Monday 21 January 2013

Review Novel #1: Novel Rindu Dalam Sepi

Novel yang menjadi pilihan Niera untuk dibeli selepas final exam yang lalu. Novel Rindu Dalam Sepi antara yang Niera beli. Alhamdulillah. Selesai membacanya :) Sweet + best tak tau nak kata apa dah ! 

Sinopsis Dari Kulit Novel

Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”  
Ainur Mardiyah. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”

Antara petikan menarik :

"Tak , saya takkan paksa untuk encik terima saya. Sebab saya bukannya pengemis cinta orang. Saya pernah rasa sakit disebabkan cinta, jadi saya takkan paksa encik untuk terima pernikahan ini. Sya reda dengan apa yang terjadi dan saya dah tahu apa penghujung pernikahan kita ini. Cuma saya nak tahu, kenapa encik begitu membenci saya?"

Ammar tersenyum sinis. Dia berpaling pad Mardiyah yang hanya berdiri ditepinya. Gadis itu kelihatan ayu degan baju kurung berwarna coklat tersarung ditubuh genitnya.

"Aku rasa kau ada jawapan untuk itu. Tak payah tanya aku, kau tany diri kau," jawab Ammar cukup sinis.
"Tapi saya betul - betul tak tahu, encik. Kalau saya salah , saya minta maaf. Tak boleh ke encik terima saya sebagai seorang kawan?"

"Kawan? Kau layak ke nak kawan dengan aku ? Apa taraf kau , perempuan kampung!" tengking Ammar.Terkedu Mardiyah dibuatnya. Lelaki itu tidak berubah malah tidak akan pernah berubah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kali ini, dia sudah nekad. Kalau Ammar tidak mahu berbaik dengannya. dia takkan memaksa, malah dia tidak akan merayu. Dia datang dekat degan Ammar ini pun semata - mata ingin memenuhi permintaan Datin Zarina. supaya memujuk Ammar. Tetapi jika itu keputusan Ammar dia tidak akan merayu lagi.

Pendapat peribadi Niera mengenai novel:

  • Mampu buat Niera nangis dan ketawa.
  • Banyak mengajar niera tentang kehidupan suami isteri
  • Banyak pengajaran yang boleh kita dapat


7 000 Budak Comel:

Unknown Unknown said...

lama dah lyeen x baca novel..lps ni nk smbung hobi baliklah..ehhee..kena cri novel ni..

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

ena ni x brp layan novel.. x berapa minat... hehe minat komik je.. ahakx, terserlah kebudak budakan ena di sini T.T

Anonymous said...

hmmm, macam best je... nak try carilah :)

Cik Fie Cik Fie said...

dah lama x baca novel camnie . hihi :)

Unknown Unknown said...

macam best je. nt beli jugaklah ^^

Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan said...

Wah ! Macam best je . Tapi tak ada duit laa nak beli -______-

nadia nadia said...

Mcm pernah nampak je novel ni..:)