan menyampaikan 2 surah iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas.
 Baginda telah pergi ke telaga tersebut bersama para sahabat dan mengalihkan simpulan tersebut.Ketika setiap kali surah itu dibaca,simpulan itu terurai dengan sebdirinya dan setelah simpulan yang ke 11 terurai,maka terlepaslah Baginda daripada pengaruh ilmu hitam tersebut.

Ayuhlah kawan,kita sentiasa memohon perlindungan dari ALLAH SWT dan yakinlah dengan kekuasaanNya..ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita. Segala kejahatan berpunca daripada perasaan hasad dengki sesama kita.ALLAH mengajar kita menerusi surah ini agar memohon perlindungan ALLAH daripada pelbagai malapetaka,yang bersifat pelik dan rahsia.Tidak mustahillah mengapa kita digalakkan membaca ayatul kursi dan juga 3 Qul sebelum tidur :)

ALLAH tidak akan meninggalkan orang yang 
sentiasa bergantung harap padaNYA..
hasil pembacaan dari majalah GEN Q :)

 

Thursday 23 February 2012

mencari follower bertuah ;)

niera mencari follower ke ----------------- ??
niera akan review + promote blog yang bertuah tu selama SEMINGGU..
siapakah yang bertuah??
tunggu ......
actually,niera x paksa kalau korang nak follow atau tidak..
kalau korang rasa minat dengan blog simple ni,just follow it..
if bagi korang,blog ini x menarik untuk dibaca isinya, tidak payah follow..
niera share content dalam blog ini untuk semua :)
sebarang teguran membina amat digalakkan :)
sayang semua kerana ALLAH,insyaALLAH :)
berblogging ini indah jika kerana ALLAH..
share apa sahaja yang kita boleh share untuk manfaat bersama..
insyaALLAH :)


##actually ni blogger kedua yang niera cari selepas blogger bertuah yang pertama kerana blogger pertama yang bertuah itu menjadi follower ke 1000 pada 21 januari 2012##
nak terjah entry yang niera buat utk blogger bertuah yang pertama??
CUBIT SINI !



Wednesday 22 February 2012

wordless wednesday #19

kasih terlebih sayang :)


Tuesday 21 February 2012

Blogger ini sungguh sporting !


MEREKA YANG SPORTING !
1) amal > http://applehijaulife.blogspot.com/
2) atika aula > http://atikaahmadiah.blogspot.com/
3) nurpiska > http://cheesechocolatee.blogspot.com/
4) iela > http://ielai2aq.blogspot.com/
5) sabry > http://sabryoppa.blogspot.com/
6) nia marlissa > http://niamarlissa.blogspot.com/
7) amira azman > http://azmanizzatiamira.blogspot.com/
8) nur > http://thankz2you.blogspot.com/
9) cik pelangi > http://belogcikpelangi.blogspot.com/
10) nur azimah > http://nazmy1991.blogspot.com/

thanks to u all !
actually ramai yang sporting :)
tapi maximum nak 10 je..
so,yang niera x senaraikan jangan berkecil hati..
mungkin akan dtg nama korang pulak :)
niera nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi follower niera,bahkan datang baca entry malah niera makin happy bila ramai jugak yang rajin bagi komen :)
itulah blogger sejati :)
kepada yang x jalan2 lagi ke blog dorang,pergilah jenguk2..
mana tahu boleh bertambah follower diorang :)
niera sayang anda semua sebagai blogger :)
ukhuwah itu indah kerana ALLAH :)
kamu,kamu, dan kamu memang SPORTING !

nak join?klik banner :)


5 peserta terbaik sudah dipilih !


siapakah mereka?
mereka belum lagi dapat gelaran pemenang ke berapa sebab 20% markah adalah berdasarkan jumlah like di fanpage niera :)
niera akan masukkan dan secara automatik gmbr mereka akan di "like" mulai jam 12 tghmlm ni sampai 12 tghmlm 27 februari 2012..
niera bg tempoh seminggu untuk korang promote supaya like gambar korang dan like fanpage niera :)
boleh kan?
usaha sikit je lagi..
tahniah sebab korang lah yg terbaikk!
yang kurang nasib baik tu,mungkin rezeki korang pada contest akan dtg..
keep trying dear :)

