Friday 24 May 2013

Mengapa ALLAH Ciptakan Syurga dan Neraka?

Adakah ALLAH itu adil?kalau adil,mengapa ALLAH ciptakan syurga dan neraka?Kenapa ALLAH tidak menciptakan syurga sahaja?Kenapa semua tidak masuk kedalam syurga?


InsyaALLAH,persoalan-persoalan yang niera cuba kongsikan kepada semua..Sahabat-sahabat sekalian,ALLAH maha bijaksana dan DIA menjadikan syurga dan neraka hanyalah ujian semata-mata.Ia merupakan satu tempat yang hanya benar-benar layak boleh masuk kedalamnya.Kenapa ALLAH beri kita akal yang sempurna?Kerana akal kita dapat berfungsi dengan baik dan tahu menilai mana satu yang betul dan salah.Kita sebagai manusia,mustahil kan kalau kita tak dapat bezakan?melainkan kalau orang tu gila.Islam itu kan mudah.Sesiapa yang melakukan kebaikan,maka baiklah balasan untuknya yakni syurga dan begitulah sebaliknya,jika dia memilih jalan kesesatan maka neraka lah yang layak untuknya.


ALLAH itu maha adil pada semua makhluknya.Dia menilai setiap tindak tanduk kita.Kita lah yang menentukan jalan yang kita pilih dan ingat ! musuh kita adalah SYAITAN yang sentiasa tidak serik untuk menghasut kita dan melontarkan kita ke lembah sesat jika kita lemah.

  "Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (ibrahim:22)


ALLAH pasti memberi kita setiap pahala disetiap amalan kita..Hanya yakin padaNYA..Niatkan setiap perbuatan kita adalah kerana ALLAH dan ia telah menjadi ibadah kepadaNYA..mudah kan?ya!memang ISLAM itu mudah :)


   "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar"(nisa:40)


 Cuba kita bayangkan sekejap analogi kehidupan kita sebagai pelajar..suka tak kalau tak de wujudnya peperiksaan?wah,muka mesti bahagia giler kan?kita rasa tak best kalau nak exam sebab rasa kena baca buku la,apa la kan..kenapa kita tak belajar je?Dulu niera pun kalau tak de exam atau exam tunda,akan rasa "wow" ! best ! tapi cuba kita fikir,kalau tak de exam,tak de lah keputusan exam,maka kita tak kan tahu sape yang layak masuk universiti atau masuk kerja sebab kita tak tahu kelayakan dia.bila wujudnya exam,kita boleh menilai dari situ, "ohh,dia ni pakar matematik.." atau "tudung labuh budak ni,tapi hebat dalam sains rupanya.."  kita boleh nampak kan? begitu juga hal syurga dan neraka.Hanya yang layak dan terbaik sahaja yang mampu masuk kedalamnya..Dimanakah kita nanti?Ayuh!berusaha bersama mencapai redhaNYA :)

9 000 Budak Comel:

cahaya izzati cahaya izzati said...

suke bace blog u dear :)

follow u :) hit me back :)

Unknown Unknown said...

betul tu niera..setuju..setiap apa yg allah rancangkan tu kdg2 kita tak nampak kesan dia sehingga suatu masa kita tersedar..

Unknown Unknown said...

ada nya syurga sebagai ganjaran pda yg taat perintah-Nya. adanya neraka sebagai peringatan agar tidak menigalkan suruhan-Nya. Semuanya ada hikmah disebalik kejadian yg Allah ciptakan.. subhanallah... ^_^ syukran ats perkgsian ni kak niera

Unknown Unknown said...

nice reminder Kak Niera :) He knows best, sbb tu ada syurga n neraka.. kita sebagai hamba-Nya wajib berusaha ke arah yg lebih baik kalau inginkan jannah :)

anys nadhilah anys nadhilah said...

alhamdulillah . terharu baca hadis tu . even sebesar zahrah. make sure we sincere with what we do . bingo

http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2013/05/review-comelnye-essenseri.html

Unknown Unknown said...

betul cakap akak pasal anologi pelajar. Dulu,saya fikir,kenapa perlu ada 'PMR?' dan exam. Dah la kena baca buku semua. But then,bila fikir balik,semua tu penting. Macam syurga dengan neraka. Hanya orang yang layak dapat menghuni syurga. Bukan calang-calang orang. ^-^

MalizaMah MalizaMah said...

nice sharing...

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Sebuah entri yg baik!!!

Cik Fie Cik Fie said...

setuju sangat2 :)