Sunday 6 May 2012

~Dilema Result UPU 2012~


bismillahirrahmanirrahim..
hari ni confirm internet jammed sebab ramai pelajar spm 2011 mula nak check diorang punya result dapat u mana..macam zaman-zaman niera dulu =.=
hurm,actually niera akui niera bukanlah pelajar yang pernah ambil MATRIKULASI mahupun DIPLOMA..niera dari SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM) terus melangkah ke dunia IJAZAH SARJANA MUDA di USIM..dan hari ni niera tengok ramai update status happy dengan result permohonan UPU mereka..alhamdulillah,,tahniah adik-adik..semoga berjaya..

Daripada Anas bin Malik r.a,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap muslim."
(Riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya'ala)

tapi sebenarnya niera ada kemusykilan,kalau tak ambil diploma,tak guna ambil ijazah?orang yang tak de diploma melangkah terus ke ijazah tak de kerja?orang yang ambil ijazah ramai yang menggangur?diploma penting?STAM dan STPM adalah di bawah tahap diploma tapi kenapa masih nak cakap orang-orang yang ambil ijazah susah nak dapat kerja?ini semua bergantung kepada usaha..kalau dah graduate under ijazah tapi pointer 2.0 kebawah,sorry to say, memang susah la nak dapat kerja..bagi niera tak salah kalau tak de diploma,asalkan usaha untuk belajar itu masih kuat..terkilan bila baca komen cakap orang yang ada ijazah tapi kalau tak de diploma tak de masa depan :(

lagi satu,pelajar yang ambil STPM atau STAM bukanlah pelajar yang BODOH yang tak dapat masuk u..ini fakta..kadang-kadang orang salah anggap bahawa pelajar STPM atau STAM ni tak de masa depan..cuba anda masuk kedalam dunia mereka dan rasakan sendiri cabaran sebagai pelajar STPM atau STAM :)

Adik-adik,akak nak nasihatkan,kalau adik-adik dalam dilema nak pilih antara MATRIKULASI @ ASASI @ DIPLOMA @ STAM @ STPM ,adik-adik berdoa la sungguh-sungguh dengan ALLAH mohon petunjuk dariNYA..solat istikharah..jangan sesekali ikut kawan..pilih minat adik-adik..kita yang menentukan corak hidup kita bukan kawan kita..jangan sesekali bangga diri dan memandang rendah terhadap orang lain..yang penting kita sama-sama mujahadah menuntut ilmu :)

.:: ALLAH penentu yang terbaik buat kita ::.

Nasihat akak buat adik-adik,dimana pun adik-adik bakal berada,jangan abaikan siapa pencipta kita..Belajar lah bersungguh-sungguh dan balas jasa mak dan ayah kita..tanpa mereka,siapalah kita..cintan cintun tu elakkan sebab kalau dah mula bercintan cintun,pelajaran pun entah kemana..fikirkan perjalanan yang masih panjang untuk adik-adik..buktikan kita boleh berjaya..

salam sayang,
niera

21 000 Budak Comel:

Mya Mashudi Mya Mashudi said...

bila la utk smbg degree nak kuar .T_T
maken nervous da ney .. hahahaha!

Mya Mashudi Mya Mashudi said...

ehh.. niera niera .. dlu niera stam kat skula mane? :D

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

niera STAM kat kuala kubu bharu,selangor :) awak?

MeiNa MeiNa said...

tade dilema na pilih mana-mana tp masalahnye ta dapat .sedih3 T-T . nape ek ? padahal anugerah cmerlang SPM dapat , mintak kulinari saje tp tak lepas ? camane tu ? siyes jiwe tgh parah :'(

Mya Mashudi Mya Mashudi said...

aaaa.. yeke ..
qte bkn stam .. :p
qte amek diploma kat international islamic college.. :D

cuma qte ramai kawan kat stam ...
mane tau niera ade kenal kenal kawan qte .. :D hehehe..

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

sabar ye sayang..mungkin ALLAH menguji kita..hmm,cuba nnt mohon kali kedua..yang penting kita terus berusaha .. jangan sedih2..mintak petunjuk dariNYA :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

kerengga biru>kalau kawan2 awak stam di kuala kubu,insyaALLAH niera kenal..sebab kami ada 2 kelas je :D

MeiNa MeiNa said...

umm :( sebak sgt call mk bgtau ta dpt . .

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

farina jangan sedih sangat..peluang masih ada..jgn give up..akak akan doakan untuk farina..isi yang untuk rayuan nnt k :)
allah tahu yang terbaik buat kita :)

Zaza Iman Zaza Iman said...

zaza pun tertunggu2, ntah dpt ke x nanti sebab guna lepasan skm...ade tya upu, lepasan skm bidang terhad...sob sob...sedih sbb bidang yg zaza nak xde... tp xpe xpts asa =)

MeiNa MeiNa said...

mekasih akk . . *still crying . hee

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Zaza Ridzlan macam tu la,jangan PUTUS ASA ! :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Farina HunnyALLAH sedang menguji :)

dya nasir dya nasir said...

dya tunggu untuk smbung degree..takut lh plak..

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@dyabunga insyaALLAH ada rezeki :) amin :D

Unknown Unknown said...

saya rasa nak gi matrikulasi.. sebab permohonan upu dapat course yg tak ngam.. :) baca entri ni rasa semangat sikit!

:: sigadis :: :: sigadis :: said...

kalau result cemerlang n still xdpt..myb ad cilap time isi borang on9..

Anonymous said...

teringt waktu dilema masa nak amik result upu tu
serabuttt dan cuak ade gak :D
heee

Unknown Unknown said...

kat mane mane boleh blja , asl kan kiite ushe dan jgnn sskli jaoh kan dri dari pncptanye .
i.allah brjaye dnia dan akhrat :)

Opai Opai said...

Trima kasih yea kak.. dengan entry ni.. saya setuju dengan nasihat akak tentang delima dan jangan ikut kata kawan. Thanks banyak2

::CIK LYNN:: ::CIK LYNN:: said...

cik lynn dr lepasan mtrikulasi...still leh survive kt u ni..insyaAllah, rezeki ada di mana2..=)