http://alongnidar.blogspot.co.nz/2012/02/contest-warna-hidupku.html

 http://ellyadila.blogspot.com/2012/01/contest-warna-hidupku.html

 http://pearlpuffstory.blogspot.com/2012/02/contest-warna-hidupku.html

 http://lurvezzera.blogspot.com/2012/01/contest-warna-hidupku.html

 http://miraahussin.blogspot.com/2012/02/contest-warna-hidupku.html



p/s:
entry contest(kalau nak terjah balik hadiah) = TEKAN SINI
entry peserta contest = CUBIT SINI
pemenang akan diumum pada 29 februari 2012 :)


sorry,admin blog asyik bzy,
baru mula kuliah :)
harap faham..
terima kasih kerana bersabar ;)


Monday 20 February 2012

first day for semester 2 ;)


alhamdulillah,bermulanya pengajian semester 2 dengan azam yang baru,insyaALLAH !
pagi2 lagi dah x de bas,thats mean kena jalan kaki =.=
itulah,siapa suruh lambat??
hehe (maklumlah,dah biasa sem 1 kelas petang)
munirah,semester 2 dah x boleh main2 !
isnin,selasa,rabu,jumaat semua kelas mula 8 pagi !
wah,mulakan azam baru lagi hari ini !
kawan-kawan yang baru jejak semester 2 jugak hari ini,all the best k ;)
hari first agak kelam kabut sikit kot..
tapi tadi kuliah yang 2 jam,jadi setengah jam je :)
thank you madam husna !
malam ni pulak ada kelas lagi..
boleh x balik awal jugak?
(biasanya yang kita harap2 tu yang x dapat..hee)

subjek niera semester 2 (QI13)
AAA 1033-PRINSIP DAN TEORI KEPIMPINAN
AAA 1043-PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DAKWAH
ADA 1013-PENGANTAR AKHLAK ISLAM
MGA 1023-PRINSIP PENGURUSAN PERNIAGAAN
UBA 1062-BAHASA ARAB 3 (SAINS SOSIAL)
UBE 2452-BAHASA INGGERIS UNTUK KEPERLUAN AKADEMIK


wish me luck,insyaALLAH :)

*QI13=PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA*

Sunday 19 February 2012

selamat datang sem 2


alhamdulillah,niera selamat sampai kat usim tengahhari tadi..
mulakan niat baru..
masuk sem 2,azam baru..
nak belajar,belajar,dan terus belajar..
hanya kerana ALLAH..
sem 1 sudah berakhir..
terasa pantasnya masa berlalu..
insyaALLAH,jihad kerana ALLAH..
semoga semester kali ini lebih baik dari yang lepas..
yang lepas tu kita jadikan pengajaran sama2 :)


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik manusia dikalangan kamu ialah yang belajar Al-quran dan mengajarkannya”



Friday 17 February 2012

taqwa pakaian AKHIRAT

بسم الله الرحمن الرحيم
salam hari jumaat semua :D
hari ni zikir apa kawan2?sangat2 mudah zikir hari ini..
jom zikir sama-sama sekejap..
يا الله
يا الله
يا الله
teruskan sampai banyak mana kita yang termampu..
insyaALLAH,ganjaran ALLAH banyak rahsianya..


hari ini niera nak share sikit boleh?
hari ini ada tak kawan-kawan menonton AL-HIDAYAH di TV3 pada jam 1 petang tadi?
yang muslimin,niera rasa tidak kot,sebab mesti dah ada di masjid,betul x?
pahala banyak kalau kita datang awal untuk solat jumaat kan?
insyaALLAH,niera tahu muslimin yang baca ni soleh2 belaka..
tajuk AL-HIDAYAH kali ini "TAQWA PAKAIAN AKHIRAT"
disampaikan oleh al-fadhil USTAZ ABU HASAN DIN AL-HAFIZ
niera share sikit apa yang niera sempat take note kepada pembaca semua..

