Sunday 4 March 2012

kem kepimpinan mahasiswa usim

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2012
2-4 MAC 2012
ULU SEPRI,REMBAU,NEGERI SEMBILAN
ANJURAN BERSAMA
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,USIM
BIRO TATANEGARA,JPM

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum :)
wah,dah lama jugak rasanya x menaip sejak niera berhijrah ke dunia kem sementara di rembau,negeri sembilan selama 3 hari yang lepas..
boleh la niera share sikit apa yang niera dapat dari sana :)
mungkin entry kali ni agak panjang (macam biasa la) hehe :)
tidak salah bukan kalau kita nak berkongsi pengalaman dan pengajaran yang kita dah dapat :)


hari pertama
kami bertolak dari USIM seramai 33 orang (12 lelaki 21 perempuan) yang bernaung didalam fakulti kepimpinan dan pengurusan ke rembau,negeri sembilan pada jam 3ptg.selepas 1 jam kami selamat sampai ke kem bina negara,ulu sepri :) 
actually niera pergi pun dapat tahu last2 minit..niera gantikan orang yang tidak dapat pergi atas sebab kesihatan.niera pun join even hanyalah sebagai pengganti.dulu time sekolah aktif la jugak kem2 macam ni tapi bila dah ada dekat usim ni,tidak tahu kenapa jadi lemah sikit..tapi bila dah ada peluang,siapa x nak?
terima kasih kak faridah(model banner diatas) sebab bagi nama niera :)
sampai di kem tersebut kami diberi taklimat mengenai peraturan2 dan makan..makanan sedap! :D then,solat asar dan terus bawa barang ke bilik masing2..seronok3 ! kenal kawan baru,pakcik2 baru..heee~ 
malam tu kami ada slot yang pertama dimana timbalan dekan kami,Dr Hj Adanan Mat Junoh berkongsi apa itu pemimpin yang berintegriti :) selesai semuanya jam 10.30 malam :)

hari kedua
slot kedua adalah meredah hutan..jungle tracking :) dah lama rasanya x jungle tracking ni..badan pun dah makin kembang kan3 :) kami dibahagi kepada 4 kumpulan..niera kumpulan keempat seramai 9 orang yang diketuai safwan(pelajar dakwah)..kami kumpulan pertama yang meredah dahulu berbanding yang lain :) 


dari kem kami akan ke empangan batu hampar yang dalamnya 127m.. best3 :) pengalaman yang tidak boleh dilupakan..team niera team terbaik :) semua okay dan beri komitmen sebaik mungkin :) yang tidak boleh lupa bila niera dan kak faridah jatuh time nak turun bukit..hihi~


sangat2 cantik ! pemandangan hijau :) kami dah sampai ! sepanjang cek point yang kami lalui,semua ada aktiviti tersendiri yang mana niera akan kongsikan dengan junior akan datang,insyaALLAH :)
selepas kembali ke kem semula,kami diberi rehat sehingga jam 11 pagi untuk sambung aktiviti seterusnya..1/2 jam masa tersebut digunakan untuk baring sebentar di tilam..
selepas jam 11pagi,kami dikumpulkan dan dibahagi kumpulan lain oleh lecture kami,en nizam..kumpulan dibahagikan mengikut kumpulan anggota badan yang mana bila kita dah tahu nama kumpulan kita,kita kena cari ahli kumpulan tanpa bercakap dan tangan diikat di belakang..niera kumpulan dahi..masa tu penat jugak kerut2 kan dahi ni..nak cari ahli punya pasal.then jumpa,kami kumpulan dahi seramai 6 orang yang mana 4 lelaki dan hanya 2 perempuan..niera dengan kak naziyah :) macam2 aktiviti sampai malam kami di kumpulan dahi..alhamdulillah,kami terbaik dalam 2 aktiviti..terima kasih semua :)
kumpulan dahi (terkurang seorang)


hari ketiga
ada slot bersama pegawai BTN :) slot motivasi bersama che li..ceria dan kelakar ! best3 :) sedih jugak time nak bertolak balik ke USIM tapi itulah hakikat..kami sempat bergambar dengan suasana alam semula jdi yang cantik :)

ahli bilik dan kami bakal pemimpin !

bersama kak faridah 

peserta kem kepimpinan..kami bakal pemimpin !

bersama pelajar akidah yang terlibat dalam kem ini :)

ukhuwah baru yang dicipta :)

bersama 2 orang kakak akidah :)

wakil pelajar akidah perempuan tahun 1 :)


ciri-ciri pemimpin yang baik
*role model
*bijak
*kreatif
*sopan
*sabar
*berani
*terbuka
*amanah
*up to date
*proaktif
*bermatlamat

baginda SAW bersabda yang bermaksud:"Tiap2 seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya.Seorang ketua negara bertanggungjawab keatas rakyatnya dan akan disoal oleh ALLAH akan kepimpinannya.."

FAKTA MENARIK !
Michael Hart (1978) rated Prophet Muhammad SAW as number one of the 100 most influential people of all time.




2 000 Budak Comel:

Noor Fatin Noor Fatin said...

saya pernah sekali je pegi kem. hehehhe..

tapi memang best. banyak benda kita dapat pelajari kan. insyallah :)

amal amal said...

Waaaaaa , best nyaaaa ! :')