Tuesday 22 January 2013

Usahawan Pemurah Derma RM1.5 Juta Untuk Gaza!

BUTTERWORTH, (Bernama) - Seorang ahli perniagaan tempatan yang enggan dikenali, hari ini menyumbang RM1.5 juta bagi pembinaan sebuah masjid di Gaza, Palestin. 
Derma itu disalurkan menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan diterima oleh Pengarah Strategik MAPIM A.Sani Araby. 
"Memang kita selalu mendapat sumbangan tetapi ini kali pertama kita mendapat sumbangan secara peribadi daripada seorang usahawan yang dermawan untuk membina sebuah masjid bernilai RM1.5 juta. 
"Masjid itu akan dibina di tengah-tengah pusat bandar Gaza yang mempunyai ramai penduduk dan siap sepenuhnya Julai ini kerana kita merancang untuk merasmikannya pada awal Ramadan," katanya pada sidang akhbar Program Kayuhan Amal Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) Ride 2013 di sini hari ini. 
Beliau berkata kerja pembinaan masjid dua tingkat dan dapat menampung 4,000 jemaah itu dijangka bermula Februari ini. 

"Setakat ini masjid itu belum ada nama rasmi tetapi telah disebut sebagai Masjid Melayu berdasarkan ciri-ciri pembinaannya dan didermakan oleh usahawan Melayu dari Malaysia," katanya. 
A.Sani berkata pihaknya juga sedang mengumpul dana sebanyak RM100 juta untuk tujuan pembinaan sebuah hospital pakar di Gaza bagi menyediakan rawatan pakar kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan dan kezaliman Zionis. 
Katanya Mapim dengan kerjasama penyanyi popular, Datuk Sharifah Aini dan kumpulan nasyid terkenal tanah air Rabbani, akan mengadakan majlis makan malam pada 26 Jan ini bagi mengumpul dana untuk membina hospital 11 tingkat itu pada hujung tahun ini. 
Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Perda Badariah Ahmad Oyama berkata menerusi acara kayuhan amal itu, pihaknya menyalurkan setiap RM5 daripada yuran penyertaan RM30 kepada Tabung Gaza. 
"Seramai 700 peserta akan menyertai program pada Sabtu ini dan setiap peserta akan mengayuh basikal sejauh 38 kilometer yang bermula dan berakhir di Ibu Pejabat Polis Daerah Utara," katanya.


#PRAY FOR GAZA. ALLAHUAKBAR !


7 000 Budak Comel:

Cik Fie Cik Fie said...

wow . pemurah betul dia . :)

ieyna nasir ieyna nasir said...

semoga org tu dimurahkan lagi rezeki dia :)

Anonymous said...

Ya Allah. Moga penderma tu diberkati Allah :) Murah sungguh. 1.5juta bukannya sikit kan..

Nadia Johari Nadia Johari said...

syukur alhmdulillah..moga usahawan itu diberi reziki yang melimpah ruah..

Nadia Johari Nadia Johari said...

syukur alhmdulillah..moga usahawan itu diberi reziki yang melimpah ruah..

Unknown Unknown said...

alhamdullilah..semoga rezekinya bertambah.:D

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

Alhamdulillah..duit dilaburkan ke jalan yang diredhai ALlah..