ALLAH telah berfirman dalam surah al-a'raf ayat 26 yang bermaksud ;
"Wahai anak adam;sesungguhnya telah KAMI turunkan pakaian kepadamu untuk menutupi auratmu,begitu juga pakaian perhiasan.Tetapi pakaian takwa yang terbaik.Demikianlah ayat-ayat ALLAH (tanda kekuasaanNYA),mudah-mudahan mereka memberi peringatan"

pakaian ini hanya untuk 2 tujuan
yang pertama > untuk menutup aurat
yang kedua > untuk perhiasan (sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)

kawan-kawan tahu apa beza muslim,mukmin,dan muttaqin?
muslim = orang islam yang mengucap 2 kalimah syahadah..apabila dia mengucap 2 kalimah syahadah,maka dia adalah seorang muslim..
mukmin = orang islam yang percaya dan yakin dengan rukun islam dan rukun iman..dia percaya pada syurga,neraka,dosa dan pahala..
muttaqin = orang islam yang percaya dan yakin dengan ALLAH,maka dia berusaha amar makruf nahi mungkar..dia tahu adanya syurga maka dia bersungguh-sungguh dalam beribadat kepadaNYA..begitulah sebaliknya..
adakah kita tergolong dalam golongan muttaqin?sama-sama kita renung dan muhasabah~


sebenarnya,ALLAH telah berjanji,bahawa ALLAH akan memberi kesenangan dan nikmat yang banyak kepada orang-orang yang tidak bertaqwa..
sebab itu,kita sendiri boleh lihat bahawa ramai orang yang tidak solat,melakukan maksiat,melanggar perintah ALLAH tapi diberikan nikmat oleh ALLAH seperti nikmat kaya,hidup senang lenang..
ini kerana hanya ada dua sebab.
yang pertama;
>>supaya orang tersebut boleh insaf dan kembali bertaubat kepadaNYA
yang kedua;
>>supaya dia merasa sebanyak-banyak nikmatNYA dan bila dia mati,dia tidak dapat merasa nikmat itu lagi..
subhanallah ! maha adilnya ALLAH :)

Taqwa juga sama seperti iman yang mana boleh bertambah dan berkurang..apakah tips untuk meningkatkan taqwa kita kepadaNYA?
tipsnya hanya satu iaitu kuatkan iman.
kita hidup di dunia ni ibarat kita menanam tumbuh-tumbuhan yang hasilnya kita dapat di akhirat..
banyakkan amalan jauhi maksiat..yakinlah dengan janji ALLAH :)
kita dilahirkan hanya dengan satu tujuan iaitu untuk beribadat kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa..

♥ Sekali kaki melangkah di jalan ALLAh, jangan undur...
Biar masa berganti, aqidah jangan mati...
Biar zaman berubah, keyakinan pada ALLAh jangan goyah... ♥
*sama-sama berusaha menjadi lebih baik daripada semalam,insyaALLAH*
 
 

Wednesday 15 February 2012

wordless wednesday #18


semoga dapat result CEMERLANG..amin :)


result sem 1 selamat keluar :)



alhamdulillah :)
kawan2 yang result sem 1 nye keluar hari ini,jangan lupa sujud syukur padaNYA :)
walau apa pun result kita,bersyukurlah..
semua itu ada hikmahNYA..
jgn sedih @ gembira sangat..
yang dapat dekan tu,
rendahkan hati untuk bersyukur setinggi2 nya kepada yang ESA..
result niera?alhamdulillah..
walaupun x mencapai tahap dekan..
ALLAH pandang usaha kita :)


terima kasih atas doa kalian :)
niera akan berusaha lebih akan datang..
ini baru permulaan..
insyaALLAH..
usim dihatiku 

" Dan barang siapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta ; dan barang siapa yang mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku datang kepadanya dengan berlari "


Tuesday 14 February 2012

result sem 1 keluar esok ?

malam ni baru start bukak fb n then dah tersebar luasnya result keluar esok..
celah mana maklumat ni,niera kurang pasti..


yg pntg kalau esok betul lah keluar result,waaaaaa !
nak jerit !
terkejut kot~
kawan2,doakan niera LULUS CEMERLANG TERBILANG GEMILANG OKAYY ! aminn..
ape2 result lepas ni,redha ye niera :)
sbb kita dah usaha dan bertawakkal..insyaALLAH :)

firman ALLAH SWT ;
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.” 

Wednesday 8 February 2012

wordless wednesday #17

sweet tengok pengantin lelaki pakai kopiah..
*ini x bermakna niera dah nak kahwin taw !*

Tuesday 7 February 2012

improve english di sungai !


alhamdulillah,hari ini kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama dengan berkelah di sungai alang sendayu batu 12,gombak..dekat je dengan rumah~
hee..cuma arif x de bersama..dia tersangkut kat asrama la pulak~
dah berbulan2 x jumpa adik hensem niera sorang tu..
rindu3 !


