Thursday 20 June 2013

Beberapa Hari Sahaja Lagi #MesirAkuDatang

Alhamdulillah, masanya akan tiba jua. Kurang 10 hari lagi, Niera akan terbang ke bumi Mesir dengan perasaan penuh teruja. Pertama kali naik kapal terbang, pertama kali sorang-sorang duduk dalam kapal terbang, pertama kali pergi luar negara ! Haaa, teruja, takut, gembira semuanya jadi satu. Macam mana nak cari tempat duduk? Macam mana nak cakap arab? Ok, try cakap english tapi bolehkah aku? Sorang-sorang pulak tu. Haaa, nampak tak macam-macam persoalan dalam fikiran Niera. Dah la diri ni tak sebesar diorang, siap kawan Niera cakap, nanti jangan nampak sangat kita tak tahu, sebab orang Arab akan dukung kita sebab dia ingat kita ni budak-budak. Yelah, tinggi Niera ni dah mcm budak sekolah je. Fuhh, sape cakap tak takut. Tapi itu semua nanti Niera update lagi lepas Niera selesai tiba di Mesir okay? :)


Kini, 4 paper final exam masih belum dijawab. Debaran makin berganda. Tapi selesai je exam, Niera balik rumah then boleh terbang selepas tu. yeay ! Niera akan berpuasa dan beraya disana. Dan semestinya bersama suami tercinta. Tiap-tiap hari pesan kat suami, "Abang, pastikan tunggu kat airport tau!" . Pesanan tiap-tiap hari sejak suami dah belikan tiket sampai suami pun dah boleh hafal pesanan tu. Nampak tak betapa nebes nya nak pergi negara orang Arab. hehe



Semalam, ada seorang ibu kepada anak murid suami datang Nilai semata-mata nak hantar kiriman utk anaknya di Mesir, punyalah melangit dia puji suami Niera yang tolong jagakan anak dia disana. Anak makcik ni lelaki berumur 14 tahun. Hebatkan? Muda-muda dah sekolah kat Mesir, so suami Niera tolong jaga dan jadi guru dia. Leka dengar cerita makcik tu, puji banyak sangat sampaikan dalam hati Niera cakap, "nasib baik Niera dah kawen dengan dia, kalau x, mesti jadi menantu makcik ni." hihi. Alhamdulillah, Allah bagi Niera suami soleh dan comel. 


Dalam masa beberapa hari je lagi ni, selalu tanya suami nak kena bawak apa, apa lagi yang tak cukup, dan segalanya tentang persediaan ke Mesir. tapi bagi Niera paling sweet bila suami cakap macam ni, "Abang malu la nak jumpa sayang." Laaa, kenapa pulak suami Niera ni nak malu? "Sebab Abang dah lama sangat tak jumpa sayang." Masa tu terus tergelak, ye lah kami bukan seperti orang lain, sebulan berkahwin dah berpisah, sorang belajar sini, sorang belajar sana. Sebelum kahwin, tak bercinta pulak, so tak sempat nak bercinta lama2 lepas kahwin, hanya banyak di alam maya. Sepanjang tak jumpa, hanya bercinta melalui facebook, skype dan telefon sahaja. tapi kan Niera rasa bahagia sebab hubungan tu dah halal. Alhamdulillah. Berkahwin dan bercinta pula dengan suami yang sweet macam ni, lagi la terasa bahagia. Alhamdulillah.



Doakan Niera berjaya habiskan menjawab final exam sehingga 27/6/2013 ni dan selamat terbang ke mesir pada 29/6/2013 ni. Semoga kalian yang sudi membaca coretan kali ini juga dibawah rahmatNYA. Ameen. 



29 000 Budak Comel:

Maria Firdz Maria Firdz said...

Sekali dgn honeymoon la ni ea.. hehe... Moga dipermudahkn urusan... :-)

Emas Putih Emas Putih said...

sweet ja baca:) hehe

Adilah Asari Adilah Asari said...

semoga dapat buat yang terbaik tok exam nanti kak mun..
wah bahagianya..semoga kekal selamanya ^_^

nabila biela nabila biela said...

hehe...bestnye.,,semoge semuenye selamat..nanti duk kat mesir dah xupdate blog ke??huhu

Unknown Unknown said...

akak baca pun dah rasa debaran..xsabar nk tunggu cerita niera di bumi mesir..in sha allah semoga di permudahkan segala urusan..amin ;)

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid said...

selamat pergi ke Mesir dan all the best untuk final exam...

nabila azmi nabila azmi said...

=)..... slmt berpuasa n beraya di mesir...=)

amal amal said...

take careee nieraaa!

Have a safe journey k :')

KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... said...

wah sweetnya...
bestlah dpat pergi mesir..
ada oleh2 x nnt hehe..acah jer

Unknown Unknown said...

wahh :) sweetnya !!

Anis Hayati Anis Hayati said...

sweet lah kak niera dgn suami
boleh buat novel :D

JunAina JunAina said...

PJJ...dah rezeki kan. Akak doakan akan sentiasa bahagia.

deeyafa deeyafa said...

alaaaa nieyraaa so sweet la husband you. take care okay? btw, good luck for your exam ;)

Fatin Diana Fatin Diana said...

wah, seronok lah dapat pergi sana. teringin nak ke sana juga. moga selamat pergi dan balik ea kak Niera

nora razalli nora razalli said...

neves jugak tu.
nasib baik ada suami kt sna.
dah terjamin selamat dah tu. xyah takut apa2.

kalau sy takut nak naik kpl trbg tu je sbb sna da tentu2 ada org tunggu dan jaga kita.

insyAllah semuanya berjln lncar :)
gud luck!

Unknown Unknown said...

salam...sy pula yg excited..hihi..bestnye niera..moga selamat pulang dan pergi..niera p sana tuk bape bulan??:-)

Herrarose's Herrarose's said...

sweetnya. hihi, semoga kakak dan suami kekal hingga akhir hayat . Moga Allah merahmati kalian :)

anisfarhani anisfarhani said...

comel nya :)
InsyaAllah dpermudah kan segala urusan

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Selamat terbang ke Mesir..semoga perjalanan pergi balik selamat..

Unknown Unknown said...

sweetnya...

zainatul abu bakar zainatul abu bakar said...

Gud luck exam..dan jaga diri ok :)

Unknown Unknown said...

Insyallah dengan pertolongan dariNYA segala berjalan dengan lancar.
Semoga berjaya disana dan selamat pergi dan pulang.

Unknown Unknown said...

AS SALAM ...FOLLOW ME BACK OK...

nuha ahmad nuha ahmad said...

selamat pergi dan selamat kembali. semoga Allah permudahkan segalanya :)

Unknown Unknown said...

GUD LUCK TAWW..N TAKE CARE D RANTAU ORG

Hanis Zulaikha Hanis Zulaikha said...

insyaAllah xde apa2x yg berlaku...ingat allah pasti semuanya berjalan lancar..jgn lupa update pic dari mesir banyak2x ye niera...next year blh dpt baby dari mesir..good luck niera...hehe :)

http://www.wadahberbicara.my/

Unknown Unknown said...

akak pergi sorang2.. dahlah pergi foreign country.. moga Allah mudahkan :)

Cik Fie Cik Fie said...

semoga dipermudahkan segala urusan :)

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum. sweetnya korang. akak dengan abg pun kenal kat internet. hehhee