Friday 17 February 2012

taqwa pakaian AKHIRAT

بسم الله الرحمن الرحيم
salam hari jumaat semua :D
hari ni zikir apa kawan2?sangat2 mudah zikir hari ini..
jom zikir sama-sama sekejap..
يا الله
يا الله
يا الله
teruskan sampai banyak mana kita yang termampu..
insyaALLAH,ganjaran ALLAH banyak rahsianya..


hari ini niera nak share sikit boleh?
hari ini ada tak kawan-kawan menonton AL-HIDAYAH di TV3 pada jam 1 petang tadi?
yang muslimin,niera rasa tidak kot,sebab mesti dah ada di masjid,betul x?
pahala banyak kalau kita datang awal untuk solat jumaat kan?
insyaALLAH,niera tahu muslimin yang baca ni soleh2 belaka..
tajuk AL-HIDAYAH kali ini "TAQWA PAKAIAN AKHIRAT"
disampaikan oleh al-fadhil USTAZ ABU HASAN DIN AL-HAFIZ
niera share sikit apa yang niera sempat take note kepada pembaca semua..

ALLAH telah berfirman dalam surah al-a'raf ayat 26 yang bermaksud ;
"Wahai anak adam;sesungguhnya telah KAMI turunkan pakaian kepadamu untuk menutupi auratmu,begitu juga pakaian perhiasan.Tetapi pakaian takwa yang terbaik.Demikianlah ayat-ayat ALLAH (tanda kekuasaanNYA),mudah-mudahan mereka memberi peringatan"

pakaian ini hanya untuk 2 tujuan
yang pertama > untuk menutup aurat
yang kedua > untuk perhiasan (sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)

kawan-kawan tahu apa beza muslim,mukmin,dan muttaqin?
muslim = orang islam yang mengucap 2 kalimah syahadah..apabila dia mengucap 2 kalimah syahadah,maka dia adalah seorang muslim..
mukmin = orang islam yang percaya dan yakin dengan rukun islam dan rukun iman..dia percaya pada syurga,neraka,dosa dan pahala..
muttaqin = orang islam yang percaya dan yakin dengan ALLAH,maka dia berusaha amar makruf nahi mungkar..dia tahu adanya syurga maka dia bersungguh-sungguh dalam beribadat kepadaNYA..begitulah sebaliknya..
adakah kita tergolong dalam golongan muttaqin?sama-sama kita renung dan muhasabah~


sebenarnya,ALLAH telah berjanji,bahawa ALLAH akan memberi kesenangan dan nikmat yang banyak kepada orang-orang yang tidak bertaqwa..
sebab itu,kita sendiri boleh lihat bahawa ramai orang yang tidak solat,melakukan maksiat,melanggar perintah ALLAH tapi diberikan nikmat oleh ALLAH seperti nikmat kaya,hidup senang lenang..
ini kerana hanya ada dua sebab.
yang pertama;
>>supaya orang tersebut boleh insaf dan kembali bertaubat kepadaNYA
yang kedua;
>>supaya dia merasa sebanyak-banyak nikmatNYA dan bila dia mati,dia tidak dapat merasa nikmat itu lagi..
subhanallah ! maha adilnya ALLAH :)

Taqwa juga sama seperti iman yang mana boleh bertambah dan berkurang..apakah tips untuk meningkatkan taqwa kita kepadaNYA?
tipsnya hanya satu iaitu kuatkan iman.
kita hidup di dunia ni ibarat kita menanam tumbuh-tumbuhan yang hasilnya kita dapat di akhirat..
banyakkan amalan jauhi maksiat..yakinlah dengan janji ALLAH :)
kita dilahirkan hanya dengan satu tujuan iaitu untuk beribadat kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa..

♥ Sekali kaki melangkah di jalan ALLAh, jangan undur...
Biar masa berganti, aqidah jangan mati...
Biar zaman berubah, keyakinan pada ALLAh jangan goyah... ♥
*sama-sama berusaha menjadi lebih baik daripada semalam,insyaALLAH*
 
 

8 000 Budak Comel:

Mario Mario said...

thanks...

krazylenglui krazylenglui said...

amin, insyaallah kita semua bertindak sebegitu demi agama islam =)

Atika Aula Atika Aula said...

:) syukran ~

Ahmad Sabree Ahmad Sabree said...

singgah sini bace entry...
nice sgt !!!!

hehehehe.. lame kite x bersua...
ape khabar? sehat?

cik humairah, kalau boleh kotak komen ni tukar lah jadi tetingkap popup... senang sikit cik sabry dtg komen... n jgn lupe hilangkan pengesahan... lebih selesa untuk komen... hehehehe.... jom singgah blog baru sabry...
ni link nye (http://sabryoppa.blogspot.com/2012/02/berfikir-sejenak-solat.html)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Mariowelcome :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Amyra AzharinsyaALLAH :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Atika AulaAfwan :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@sabry oppaterima kasih atas cdgn :)