 



actually,aktiviti ini juga dapat mengeratkan kita sekeluarga kan?
sesekali dapat balik rumah,dapat pula beriadah mcm ini,hilang juga rindu sebelum2 ni kan..
mandi sama-sama..
makan sama-sama..
gelak pun sama-sama..
tapi kenapa post title niera "improve english di sungai" ??

actually,tadi adik niera berkenalan dengan kawan baru dan budak tu peramah,lincah pulak tu.
then,tengok ibunya x de,yang ada ayahnya..ayahnya arab,ibu melayu.
niera pun test la cakap arab dengan budak yang bernama nur iman ni..tup2,dia x blh ckp..dia faham tapi,x reti nak balas dlm bhs arab.
rupa2nya,ayah dia menggunakan bahasa inggeris.
then sambil berenang kat sekitar sungai tu,niera pun cakap la english dengan dia.
sedap je telinga ni,bila budak darjah 1 tu lancar je balas dgn english.
sesekali ada jugak ayah niera menyampuk..
gelak2 je niera dengar ayah ckp..
mana tak nya,angry bird pun boleh keluar dari mulut ayah semata2 nak cakap english..hihi~
apa2 pun ayah memang terbaik lah !
ayah iman ni lecture dekat uiam.
mr sallah @ nama sebenarnya salleh..
ada sape2 kenal?hee~
best jugak kecek BI dgn budak2 ni..sedap dengar diorang cakap..hehe :)


"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH"


Monday 6 February 2012

pesta buku di pwtc :D

hari ini niera berjalan ke pwtc bersama keluarga tercinta.lalalala~
niera ke pesta buku dan memandangkan hari ini hari akhir,dalam kepala niera sudah menterjemahkan yang hari ini ramai orang .., hehe :)
tapi kita redah je lah,nak tunggu bila lagi kan??
then jam 9.30 kami dah bertolak,ayah hantar and masa tu terdiam jap.. 
"betul ke ada pesta buku ni?"
kenapa?sebab SIKIT je orang,maybe sbb time tu pesta buku baru bukak kot..baru 10 pagi time kami sampai.
tapi niera rasa tahun lepas lagi meriah dan discount dia lebih sikit.
kali ini,biasa2 je~


korang dah guna baucar rm200?
niera?dah HABIS dah~
heee~
gambar kat atas tu pun,niera cari kat google sbb dah habiskan baucar sebelum tangkap gambar..
hehe,perlu ke?



 





hasilnya?niera dapat membeli 12 buah novel :)







jadikan budaya membaca budaya kita :)
proud to be malaysian !
islam pun menggalakkan kita membaca :)


"rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap"

niera jumpa kata2 ni dekat google..betul ke?

 

Saturday 4 February 2012

salam maulidur rasul :D



alhamdulillah,malam ni,niera update lagi 1 post mengenai baginda Muhammad SAW :)
seperti yang kita sedia maklum,12 rabiulawal adalah tarikh dimana kita menyambut maulidur rasul..bersama2 kita berselawat keatasnya,insyaALLAH :)
niera pasti,kita semua sayangkan nabi Muhammad SAW kan?
bagaimana kita menunjukkan cinta dan kasih kita padanya?
mestilah dengan berselawat keatasnya dan mengamal sunnah baginda SAW,insyaALLAH..
niera akui,banyak lagi benda yg niera kena praktikkan,kena belajar..niera bukanlah insan yang pandai berkata2..hanya insan biasa..malah mungkin org yang membaca post kali ini lebih berilmu..
tapi tidak salah kan kalau kita cuba berkongsi apa yang kita tahu walaupun sedikit?

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi 





BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).





USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.




 ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW 

rujuk post niera sebelum ni.
klik SINI

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '




 Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



sedikit pesanan~
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. 
Banyakkan berselawat keatasnya..
Kawan2,cuba bayangkan diri kita sekarang berjumpa baginda SAW..adakah baginda akan berbangga dengan amalan,pakaian kita?cuba muhasabah balik :)
Berusahalah menjadi lebih baik dari semalam,insyaALLAH ;)